Thursday, 29 December 2016

DAP Sah Dana PRU13 RM1.2 Bilion Dari Israel?!

Sudah Setahun Dana RM1.2 Bilion Dari Israel, Mana Jawapan DAP?



Jika membicarakan tentang dana politik, antara yang menarik untuk diperkatakan adalah bagaimana DAP hanya mendiamkan diri apabila disentuh mengenai sumbangan dana RM1.2 bilion dari Israel yang telah di dedahkan sendiri oleh bekas Pegawai Khas Lim Kit Siang, Mohamad Razali Abdul Rahman.

Setahun yang lepas, Dr Zuhdi buat pendedahan yang sama sekali lagi pada 29 Disember 2016 dalam satu artikel di Berita Harian.

Sejak pendedahan “berani mati” yang dibuat oleh Razali, hanya penafian sahaja yang mampu dibuat oleh DAP. Malah, ugutan DAP yang mahu menyaman Razali juga sehingga kini masih belum dibuat oleh parti berkenaan.

Sedar atau tidak, sudah setahun masa berlalu dan DAP masih lagi gagal memberikan jawapan tentang pendedahan yang dibuat oleh Razali ini.

DAP begitu sibuk berbicara tentang isu-isu lain sedangkan persoalan mengenai sumbangan dana RM1.2 bilion dari Israel ini, terbiar tanpa jawapan pun.

DAP lebih senang untuk membiarkan persoalan mengenai dana itu hanyut ditelan masa tanpa memberikan apa-apa jawapan tentang perkara itu.

Di sebalik segala persoalan mengenai dana berkenaan yang masih menimbulkan tandatanya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut terpalit dengan skandal penyalahgunaan kuasa. Itupun DAP masih cuba untuk mengelak dari mengakui kesalahan mereka.

Jadi tidak hairanlah apabila DAP juga cuba menggunakan helah yang sama jika berbicara tentang sumbangan dana dari Israel ini. Mungkin bagi DAP, ia adalah rahsia parti yang tidak harus dihebahkan kepada umum.

Namun, jika melihat kepada slogan DAP sendiri yang sentiasa mengamalkan ketelusan dalam segenap perkara, kredibiliti DAP dalam isu ini boleh dipersoal. 

Kenapa DAP enggan memberikan jawapan yang konkrit berhubung isu ini? Kenapa tiada langsung tindakan perundangan dikenakan terhadap Razali dan Dr Zuhdi, individu yang mendedahkan skandal ini?

Apa yang pasti, DAP sendiri tiada jawapan untuk menafikan sebarang sumbangan yang mereka terima daripada Israel.

Mereka lebih senang mengalihkan tumpuan rakyat kepada isu-isu lain sedangkan skandal DAP sendiri dibiarkan begitu sahaja.

Inilah wajah sebenar DAP. Mereka akan cuba sedaya upaya melindungi atau merahsiakan sebarang perkara yang boleh merosakkan parti mereka.

Namun, mereka akan tampil kehadapan andai mereka menghidu peluang untuk menjatuhkan musuh politik mereka. Sampai bila rakyat harus menunggu jawapan DAP berhubung sumbangan dana dari Israel ini?

Betul ker tidak DAP dapat dana dari Israel ini, Mahathir tidak pula tanya apa status duit Israel ini. Hendak dengar juga fatwa dari Mahathir berkaitan dana Israel ini. Rasuah ke halal duit dana Israel ini? 


Tulisan : 
Beruang Biru
BB206, Khamis
29 Disember 2016
Baca Seterusnya...

7,280,340 Terima #BR1M Bukan Rasuah - Michael Lee #MCA

Perbuatan memperkecilkan golongan berpendapatan rendah yang menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) mendapat perhatian dari Malaysian Chinese Association (MCA) Bendahari Agung Pemudanya Michael Lee yang membidas pihak dari wakil rakyat pembangkang dan  mempersoalkan mengapa mereka tidak bersetuju dengan bayaran BR1M sedangkan di pusat khidmat mereka turut mengajurkan program mengisi permohonan BR1M ini.

“Jelas sekali, mereka bersetuju dengan dasar BR1M oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk membantu mereka yang berpendapatan rendah. Atau adakah pembangkang juga mengisi borang rasuah BN ini untuk orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan minggu ini

Sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyifatkan BR1M adalah satu bentuk rasuah dan ia dianggap menyalahi undang undang meskipun di beberapa negara lain juga turut menganjurkan bantuan sedemikian dalam agenda membantu rakyat negaranya.

Hiporaksi ini jelas pada pengerusi PPBM itu yang turut sama menyediakan pautan (untuk pemohonan BR1M) didalam laman sesawang rasmi parti tersebut

“Kerajaan-kerajaan di seluruh dunia mempunyai bentuk skim bantuan kewangan untuk rakyat yang dilanda masalah kewangan, sama ada dari segi skim makanan, skim pencen atau bayaran tunai secara langsung yang dimasukkan ke dalam akaun bank mereka. BR1M membantu kuasa beli penerima. Tahun ini, seramai 7,280,340 pemohon telah diluluskan untuk menerima BR1M dan Selangor mempunyai bilangan tertinggi yang mendapat manfaat dengan jumlah 1,017,403,” katanya lagi

Senario pembangkang yang mengeluarkan ulasan yang berbelit ini jelas tidak boleh diguna pakai sedangkan pihak kerajaan terus dalam agendanya tetapi pembangkang hanya bercakap dengan kata kata dusta, hipokrik dan tidak rasional.


Cash handouts during Dr M’s era weren’t graft? He must start with the man in the mirror

Remarks by Malaysia’s longest serving Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohammad who had equated the BR1M as corruption and against the law are mean as they belittle lower income Malaysian families and individuals who meet the strict criteria as corruption.

If Pakatan elected representatives agree with Dr Mahathir’s statement that BR1M is against the law, then how come their service centres are also assisting the public to apply or update their details on the BR1M forms? Obviously, they agree that the BN-articulated BR1M policy assists lower income families to alleviate their financial burdens. Or is the Opposition too subscribing to “this form of BN-bribery” for the masses?

Even Dr Mahathir’s new opposition party which he founded ie PPBM – its website has a link on the main page, entitled “BR1M” captioned “anybody who wants financial assistance, contact us.”

Governments worldwide have other forms of financial aid schemes for their cash-strapped citizens be it in terms of food stamps, pension schemes or direct cash payment deposited into their bank accounts.

BR1M assists the purchasing power of recipients. In 2016, 7,280,340 applicants were approved to receive BR1M of which Selangor had the highest number of beneficiaries ie 1,017,403.

MCA Youth appeals to our revered former statesman to acknowledge the greater good which BN has built up. Please refrain from condemning BN’s effort just for the sake of flailing us, no different from other Opposition parties. 

MCA Youth along with the main MCA body and Wanita MCA will continue to assist the rakyat on applying for BR1M or updating their details to ensure that the BR1M payments to qualified applicants reach them without hindrances. - sumber
Baca Seterusnya...

Wednesday, 28 December 2016

Ketua Menteri Suka Bergaduh - Liow Tiong Lai #MCA

Parti Tindakan Demokratik (DAP: Democratic Action Party) dilihat amat terdesak dikala ini termasuk Setiausaha Agungnya merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang Josepth Lim Guan Eng yang dihimpit dengan dakwaan rasuah dan ayahnya Lim Kit Siang selaku Penasihat DAP gagal menyimpulkan dakwaan penerimaan sejumlah wang USD 300.000 dari Israel seperti yang didakwa oleh bekas orang kuat parti itu.

Baru baru ini ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilihat satu ucapan beragendakan politik dan mewujudkan perpecahan masyakat secara halusnya.

Presiden MCA Dato Seri Liow Tiong Lai, amat percaya cara kemuafakatan rakyat Malaysia menghayati kebebasan beragama di Malaysia khususnya dalam meraikan hari Natal tahun ini.


Liow juga membidas tindakkan Lim Guan Eng terhadap mesej malam sebelum sambutan Hari Natal (Hari Krismas) lalu yang menimbulkan perasaan tidak selesa dan berunsur politik kepada masyarakat negara ini.

“Ini bukan masa nya untuk propaganda politik” kata Liow kepada Guan Eng.

Pada hari baik sambutan hari Krismas tidak harus di tanam sifat negatif dan bersifat kebencian, kata Liow , amat malang ia dilakukan oleh seorang Ketua Menteri.

“Ini lah saat kemeriahan suasana krismas di mana kaum keluarga dapat bersama menyambut nya, dalam keadaan aman” katanya lagi

Jika dilihat ini bukalah kali pertama pemimpin DAP menjadikan ucapan perayaan sebagai laluan propaganda mereka.Nyata mereka (DAP) gemar menggunakan sambutan perayaan sebagai platform menyampaikan propaganda kotor mereka.

Liow juga menyatakan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai suka bergaduh kerana telah menjadi kan banyak pihak terutama nya pihak media sebagai musuh nya. Lim juga mempersoalkan kenapa media tertentu tidak memberi perhatian terhadap kenyataannya

“Lim mungkin menjadi ahli politiik pertama dalam Malaysia yang mengeluarkan kenyataan kenapa hal ehwal berkenaan diri nya tidak di laporkan secara besar besaran” ujar Liow.

Lim Guan Eng juga kerap mengeluarkan kenyataan yang bodoh dan hipokrik.

“Kamu tidak perlu percaya kepada saya, tanya sahaja lah kepada ahli DAP, orang orang Pulau Pinang , pihak media dan ahli perniagaan , dia lah Ketua Menteri yang pertama yang bergaduh dengan seluruh masyarakat, ia itu pihak yang sering membantu nya” kata Liow.

Dari kenyataan Liow Tiong Lai ini cukup berasas sepertimana reaksi Lim Guan Eng yang dilihat sombong dan terdesak bila dikaitkan dengan skandal rasuah banglo beliau baru baru ini yang dalam proses pendakwaan di mahkamah.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 27 December 2016

#SPAD Siasat Pemanduan Bas Ekspres Secara Merbahaya!

KENYATAAN MEDIA SPAD MEMULAKAN SIASATAN TERHADAP DAKWAAN PEMANDUAN BAS EKSPRES SECARA BERBAHAYA 

(gambar sumber Utusan)

KUALA LUMPUR, 27 DISEMBER 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan siasatan berdasarkan maklumat yang didapati daripada Facebook yang dikongsikan oleh seorang pengadu mengenai perlakuan pemandu bas ekspres. 

Di dalam video yang dirakamkan oleh pengadu, pemandu dipaparkan telah menghisap rokok dan menggunakan telefon bimbit ketika sedang bertugas. SPAD sedang mengambil langkah segera bagi memastikan kesahihan fakta bagi mengambil tindakan yang sewajarnya. Setelah menghubungi pihak-pihak yang terlibat semalam, Pegawai Penguatkuasa SPAD telah bertemu pengarah syarikat Aerosystem Tour & Travel (M) Sdn Bhd yang mengendalikan bas Mayang Sari tersebut dan pemandu yang terlibat pada jam 9.30 pagi hari ini bagi mengambil keterangan mereka dan mengesahkan maklumat seperti mana yang diperlukan di bawah peruntukan undang-undang. 

SPAD juga telah bertemu pengadu pada 4.30 petang hari ini bagi merakamkan keterangan rasmi. Rakaman video dan gambar yang diterima akan digunakan sebagai bahan bukti di dalam siasatan. 

Sekiranya siasatan mengesahkan bahawa individu terbabit telah membahayakan penumpang dan pengguna jalan raya lain di bawah Seksyen 202, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD), pemandu tersebut boleh dihukum denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan, atau kedua-duanya sekali. 

Jika didapati bersalah kerena merokok di dalam kenderaan pengangkutan awam darat, pemandu boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 203 APAD, di mana hukuman yang boleh dikenakan adalah denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun, atau kedua-duanya sekali. 

Sementara itu, pengendali boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 22 dan 23 APAD atas kesalahan mengingkari syarat-syarat lesen mengenai keselamatan, yang membawa hukuman denda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak melebihi RM500,000, atau penjara tidak melebihi 2 tahun, atau kedua-duanya sekali. 

SPAD juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), yang juga sedang menyiasat kes ini di bawah bidangkuasa dan peruntukan undang-undang masing-masing. Lesen Pengendali SPAD mewajibkan pengendali bas untuk mematuhi keperluan di dalam Kod Amalan Keselamatan Industri (ICOP). 

Pengauditan berkala dijalankan bagi memastikan pematuhanan terhadap ICOP. SPAD ingin menekankan kepada pengendali dan pemandu yang didapati bersalah kerana melanggar syarat-syarat Lesen Pengendali, bahawa Suruhanjaya akan mengambil tindakan yang paling maksima yang dibenarkan di bawah undang-undang. 

Orang ramai yang telah mengalami atau menyaksikan perlakuan pemanduan berbahaya oleh pihak pengendali pengangkutan awam darat digesa membuat laporan melalui saluran aduan SPAD seperti hotline kami di 1-800-88-7723, emel kepada aduan@spad.gov.my atau melalui Twitter kepada @aduanSPAD. SPAD memerlukan nama dan nombor telefon pengadu, tarikh, masa, tempat kejadian dan maklumat perjalanan (seperti gambar tiket daripada syarikat bas). 

Sebarang gambar atau rakaman video yang telah diambil pengadu dapat membantu SPAD di dalam menjalankan siasatan. 

- Tamat – 

Bagi sebarang pertanyaan media: 
Bahagian Komunikasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 
Tel : +603 2726 7000/Faks: +603 2726 7300 
Emel : communications@spad.gov.my




Pihak berkuasa hanya menjalankan siasatan dan tindakkan setelah laporan secara rasmi dibuat oleh pengadu, memuat naik di laman sosial tidak memberikan sebarang kesan kepada sikap dan kesalahan yang dilakukan oleh segelintir pemandu seperti insiden diatas malah ia memburukkan lagi pandangan umum terhadap perkhidmatan pengangkutan awam di negara kita.

Secara peribadi, admin suka disini menyatakan rakyat terutamanya pengguna perkhidmatan awam sewajarnya membantu pihak berkuasa contohnya SPAD ini untuk menyalurkan sebarang maklumat yang tepat dan memberi kerjasama yang baik untuk sebarang tindakkan yang menyalahi undang undang. 

Para pemandu dan penyedia perkhidmatan pengangkutan awam ini bukanlah bebas dari kesalahan akan tetapi amatlah wajar kita turut sama sama menjaga keselamatan dan keselesaan para pengguna yang lain.

Menurut sebuah sumber dari JPJ mengatakan, bagi pemegang PSV dan GDL memandu kenderaan perdagangan, teksi dan bas sekolah tidak dibenarkan menghisap rokok. Saman yang dikeluarkan adalah terkandung dalam Tata Kelakuan.

Baca Seterusnya...

Bas Sekolah PERCUMA Mulai Januari 2017 #BetterNation #WilayahPrihatin

BANTUAN BAS SEKOLAH PERCUMA MULAI JANUARI 2017 DI SELURUH PPR & PERUMAHAN AWAM DBKL DI WILAYAH PERSEKUTUAN

Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Ogos lepas mengumumkan Bantuan Bas Sekolah Percuma untuk anak-anak penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di seluruh Wilayah Persekutuan.

Pendekatan itu bertujuan meringankan beban keluarga berpendapatan rendah, sejajar usaha kerajaan membasmi kemiskinan bandar.

Projek Bantuan Bas Sekolah Percuma ini dilaksanakan bermula musim persekolahan awal tahun 2017.

We walk the talk.

#BetterNation #WilayahPrihatin


Baca Seterusnya...

Thursday, 22 December 2016

Laporkan Jika Tambang Bas Sekolah 2017 Tidak Musabah #SPAD

Kurang dari dua minggu dari sekarang akan bermula musim baru persekolahan bagi tahun 2017 dan bersempena dengan itu pihak ibubapa yang tidak berkesempatan untuk menghantar anak mereka ke sekolah akan menghadapi isu kadar harga tambang bas sekolah yang pastinya menjadi pertikaian diantara pihak ibubapa dan pengusaha bas tersebut.


Adakalanya pelbagai alasan akan diberi oleh kedua belah pihak untuk merasionalkan kehendak masing masing dan tidak terlepas juga turut menyalahkan pihak lain terutama kerajaan.

Disini dinyatakan Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai regulator dan penjaga hal ehwal berkaitan kenderaan dan polisi tambang mengambil bahagian dalam masalah ini dengan menjadi orang tengah.

Bagi pihak ibubapa penjaga pasti tidak akan bersetuju sekiranya caj tambang bas ini dinaikkan sewenang wenangnya.

Pihak SPAD telah pun menyerahkan perkara ini kepada kedua pihak , yakni ditangan ibubapa dan persatuan mereka serta pengendali bas untuk sama berunding secara realisik apakah kadar terbaik untuk kadar tambang perkhidmatan bas sekolah ini.


Peranan SPAD bagi perkara ini sebagai penentu sama ada kedua pihak ada pelanggaran persetujuan yang dicapai.

Sila baca lampiran berkenaan isu tambang bas sekolah yang dikeluarkan oleh Pihak SPAD :

Rabu, 21 Disember 2016

KENYATAAN MEDIA 

MAKLUMBALAS SPAD KEPADA CADANGAN PENGENDALI UNTUK MENINGKATKAN TAMBANG BAS SEKOLAH 

Kuala Lumpur, 20 Disember 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin merujuk kepada laporan media baru-baru ini berkenaan tambang bas sekolah bagi tahun hadapan. 

Isu yang dibangkitkan ini kerap kali timbul sebelum bermulanya setiap musim persekolahan. Pada kali ini terdapat pengendali yang menyatakan bahawa penarikan subsidi diesel oleh Kerajaan telah meningkatkan kos operasi dan oleh itu kenaikan tambang perlu dilakukan. Mengikut pengamatan SPAD terhadap data yang dikumpulkan dahulu, pihak pengendali pernah juga memohon untuk meningkatkan tambang walaupun ketika subsidi minyak diesel masih diberikan oleh Kerajaan. 

Susulan itu, tambang bas sekolah telah diliberalisasikan pada tahun 2015 dengan syarat pihak pengendali perlu mendapatkan persetujuan pihak sekolah dan persatuan ibu bapa dan guru. Suruhanjaya berpendapat bahawa penetapan kadar tambang oleh kuasa pasaran, adalah satu pendekatan yang adil dan munasabah bagi masa hadapan industri. Setelah pendekatan liberalisasi tambang dilakukan, SPAD tidak lagi menerima sebarang aduan daripada ibu bapa mengenai kenaikan tambang yang melampau. 

Namun begitu, SPAD masih meneruskan proses interaksi dengan pihak pengendali untuk memberikan peringatan agar menghormati prinsip-prinsip yang mendorong liberalisasi tambang bas sekolah. Setelah menjalankan sesi interaksi mengenai isu kenaikan tambang baru-baru ini dengan tiga persatuan bas sekolah terbesar di Semananjung Malaysia, Pertubuhan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Semenanjung Malaysia (PPPBSSM), Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) dan Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM), Suruhanjaya akan mengadakan sesi interaksi susulan bersama industri bagi mengenal pasti jika perlu diadakan semakan semula terhadap amalan semasa dan bagi mengenal pasti rumusan yang lebih berkesan bagi menyelesaikan permasalahan tahunan ini. 

Sementara itu, pengguna perlu melaporkan kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (myCC) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, sebarang kejadian di mana pengendali bas sekolah didapati telah menetapkan harga yang tidak munasabah sebagai satu kartel. 

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan jumlah pengendali bas sekolah berlesen, SPAD sentiasa mengalu-alukan individu yang berminat untuk memohon lesen untuk menjadi pengendali bas sekolah. Pada masa ini terdapat lebih 10,000 pengendali bas sekolah berlesen yang melibatkan lebih daripada 16,800 bas sekolah di Semenanjung Malaysia. 

Selain daripada itu, SPAD juga telah mengadakan beberapa inisiatif bagi membantu industri bas sekolah seperti Skim Penggantian Bas Sekolah daripada Januari 2013 sehingga Disember 2014 untuk membolehkan pengendali bas menggantikan bas lama demi meningkatkan tahap keselamatan pelajar sekolah. Sebanyak RM18.5 juta telah dibayar kepada 213 pemohon melalui skim pinjaman khas pada kadar faedah rendah 2%. Kementerian Kewangan juga telah memperuntukkan dana bagi memberikan rebat RM10,000 bagi bayaran muka untuk membeli bas baru dan sebagai subsidi bagi pembayaran semula pinjaman khas tersebut. 

Pada 2013, SPAD telah memperkenalkan Skim Perlindungan Insurans Murid Sekolah bagi memberikan perlindungan insurans kepada pelajar apabila terjadinya kemalangan, termasuk apabila kenderaan digunakan bagi aktiviti yang diluluskan oleh pihak sekolah seperti rombongan dan aktiviti ko-kurikulum. Pada akhir November 2016, skim tersebut dianggarkan telah memberikan perlindungan insurans kepada 1.5 juta pelajar sekolah yang berumur diantara 7 sehingga 19 tahun, dengan pelaburan berjumlah RM14 juta. 

Suruhanjaya telah melaksanakan inisiatif liberalisasi tambang bas sekolah untuk membolehkan kuasa pengguna mendorong dan meningkatkan mutu perkhidmatan, melalui penetapan harga yang kompetitif dan dengan sekali gus akan membantu industri untuk kekal mampan. Oleh itu, SPAD menggalakkan semua pihak yang terlibat untuk mencapai satu keputusan yang adil dan saksama bagi semua. :-




Baca Seterusnya...

@LiowTiongLai Kerajaan Tetap Komited Misi Pencarian #MH370 #MCA

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan bahawa Kerajaan (Barisan Nasiona) yang memerintah hari ini akan terus memberikan komitmen untuk misi mencari pesawat MH370 dengan kerjasama negara negara yang terlibat, Perkara ini dijelaskan demi menafikan fitnah yang digembar gemburkan oleh pihak pembangkang yang mana mengatakan kerajaan tidak akan menyambung misi pencarian ini selepas fasa pertama ia tamat.



Ini dipetik dari kenyataan Yang Berhormat Menteri, kerajaan Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara negara lain dalam usaha mencari MH370 dan adalah menjadi aspirasi kerajaan supaya misi ini berjaya dengan jayanya. 

Didedahkan juga jumlah kos pencarian MH370 telah mencecah AUD 200 Juta (Bersamaan hampir RM600 Juta) dimana kos ini ditanggung oleh kerajaan dan ini juga menjelaskan bahawa Malaysia tidak memandang remeh akan perkara ini.

Pihak kerajaan berharap ahli keluarga mangsa nahas aka terus memberikan kepercayaan dan pautan doa agar usaha ini membuahkan hasil

Kementerian Pengangkutan dibawah kepimpinan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Presiden MCA sentiasa komited dalam usaha ini, ia juga diterjemahkan dengan tindakkan pihak kementerian dimana setiap kali ada pertemuan sebarang pertemuan yang dikaitkan dengan serpihan pesawat (telah disahkan) pihak kementerian pastinya menghantar wakil sama ada dari MOT atau pun DCA.

Apa yang mampu kita sumbang kepada usaha adalah turut sama mendoakan ia beroleh kejayaan bukannya memberikan sebarang komen yang negetif dan mengambil sumber berita tidak sahih berkenaan insiden MH370 (termasuk laporan tidak rasmi dari portal berita asing). 

Baca Seterusnya...

Giliran MB Selangor Serang Periuk Nasi Datuk Jamal!

Marah insiden bertuala Dihadapan SUK, MB Selangor Serang Periuk Nasi Datuk Jamal?!



Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali telah membalas dendam ke atas Pengerusi Gerakan Merah, DS Jamal Yunos kerana memalukan beliau dan Kerajaan Negeri apabila bertuala mandi dan pergi ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, sebagai protes akibat ketiadaan air. Baca di sini.



Selepas cubaan Ratu Naga dan rakan-rakan PKR gagal untuk malukan DS Jamal, baca di sini, langkah seterusnya adalah dengan menghantar notis penutupan hotel dan resort milik DS Jamal. Rumah urut dan pusat hiburan haram di Selangor bersepah tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan tidak dibenteras. Sebaliknya, resort DS Jamal juga yang menjadi pilihan Menteri Besar untuk disita.

Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) telah menutup hotel milik Melayu kerana tidak ikut perintah Undang-Undang Kecil Hotel. Kita tidak kata ini salah tapi kita cabar MDSB dan Semua PBT di Selangor untuk menutup rumah judi, rumah urut dan pusat hiburan yang tidak ikut undang-undang PBT. - Sumber
Baca Seterusnya...

Krisis Air Bukti Pakatan Berjaya Memerintah!

APA yang difikirkan entahlah, apabila ada dari kalangan pemimpin muda dalam DAP dan PKR menganggap kehidupan rakyat lebih terbela jika berada di bawah kepimpinan Pakatan Harapan yang dikuasai DAP.

Ketika berhujah dalam forum di Keadilan Square di Perai semalam, ada segelintir pemimpin berumur muda itu menghasut kononnya jika Umno kalah maka kualiti hidup rakyat terus 'transform' menjadi harmoni.

Cerita merepek sama sekali. Hendak pilih calon Perdana Menteri pun belum selesai inikan pula hendak tadbir negara.

Mungkin semasa mereka berkata demikian, anak-anak muda DAP dan PKR itu sedang berada dalam dunia halimunan kerana berkata-kata tanpa merujuk di bumi yang nyata.

Celikkan mata dan lihat apa terjadi di dua negeri yang dikuasai parti Pakatan Harapan iaitu Selangor dan Pulau Pinang.

Bukan sahaja politik dalaman mereka huru hara, kehidupan rakyat pula bagai hidup dalam 'neraka dunia'. Malah, dunia sukan bola sepak pun kucar kacir hasil 'buah tangan' pemimpin mereka di Selangor.

Para peminat bola sepak di Selangor bakal kecewa apabila Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mungkin akan menarik diri dari Liga Malaysia 2017 yang akan bermula 21 Januari depan kerana gagal mendapat RM15 juta.

Mereka berbuat demikian kerana mahu mengutamakan kebajikan pemain, disebabkan tiada langsung bantuan diberikan Kerajaan Selangor.

Buat apa berbangga ada rizab RM4 billion, jika RM15 juta pun gagal disalurkan untuk bolasepak Selangor. Jika isu sukan pun sudah kucar kacir, apatah lagi isu keperluan asas rakyat. 

Walaupun ramai pemimpin dan penyokong PH yang dikuasai DAP ketawakan tindak tanduk Pengerusi Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang bertuala menuju Pejabat Menteri Besar (MB) Selangor pada 21 Disember lalu, namun itulah realitinya.

Selak kembali risalah Manifesto Pakatan Rakyat Selangor untuk Pilihan Raya Umum ke 13, perkara pertama yang mereka (PKR, DAP, PAS ketika itu) berjanji akan melindungi hak rakyat untuk mendapatkan air bersih pada harga berpatutan dan membuka peluang rakyat memiliki saham air.

Namun, bukan kata harga air berpatutan, malah jumlah meterpadu yang diperlukan oleh rakyat pun sekarang ini masih membelenggu hidup mereka sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Air sudah terganggu 7 kali di Selangor, sampah gagal diurus dengan baik, jalan berlubang lubang di Selangor, demam denggi no. 1 di Selangor. Yang sedapnya mereka yang duduk di Disneyland dan berkereta tujuh. 

Tak kurang 'sengsaranya' juga kehidupan di Pulau Pinang yang juga dikuasai oleh PH. Tarif bil air sudah naik mendadak di sejak DAP memerintah Penang.

Jangan kita lupa, pada Ogos 2016 lalu, lebih dari 15,000 pengguna air berdaftar di Pulau Pinang terpaksa hidup dalam 'dunia tandus' tanpa air selama 10 jam. Ia disebabkan ketidakcekapan pengurusan air di negeri milik DAP itu.

Selepas 'sengsara' kerana 10 jam tiada air di Pulau Pinang, beberapa bulan selepas itu rakyat negeri berkenaan kembali 'merana' pula dengan banjir yang menenggelamkan negeri itu. Ini termasuklah ketika perayaan Deepavali 29 Oktober 2016 yang bertukar suram kerana perayaan itu 'didatangi' air setinggi 0.8 meter.

Namun, malapetaka banjir itu terus menghantui rakyat hingga November 2016. Yang sedihnya, kelibat Ketua Menteri DAP Lim Guan Eng tidak pula nampak di kawasan-kawasan teruk dilanda banjir.

Apa dosa rakyat hingga terpaksa menghadapi banjir ini? Menurut kajian yang disahkan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, punca rakyat 'sengsara' menjadi mangsa banjir adalah kerana kerajaan negeri tidak cekap mengurus pembangunan yang tidak terkawal. Sampai muncul "air terjun teh tarik" baru di Paya Terubong.

Tak cukup dengan itu, sebanyak 29 kampung kampung Melayu di Pulau Pinang sedang berisiko 'hilang dari peta' akibat menerima ancaman pembangunan tak terancang dari Kerajaan DAP negeri berkenaan.

Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS), Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk, kebanyakannya dari daerah Timur Laut.

Malah katanya juga, Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIPP) pula akan menyebabkan 'kehilangan' kampung tradisi di daerah Barat Daya pula.Malangnya, majoriti kampung itu diduduki mereka yang berbangsa Melayu.

Jelas sekali hujah pemimpin muda PKR dan DAP itu meleset dan tak berpijak di bumi nyata walau sedikit pun. Rakyat di dua negeri dikuasai mereka semuanya merintih terhimpit dengan bebanan hidup hasil daripada tindakan kerajaan negeri.

Ini berbeza dengan kerajaan BN yang dinaunggi Umno. Tak perlu ambil banyak perkara, cukup sekadar kita lihat bagaimana Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) lebih dipilih rakyat berbanding inisiatif lain dari kerajaan negeri.

Daripada 7.3 juta penerima BR1M, jangan tak percaya 14 peratus daripadanya adalah rakyat Selangor. Malah setiap tahun dari 2014, ada penambahan penerima BR1M dari Selangor iaitu lebih kurang 80,000 setiap tahun.

Di Pulau Pinang pula, Kerajaan BN sudah banyak membantu rakyat. Contohnya peruntukan sebanyak RM726 juta naik taraf Hospital Balik Pulau, bina blok bertingkat Hospital Seberang Jaya (RM400 juta), bina klinik kesihatan di Bandar Perda (RM25 juta), bina sekolah menengah di Kepala Batas dan Tasek Gelugor (RM92.16 juta), dua projek pelaburan dan ekonomi (RM20.91 juta), tiga projek kesejahteraan rakyat (RM123.22 juta) dan bantuan projek tebatan banjir Pulau Pinang sebanyak RM2.05 bilion sejak 2007 hingga sekarang.

Nasihat kepada para pemimpin muda PKR dan DAP, lain kali eloklah mereka mencuci otak sendiri terlebih dahulu agar tidak hanya mahu mencari salah orang lain, sedangkan diri sendiri penuh dipalit 'noda-noda kezaliman' kepada rakyat.


Tulisan:
Beruang Biru
BB197, Khamis
22 Disember 2016
Baca Seterusnya...

Wednesday, 21 December 2016

Nikmati "Air Percuma" Dengan Genangan Air Mata! #MCA

Kenyataan Media Ketua Biro Publisiti Senator Dato’ Chai Kim Sen
Potongan bekalan air tidak sensitif terhadap 3.9 juta isi rumah & pengusaha

MCA kesal dengan tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memotong bekalan air kerana ia tidak sensitif dan tidak bertimbang rasa, terutama lagi kerana ia dilakukan semasa cuti sekolah dan perayaan Krismas.

Pemotongan bekalan air akan mengganggu keluarga-keluarga yang sedang membuat persiapan untuk perayaan Krismas, atau yang akan mengadakan perjumpaan keluarga semasa waktu cuti akhir tahun ini, di mana bekalan air amat penting untuk memasak dan membuat kerja-kerja membasuh. Begitu juga untuk keluarga-keluarga yang sedang membuat persiapan untuk sesi persekolahan baru. Krisis ini telah menjejaskan imej negeri di kalangan pelancong-pelancong asing.

Penghuni-penghuni bandar yang lebih cenderung untuk menetap di pangsapuri atau kondominium juga akan mengalami kesusahan mengumpul air hujan sebagai bekalan air simpanan berbanding dengan penghuni-penghuni rumah. Peletakan baldi-baldi air di sekeliling kawasan pangsapuri juga membahayakan kanak-kanak kecil dan orang kurang upaya kerana pergerakan mereka akan terjejas. 

MCA memahami bahawa Syabas dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) perlu menaik taraf loji-loji air dan tenaga masing-masing. Walaubagaimanapun, kedua-dua pihak sepatutnya lebih pragmatik, dan melakukan pemotongan bekalan secara berperingkat, dan sebaik-baiknya dibuat selepas percutian Tahun Baru Cina atau di bulan Mei atau Jun semasa musim hujan monsun.

Kerajaan negeri Selangor sepatutnya menjaga kebajikan para penduduk, dan harus peka kepada rungutan rakyat dan maklum balas negatif yang dilaporkan dalam berita dan media sosial mengenai pemotongan bekalan air tersebut.

Berdasarkan pengalaman pemotongan air yang lalu, kami tahu bahawa tidak ada jaminan bekalan air akan pulang tepat pada masanya, dan jika ia pulang pun, air tersebut adalah kotor dan berbau. Air paip tersebut akan dibiar mengalir sehingga air menjadi jernih semula, dan ini adalah pembaziran sumber air.

Oleh itu, saya menggesa para pengundi negeri Selangor untuk menolak pihak pembangkang pada Pilihan Raya Umum pada masa depan kerana kegagalan mereka untuk menjaga kebajikan rakyat.

Air adalah sumber asas yang penting, dan akses kepada bekalan air bersih merupakan hak asas semua rakyat yang tidak boleh diambil secara mudah.

Senator Dato' Chai Kim Sen
Ketua Biro Publisiti MCA

-MCA online-


Tindakkan pihak SYABAS (anak syarikat kerajaan negeri pakatan pembangkang) jelas mempertontonkan ketidak cekapan pihak pengurusan pemerintahanya yang gagal dalam isu air dinegeri Selangor.

Kegagalan ini membuatkan hilang keyakinan para pelabur kepada negeri tersebut menyebabkan banyak yang bakal gulung tikar memberhentikan operasi ataupun berpindah yang jelas menjejaskan pendapatan negara.

Tindakkan menunding jari kepada orang lain adalah tidak bijak melainkan Pihak Kerajaan negeri perlu menelilit sebarang tindakkan yang menyentuh berkenaan halnya rakyat.

Pembangkang hanya pandai menyanyi sahaja, buat kerja tak tahu!
Baca Seterusnya...

Tuesday, 20 December 2016

Syamsul Debat - Bicara Hijrah: Apa ada hal? Ada aku kisah?


Ceramah sempena Malidur Rasul di Dewan MBPJ bertajuk "Apa ada hal? Ada aku kisah?"

Baca Seterusnya...

Peraduan Instagram #PengangkutanAwamDaratMembawaSayaKe Anjuran #SPAD

Kongsikan pengalaman seronok anda apabila menaiki pengangkutan awam darat dan boleh menyertai peraduan #PengangkutanAwamDaratMembawaSayaKe dengan memuat naik gambar tempat kegemaran yang anda kunjungi dengan menaiki perkhidmatan bas/tren/teksi dan kongsikan kisah perjalanan anda tersebut untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti telefon pintar Samsung Galaxy J7! 



Cara penyertaannya sangat senang! 

Langkah 1: Rakamkan perjalanan anda ke lokasi kegemaran anda menggunakan pengangkutan awam darat. 

Langkah 2: Muat naik video atau gambar tersebut ke akaun Instagram anda. 

Langkah 3: Ceritakan kisah perjalanan anda dengan #PengangkutanAwamDaratMembawaSayaKe 

Langkah 4: Tag seorang rakan anda yang suka berjalan pada gambar yang dimuat naik. Kunjungi profil Fanpage SPAD untuk maklumat lanjut cara-cara penyertaan.


Baca Seterusnya...

Thursday, 15 December 2016

Gelarkan Anggota Polis Sebagai BABI?!

Polis menahan seorang wanita berusia 53 tahun yang didakwa menghina polis dengan menulis perkataan 'BABI' pada kertas saman yang dikeluarkan ketika ditahan di Jalan Tun Abdul Razak, di sini malam tadi. 



Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam, wanita yang memandu kereta jenis Mercedes Benz itu ditahan anggota polis trafik Johor Bahru Selatan kerana menghalang lalu lintas. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata anggota trafik mengeluarkan saman atas kesalahan menghalang lalu lintas, mengabaikan isyarat lalu lintas dan meletakkan kenderaan di garisan berkembar kepada suspek untuk ditandatangani. 

"Namun, suspek menulis perkataan 'BABI' di ruang tandatangan saman berkenaan dipercayai cuba menconteng dengan niat memperlekehkan dan menghina anggota polis terbabit. 

"Anggota polis itu menegur perbuatan suspek tetapi suspek yang tidak bekerja itu menengking anggota polis dengan nada tinggi dan menyatakan nama suspek adalah 'BABI'. 

"Anggota trafik dengan bantuan unit peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan kemudian berjaya menahan suspek berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Sulaiman berkata, kertas siasatan sudah dilengkapkan dan mendapat arahan tuduh oleh Timbalan Pendakwa Raya esok di Mahkamah Seksyen di sini, mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955. - : sumber
Baca Seterusnya...

Perkhidmatan #MRT Mula Dibuka Pada 16 Disember 2016 #MRT #Prasarana #SPAD

Penantian selama lima tahun dalam pembinaan fasa pertama MRT bakal terlerai apabila MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) sedia menerima penumpang untuk julung kalinya bermula jam 6 pagi, 16 Disember ini.

Fasa pertama melibatkan bahagian bertingkat utara Laluan SBK sepanjang 21 kilometer (km) dan merangkumi 12 stesen di antara Stesen Sungai Buloh dan Stesen Semantan di Bukit Damansara.



Pengarah Projek Laluan SBK Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Marcus Karakashian berkata, ujian telah dilakukan bagi memastikan sistem-sistem laluan ini adalah baik dan selamat bagi orang ramai.

Sebelum operasi, laluan ini telah melalui semua ujian yang kebarangkalian belaku semasa ia beroperasi.

“Saya memohon kepada orang ramai supaya bersabar dan bertimbang rasa. Seperti semua sistem-sistem tren yang baru, masalah-masalah awal akan berlaku.

“Kami akan berusaha untuk menyelesaikan apa-apa isu yang berkaitan jika berlakunya sebarang masalah,” katanya dalam satu taklimat media di sini hari ini.

Para pengguna boleh mengajukan pertanyaan dan laporan di talian Khidmatan pelanggan talian bantuan RapidKL di +603 7885 2585, Jelas Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Berkepentingan Datuk Najmuddin Abdullah.

“Hotline MRT di 1800-82-6868 selepas ini akan memberi tumpuan kepada perkara berkaitan pembinaan Fasa Kedua Laluan SBK dan MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya," katanya lagi

Sebarang infomasi awal mengenai hal hal operasi bagi Laluan SBK akan dimuat naik di laman web RapidKL dan juga di platform-platform media sosial sejajar dengan peranan Prasarana yang menjadi pengendali laluan ini.

Harga tambang untuk Fasa Satu Laluan SBK akan bermula dari RM1 sehingga RM3.90 antara Stesen Sungai Buloh dan Stesen Semantan seperti yang Rapid Rail telah umumkan sebelum ini.

Buat masa kini, hanya transaksi tunai dan kad Touch ‘n Go akan diterima dalam operasi fasa satu ini.

ini kerana kad MyRapid yang sedia ada tidak boleh digunakan bagi Laluan SBK sehingga satu pengumuman dibuat mengenainya kelak.

Perkhimatan ini memberikan diskaun 50 peratus (50%) kepada warga emas, pelajar dan Orang Kurang Upaya (OKU) pula, token dengan tambang konsesi perlu dibeli di pejabat perkhidmatan pelanggan.

Selain tren MRT, bas pengantara (shuttle bus) Laluan SBK juga akan mula beroperasi di 25 laluan daripada 12 stesen fasa pertama pada 16 Disember ini.

Jajaran MRT PERTAMA Sungai Buloh - Kajang

JAJARAN pertama yang dilaksanakan untuk projek MRT Lembah Klang adalah jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang dengan jarak 51km.

Jajaran ini bermula dari Sungai Buloh di barat laut Kuala Lumpur, melalui pusat bandar raya dan berakhir di Kajang, sebuah bandar yang pesat membangun di tenggara Kuala Lumpur.

Sepanjang 9.5km jajaran ini akan dibina bawah tanah. Terdapat 31 stesen di sepanjang stesen ini, di mana tujuh adalah stesen bawah tanah. Fasa pertama jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang dari stesen Sungai Buloh hingga stesen Semantan, akan beroperasi pada akhir 2016. Fasa kedua dari stesen Semantan ke stesen Kajang akan beroperasi pada Julai 2017 dan ini akan membolehkan tren beroperasi di seluruh jajaran.

Setiap tren mempunyai empat gerabak dengan kapasiti penumpang sebanyak 1,200 orang. Jumlah penumpang dijangka mencecah kira-kira 400,000 orang setiap hari. Kekerapan tren dijangka setiap 3.5 minit apabila dilancarkan. [baca lagi]
Baca Seterusnya...

Wednesday, 14 December 2016

Segelas air suam, secawan teh pengaruh #Motivasi

Seorang lelaki mempelawa seorang sahabat menikmati segelas air suam yang dihidangkan. Sahabat yang datang sebagai tamu di rumahnya pada petang itu berasa sedikit kekok dan janggal dengan layanan lelaki itu.

Apakah tetamu dihidangkan dengan segelas air suam sahaja?

Lelaki itu faham dan dapat melihat kejanggalan yang terpamer jelas pada wajah dan gerak tubuh tetamunya. Beliau senyum sahaja, “Jemputlah minum air itu,” pelawanya tanpa mempedulikan respon sahabatnya.

“Saudara suka air teh, saya boleh sediakan?” tanya lelaki itu sambil melihat tetamu meminum hampir separuh gelas air suam.

Tetamu mengangguk, “Boleh sahaja,” katanya.

Dibuka pek yang mengandungi dua belas uncang teh. Dimasukkan satu uncang ke dalam cawan tetamunya. Air panas dicurah perlahan. Bau teh dan tekstur warnanya kelihatan jelas. Tetamunya sudah tidak sabar menikmati teh yang dihidangkan.

“Silakan,” lelaki itu mempelawa tetamunya minum bersama.

Sekali lagi lelaki itu berasa aneh dengan sikap lelaki itu. Dipelawa minum teh, tetapi tidak dimasukkan sesudu gula sebagai pemanis. Mungkin dia sangka tetamunya menghidap penyakit kencing manis. Mungkin kerana itu dia mempelawa beliau minum air suam dan teh tanpa gula.

“Mahu gula?” tanya lelaki itu.

“Ya, sesudu gula mencukupi,” balas tetamu, “Aduh, barulah terasa enak hidangan teh ini,” katanya sambil menghirup perlahan-lahan.

“Jika mahu rasa enak, campurlah sedikit susu cair. Ia tidak manis tetapi teh susu cair lebih pekat tanpa rasa manis keterlaluan,” pelawa lelaki itu.

Jawab tetamunya, “Ya, benar. Itulah resipi di warung-warung kopi,” katanya sambil disuakan cawan untuk diisi sedikit susu cair.

—–

Selesai minum teh, lelaki itu dan sahabatnya kembali berbincang, dari mana datangnya resipi pengaruh individu.

“Saudara bertanya kepada saya dari mana datangnya pengaruh?” soal lelaki itu dijawab dengan anggukan tetamunya.

Soal lelaki itu lagi, “Saya pelawa saudara minum air suam, kemudian teh tanpa gula. Kemudian saya isikan gula dan sedikit susu cair. Apa perasaan saudara?”

Lelaki itu menjawab, “Sudah pasti semakin lama rasanya semakin sedap. Mula-mula tawar, kemudian manis sedikit dan rasa lemak susu cairnya,” tangan kanan masih memegang cawan yang berisi.

“Saudaraku, begitulah pengaruh,” kata lelaki itu.

Tetamunya tidak dapat memahami, “Bagaimana?” soalnya.

“Pengaruh datang dari pelbagai sumber, apabila ia diadun seimbang semua sumber-sumber itu, maka semakin kuat dan matanglah kuasa pengaruh itu. Ia tidak berdiri sendiri tanpa unsur-unsur lain yang datang melengkapi. Pengaruh yang kosong isinya, rasanya samalah seperti air suam tadi. Pengaruh yang matang dan mantap isinya, samalah seperti secawan teh lengkap segala macam isinya,” jawab lelaki itu panjang lebar.

Tetamu bertanya dalam nada jenaka, “Dari mana datangnya gula dan susu yang memekatkan lagi adunan teh pengaruh?”

Lelaki itu mengeluarkan sekeping kertas dilakarkan sebuah imej, sama seperti gelas. Dibahagikan isi gelas itu kepada beberapa bahagian.

——

Kemudian lelaki itu memberi tujuh pesanan penting kepada tetamunya, “Ketahuilah saudaraku, pengaruh itu berkembang kerana adanya tujuh ciri.”

Orang berpengaruh mempunyai ilmu pengetahuan yang berkembang dari masa semasa. Ingatlah ketika Allah mencipta Adam sebagai manusia pertama, Allah memberi ilmu pengetahuan kepada Adam. Itulah yang membezakan Adam dan para malaikat.



Mereka tunduk kerana kelebihan Adam tahu setiap benda kerana diajar oleh Allah. Ilmu pengetahuan membantu Adam mengurus alam sebaik-baiknya.

Orang berpengaruh mempunyai rekod kejayaan yang menjadi anak-anak tangga keyakinan yang mengembangkan potensi dirinya dan sama-sama membantu perkembangan orang lain.

Orang berpengaruh menghargai kejayaaan kecil dan bersyukur meraikan kejayaan besar.

Orang berpengaruh berkembang melalui pengalaman lampau dan masa kini. Pengalaman menjadi guru yang meluruskan perbuatan dan menghalang daripada melakukan kesilapan yang sama sekali lagi.

Seperti kata nabi Muhammad yang direkodkan dalam Sahih Muslim, “Seorang mukmin tidak boleh jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali.”

Orang berpengaruh sedar kelebihan yang dimiliki dan memberi kelebihan kepada orang lain lebih banyak berbanding apa yang diterimanya.

Seperti kata pengetua Madrasah Islamiah di Pulau Belitung, Pak Harfan kepada sepuluh anak muridnya yang digelar Laskar Pelangi, “Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya.”

Orang berpengaruh mempunyai rangkaian sahabat, guru dan keluarga yang saling mendukungi kepercayaan dan perjuangan hidupnya. Rangkaian ini menjadi sumber rujuk yang mematangkan tindakan dan setiap keputusan yang diambil.

Orang berpengaruh menggunakan gerak hati dan berusaha membersihkan hati. Al Ghazali menerangkan betapa pentingnya pembersihan hati.

Hati yang bersih menjadikan diri efektif dalam membuat keputusan dan memudahkan diri menentukan apa yang terbaik selepas semua maklumat dianalisa.

Nabi Muhammad berkata, baik atau buruknya tindakan seseorang berkait rapat dengan bersih atau kotornya hati.

Orang berpengaruh membina karakter dan mengekalkan karakter yang mempunyai moral dan etika yang teguh. Kekuatan moral dan etika menaikkan daya persuasif dan menarik kepercayaan orang lain kepada kita.

Peristiwa peletakkan batu Hajar Aswad yang hampir-hampir membawa perang besar antara kaum di Mekah. Karakter nabi Muhammad sebagai seorang yang berkata benar dan dipanggil al Amin menjadi alasan mengapa beliau dipilih menjadi penyelesai masalah antara kaum ketika peristiwa itu.

Dia mendengar dengan teliti. Mengangguk-angguk kerana bersetuju pada pandangan lelaki itu. Perlahan-lahan tetamu itu menarik lakaran gelas yang dilukis, dilipat kemas dan dimasukkan ke dalam poket bajunya, “Nikmat teh pada kertas ini lebih enak berbanding teh yang kita minum tadi,” katanya.

—–

“Saudaraku, dalam kehidupan ini saudara akan bertemu dengan orang-orang yang mempunyai ciri-ciri ini. Lihat dan renungkan. Pelajari dan ambil sebagai pelengkap. Mudah-mudahan kuasa pengaruh dalam diri berkembang menjadi pemudah cara hidup saudara dan orang lain. Moga-moga kuasa pengaruh dalam diri saudara menjadi ibadah yang berpahala,” jawab lelaki itu dengan senyuman.

Sebaris senyuman yang menunjukkan keyakinan bahawa saudara dapat lakukan.

sumber : 

Baca Seterusnya...

Pemuda MCA Sarankan Lim Guan Eng Bercuti #MCA

Sekali lagi Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng disarankan bercuti  setelah Mahkamah Tinggi di sini menetapkan tarikh perbicaraan kes rasuah beliau melibatkan ahli perniagaan Phang Li Koon bermula Mac tahun depan.


Timbalan Ketua Pemuda MCA negeri Ang Chor Keong berkata, LGE perlu berbuat demikian bagi memastikan pentadbiran negeri Pulau Pinang tidak terganggu dan demi kepentingan rakyat negeri Pulau Pinang.

"Sebelum ini mungkin beliau (Lim) tak perlu ambil cuti, tapi kini mahkamah dah tetapkan tarikh perbicaraan, jadi demi kehendak dan kepentingan rakyat beliau perlu bercuti sementara.

"Tugas ketua menteri berat, ia melibatkan pertumbuhan ekonomi, kebajikan rakyat termasuk kemasukan pelaburan asing," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 6 Dis 2016, mahkamah menetapkan 34 hari bermula 27 Mac 2017 bagi perbicaraan kes rasuah Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Cik Phang Li Koon berhubung pembelian banglo di bawah nilai pasaran.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail berkata tarikh perbicaraan yang diberikan mahkamah juga tidak boleh dipinda memandangkan ia dipersetujui pasukan pendakwaan dan pembelaan.

Tarikh perbicaraan itu ialah pada :

27 hingga 31 Mac 2017,
10 hingga 14 April 2017,
24 hingga 28 April 2017,
15 hingga 19 Mei 2017,
29 Mei hingga 2 Jun 2017,
13 hingga 16 Jun dan 17 hingga 21 Julai tahun 2017.

Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!