Thursday, 30 November 2017

Perdana Menteri Dan Timbalannya Punca Kerugian Berbilion Wang Rakyat - Suruhanjaya Siasatan Diraja #FOREX

Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kerugian dialami Bank Negara Malaysia (BNM) dalam urus niaga forex pada 1990-an percaya bahawa perdana menteri ketika itu merelakan tindakan menteri kewangan ketika itu yang mengakibatkan bank pusat mengalami kerugian berjumlah RM31.5 bilion.

Suruhanjaya itu juga berpandangan menteri kewangan ketika itu sengaja menyembunyikan fakta dan maklumat serta membuat kenyataan mengelirukan kepada Jemaah Menteri berhubung perkara itu.

Suruhanjaya juga berpandangan bahawa terdapat elemen menyembunyikan fakta dengan sengaja memandangkan Laporan Tahunan BNM tidak menunjukkan kerugian sebenar yang dialami akibat urus niaga forex dari 1992 hingga 1994, menurut suruhanjaya lima anggota diketuai bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam laporan 524 muka surat yang dibentangkan di Parlimen hari ini.

Laporan itu menyebut perdana menteri ketika itu turut dimaklumkan oleh menteri kewangan bersama dengan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan pada penghujung 1993 bahawa BNM mengalami kerugian akibat urus niaga forex pada tahun 1992 dan 1993 berjumlah RM30 bilion.

Bagi tempoh yang dinyatakan dalam laporan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah perdana menteri manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah timbalan perdana menteri merangkap menteri kewangan.

Keputusan suruhanjaya itu, yang turut dianggotai Datuk Wira Kamaludin Md Said, Datuk Seri Tajuddin Atan, Tan Sri Saw Choo Boon dan Pushpanathan S.A. Kanagarayar, dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Suruhanjaya itu berpendapat bahawa terdapat bukti daripada inkuiri itu yang mencadangkan kemungkinan wujudnya kesalahan-kesalahan pecah amanah (CBT) ke atas dana kepunyaan BNM mengikut Seksyen 406 dan 409 Kanun Keseksaan oleh individu yang terlibat secara langsung dalam urus niaga forex itu, terutamanya Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang dilihat mempunyai kawalan penuh dan bertanggungjawab dalam urus niaga forex.

Laporan itu menyebut walaupun beliau mendominasi dana BNM dan dilihat mempunyai kebebasan dalam urus niaga forex, beliau tidak mungkin dapat melaksanakan urus niaga berkenaan dalam tempoh yang lama tanpa kelulusan langsung atau tidak langsung daripada pihak atasan dan/atau individu lain yang mempunyai kuasa.

Suruhanjaya itu berkata ia telah meneliti liabiliti bersama individu-individu berkenaan di bawah Seksyen 34 atau Seksyen 107 Kanun Keseksaan dan boleh dikaitkan sebagai mempunyai niat yang sama atau bersubahat.

"Individu-individu yang termasuk dalam kategori ini adalah timbalan gabenor, gabenor, lembaga pengarah BNM, menteri kewangan dan perdana menteri," menurut laporan itu.

Berikutan inkuiri terbuka ke atas 25 saksi dan mengambil kira pelbagai bukti dokumen yang relevan, suruhanjaya itu mempunyai alasan kukuh untuk membuat kesimpulan bahawa BNM mengalami kerugian berjumlah RM31,5 bilion akibat urus niaga forex pada 1992, 1993 dan 1994.

"Kerugian besar itu memberi kesan negatif yang signifikan ke atas ekonomi di mana ia telah menjejaskan peluang untuk kerajaan dalam membangunkan negara," jelas laporan itu, dan menambah, kerugian itu turut merencatkan keupayaan BNM untuk melaksanakan mandat sebagai bank pusat negara.

Laporan itu menarik perhatian bahawa kerugian berkenaan disembunyikan menggunakan kaedah perakaunan yang tidak konvensional seperti menggunakan pelbagai akaun rizab dalam kunci kira-kira untuk merekodkan kerugian.

Satu lagi mekanisme yang digunakan adalah meningkatkan nilai kunci kira-kira melalui pindahan saham daripada kerajaan untuk mengakaunkan kerugian serta mewujudkan Perbelanjaan Tertunda yang dilunaskan dalam masa 10 tahun.

"Tiada tindakan lanjut diambil oleh menteri kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (sebagai Ahli Lembaga Pengarah) walaupun telah dimaklumkan oleh Ketua Audit Negara mengenai kerugian berkenaan dan kaedah perakaunan yang luar biasa," menurut laporan itu.

Suruhanjaya itu melaporkan bahawa cabutan minit daripada tiga mesyuarat Jemaah Menteri yang masing-masing diadakan pada 30 Mac, 6 April dan 13 April 1994, merekodkan menteri kewangan merangkap timbalan perdana menteri ketika itu telah mempengerusikan mesyuarat pada 30 Mac 1994, di mana tiada maklumat berkenaan kerugian sebenar sebanyak RM12.3 bilion untuk tahun 1992 dan sejumlah RM15.3 bilion untuk tahun 1993 dimaklumkan. Kerugian yang dilaporkan pada 1993 adalah sebanyak RM5.7 bilion sahaja.

Perdana menteri ketika itu yang mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 April 1994 tidak memperbetulkan atau memohon penjelasan lanjut apabila kerugian urus niaga forex bagi 1993 yang dilaporkan pada ketika itu berjumlah RM5.7 bilion.

"Suruhanjaya mendapat bukti bahawa beberapa individu daripada BNM, Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara termasuk Lembaga Pengarah BNM dan menteri kewangan mempunyai maklumat berkenaan kerugian sebenar urus niaga forex dan terlibat dalam menyembunyikan kerugian sebenar dalam urus niaga forex BNM itu.

"Oleh yang demikian, mereka sepatutnya dipertanggung bersama ke atas kesalahan berkenaan," kata suruhanjaya itu.

Suruhanjaya itu berpandangan, berdasarkan fakta dan situasi yang dikemukakan dalam inkuiri itu, terdapat asas untuk mencadangkan satu siasatan rasmi dijalankan bersabit kemungkinan berlaku kesalahan pecah amanah CBT dan/atau penipuan oleh mereka dan perdana menteri ketika itu dalam menjalankan urus niaga forex secara spekulatif dan/atau menyembunyikan maklumat kerugian urus niaga forex daripada Jemaah Menteri dan Parlimen.

Suruhanjaya itu mendapati urus niaga forex oleh BNM pada penghujung tahun 1980-an sehingga tahun 1993 adalah melampaui had serta bersifat spekulatif untuk tujuan keuntungan dan ia bertentangan dengan Seksyen 31(a) Ordinan Bank Pusat 1958.

Sementara itu, suruhanjaya itu percaya pelbagai langkah diambil oleh BNM dalam memperbaiki tadbir urus ke atas ?reserve management'.

Tiada penambahbaikan lanjutan yang dicadangkan memandangkan langkah bagi memperkemaskan tadbir urus secara keseluruhan dan kawalan BNM telahpun dilaksanakan secukupnya melalui Akta Bank Negara Malaysia 2009 (Akta 701).

Suruhanjaya siasatan itu ditubuhkan berikutan dakwaan bekas Penolong Gabenor BNM Datuk Abdul Murad Khalid pada 26 Jan 2017 bahawa bank pusat itu mengalami kerugian berjumlah US$10 bilion pada awal 1990-an, di mana jumlah berkenaan lebih besar daripada yang dilaporkan oleh BNM.

Beliau mendakwa kerugian itu disebabkan oleh aktiviti spekulasi urus niaga forex oleh BNM dan tiada siasatan dijalankan walaupun kerugian berkenaan mencatatkan jumlah yang amat besar. - Sumber
Baca Seterusnya...

Monday, 27 November 2017

Warga Emas Dimaki ADUN Pakatan #MCA

Seorang warga emas telah membuat laporan polis terhadap seorang ADUN pembangkang kerana digertak, diugut dan dimarahi oleh ADUN tersebut hanya disebabkan meminta baki bayaran perkhidmatan sebanyak RM600 selaku juri pertandingan karaoke pada September lepas.


Lee Toh Chee @ Lee Wah yang berusia 77 tahun yang juga seorang guru muzik yang berpengalaman selama lebih 50 tahun , dalam laporan polisnya mendakwa sewaktu pertemuan tersebut, keadaan telah bertukar menjadi keruh apabila ADUN dari parti pembangkang berkenaan telah memaki dan memarahinya, malah turut mengugutnya. Beliau juga telah diherdik oleh pembantu khas ADUN tersebut yang telah bertidak menghentak meja dan memarahinya.

ADUN berkenaan juga menyatakan bahawa beliau mempunyai ramai kenalan di Ipoh dan pada masa yang sama meletakkan duit sebanyak RM200 di atas meja yang mana wang tersebut telah diserahkan oleh Lee Wah kepada rakan juri yang mengikutinya.

Dalam satu sidang media di Pejabat MCA Lee Wah mendakwa, ADUN pembangkang tersebut telah mengugut untuk menakutkan Lee Wah dengan menyatakan bahawa beliau mempunyai kabel dengan kongsi gelap dan dengan sombongnya telah memberitahu Lee Wah bahawa beliau ada wang dan terpulang kepadanya samada untuk memberi atau tidak dan sekiranya tak mahu beri, satu sen pun tidak akan diberi.

Kejadian ini seolah - olah memperlihatkan Lee Wah terkejar - terkejar berkehendakkan duit dan ini telah menjejaskan kreadibilitinya. Pada 17 November lepas beliau telah menerima baki bayaran penuh dan ingin melupakan perkara tersebut kerana ianya telah selesai tetapi perkara lain pula yang berlaku.

Dalam sidang akhbarnya itu, perkara di luar jangka berlaku dimana beliau memberitahu bahawa seorang pengguna lama sosial yang dakwanya seorang yang dikenali oleh ADUN tersebut telah memuat naik gambarnya ke Facebook dan mencemuhnya dengan pelbagai perkataan yang kurang elok dan memalukan sedangkan tujuannya pada pertemuan tersebut adalah untuk menunutut haknya sebagaimana yang dijanjikan sebelum konsert amal bermula.

Pengerusi MCA Ipoh Barat, Aldrich Low Gui Nan turut sependapat bahawa tindakan pengguna lama sosial tersebut telah menjatuhkan imej dan reputasi guru muzik yang cukup disegani di Ipoh dan bersetuju agar kedua-duanya meminta maaf kepada Lee Wah. Ini kerana maruah Lee Wah telah tercalar dengan posting sebegitu yang mengandungi kata - kata kasar dan tidak wajar oleh pembuli siber berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Thamby telah mengesahkan bahawa satu laporan polis telah di buat oleh Lee Wah berkaitan hal tersebut di Balai Polis Kg Simee dan beliau akan menjalankan siasatan lanjut akan perkara ini.
Baca Seterusnya...

Maksud Tengku Adnan "Slow Learner" #KekalNajib #TolakPakatan

Meriah betul Facebook hari ini, dek kerana viral video dari Malaysia Kini dengan ucapan DS Tengku Adnan berhubung slow learner di ITM atau UiTM. Ada yang membentak dalam hati dan tak kurang juga yang mengamuk sakan di Facebook dan menjelaskan bahawa mereka adalah kalangan bukan slow learner ataupun dalam istilah lain bermaksud budak lambat pick up nak belajar.


Meh kita cuba faham sikit apa sebenarnya yang Tengku Adnan ingin sampaikan.

Maksud Tengku Adnan dalam ucapan beliau ialah, anak Melayu perlu sedar bahawa peluang pendidikan kepada mereka masih lagi disediakan dan diberikan oleh kerajaan Persekutuan meskipun mereka ini mendapat keputusan yang kurang cemerlang, itu maksud kepada mereka yang slow learner.

Bukan menghina pelajar UITM sebagai slow learner sepertimana yang di putar belitkan oleh mereka yang ada kepentingan politik. Tengku Adnan sebenarnya nak menemplak sesetengah pihak yang merasakan UiTM ni kononnya tak keluarkan produk yang bagus dan baik. Slow learner tu bukan semua, kalau kau rasa kau bukan slow learner, it's fine lah. Kalau kau dah berjaya hari ni, that's should be ok. No need marah-marah dengan speech Tengku Adnan. 

Kepada pelajar² UiTM yang mengamuk sakan tu pula, cuba tengok keputusan SPM kau.

Adakah ianya membolehkan korang masuk ke Universiti atau IPTA lain selain dari UiTM? Mungkin ada yang malu untuk mengaku, tapi takpela. Yang penting kerajaan masih bagi peluang kepada kita untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih baik. Kita tak nafikan juga, ada yang mendapat results terbaik dalam SPM tapi terpaksa belajar di UiTM kerana kurang kemampuan nak tampung kos yuran yang tinggi di pusat pengajian tinggi yang lain tapi itu cerita lain pula.

Kepada netizen semua, bagi aku tak kisahlah korang belajar kat dalam negara atau ke luar negara, tapi yang penting korang berpelajaran. Itulah harapan ibu bapa kita semua pun. 

Menjadi slow learner hari ini tak semestinya akan begitu selamanya, jika diasah dengan baik kita akan menjadi hebat. Practice makes perfect. Ambil positif jelah, takyah pening². Don't worry, be happy. - Sumber : Riziqin

__________________________________________

Kenyataan dari YB Datuk Seri Tengku Adnan

Ucapan saya di salah tafsir. Saya memberi sedikit huraian sejarah mengenai bangsa kita orang melayu. Sebelum 13 Mei memang melayu amat mundur. Akibat nya pelajar melayu luar bandar khususnya begitu mundur dalam pelajaran.

Ini kerana sek luar bandar banyak kekurangan.Akibat nya ramai tidak dapat masuk U. Malah awal Tahun 70an,syarat masuk U di turunkan sekadar 2 principal dan 1 sub pun layak masuk U. Maka Kuota di laksanakan menguna Hak Keistimewaan Melayu di bawah DEB.

Namun ramai pelajar melayu peringkat SPM tercicir malah peringkat STPM.Maktab Mara di tukar menjadi ITM dan pelajar2 melayu spm yg dapat Grade 3 pun di terima masuk ITM. Bahasa Inggeris langsung sifar. Tapi apabila di beri peluang dan kemudahan2 yg cukup,cuba lihat ramai yg dapat PHD dan peringkat professional saperti ACA, ICMA, Kejuruteraan dan berpuluh lagi.

Malah ada pelajar melayu dari UITM  yg TOP OF WORLD saperti bidang ACA.Sekarang UITM sudah menjadi Mutiara Bangsa dan University MAYA dgn 13 Cawangan seluruh negara dan pelajar sekitar 170 ribu. Semua tahu setakat ini terdapat 600 ribu alumni UITM.

Tahniah kpd TS Arshad Ayub Bapak UITM.TAPI APAKAH UITM DAN KEHEBATAN PELAJAR MELAYU INI MENJADI KENYATAAN TANPA UMNO DAN BN.

Hakikat nya UMNO dan BN lah yg merealisasikan kebangkitan bangsa melayu yg dulu mundur atau 'slow' akibat kemiskinan yg tegar.BEGITU JUGA MAKTAB RENDAH SAIN  MARA yg menempa kejayaan luar biasa.

LUPAKAH kpd UMNO?.Inilah yg saya cuba huraikan secara spontan melalui ucapan 'off the cuff' yg mungkin tidak kemas penyampaian nya.Jika ada kesilapan teknikal dari segi ucapan yg tidak di sengajakan,itu adalah kelemahan yg ada pada semua manusia.

Sama sama kita tegakkan kehebatan bangsa melayu kita seterusnya.

* Admin tahu yang betul betul SLOW adalah ramai dari graduate Universiti bayar duit PTPTN  kannnnnn Hahaha!
Baca Seterusnya...

VIDEO : "Melayu Pukimak" Bukti DAP Perkauman Dan Amal Politik Kebencian #TolakPakatan #LawanDAP

Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang juga bekas naib Pengerusi DAP memaklumkan bahawa, beliau telah melihat sendiri sikap kesemua pemimpin DAP yang tidak menyenangi orang melayu, meskipun DAP tidak pernah mengaku secara terbuka penentangan mereka terhadap orang melayu namun tindak tanduk pemimpin parti tersebut jelas mereka sering memperjuangkan budaya ekstremis perkauman dan agama. 


Malah sikap mereka amat keterlaluan kerana turut tidak menghormati Raja - raja Melayu dan Perlembagaan Persekutuan, ujar Tunku Abdul Aziz lagi. Beliau memberitahu sebagai contoh; sewaktu Almarhum Sultan Abdul halim Mu’adzam Shah ditabalkan sebagai Sultan Kedah, beberapa pemimpin DAP telah dijemput ke istana dan sewaktu Lim Guan Eng Pulang dari majlis tersebut beliau seolah - olah memerli sistem pemerintahan beraja Negara sebagai golongan feudal. Namun Tunku Abdul Aziz tidak hadir dalam majlis tersebut kerana menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Tunku Abdul Aziz mengulas gesaan Presiden gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zamri Mohd Isa yang mana selaku Presiden GPMS, beliau mahu Kementerian Dalam Negeri menggunakan segala peruntukkan undang – undang yang ada bagi memastikan pemimpin DAP yang bersikap ekstrim perkauman yang melampau dikenakan hukuman yang setimpal atas kebiadapan mereka.

Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu - islam DAP, Mohamad Razali Abdul Rahman juga memaklumkan bahawa gesaan GPMS itu wajar kerana ramai pemimpin DAP sememangnya sering memperlekehkan kaum lain di Negara ini dan sehingga kini perbuatan mereka itu tiada sebarang tindakan undang – undang diambil ke atas mereka seolah – oleh pihak berkuasa hanya memejamkan mata dakwanya.

Beliau juga menambah, kejadian pemimpin DAP menghina orang melayu, menghasut kaum lain membenci pemimpin negara berulang kali berlaku. Contoh terbaru apabila Ahli Dewan Negeri (ADUN) Kepayang, Nga Kor Ming telah mengeluarkan kata – kata kesat berbaur perkauman terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zamry Abd Kadir. Namun sehingga kini tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa keatasnya, seolah - olah pemimpin DAP ini kebal dengan undang – undang Negara. Disebabkan tiada tindakan, maka mereka boleh bertindak sesuka hati untuk menghina kaum lain tanpa rasa takut ujarnya lagi.


Baca Seterusnya...

Sunday, 26 November 2017

Masyakat Cina Jangan Percaya DAP - Liow #MCA

Lepas beberapa penggal pembangkang menakluk beberapa kerusi sebelum ini milik Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum yang lalu, Jelas kegagalan dan ketidak prihatinan wakil rakyat pembangkang kini menjadi barah dalam masyarakat yang dahagakan perhatian dan pembelaan dari wakil yang dipilih oleh rakyat. Sikap berlepas tangan dan tidak memberikan tumpuan sebagai wakil yang sepatutnya membawa suara rakyat tidak berjaya diangkat lantaran sikap dan hanya pandai bercakap tidak bertindak dengan bersungguh.

Antara komuniti besar yang terpedaya dengan janji manis dan fitnah pembangkang yang diketuai DAP adalah masyarakat Cina yang kini dijadikan perisai untuk melaga lagakan sesama kaum di Negara ini. Cara berpolik begini tidak wajar disokong dan harus ditentang dengan memberikan isyarat mudah iaitu kembali memberikan mandat kepada MCA.
 


Selama Negara ini Merdeka banyak telah kejayaan dan kehendak masyarakat Cina telah berjaya ditunaikan bukan bermain kata kata perkauman sepertimana yang dipraktikan dalam DAP. Tindakan DAP yang menguris hati kaum lain dengan membakar semangat orang Cina yang akhirnya meruntuhkan perpaduan dan kemuafakatan hidup berbilang bangsa di Malaysia.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan bahawa masyarakat Cina negara ini seharusnya berada bersama didalam arus perdana pembangunan negara dan jangan tertinggal kebelakang, masyarakat Cina negara ini seharusnya tidak mudah diperlekeh oleh putar belit pembangkang yang diketuai oleh DAP yang sering memainkan isu perkauman.

Pada Piliharaya Umum Ke 14 akan datang masyakat Cina sewajarnya member sokongan padu kepada MCA untuk menjamin kesejahteraan, kebajikan dan masa depan mereka sendiri. Menyokong DAP tidak menjanjikan apa apa pulangan yang baik kepada masyakat Cina malahan ia adalah wabak yang membahayakan dan harus ditolak secara total oleh orang orang Cina.

MCA dan Barisan Nasional tidak menyimpan perasaan dendam atau mengungkit kisah PRU13 terhadap masyakat Cina yang terperdaya janji kosong Pakatan Rakyat kerana sudah menjadi lumrah dalam perebutan kuasa apa sahaja pihak pembangkang akan jadikan alat meskipun terpaksa mengunakan kata kata kejian dan makian untuk memburukan pemerintah yang telus dan ikhlas dalam memastikan agenda membantu rakyat terlaksana.

MCA meskipun telah ditolak diberapa kawasan yang majoriti tinggi kaum Cina, Jentera dan shaf kepimpinan parti MCA terus mendekati rakyat dengan pelbagai pendekatan untuk kebaikkan kaum Cina dan masyarakat setempat terutama kawasan yang telah ditakluki pembangkang.
 

Di Bentong baru-baru ini diadakan Festival Kebudayaan Durian Antarabangsa. Datuk Seri Liow telah menasihatkan masyarakat Cina dan rakyat setempat bahawa mereka tidak seharusnya terpinggir tetapi perlu bersama mengambil kesempatan dari eko-pelancongan yang mengalakkan pertumbuhan ekonomi yang memberi kebaikkan kepada rakyat dan juga negara.

"Durian bukan lagi setakat raja buah, tapi kedudukannya telah meningkat sehingga menjadi bilateral diplomasi seperti yang berlaku antara Malaysia dan China. Malah pelancong China juga sanggup datang ke Bentong untuk menikmati Musang King.

"Raub yang terkenal sebagai pengeluar Musang King juga terletak bersebelahan daerah ini, memudahkan kami untuk membawa dan mempromosikan raja buah ini," katanya pada sidang media selepas menghadiri Festival Pelancongan Kebudayaan Durian Antarabangsa Malaysia 2017 di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Liow turut mengajak kaum Cina agar tidak ketinggalan untuk bersama dibarisan hadapan ketika negara yang dalam fasa tranformasi kearah sebagai sebuah negara maju masa hadapan. Terbuai dengan penipuan pembangkang tidak memberikan kelebihan kepada kaum Cina yang hanya ada adalah janji manis dan kata kosong tanpa pelaksaan yang konsisten, Malah dikalangan mereka sendiri bertelagah dalam memilih ketua yang akhirnya menjadi mangsanya adalah rakyat.

Masyarakat Cina seharusnya membuka mata dan tidak memberi peluang sekali lagi kepada DAP dan parti parti pembangkang, MCA selama ini berjuang  demi rakyat khususnya kaum Cina dan Negara adalah satu fakta yang tidak dapat dinafikan dan ianya terbukti dengan kejayaan dan pelaksaan.


Baca Seterusnya...

Thursday, 23 November 2017

KERANA DENDAM LGE Larang ADUN PKR Beri Bantuan Banjir #TolakPakatanHarapan #LawanDAP

Terdahulu, media mendedahkan sepucuk surat bertarikh 20 November daripada Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri, Farizan Darus kepada Kah Peng yang memberitahunya tidak dibenarkan untuk mengendalikan pemberian bantuan RM700 daripada kerajaan negeri kepada mangsa banjir.

Perubahan prosedur yang kononnya untuk mempastikan rakyat di DUN Kebun Bunga tidak dipinggirkan adalah alasan bagi mengakui kebocoran surat arahan yang menyatakan bahawa wakil rakyat PKR di Pulau Pinang tidak dibenarkan menyerahkan bantuan banjir sebagaimana arahan dalam surat tersebut.


Sepucuk surat bertarikh 20 November 2017 daripada Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri, Farizan Darus kepada Cheah Kah Peng, ADUN PKR Kebun Bunga berkaitan arahan untuk tidak membenarkan beliau mengendalikan bantuan banjir sebanyak RM700 telah didedahkan oleh pihak media. 

Sehubungan dengan itu, Guan Eng mengakui hanya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti DAP yang di benarkan memberi bantuan pemberian wang tunai sebanyak RM700 kepada mangsa banjir, manakala ADUN PKR tidak dibenarkan dan ianya telah pun dibincangkan serta dipersetujui oleh setiausaha kerajaan negeri.

Perkara ini hanya boleh di maklumkan secara terperinci selepas 2 Disember 2017 iaitu selepas kesemua bantuan banjir di agihkan. Pemberian bantuan ini akan turut disertai oleh Yap Soo Huey ADUN DAP Pulau Tikus yang ternyata berbeza kawasan kerana DUN Kebun Bunga diwakili oleh wakil PKR iaitu Cheah Kah Peng.

Dua tahun lalu, 5 ADUN PKR di negeri itu telah menentang keputusan kerajaan untuk kerja - kerja menambak. Mereka ialah Ong Chin Wen (Bukit Tengah), Dr Norela Ariffin (Penanti), Dr T jayabalan (batu Uban), Lee Khai loon (Machang Bubuk) dan Cheah Kah Peng. Hal ini telah menimbulkan spekulasi bahawa tindakan Guan Eng itu merupakan motif untuk membalas dendam atas tentangan ADUN PKR tersebut.

Rujuk : watan
Baca Seterusnya...

SPAD Tingkatkan Aktiviti Penguatkuasaan Sempena Musim Cuti 2017 #SPAD

Musim Perayaan mestilah menjadi kenangan manis dalam kehidupan terutama yang telah berkeluarga bilamana waktu cuti sekolah inilah masa sesuai untuk para ibubapa meluangkan masa berharga bersama ahli keluarga tercinta.

Oleh kerana itu sikap memandu dengan berhati hati dan rancang perjalanan pulang ke kampung atau bercuti dengan baik untuk mengelakan kejadian kejadian yang tidak diingini berulang.

Pihak berkuasa hanya mampu untuk membuat pemantauan dan kesediaan awal yang terbaik sahaja selebihnya ada para pengguna jalan raya itu sendiri.

Gambar File PDRM

KENYATAAN MEDIA 

SPAD MENINGKATKAN AKTIVITI PENGUATKUASAAN SEMPENA MUSIM CUTI SEKOLAH, PERAYAAN KRISMAS DAN TAHUN BARU 2018 KUALA LUMPUR, 

23 NOVEMBER 2017 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan sempena musim cuti sekolah, musim Perayaan Krismas dan sambutan Tahun Baru 2018. 

Sehubungan dengan itu, aktiviti penguatkuasaan 24 jam bersepadu dengan kerjasama PDRM, JPJ, AADK dan Pihak Penguatkuasa Lebuhraya akan dijalankan bermula dari 23 sehingga 26 November 2017 selama empat hari dan operasi Perayaan Krismas serta Tahun Baru 2018 yang akan dilaksanakan bermula pada 22 Disember 2017 sehingga 2 Januari 2018. 

Melalui hasil operasi yang dijalankan selama 10 hari ketika musim perayaan Deepavali 2017 pada 12 sehingga 22 Oktober 2017 yang lalu, sebanyak 313 kesalahan telah dikenal pasti dan tindakan selanjutnya telah diambil ke atas pengendali serta pengusaha yang terlibat. Antara usaha berterusan yang turut dilaksanakan dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain bagi menangani isu pengendali dan pemandu yang melanggar undang-undang atau peraturan adalah termasuk: audit penguatkuasaan terhadap rekod GPS kenderaan, operasi penyamaran bagi pengendali yang berisiko tinggi, rondaan di lokasi berisiko tinggi dan perangkap kelajuan serta pemantauan CCTV di Pusat Operasi Lebuh raya. 

Pegawai penguatkuasaan SPAD juga akan meronda lokasi-lokasi di pusat bandar, berhampiran pusat membeli-belah dan terminal-terminal bagi memantau dan mengambil tindakan terhadap aktiviti ulat tiket. Ini termasuk, pemeriksaan kaunter-kaunter tiket dan dokumen-dokumen juga akan dilakukan di terminal-terminal bas. Suruhanjaya juga telah bertemu pengendali bas ekspres bagi memberikan peringatan kepada mereka untuk sentiasa mengutamakan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya melalui penekanan terhadap pematuhan Kod Amalan Industri SPAD (ICOP) serta peraturan keselamatan pada setiap masa. 

Suruhanjaya tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan undang-undang yang sepenuhnya terhadap pengendali yang didapati cuai di dalam pengurusan operasi. Ini merangkumi aspek keselamatan, pemandu dan penyelenggaraan kenderaan. Bergantung kepada tahap keseriusan kesalahan, lesen pengendali syarikat bas boleh digantung atau dibatalkan. 

Di dalam kes-kes berat pula, keseluruhan kumpulan kenderaan milik syarikat bertanggungjawab boleh digantung sementara menunggu audit keselamatan dijalankan dan sekiranya didapati terdapat sebarang pelanggaran syarat, tindakan perundangan atau pentadbiran akan diambil. 

Orang ramai juga dapat memainkan peranan dengan melaporkan sebarang pelanggaran undang-undang atau peraturan oleh pengendali kepada SPAD melalui hotline 24-jam SPAD di 1-800-88-SPAD (7723), menerusi emel kepada aduan@spad.gov.my atau melalui Twitter kepada @aduanSPAD. Penumpang bas ekspres juga boleh memuat turun aplikasi MeterOn bagi telefon pintar iOS dan Android yang membolehkan mereka menyemak status syarikat bas ekspres atau terus melaporkan sebarang kesalahan.
Baca Seterusnya...

SPAD Gantung Operasi Tren Kargo Tergelincir. #SPAD

Berikutan insiden pada jam 2.58 pagi di mana 12 gerabak tren Kargo dalam perjalanan ke arah Selatan telah tergelincir di antara Stesen Bank Negara - Stesen Kuala Lumpur.

Barisan pengurusan SPAD yang diketuai En. Azharuddin Mat Sah, CEO SPAD telah ke lokasi untuk memastikan KTMB mengambil langkah yang sewajarnya untuk mempercepatkan kerja-kerja baikpulih dengan serta merta.





Tindakan pantas yang diambil oleh pihak SPAD adalah sesuatu komitmen yang perlu diberi pujian.



KENYATAAN MEDIA 

SPAD MENGARAHKAN KTMB UNTUK MENGGANTUNG OPERASI TREN KARGO SEPANJANG LALUAN RAWANG - SALAK SELATAN BERIKUTAN KEGELINCIRAN 

KUALA LUMPUR, 23 NOVEMBER 2017 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandang serius kejadian kegelinciran tren kargo KTMB di stesen Bank Negara yang telah mengakibatkan ramai pengguna KTM mengalami gangguan perkhidmatan. 

Suruhanjaya menganggap bahawa kejadian itu tidak boleh diterima dan dengan itu telah mengarahkan KTMB bagi mempercepatkan siasatan serta mengemukakan laporan penuh mengenai insiden tersebut bagi mengenal pasti punca sebenar kegelinciran. 

Sebagai langkah berjaga-jaga yang segera, SPAD telah mengarahkan KTMB untuk menggantung perkhidmatan kargo di sepanjang laluan Rawang-Salak Selatan sehingga siasatan dimuktamadkan. 

Di samping itu, SPAD telah menegaskan kepada KTMB untuk mengkaji semula dan memperbaiki prosedur pengendalian gerabaknya bagi memastikan keselamatan terjamin. Suruhanjaya juga telah mengarahkan KTMB bagi mempercepatkan projek Naik Taraf Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) yang bertujuan untuk menaik taraf rangkaian rel sepanjang 42km, terutamanya di landasan sejauh 7km di antara Simpang Batu dan Stesen Kuala Lumpur kerana indeks kualiti landasan (track quality index) dalam sektor ini perlu dipertingkatkan dengan kadar yang segera. 

KTMB juga diminta untuk melakukan pemulangan tambang kepada penumpang ETS yang mengalami gangguan perjalanan serta ingin membatalkan perjalanan mereka. Ini bagi memastikan penumpang tidak menanggung sebarang kos tambahan bagi perkhidmatan MRT dan bas, di samping itu mereka juga boleh mengubah tarikh perjalanan. 

Penumpang yang terjejas berikutan gangguan perkhidmatan ini boleh menggunakan perkhidmatan rel alternatif seperti MRT di Sungai Buloh, Kajang, Muzium Negara, Pasar Seni dan LRT dari Subang Jaya. KTMB juga akan memastikan penumpang Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) akan dihubungkan ke Stesen Sungai Buloh menggunakan MRT sebelum beralih ke ETS untuk meneruskan perjalanan masing-masing. 

Di samping itu, SPAD telah mengarahkan KTMB untuk menyediakan perkhidmatan bas untuk perjalanan Sentul-KL Sentral-Sentul, sebagai satu alternatif perjalanan bagi penumpang yang terjejas. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, penumpang boleh menghubungi KTMB pada talian 03 - 22671200. 

Setelah penemuan siasatan dimuktamadkan, Suruhanjaya akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya, seperti mengambil tindakan tegas yang termasuk penalti kewangan sekiranya KTMB didapati cuai. -T
Baca Seterusnya...

Monday, 20 November 2017

PPBM Bakal Diharamkan, Mahathir Mengamuk Di KDN! #KekalNajib #TolakPakatanHarapan #LawanDAP #Perjuangan4All

Mahathir dalam misi menyelamatkan Malaysia kononnya hari ini menyerbu pejabat Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang mana parti beliau iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia boleh diharamkan kerana melanggar perlembagaan parti.

Parti Mahathir ini berhadapan kemungkinan pendaftarannya dibatalkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kerana melakukan tiga kesalahan yang melanggar perlembagaan parti iaitu tidak mengadakan mesyuarat tahunan, menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai Armada dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti.


Kenyataan jabatan itu berhubung istilah Armada dibuat berdasarkan rujukan perlembagaan PPBM sendiri yang hanya menunjukkan kewujudan istilah 'Pemuda' dan bukannya Armada.

Pada 14 September lalu PPBM menyambut ulang tahun pertama penubuhannya sedangkan dalam masa yang sama parti tersebut berdepan dengan risiko diharamkan. Adalah menjadi satu bahan jenaka bila mana menyambut ulang tahun pertama dalam masa yang sama akan dikuburkan sebelum menempuhi pertempuran yang sebenar.

Jelasnya disini pada 22 tahun memerintah Mahathir sendiri tidak benar benar menguasai cara penubuhan parti itu dan operasinya. Dalam perkara ini Mahathir bukalah satu satunya individu yang sewajarnya menguruskan parti itu lantaran ketidak upayaan beliau yang dalam usia yang tua, Akan tetapi PPBM masalah ini seharusnya dipertanggungjawabkan adalah presiden dan timbalan partinya yang lemah dan tunggang terbalik.

Bagaimana PPBM membuat ‘road tour’ seluruh negara mengutuk, mengeji dan memaki kerajaan memerintah untuk meraih sokongan rakyat akan tetapi hari ini parti sendiri tungang langang dan bakal diharamkan kerana kesilapan mereka sendiri.

Apa yang jelas kini, Muhyiddin dan Mukhiz hanya diam menikus menunjukan mereka hanya pandai cakap sahaja selainnya diletakkan dia atas kepada bapak Mukhiz!
Baca Seterusnya...

Sistem Pengangkutan Awam Akan Diperluaskan - Nancy #SPAD

Dewan Rakyat telah dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri bahawa kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap usaha - usaha untuk memperluaskan rangkaian sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan efisen. Selain dari bandaraya Kuala Lumpur, keperihatinan kerajaan merangkumi kawasan bandar dan luar bandar.

Pelbagai faktor yang perlu dipertimbangkan oleh kerajaan bagi menentukan pilihan jenis pengangkutan awam terbaik di sesuatu kawasan seperti kepadatan penduduk, keadaan muka bumi, aktiviti ekonomi, permintaan perjalanan serta jumlah penumpang.

Perkhidmatan bas henti - henti adalah pengangkutan awam darat yang paling optimum untuk dilaksanakan dan disediakan di lain - lain negeri seperti Sarawak selain daripada Lembah Klang. Ketika ini pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh pengusaha bas henti -henti di seluruh Negara dan kerajaan amat sedar akan permasalahan ini. Mereka bergelut untuk mendapat keuntungan bagi memastikan tambang yang diperolehi dapat menampung kos operasi mereka. 

Nancy menjawab soalan berkaitan dengan hal ini di Dewan Rakyat yang dikemukakan oleh Datuk Ahmad Lai bin Vujang (BN-Sibuti) bahawa, bagi mengatasi masalah ini, kerajaan telah memperkenalkan Dana Sokongan Sementara Bas Henti - Henti (ISBSF). 

Semenjak tahun 2012 kerjaan telah memberikan bantuan kepada mereka melalui dana ISBSF ini. Tujuan kerajaan menyalurkan dana ini adalah langkah sementara untuk mempastikan pengusaha bas henti – henti terutamanya laluan sosial di luar bandar dapat meneruskan perkhidmatan mereka.


Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti - Henti telah diperkenalkan oleh kerajaan sebagai satu penyelesaian jangka masa panjang. Ianya bertujuan untuk meningkatkan daya maju pengedali dan membantu dalam memperluaskan laluan serta meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan bas henti - henti.
Baca Seterusnya...

Friday, 17 November 2017

Sultan Johor Perkenan Pembinaan Jambatan Sistem Transit Rapid #RTS #SPAD

Projek jajaran jambatan Sistem Transit Rapid (RTS) setinggi 25 meter (m) yang akan merentasi Selat Johor secara lurus bagi menghubungkan Woodlands, Singapura ke Bukit Cagar, Johor Bahru telah diperkenan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada Rabu lalu.


Baginda telah menerima mengadap Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Shah bersama pegawai kanannya di istana Bukit Pelangi rabu lalu dan baginda telah menitah perkenan pada pertemuan tersebut.

SPAD telah mengemukakan tiga pilihan jajaran bagi projek RTS pada pertemuan tersebut yang telah juga mengambil kira cadangan Banginda semasa pertemuan sebelum ini pada 19 September lalu dan Baginda telah memberi perkenan bagi jajaran jambatan setinggi 25m yang akan merentasi Selat Johor secara lurus apatah lagi ianya mematuhi panduan teknikal Jabatan laut Malaysia yang menetapkan had ketinggian jambatan bersama drauf udara minimum 25m.

Dilaporkan sebelum ini Baginda tidak bersetuju dengan cadangan reka bentuk landasan yang melengkung, selain jambatannya yang mungkin mencapai ketinggian 30 meter di bahagian tengahnya, sebaliknya Baginda mencadangkan penjajaran yang lurus dan kerajaan telah mengkaji cadangan Baginda tersebut.

Pada Mei 2010 pembinaan RTS telah dicadangkan sebagai alternatif kepada 80, 000 hingga 100,000 pengguna tambak Johor setiap hari dan apabila ianya siap kelak RTS dapat menampung pergerakan sehingga 10,000 penumpang setiap jam antara dua stesen di Woddlands dan Bukit Chagar.

Baginda Sultan Johor telah menekankan kepentingan memastikan penyuraian trafik di kawasan stesen RTS Bukit Chagar dan SPAD akan mengambil tindakan terhadap perkara terbabit.

SPAD turut merakamkan setinggi - tinggi penghargaan kepada Baginda Sultan Johor atas sokongan dan perkenan bagi projek RTS dan penghargaan juga turut dirakamkan kepada Datuk Seri abdul Rahman Dahlan selaku Menteri di jabatan Perdana Menteri atas kepimpinan dan bimbingan beliau dalam projek RTS ini.
Baca Seterusnya...

Kerajaan Tidak Bantu Rakyat Pulau Pinang Tenggelam Banjir?! #TolakPakatanHarapan #

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendesak agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bantuan sebanyak RM500 kepada setiap isi rumah yang terlibat dengan banjir baru – baru ini. Beliau berkata demikian di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang yang mana Guan Eng dipetik berkata, Kerajaan persekutuan telah membuat pengumuman yang sama bagi membantu mangsa banjir besar di negeri Kelantan pada tahun 2014, ujarnya lagi.

Ini menggambarkan seolah - oleh Guan Eng masih belum berpuas hati dengan pelbagai bantuan dari Kerajaan Persekutuan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang baru – baru ini 

Berkaitan dengan kenyataan sebuah akhbar tempatan utama yang melaporkan bahawa Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih telah mendakwa Kerajaan Persekutuan masih belum menghulurkan bantuan secara langsung kepada mangsa banjir di Pulau Pinang. Namun beliau menafikan, yang dimaksudkan oleh beliau adalah Perdana Menteri (PM) belum umumkan bantuan kepada mangsa banjir sebagaimana yang pernah di lakukan oleh PM di Kelantan pada tahun 2014.

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mempersoalkan kenyataan Guan Eng yang telah disiarkan didalam akhbar tersebut. Ini disebabkan Abdul Azeez menyatakan bahawa bantuan dari Kerajaan Persekutuan merupakan usaha yang dipantau secara terus oleh PM.

Lim Guan Eng amat terkenal dengan kelicikannya dalam memanupulasi sesuatu perkara meskipun hal yang diperkatakan itu melibatkan kepentingan rakyat. Beliau rela berbohong malah ianya telah menjadi rutin demi mempertahankan keegoannya. Cara dia spin atau putar belit seolah-olah tiada sekelumitpun bantuan untuk mangsa banjir dihulurkan kerajaan Pusat.

Apakah dengan menunjukkan muka kasihan dan simpatinya terhadap mangsa banjir di Pulau Pinang baru – baru ini merupakan wajahnya yang sebenar sebagai seorang pemimpin yang mengambil berat masalah rakyat?. Jawapannya, ‘Lu pikir la sendiri’. 

Rakyat Pulau Pinag jangalah mudah terpedaya dengan lakonan mantap Guan Eng ini. Natijahnya tiada sekelumit perasaan pun untuk beliau zahirkan rasa simpati terhadap mangsa terbabit kerana segala macam tentangan dan laporan berkaitan dengan pembangunan yang melampau telahpun dilaporkan kepada beliau. Namun Guan Eng buat ‘derk’ je.




Selaku rakyat Malaysia yang waras, mari kita lihat senarai bantuan banjir yang telah di salurkan oleh kerajaan persekutuan dan NGO pro-kerajaan.

1. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sediakan RM1 bilion.

2. Kelab Putera 1Malaysia hantar 60 kontena berisi makanan dan sebagainya.

3. Bank Negara Malaysia sediakan RM500 juta untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana yang terjejas banjir.

4. Imigresen bagi penggantian passport percuma.

5. PTPTN beri kelonggaran boleh membuat penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman.

6. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengerahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang merupakan antara bantuan paling awal diberikan kepada mangsa sebelum Guan Eng hubungi pasukan keselamatan itu.

Seramai 200 anggota terlibat. Aset ATM yang dikeluarkan adalah dua helikopter Agusta, 89 trak tiga tan,62 bot tempur, 27 Land Rover, 19 buah trak Tatra, 4 helikopter EC725, 2 helikopter Nuri, 2 pesawat C130, 1 helikopter Fennec, 1 helikopter Super Lynx selain wang enhsan RM500 bagi setiap seorang warga kementerian yang terjejas akibat banjir.

7. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi hantar RELA dan konvoi NGO beserta barnagan bernilai RM90,000. Seramai 500 pegawai dan anggota termasuk 19 lori, 17 van, tujuh kenderaan pacuan empat roda serta sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) untuk membantu mangsa banjir.

8. Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pihak Angkatan Tentera Malaysia, Polis Di Raja Malaysia. Bantuan seperti, bantal, selimut, pakaian dan peralatan memasak.

9. BIRO Kebajikan UMNO Malaysia (BiKUM) hantar bantuan medik dan menyampaikan kit bantuan harian, dianggarkan 6,000 keluarga akan menerima bantuan dengan kos keseluruhan berjumlah RM1.5 juta.

10. Puteri UMNO bersama NGO bawa sumbangan seperti makanan, lampin pakai buang bayi, bahan kering masakan, peralatan alat tulis dan beg sekolah.

11. Polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan bomba bersedia sejak 6 pagi untuk membantu calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ke sekolah.

12. Mercy Malaysia buka klinik bergerak, bantuan rawatan dan perubatan yang ditaja oleh Yayasan Sime Darby, turut menyumbangkan 500 kit perubatan.

13. BN Terengganu sumbang bantuan kewangan dan barangan keperluan berjumlah RM200 ribu beserta 200 orang sukarelawan untuk bersih rumah dan premis.

14. Parti Gerakan sumbang RM100 ribu dan ahli membantu pembersihan rumah mangsa banjir.

15. MCA menghantar sumbangan dan Crisis Relief Squad of MCA (CRSM) membantu pembersihan rumah mangsa banjir

16. MIC menghantar lebih 100 petugas MIC Youth Disaster Aid Centre (MyDAC) membantu mangsa banjir.

17. MB Perak lulus RM100,000 peruntukan.

18. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) beri bantuan kewangan segera, makanan, peralatan, perlindungan, perubatan serta lain-lain keperluan.

19. Datin Seri Rosmah Mansor yang juga presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia turut mengumumkan agihan sebanyak RM 110,000 kepada mangsa banjir.

20. Kerajaan negeri Melaka menghantar lebih 200 sukarelawan termasuk kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini bagi misi bantuan pasca banjir ke Pulau Pinang.

21. JAKIM beri khidmat kaunseling selain bantuan kewangan termasuk barangan keperluan asas kepada wakil-wakil beberapa buah masjid dan juga sekolah KAFA yang terjejas.

22. Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah melalui kerajaan negeri hantar 200 sukarelawan bagi misi bantuan pasca banjir di Pulau Pinang.

23. Peruntukan RM2 juta bagi kerja menaik taraf sistem saliran dan perparitan yang rosak akibat banjir di sekitar daerah Kulim.

24. Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membekalkan 30 set janakuasa bergerak ke kawasan banjir di Pulau Pinang.

25. Tabung Haji juga beri sumbangan kepada anggota TH, berihkan rumah dan bantuan RM 2000 kepada anggota serta sumbangan barang keperluan harian kepada pesara TH yang terlibat.

26. UniKL sumbang sukarelawan dan dana RM 60,000.

27. Biro Kebajikan UMNO (BiKUM) akan memberi akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) percuma kepada lebih 3,000 pelajar Tahun 1 yang terlibat dengan bencana banjir di Pulau Pinang bernilai RM320,000

28. Team Salute Malaysia, Presidennya Datuk Rizal Mansor bawa 60 sukarelawan bersama barang-barang keperluan termasuk makanan, minuman dan peralatan pembersihan rumah. Turut bawa 4 pegawai perubatan.

29. Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) sumbang barangan makanan, pakaian, lampin pakai buang bayi, tuala, selimut dan kelengkapan mencuci rumah.

30. Bank tempatan seperti CIMB, RHB, Bank Islam beri tangguh bayaran sehingga 6 bulan.

31. Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah melalui kerajaan negeri Kedah naikkan daripada RM100 kepada RM200 bagi mangsa banjir yang berdaftar dan berpindah ke pusat pemindahan.

Berdasarkan perkara di atas, apa lagi yang Guan Eng hendak agaknya?. ‘Lu pikir la sendiri’.


Baca Seterusnya...

Tuesday, 14 November 2017

DAP Perosak Ekosistem Dan Ekologi #LawanDAP #TolakPakatanHarapan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim telah memberitahu di Dewan Rakyat berkaitan dengan kesan pembangunan yang tidak terkawal di Pulau Pinang terutamanya di kawasan - kawasan yang berisiko seperti di cerun dan di lereng bukit. 


Pembangunan yang pesat di cerun atau di lereng bukit serta penambakan laut selepas tahun 2008, telah memusnahkan ekosistem dan ekologi di Pulau pinang serta di kawasan peraiarannya.

Beliau juga menambah, infrastruktur parit serta saliran perlu dinaiktaraf dengan sewajarnya. Keupayaan tanah untuk menyerap air juga berpunca dari pembangunan dan pengurusan yang kurang cekap di kawasan tadahan hujan. Ini menyebabkan air larian bertambah.


Berkaitan banjir yang telah melanda Pulau Pinang baru - baru ini, beliau juga menjelaskan akibat daripada pemotongan bukit ia menyebabkan air bewarna kuning kerana air turun bersama selut.

Dato Seri Shahidan Kassim memberitahu perkara ini ketika menjawab soalan daripada Datuk Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) pada waktu pertanyaan (MQT) di Dewan Rakyat.

Kerakusan kerajaan DAP Pulau Pinang membangunkan segala macam projek tanpa mempedulikan ekosistem dan ekologi telah mengakibatkan kesan yang memang dijangka. Hal ini telah diingatkan beberapa kali oleh pihak berwajib namun langsung tidak diendahkan kerana kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mengejar keuntungan semata – mata.



Sampailah masanya rakyat Pulau Pinang sedar dari lena. Mereka seharusnya tidak menyambung legasi kepimpinan korup dari dinasti Lim dengan mengundi DAP dalam PRU14 kelak.
Baca Seterusnya...

PPIM Salah Terjah? Yusof Azmi Bertaubatlah! #PPIM

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM menjadi agak popular dikalangan netizen yang suka aksi aksi dramatik, kritis dan wayang pacak terutama yang dimainkan oleh pemegang kad pengenalan sementara dalam salah seorang anggota pengerak utama PPIM? 

Baru baru ini  PPIM menyerbu sebuah Syarikat Kopi Pak Belalang yang mana artikel copy paste di portal https://peraktoday.com.my/2017/11/ppim-terjah-syarikat-kopi-pak-belalang/ secara jelas bersifat mengelirukan dan menimbulkan persepsi negatif kepada syarikat milik bumiputera tesebut.

Dalam kes serangan PPIM terhadap Syarikat Kopi Pak Belalang (SKPB) pihak PPIM diketuai oleh Yusof Azmi mendakwa Syarikat Kopi Pak Belalang menjalankan kutipan wang tanpa lesen oleh pihak berkuasa dan kononnya SKPB menjanjikan pulangan keuntungan berkali ganda kepada para pelaburnya. Daripada makluman kepada admin, Dakwaan PPIM ini adalah satu kenyataan yang berbau fitnah, berniat jahat dan mengudang kemarahan masyarakat dan jelas menjatuhkan reputasi SKPB. 

Dakwaan tanpa mengemukakan bukti ia secara jelas satu fitnah, dan untuk makluman para pembaca yang budiman Syarikat Kopi Pak Belalang (SKPB) TIDAK menjalankan apa aktiviti yang tuduh oleh Yusof Azmin yang kononnya SKPB menjanjikan pulang keuntungan pelabuan berlipat kali gandi.

PPIM terlalu teruja untuk membuat terjahan dan merain publisiti murahan sehinggakan sanggup menfitnah SKPB sehinggakan terlupa membuat kajian dan pengumpulan bukti yang dapat dikaitkan dengan dakwaan beliau.

PPIM menerjah SKPB lantaran laporan beberapa pelabur mengadu kepada PPIM yang mana mereka telah ditipu. Kerana terlalu seronok untuk menyondok, menyondol dan melanggar presmis orang, Yusof Azmi dan PPIM menyerang entiti yang salah kerana Isu sebenarnya adalah mereka yang kononnya ditipu sebenarnya adalah ahli kepada PT. Classic Worldwide International Group (CWIG) dan BUKAN Syarikat Kopi Pak Belalang (SKPB). CWIG merupakan satu syarikat jualan langsung yang telah mengambil alih network keahlian dari syarikat Classic Worldwide Corp. (M) Sdn Bhd (CWC). 

Syarikat syarikat ini adalah syarikat JUALAN LANGSUNG DAN BUKAN SYARIKAT PELABURAN sepertimana yang didakwa PPIM. Dalam CWIG terdapat satu komuniti yang dinamakan ARBA Network dan dimana mereka menjalankan satu kaedah pemasaran dan penjualan produk.

Urusniaga kebiasaan syarikat syarikat sedemikian ini operasinya setiap ahli yang membeli atau menjual produk produk syarikat akan menerima bayaran. 

Tindakkan gopoh inzal sendiri Yusof Azmi dan jentera PPIM menyerbu Syarikat Kopi Pak Belalang adalah tindakkan yang melampau memandangkan fakta dakwaan adalah tidak tepat dan PPIM telah menyerang secara membabi buta terhadap dakwaan individu kononnya ditipu. 

Adakah PPIM tahu tentang kewujudan dan perbezaan syarikat jualan langsung ini dengan syarikat pelaburan? Dan kenapa pihaknya tidak pergi menerjah PT. Classic Worldwide International Group (CWIG)?


Jelasnya disini Yusof Azmi dan PPIM sewajarnya membuat kajian terperinci atau “kerja rumah” terlebih dahulu terhadap laporan yang diterima dari pihak yang melaporkan. Yang admin agak pelik bagaimana dakwaan Yusof Azmi didalam artikel tersebut mendakwa kini 200 laporan Polis telah dibuat dan pihak Polis kononnya tidak mengambil sebarang tindakkan. Apakah Yusof Azmi dan PPIM mahu mencipta lagi satu persepsi tidak baik terhadap pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan bercakap tanpa melampirkan sebarang bukti? Malah Yusof Azmi tidak mendedahkan waima 1 daripada 200 laporan Polis terhadap Syarikat Kopi Pak Belalang. 

Yusof Azmi dan PPIM sendiri salah dalam menafsir aduan pengadu yang secara tidak langsung Yusof Azmi dan PPIM telah merosakan jenama Kopi Pak Belalang yang mungkin pihak syarikat bakal mengalami kerugian jutaan RInggit Malaysia.

Yusof Azmi Bertaubatlah..
Baca Seterusnya...

Pemilihan Semula CEC DAP 2017 Paling Teruk #LawanDAP #TolakPakatanHarapan

Kehadiran hanya seramai 1,356 atau 53.94 peratus perwakilan dalam pemilihan semula CEC DAP di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC), Selangor menunjukkan wujud krisis dalaman parti itu. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mahdzir Khalid yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan bahawa berdasarkan angka kehadiran sememangnya DAP wujud krisis ketikapercayaan ahli – ahlinya terhadap pemimpin parti tersebut.


Mahdzir juga turut mengulas berkenaan kemerosotan kehadiran perwakilan dalam pemilihan semula CEC. Indikator itu memperlihatkan mungkin wujud sesama mereka, rasa tidak percaya antara satu sama lain khususnya terhadap pemimpin mereka. Ini berdasarkan angka kehadiran, dimana hanya 1000 lebih sahaja yang hadir berbanding 2000 lebih yang sepatutnya hadir di dalam pemilihan semula CEC.

Wakil firma perunding Grant Thornton telah mengumumkan bahawa kemerosotan kehadiran amat tinggi berbanding 1,725 perwakilan yang mengundi dalam pemilihan CEC DAP pada tahun 2013. Perwakilan yang layak mengundi dalam pemilhan semula kali ini adalah berjumlah 2,514 setelah ditolak dengan 62 perwakilan yang tidak layak mengundi kerana keluar parti, meninggal dunia atau diistiharkan muflis.

Mengikut makluman, calon yang bertanding dalam pemilihan semula CEC pada tahun ini turut menurun kepada 62 calon dari 68 calon. 

Kesimpulan dari penulis, DAP tidak lari dari krisis dan amat sinonim dengan parti ini. Memang sejarah membuktikan apabila pucuk pimpinan hanya dipimpin oleh orang yang sama dengan berdekad lamanya, maka akan wujud masalah dalam parti tersebut. Tinggal lagi mereka berani atau tidak untuk memperakuinya. Semoga lebih ramai lagi mereka yang sedar dan seterusnya meninggalkan parti keparat ini.


Kaki rasuah, Rasis dan hanya membesarkan tembolok mereka sahaja jadi pemimpin DAP! Kata parti pelbagai Kaum tetapi hakikatnya majoriti hanya penjilat cina komunis DAP sahaja sedangkan majoriti negara ini bukan bangsa Cina! Harap PRU14 pengundi kaum cina jangan termakan tipu daya mereka.

Rumah untuk rakyat konon..Tiap tahun banjir adalah.. DAP MENANG RAKYAT BERENANG!
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!