Monday, 28 November 2016

Pendedahan USA TODAY Dedah Soros Taja #BERSIH5

MALAYSIA WAJAR MEMANDANG SERIOUS PENDEDAHAN AKHBAR USA TODAY MENGENAI PENGLIBATAN SOROS MEMBANTAH KEMENANGAN TRUMP

1. Pendedahan akhbar USA Today (semalan) amat mengejutkan terutama modus operandi yang digunakan oleh Soros di Amerika adalah hampir sama dengan apa yang berlaku di Malaysia.

2. Pendedahan USA Today bahawa Soros menggunakan Open Society Foundation menaja kumpulan kumpulan tertentu atas nama Hak Asasi dan demokrasi supaya berdemontrasi dan mengadakan protes jalanan atas kemenangan Trump untuk menimbulkan ketegangan dan melanggar undang undang di Amerika sepatutnya diambil perhatian serious oleh kerajaan dan rakyat Malaysia.

3. Akhbar itu mendedahkan sehari selepas Trump diistiharkan menang Soros dituduh menaja banyak kumpulan di Amerika supaya mengadakan demontrasi berterusan untuk menentang Trumph. Akhbar itu mendedahkan Soros mengapikan kebencian melalui protes jalanan. "Soros promotes hate through protest. I don't see how that helps anybody" (Rochelle Winther Los Angeles).

4. Modus operandi sama di gunakan di Malaysia iaitu Open Society Foundation menaja beberapa kumpulan termasuk BERSIH, Malaysiakini, Merdeka Centre dan Bar Council. BERSIH digunakan untuk mengadakan demontrasi berterusan kononnya untuk memperjuangakn pilihanraya bersih dan adil di Malaysia. Trump seperti yang dilaporkan oleh USA Today menggelar golongan ini sebagai "The Professional Protester". 

5. Perkara sama berlaku di Malaysia sebab itu demontrasi anjuran BERSIH berterusan dan sudah masuk siri ke 5. Ia didokong pula oleh golongan profesional seperi Majlis Peguam. Malaysiakini pula sering membuat laporan berat sebelah mengenai kejayaan perhimpunan BERSIH. 

6. Sedangkan sejak BERSIH 1, beberapa pilihanraya kecil diadakan dan ada yang dimenangi oleh Pembangkang tetapi BERSIH tetap diteruskan. Sebenarnya matlamat mereka adalah sama seperti di Amerika iaitu untuk mengujudkan kebencian dan Kerajaan sedia ada lebih mudah ditumbangkan melalui bantuan Soros.

7. Justeru kalau di Amerika pendedahan penglibatan Soros ini boleh menjadi isu hangat dan menyebabkan penyokong Trump iaitu kumpulan Reddit Subgroup bangkit marah dan mengadakan protes balas dihadapan pejabat Soros di Manhattan maka adalah wajar rakyat Malaysia juga mesti menentang campur tangan asing ini di Malaysia.

8. Diharap lebih banyak pendedahan dibuat mengenai penglibatan Soros terhadap beberapa organisasi di Malaysia seperti kumpulan BERSIH yang dipimpin oleh Maria Chin. Sebab itu penahan Maria Chin di bawah SOSMA adalah wajar dan pendedahan mesti dibuat segera mengenai penglibatan Soros dan Open Society Foundation di Malaysia.

9. Pendedahan Wikileaks pertengahan tahun ini mengenai "The Malaysia Programme" selari dengan pendedahan Akhbar USA Today. Ia menyebut Soros ada kepentingan peribadi dan mahu pembangkang menang PRU. Orang seperti Glen Beck dan Alex Jones menggelar Soros sebagai The Boogeyman, Puppet Master dan Fundamentally Evil, justeru memang wajar Marina Chin dan BERSIH disiasat di bawah SOSMA.

Mohd Puad Zarkashi
Ahli Majlis Tertinggi UMNO


Sebelum itu :
Pengerusi Bersih 5.0, Maria Chin Abdullah dibebaskan pada Isnin selepas ditahan sejak 18 November lalu mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), menurut polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa ketika dihubungi Bernama mengesahkan pembebasan Maria, namun enggan mengulas lanjut.

Rusdi berkata, Maria dibebaskan kira-kira 4.30 petang.

Pada 23 November lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, penahanan Maria tiada kena mengena dengan perhimpunan Bersih yang diadakan pada 19 November tetapi dibuat di bawah Sosma kerana boleh menggugat keselamatan negara.


Menurut Khalid, di bawah akta berkenaan, polis boleh menahan Maria selama 28 hari bagi menyiasat setiap bukti yang ditemukan di pejabatnya. - Bernama

Maria, 60, ditahan di bawah SOSMA sehari sebelum perhimpunan Bersih 5.0 di sini pada Sabtu lalu.
Penahanan dibuat selepas pihak polis menyerbu pejabat Bersih di Petaling Jaya dan menemui dokumen yang memberikan petunjuk ia boleh menggugat Demokrasi Parlimen.

Pada 22 Nov, Maria memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi di sini antara lain memohon perintah agar beliau dibebaskan serta-merta daripada tahanan SOSMA dan mahkamah akan mendengar permohonannya itu pada 29 Nov ini.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dibebaskan hari ini menjelang permohonan habeas corpus beliau, esok.

Tapi dia tipu penyokong dia TELAH DIBEBASKAN!
Baca Seterusnya...

137,609 Peminjam PTPTN Dapat Diskaun! #PTPTN

Kerajaan melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memberi diskaun kepada 137,609 peminjam mengikut katogeri melibatkan RM12 juta bagi 22 Oktober hingga 31 Oktober 2016.

Pengerusinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, mengikut statistik, diskaun 10 peratus layak dinikmati 131,582 peminjam, manakala bagi kategori diskaun 10 peratus bayaran minimum 50 peratus membabitkan 1,025, manakala diskaun 15 peratus ke atas bayaran penuh dinikmati 5,002 peminjam.

Insentif berkuatkuasa sejak 22 Oktober lalu itu membabitkan tiga kategori sebagai langkah mengurangkan beban ditanggung peminjam.


“Melalui insentif itu, tidak sampai sebulan, jumlah bayaran balik telah mencecah RM84.7 juta,” katanya selepas menyampaikan hadiah cabutan bertuah Wow! dan Anugerah ejen online suku tahun siri pertama 2016/2017 dan Hari Mesra Pelanggan PTPTN.

Pada majlis itu, seramai empat pemenang diraikan membabitkan cabutan Wow!, yang menawarkan hadiah utama kereta Honda Jazz 1.5 serta saguhati wang tunai RM2,000. Tan Yee Wai diumumkan pemenang hadiah utama.

Bagi Anugerah Ejen Online pula, dua pemenang memperoleh pelanggan terbanyak dan menerima wang tunai RM1,000 setiap seorang.

Shamsul Anuar berkata, PTPTN menyasarkan 4,000 akaun SSPN-i Plus dibuka sehingga hujung 2016 sejak dilancarkan Jun tahun lalu.

“Setakat ini, sebanyak 33,574 akaun SSPN-I Plus dibuka dengan jumlah deposit terkumpul hampir RM11.9 juta dan manfaat perlindungan takaful RM1.6 bilion.

“Bagi menggalakkan penabungan, Cabutan Wow! SSPN-I Plus akan terus dilaksanakan dengan lebih 300 hadiah menarik bernilai RM1.5 juta untuk dimenangi,” katanya. - sumber
Baca Seterusnya...

Cukai Jalan Naik Januari 2017?! #RoadTax #CukaiJalan

Roadtax kereta dari 880c ke atas naik 25% bermula Jan 2017, bermkna naik dalam RM168.50 ,& insuran secara automatic naik dalam 25% jugak.

600cc = RM20 + RM5 (25%)

1.3cc = RM70 + RM17.50 (25%)

1.5cc = RM90 + RM22.50 (25%)

1.8cc = RM279.20 + RM69.80 (25%)

2.0cc = RM378.50 + RM94.60 (25%)

2.4cc = RM729.60 + RM185.40 (25%)

Seperti yang diterima admin dalam sebaran aplikasi Whatsapp jelas tidak bersumber dan sekadar khabar angin seperti mana penafian oleh pihak berkuasa (bawah)



MASYARAKAT WAJAR JAUHI FITNAH : 

Terdapat banyak nas dari Kitab Allah SWT dan hadith-hadith Rasulullah yang menceritakan perihal perbuatan yang keji ini antaranya firman Allah SWT di dalam surah al-Nur, ayat 19:
إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).
Ayat suci di atas secara jelasnya mengecam mereka yang suka mereka-reka cerita lalu menyebarkan pada orang lain dengan ancaman siksa yang amat dahsyat. 
Secara kebiasaannya fitnah yang timbul disebabkan perasaan sangka buruk terhadap seseorang/pemerintah yang dibenci atau tidak disukai, maka timbullah idea untuk memburukkan seseorang itu dengan melontarkan fitnah dan tuduhan ke atasnya. Oleh kerana itu, Baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam memberi amaran agar menjauhi sifat begini.
Baca Seterusnya...

Video Transformasi Pengangkutan Awam 2010 Hingga 2016 #SPAD


Saksikanlah video "Time lapse ini untuk mengetahui perjalanan Transformasi Pengangkutan Awam Darat Sejak Tahun 2010.

Baca Seterusnya...

Saturday, 26 November 2016

Fasa Pertama MRT Mula Pada 16 Disember 2016 #SPAD

PROJEK MRT Lembah Klang (KVMRT) melibatkan pembinaan jaringan rel bandar dengan tiga laluan.

Laluan-laluan MRT bersama sistem rel bandar yang sedia ada akan menjadi tulang belakang kepada perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang.

Projek MRT Lembah Klang merupakan satu Projek Penggerak Ekonomi dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang. ETP dilaksanakan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) di Jabatan Perdana Menteri.

Laluan MRT pertama yang dilaksanakan adalah Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) dengan jarak 51km. Pembinaan jajaran ini telah dilancarkan secara rasmi pada 8 Julai 2011.



Kepada pengguna tren yang menantikan perkhidmatan tren terbaru ini, Boleh mencubanya tak lama lagi. Fasa pertama MRT laluan Sungai Buloh - Kajang akan memulakan operasi pada 16 Disember 2016. 

Laluan ini merangkumi 12 stesen yang bermula dari Sungai Buloh ke Semantan. Info mengenai jajaran stesen di sini [KLIK untuk infomasi lengkap]
Baca Seterusnya...

Wednesday, 23 November 2016

MCA Bukan Agen DAP #MCA

Ada diantara penyokong UMNO melabelkan MCA sebagai agen DAP didalam Barisan Nasional disebabkan hanya beberapa perselisihan faham yang melibatkan kepentingan orang Cina di Malaysia. Keberadaan MCA didalam Barisan Nasional diperlukan untuk menarik kembali kepercayaan orang Cina terhadap kemampanan MCA dalam memperjuangkan bangsa Cina.

Apa yang boleh disimpulkan disini, MCA dari awal penyertaannya didalam Perikatan, MCA terus memberikan komitmennya sebagai sebuah parti komponen utama BN yang tidak pernah berubah kesetiaanya dalam membentuk sebuah kerajaan yang memperjuangkan nasib rakyat. 

Adalah tidak adil untuk melabelkan MCA sebagai DAP, sedangkan Barisan Nasional yang memerintah kerajaan hari ini dan hasil kemajuan negara ini adalah dari kemuafakatan yang dimeterai sekian lama dahulu, jangan kerana marahkan Cina DAP maka disalahkan MCA.

Hakikatnya, MCA kini diasak dari pelbagai arah, antara yang kuat didendangkan ialah MCA adalah agen DAP. Agenda memburuk burukkan komponen BN ini tak lain datangnya dari pembangkang yang mahukan perpecahan BN untuk menimba hasilnya sekiranya berjaya menumbangkan parti utamanya UMNO sekaligus merendamkan MCA dan MIC.


Secara pribadi admin biasa berkerjasama dengan MCA ini secara tidak langsung, apa yang dialami oleh UMNO turut juga dirasai oleh komponennya. Kadang kala MCA terpaksa makana hati berulam jantung dengan kata kata kesat yang dilemparkan oleh penyokong lain.

MCA penah dilabel sebagai “Anging UMNO” malah ada yang lebih teruk lagi. Teknik propaganda ini memang jelas cuba melagakan UMNO-MCA yang akhirnya ia turut mempengaruhi penyokong UMNO sendiri dan ia membakar api pekauman dan tidak salah pada pendapat admin ia pasti didalangi DAP yang cukup terkenal dalam hal hasutan yang berbau perkauman ini.


Baca Seterusnya...

Tuesday, 22 November 2016

#PAU2016 Orang Melayu Urban Tak Sokong UMNO!

PAU 2016 : UMNO PERLU FOKUS MELAYU BANDAR UNTUK MENANG BERGAYA

SUDAH selesai himpunan BERSIH 5.0 yang membuktikan kepada kita bahawa sokongan bangsa Melayu terhadap demonstrasi jalanan berkenaan semakin merosot teruk dari tahun ke tahun.

Sekarang ini tumpuan kita mula terjurus kepada Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang dijadualkan bakal mengamatkan PWTC bermula 29 November hingga 3 Disember 2016.

Ramai yang meramalkan PAU 2016 kali ini adalah yang terakhir sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) dalam beberapa tahun sahaja lagi.

Oleh yang demikian, wajarlah PAU 2016 kali ini menjadi sebuah medan peperangan idea, maklumat dan percambahan minda untuk pemerkasaan parti keramat bangsa Melayu itu.

Bagaimana UMNO mahu menang bergaya dalam PRU14 akan datang? Sebelum kita pergi jauh, eloklah kiranya kita menaakul kembali keputusan PRU13 yang mendapat jolokan sebagai ‘Tsunami Politik Cina’.

Semasa PRU13 lalu, sebanyak 43 kawasan Parlimen telah diletakkan sebagai kawasan berstatus bandar (urban). Daripada jumlah besar ini, 88.4 peratus adalah dimenangi dan dikuasai oleh parti pembangkang (kini Pakatan Harapan) yang dikuasai DAP.

Ini bermakna, Umno hanya berjaya berkuasa di 5 kawasan Parlimen bandar iaitu Setiawangsa, Titiwangsa, Putrajaya, Johor Bahru dan Pulai. Manakala parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain semuanya tidak berjaya menguasai kawasan urban ini.

Adakah ia suatu petanda baik buat sebuah parti tunjang kepada Kerajaan Malaysia? Jawapannya semestinya tidak. 

Oleh sebab itu, PAU 2016 kali ini mahu tidak mahu, seramai 5,732 perwakilan yang menjadi ‘wakil suara orang Melayu’ dari seluruh negara harus fokus dan serius bagi mencari solusi kemenangan di kawasan bandar, tanpa mengkesampingkan kawasan yang sedia ada dimenangi sekarang ini (luar bandar).

Selain daripada pelbagai isu rakyat yang sedang diusahakan penyelesaiannya oleh pihak Kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak, di peringkat parti khususnya UMNO pula perlu memberi fokus kepada kesedaran orang Melayu yang berada di bandar untuk mendaftar pemilih dan keluar mengundi semasa PRU14 akan datang.

Tidak sedarkah kalian bahawa, sebagai contoh di Kuala Lumpur orang Melayu menjadi majoriti penduduknya iaitu kira-kira 50 peratus. Ini jauh lebih besar dari peratusan orang Cina di ibu negara. Namun, orang Melayu yang mendaftar diri sebagai pengundi di Kuala Lumpur hanyalah sebanyak 37.5 peratus. 

Bagaimana UMNO mahu menang jika perkara asas sebegini tidak diberi fokus utama?

Bukanlah niat mahu memperkecilkan sesiapa atau menuduh tidak buat kerja, namun persoalannya sampai bila UMNO mahu bergantung kepada sokongan orang Melayu di luar bandar? 

Melayu bandar nampaknya mulai rasional dan matang untuk membuat keputusan dalam PRU14 nanti. Ada antara mereka ini juga pengundi luar yang akan buang undi di Kelantan, Kedah dan Terengganu. 

Mereka ini juga sudah mengalami dan merasai sendiri bagaimana rasanya berada di bawah kerajaan pembangkang di Selangor. Mereka juga tidak langsung berjaya ditarik oleh parti bunga untuk turun sertai Bersih 5. 

UMNO perlu memikir kaedah dan pendekatan terbaik untuk "engage & embrace" kumpulan sasar Melayu bandar ini. Jika kena caranya maka mereka akan bersama sama dengan UMNO.

PAU 2016 inilah ‘starting point’ untuk UMNO gunakan bagi memecut laju mencari strategi dan melaksanakannya dengan cepat bagi menarik hati dan minda para Melayu bandar untuk memangkah UMNO-BN dalam PRU14 akan datang.

"Urban Voters" perlu dijadikan sasaran sebenar UMNO untuk "battleground PRU14". Dari sekarang UMNO perlu memikir strategi yang betul untuk memenangi hati dan minda pengundi Melayu Bandar. 


Tulisan : 
Beruang Biru
BB145, Selasa
22 November 2016


Baca Seterusnya...

Monday, 21 November 2016

Sang Bangsat Hanya Tunggu Mahathir Datang Sahaja #BERSIH5

Kroni Hanya Turun BERSIH5 Kerana Tun M, Bukan Kerana Tuntutan BERSIH

Apabila Tun Mahathir di beri maklumat semuanya “OK” di himpunan Bersih 5 , barulah Tun Mahathir membuat keputusan untuk menyertai himpunan Bersih 5. Dengan menggunakan jet laju Tun Mahathir pun datang dengan segera. Terbang balik 8 jam dari Sudan.


Walaupun sebelumnya Tun M berdolak dalik sebagai “cover line” kata tidak dapat hadir , selepas membuat video akan hadir Kehadiran Tun M tidak sama hasratnya dengan pemimpin Bersih 5 yang lain. Mahathir punyai plot tersendiri walaupun berkongsi pentas.

Selain itu Mahathir amat bijak ambil kesempatan untuk ‘hijack” acara milik orang lain. Apabila keadaan dikhabarkan reda dan tenang maka barulah konco Tun M dengan terhegeh hegeh turun bersamanya menunjukkan muka berkulit tebal tanpa sedikit pun rasa malu.

Mereka mengiringi Tun Mahathir menuju ke bangunan KLCC untuk membuat “appearance”. Tanyalah mereka jika Tun M tidak datang , mahukah mereka datang? Tanpa kewibawaan sendiri dan aura sendiri tentu sekali mereka tidak berani.

Apabila Tun M munculkan diri barulah nampak muka penerima habuan dan kekayaan di zaman Tun dan juga mereka yang masih mengharap dedak tambahan dari Tun Mahathir.

Bagai dikata dari awal, Tun Mahathir amat bijak bermain persepsi dan peluang mengambil alih telah diguna kan semaksimanya. Apa yang dapat dilihat adalah peserta Bersih 5 semakin berkurangan. Boleh dikatakan kebencian makin bertambah, tetapi pembenci makin berkurangan.

Elemen awal yang ada pada Bersih 1 hingga 4, sudah tidak ada pada Bersih 5. BERSIH5 jelas tiada kesan dan bisanya, "total failure”.

Faktor orang Cina DAP masih tidak mahu menerima Tun M masih kuat lagi. Mereka yang rajin menganalisa gambar kehadiran Tun M dan kuncunya pasti akan membuat kesimpulan bahawa Mahathir turun hanya atas sebab agenda sendiri tetapi menggunakan kesempatan “crowd” yang dijana oleh penganjur Bersih 5.

Jika dilihat lebih mendalam, terlalu jelas para kroni Tun Mahathir seperti Muhyiddin Yassin, Mukhriz , penulis blog, wartawan veteren dan yang lain lain yang mengekori Tun Mahathir hanya berada di situ kerana Tun Mahathir dan bukan kerana acara Bersih 5 itu sendiri. Bolehlah dianggap mereka sebagai “opportunis” dan sekaligus hipokrit.

Maka oleh sebab para kroni hanya berperanan sebagai pengambil kesempatan dan hanya mendewakan Mahathir dan bukannya tuntutan Bersih 5.Maka apa yang sesuai untuk dirungkai adalah Bersih 5 hanya menjadi platform untuk Mahathir dan kroninya mengiklankan parti PPBM yang tidak laku dan ditolak oleh rakyat atas sebab memenuhi agenda peribadi Tun M sahaja.

Hanya 15,000 orang sahaja mendaftar parti bunga. Bagi penganjur Bersih 5 pula, ia menjadi testimoni bahawa mereka sudah menjalankan kerja sebagai yang diarah oleh “boss” besar mereka dan ini membolehkan mereka menuntut dana lebih besar dari Boss untuk kempen PRU14.

Tulisan : 
Beruang Biru
BB143, Isnin
21 November 2016


Baca Seterusnya...

Sunday, 20 November 2016

#BERSIH5 Senator Australia Nak Jadi Perdana Menteri Malaysia?!

Penganjuran perhimpunan Bersih 5 mengundang campur tangan selain anasir kuasa asing dalam pentadbiran serta perundangan negara. Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sendiri telah menyebarkan surat didakwa daripada seorang senator di Australia, Nick Xenophone menyeru rakyat Malaysia ‘turun ke jalanan’ bagi menyertai perhimpunan antikerajaan Bersih 5.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, Xenophone selaku sahabat beliau telah memintanya supaya mengedarkan kenyataan itu di Malaysia bagi menyokong perhimpunan haram berkenaan.

Xenophone dalam surat itu mendakwa kononnya parti Melayu UMNO merupakan satu penghinaan kepada rakyat Malaysia dan menyeru mereka bangkit membersihkan Malaysia daripada UMNO.

“Saya pernah berjumpa Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR) di pejabatnya pada tahun 2012. Anwar percaya demokrasi telah pun ‘hilang’ di bumi Malaysia.

“Hal ini terbukti apabila Anwar dipenjarakan. Ia adalah satu bukti tragis penghinaan UMNO ke atas rakyat,” dakwa Xenophone secara semborono seperti terkandung dalam surat itu.

Xenophone dalam surat itu turut meminta Australia dan negara dunia lain supaya masuk campur dalam isu politik di Malaysia kononnya demi rakyat Malaysia dan rantau ini.

“Australia mesti memberitahu perkara sebenar iaitu rejim yang korup sedang memerintah Malaysia dan ia mengundang ketidakstabilan yang merosakkan rantau ini.

“Hanya rakyat Malaysia boleh `membersihkan’ Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak),” dakwanya. - sumber



Pada 2013 Xenophone telah ditahan dan dihalang masuk ke Malaysia. Realitinya, Dia adalah 'backbone' dalam membantu pemimpin pembangkang yang mendapat sokongan Wall Street dan London untuk kembali berkuasa serta strategi geo-politik secara meluas di rantau Asia Tenggara bagi menyekat kebangkitan dan pengaruh negara China.


Baca Seterusnya...

@SPADChannel Ada Kaedah Terbaik Untuk Kendali #Teksi #UBER Dan #GrabCar

Pelbagai tranformasi telah dilaksanakan dalam industri pengangkutan awam darat dibawah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sepertimana yang diikrarkan oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Transformasi ini jelas memberikan hasil yang positif terutama melibatkan LRT, TREN, Bas dan Teksi yang beroperasi di Malaysia.

Pelaksaan ini merangkumi infrastruktur dan penambahbaikkan dalam pelbagai aspek demi memberikan perkhidmatan yang selesa, lancer dan selamat kepada para pengguna pengangkutan awam.

Dalam Program Transformasi Industri Teksi (TITP) SPAD telah menggalakkan pemandu-pemandu teksi keluar daripada zon sewa pajak untuk memiliki permit individu. 

Para pemandu teksi ini juga boleh memiliki lesen individu dengan bantuan geran berjumlah RM 5,000. Bahkan geran bantuan tersebut boleh digunakan untuk modal membeli kenderaan baru seperti Perodua Myvi atau Proton Exora. Untuk makluman sejak 1 September lalu, sebanyak 1,600 permohonan telah diterima oleh pihaknya.

Hal ini memberikan lebih peluang kepada para pemandu teksi untuk berdikari sendiri tanpa perlu lagi bergantungan kepada sistem pajak yang membelenggu pemandu teksi selama ini

SPAD Sebagai sebuah agensi pelaksana yang mengendali pengangkutan awam darat di negara ini. Pihak SPAD tidak pernah bersifat ‘double standard’ antara jenis pengangkutan awam yang ada di Malaysia, semua mendapat perhatian yang sewajarnya.


Oleh dengan pada itu, SPAD akan mengambil langkah-langkah untuk meminda undang-undang berkenaan dengan perkara ini perundingan Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Pengangkutan, Setiap pindaan akan dibentangkan kepada Kabinet sebelum diluluskan oleh Parlimen. Berharap kelulusan ini dijangka tercapai pada suku pertama 2017 nanti.

Ini bermakna SPAD akan mengendalikan sistem e-hailing yang mana akan mengupayakan operasi UBER dan Grab Car di negara kita. Hal ini bukanlah satu penindasan kepada pemandu teksi akan tetapi ia bakal memberikan lebih pilihan kepada para pengguna untuk memilih. 

Pemandu teksi tidak usah bimbang kerana persaingan sihat perlu bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, keselamatan dan keselesaan para pengguna.


Baca Seterusnya...

Friday, 18 November 2016

KPDNKK Mukah buat rampasan RM368,516 #KPDNKK #CaringMinistry

MUKAH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Mukah berjaya membuat rampasan bernilai RM368,516.86 dan kompaun sebanyak RM16,300 sehingga semalam bagi pelbagai kesalahan sepanjang tahun.

Menurut Ketua Cawangan KPDNKK Mukah Moss Baok, sebanyak 72 kes dicatat di kawasan Mukan setakat ini.

“Nilai rampasan (barangan) dan kompaun adalah jumlah terkini dicatatkan sepanjang tahun 2016,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau berkata demikian ketika Ops Bersepadu KPDNKK bersama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Mukah, Majlis Daerah Mukah Dalat (MDDM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Mukah semalam di beberapa premis makanan di sini.

Setelah tamat operasi, tiada sebarang kes dicatatkan oleh mana-mana agensi terlibat ke atas pemeriksaan ke atas beberapa premis makanan.


“Semua premis makanan mempunyai penandaan harga jelas, tiada penyalahgunaan logo halal di samping premis menjaga kebersihan dengan baik,” katanya.

Ditanya mengenai stok minyak masak peket satu kilogram (1kg) bersubsidi, pihaknya membuat pantauan setiap hari ke atas barangan berkenaan dan tiada masalah kekurangan serius dicatatkan.

“Ada antara premis habis stok minyak masak (1 kg) tetapi premis lain masih ada stok berkenaan,” jelas sambil menambah premis besar tidak mempunyai masalah kekurangan bekalan untuk minyak dua hingga lima kilogram. - sumber


Baca Seterusnya...

Thursday, 17 November 2016

Sistem #AWAS Bakal Mendidik Pemandu Malaysia #MCA

Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS), gabungan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) bakal dilaksanakan pada awal tahun depan. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata fasiliti sistem AWAS sudah bersedia untuk digunapakai akan tetapi tidak meletakkan tarikh bila ia akan dikuatkuasakan.

Menerusi sistem itu, dimaklumkan mempunyai 60 mata demerit terbahagi kepada tiga, iaitu 20 mata pertama ia akan diberi amaran kepada pesalah trafik, 20 mata kedua bakal digantung lesen memandu, akan tetapi jika pesalah tersebut menyertai program pemulihan, tempohnya (penggantungan lesennya) dikurangkan separuh, manakala yang terakhir jumlah keseluruhan 60 mata berhadapan dengan tindakan dibatalkan lesennya.

Langkah ini dilihat satu cara yang terbaik untuk mendidik pemandu di Malaysia yang cukup terkenal dengan adat ketimuran akan tetapi tidak ketika di jalanraya.


Baca Seterusnya...

Wednesday, 16 November 2016

Denda Saman AES Ditetapkan RM150 #MCA #AES


Baru baru ini kabinet menentapkan bayaran denda berjumlah RM150 bagi kesalahan yang direkodkan didalam Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Ini menafikan dakwaan khabar angin yang mengatakan kerajaan telah menghapuskan sejumlah 1.6 juta saman AES selama sistem itu beroperasi sejak 2012 diberapa 'kawasan hitam' atau lokasi yang dikenal pasti sebagai lokasi maut yang mencatatkan jumlah kematian tinggi

"Kami tidak akan menghapuskan saman itu. Mereka (pesalah trafik) perlu membayarnya, juga pada kadar RM150 setiap saman," kata Liow Tiong Lai

Sistem AES diintegrasikan bersama Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas), yang menggabungkan kamera dengan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara). 

Pesalah trafik yang gagal membayar saman tersebut akan disenarai hitam dan bakal berhadapan dengan masalah dalam urusan memperbaharui lesen memandu setelah tamat tempoh.
Baca Seterusnya...

Sunday, 13 November 2016

Sistem Pembayaran Tanpa Tunai Bersepadu (ICPS) #SPAD

Perjalanan yang lancar dan bersepadu untuk pengguna di Greater KL/Lembah Klang

Sistem Pembayaran Tanpa Tunai Bersepadu (ICPS) merupakan projek nasional yang disenaraikan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi Pengangkutan Awam Bandar. Objektif ICPS adalah untuk menyepadukan semua sistem tambang rel bandar dan bas transit di Greater KL/Lembah Klang. 

Apabila dilaksanakan, ICPS akan menyediakan perjalanan yang lancar dan mudah untuk pengguna. Manfaat ICPS adalah seperti berikut :
• Perjalanan bebas halangan antara laluan rel yang berbeza
• Pelbagai pilihan untuk e-pembayaran, termasuk kad prabayar, Kad Bank/ Kad Debit, dan aplikasi mudah alih seperti Apple Pay dan Android Pay
• Mengurangkan masa beratur dan kesesakan di stesen
• Mempromosi masyarakat mengenai tanpa tunai

Pengguna juga dapat menikmati penjimatan apabila ICPS dilaksanakan :
• Premium pindahan tidak dikenakan untuk perjalanan yang bersepadu
• Diskaun istimewa akan diberikan untuk produk-produk khas, yang disesuaikan dengan setiap kumpulan penumpang yang berbeza di Lembah Klang.


Sistem ICPS kini sedang dibangunkan dan dijangka akan memberi manfaat kepada lebih daripada 1 juta penumpang sehari pada tahun pertama pelaksanaan projek tersebut.

Sistem ini bersesuaian dengan keadaan pengguna bandar masa kini yang kini lebih gemar berurusan tanpa tunai yang mana ia dapat melancarkan pelbagai urusan dan lebih selamat berbanding dengan transaksi tunai.

Kecepatan masa juga adalah salah satu faktor yang ditekankan oleh wargakota yang mana mengurangkan masa beratur panjang untuk membeli tiket sedikit sebanyak melancarkan perjalanan dan malah memberi keselesaan yang lebih baik daripada sebelum ini.
Baca Seterusnya...

Friday, 11 November 2016

KPDNKK Perak Sita Kilang Minyak Masak Berdepan Denda Sehingga RM5 juta #KPDNKK #CaringMinistry

IPOH, 10 Nov (Bernama) : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak hari ini menyita 100 tong minyak masak daripada sebuah kilang pembungkusan di sini kerana disyaki dibungkus dalam tong terpakai.

Ketua Seksyen Penguatkuasa KPDNKK Perak Mojtahidin Md Isa berkata semua minyak masak yang disita itu dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi mengetahui kandungan tong sebelum ini.


"Hasil ujian tersebut dijangka diketahui dalam tempoh dua ke tiga minggu lagi," katanya kepada pemberita selepas pemeriksaan di premis pengilang, pemborong dan pembungkus minyak masak sekitar Ipoh, hari ini.

Mojtahidin berkata kilang pembungkusan yang terletak di Jalan Lahad itu mempunyai rekod kesalahan lampau yang sama dan sekiranya didapati bersalah kali ini, bakal berdepan denda sehingga RM5 juta.

Penggunaan tong terpakai bagi membungkus minyak masak melanggar syarat lesen ditetapkan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

Mojtahidin berkata dalam operasi hari ini membabitkan 72 anggota penguatkuasa, 32 pemborong, tujuh pembungkus dan sebuah pengilang minyak masak diperiksa.

Katanya sehingga tengah hari tadi, pihaknya mengesan lima kesalahan termasuk pemborong gagal menyenggara buku stok barang kawalan, menjalankan urusniaga tanpa lesen sah dan disyaki menggunakan tong terpakai.

Beliau berkata KPDNKK Perak kini menggiatkan pemeriksaan ke atas pembungkus minyak masak di negeri itu bagi memastikan minyak masak bersudsidi dibungkus mengikut kuota ditetapkan.

"Pemeriksaan akan dibuat secara harian dan berkala di kesemua pengilang dan pembungkus minyak masak di negeri itu tetapi tumpuan kepada pembungkus," katanya.

Perak mempunyai tiga kilang serta 24 pembungkus minyak masak, termasuk tujuh di Ipoh. - BERNAMA
Baca Seterusnya...

KPDNKK Terengganu Serbu Kilang Pembungkusan Semula Minyak Masak #KPDNKK #CaringMinistry

KUALA TERENGGANU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu merekodkan lapan kesalahan pemborong utama dan syarikat pembungkusan semula minyak masak yang tidak mengemas kini buku rekod barangan itu.

Pengarahnya, Azlan Abd Samat berkata, daripada jumlah itu, daerah Besut merekodkan empat kesalahan dan masing-masing dua kes di Dungun dan Kuala Terengganu.

"Sepatutnya, pemborong utama dan 'repacker' ini perlu membuat rekod keluar masuk jualan minyak masak namun mereka gagal melakukannya dan tindakan diambil di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961).

"Bagaimanapun, hasil pemeriksaan KPDNKK Terengganu di tujuh syarikat pembungkusan semula dan dua pemborong utama minyak masak di seluruh Terengganu hari ini mendapati, bekalannya masih mencukupi untuk kegunaan rakyat negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan operasi mengejut di dua premis iaitu di kawasan Kuala Terengganu dan di Kuala Nerus, di sini, hari ini.

Operasi serentak di seluruh Terengganu melibatkan 110 pegawai penguat kuasa bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Persatuan Pengguna Negeri Terengganu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemborong yang mendapat bekalan terus dari kilang seperti Delima Oil (jenama Saji), Yee Lee dan Lam Soon (Buruh) juga terdapat 11 'repacker' yang membungkus minyak masak di seluruh Terengganu.

"Berdasarkan jumlah penduduk seramai 1.15 juta orang, kuota yang diperuntukkan ialah mencukupi, iaitu sebanyak dua kilogram seorang atau isi rumah.

"Hasil pemeriksaan hari ini juga mendapati peniaga tidak menyorok dan memanipulasikan keadaan dengan menjual secara pasaran gelap sama ada dengan mengubah bentuk bungkusan dan dijual dengan harga yang lebih tinggi kepada mereka yang tidak layak," katanya.

Sekiranya pelanggaran berlaku semasa operasi, tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Seksyen 22, Pindaan 2015) akan diambil, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali dan bagi perbadanan pula RM3 juta.


Mengikut rekod, sepanjang November, KPDNKK Terengganu telah membuat pemeriksaan di tujuh repacker, pemborong primer (36), pengguna industri (50), pasar raya (lapan) dan 50 peruncit-peruncit terpilih. - Sinar
Baca Seterusnya...

@mpkotabelud Rafizi Cuba Terus Menyesatkan Rakyat #ECRL

Walaupun penjelasan demi penjelasan sudah diberikan, pihak pembangkang yang dikepalai YB Rafizi Ramli masih berkeras mahu mengelirukan rakyat bahawa Malaysia Rail Line Sdn Bhd (MRLSB), syarikat khusus yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk memiliki dan mengendalikan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) kononnya dimiliki oleh dua individu dan bukannya kerajaan Malaysia.

Izinkan saya untuk menjelaskan sekali lagi dalam bahasa yang mudah bahawa YB Rafizi adalah salah, dan beliau dengan sengaja mahu mengelirukan rakyat.

Bagi memudahkan penubuhan awal MRLSB, kedua-dua orang pegawai Kementerian iaitu Dr Yusof Ismail dan Ahmad Suhaimi Endut telah dinamakan sebagai Pengarah Pertama dan Pemegang Saham Pertama.

Kemudiannya, saham-saham tersebut telah dipindahkan ke Kementerian Kewangan Diperbadankan dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) pada 12 Oktober 2016.

Walaubagaimanapun, berdasarkan Akta Syarikat 1965, sesebuah syarikat tidak perlu memohon kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (“SSM”) untuk mendaftarkan mana-mana perpindahan saham (Borang 32A).

Oleh yang demikian, sebarang pertukaran hakmilik (berdasarkan perpindahan saham) tidak akan ditunjukkan dalam sistem SSM selagi syarikat berkenaan belum mengemukakan laporan tahunannya (permohonan ini perlu dibuat selepas Mesyuarat Agung Tahunan [AGM] dan AGM pertama sesebuah syarikat baharu adalah dalam tempoh 18 bulan penubuhannya).

Ini menjelaskan kenapa laporan carian di SSM yang dibuat oleh YB Rafizi masih menunjukkan nama kedua-dua pegawai tersebut sebagai pemegang saham MRLSB sedangkan sebenarnya pemegang-pemegang saham terkini syarikat tersebut adalah Kementerian Kewangan (MOF) dan PTP.


Sekiranya YB Rafizi benar-benar membuat kajian sebelum melemparkan tuduhan, sudah pastilah beliau tidak dipandang sebagai seorang yang terdesak untuk mendapatkan ‘brownie points’ sehingga menjejaskan kredibiliti beliau sendiri.

Abdul Rahman Dahlan
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Putrajaya. 

10 Nov 2016
Baca Seterusnya...

Thursday, 10 November 2016

MCA Bakal Tukar Sistem Pemilihan Pucuk Pimpinan. #MCA

Sistem pengundian pemilihan bagi memilih pucuk pimpinan parti bakal diserahkan kepada 33,000 perwakilan bahagian MCA. Satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) bakal berlangsung pada Sabtu ini bagi meminda Perkara 21 pelembagaan parti itu untuk memperuntukan sistem pengundian baharu seperti yang dipraktikan oleh sistem pemilihan UMNO pada 2013 lalu.

Apabila ia dilaksanakan kelak, sistem itu akan melibatkan kira-kira 33,000 perwakilan dari 188 bahagian MCA di seluruh Malaysia secara langsung mengundi presiden parti, timbalan presiden, empat naib presiden dan 25 anggota Jawatankuasa Pusat. 

Sebelum ini sistem pengundian dimuktamatkan oleh 2,400 barisan pewakilan pusat yang diadakan tiap tiga tahun semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) parti tersebut.

Timbalan Setiausaha Agung MCA Datuk Wee Jeck Seng yakin bahawa sistem pengundian baharu tersebut akan memperluaskan jumlah perwakilan mengundi dan menjadikan parti itu lebih demokratik dan telus.

"Parti itu telah menghadapi banyak krisis sebelum ini sehingga menjadi bahan jenaka di kalangan orang ramai. Walaupun pilihan raya umum hanya diadakan sekali setiap lima tahun, MCA mengadakan pemilihan setiap tiga tahun serta beberapa EGM lagi. Dengan memperluaskan hak mengundi anggota-anggota kami, diharapkan dapat menghentikan kesemua perbalahan dalaman," katanya.

Sistem pengundian baharu adalah sebahagian daripada proses mentransformasi MCA, kata Wee.


"Kami bermula dengan memperluaskan jumlah perwakilan mengundi. Selama ini, persepsi adalah bahawa kami hanya banyak bercakap tetapi tidak melaksanakan. Tetapi sekarang kami benar-benar melakukannya."

Bulan lalu, ketika mengumumkan bahawa MCA bakal meminda perlembagaannya bagi membolehkan perwakilan bahagian memilih kepimpinan tertinggi, presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata MCA tidak boleh dibiarkan terus menjadi kucar-kacir akibat pemilihan yang dijalankan.

"Kita mesti buktikan kepada masyarakat bahawa kita nekad untuk berubah dan terus bersatu. Hanya selepas itu, kita boleh memenangi semula rasa hormat orang ramai," katanya.

Baca Seterusnya...

#MinyakMasak Peniaga Bakal Berdepan Denda Tidak Lebih RM1 Juta Atau 3 Tahun Penjara! #KPDNKK #CaringMinistry

SHAH ALAM : Seorang pemilik pasar mini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyimpan barangan kawalan iaitu ratusan kilogram (kg) minyak masak di premis yang tidak dilesenkan di Gombak, bulan lalu.

Tertuduh, M K Theivendran, 57, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyimpan 14 kotak minyak masak sawit paket satu kg dan 12 botol satu kg minyak sama di premis yang tidak dibenarkan untuk penyimpanan barangan itu di premis miliknya di Taman Selayang Jaya, Batu Caves, jam 10.25 pagi 25 Oktober lalu.

Justeru, Theivendran melakukan kesalahan mengikut Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM1 juta atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, A Karthiyayini manakala tertuduh diwakili peguam bela Siti Anis Che Wahab.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dan sebutan semula kes ditetapkan pada 15 Disember depan. - Harian Metro


Admin pelik, buat apa dia simpan banyak banyak minyak masak tu dalam premis milik dia? Kecuali dengan rancangan tertentu..kan?!

Para peniaga sewajarnya lebih bertanggungjawab dalam membekalkan rakyat dengan barangan keperluan yang berkualiti dan sentiada memenuhi pemintaan pasaran. Sorok menyorok barangan seperti ini satu tingkahlaku yang tidak bermoral dan menyusahkan orang ramai. Nak untung lebih tapi aniaya sama sama manusia?
Baca Seterusnya...

Minyak Masak Bersubsidi 1 Kilogram Untuk Kegunaan Isi Rumah! #caringMinistry #KPDNKK

Klang - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin menempelak seorang pembeli di sebuah kedai runcit yang membeli minyak masak paket 1 kilogram bersubsidi melebihi had dibenarkan.


Insiden tersebut berlaku apabila pembeli tersebut yang juga merupakan seorang peniaga cuba untuk membeli satu kotak minyak masak bersubsidi tersebut.

Tindakan tamak wanita berbangsa cina itu telah menyebabkan beliau dimarahi oleh Menteri KPDNKK itu kerana disifatkan sebagai tidak bertimbang rasa terhadap pengguna lain.

Hal ini berlaku ketika beliau mengadakan lawatan mengejut di Pasar Besar Meru dan kawasan sekitarnya.

Minyak masak bersubdidi 1 kilogram hanya dibenarkan pembeliannya untuk kegunaan rumah dan bukannya golongan peniaga.

Setiap pembeli dihadkan membeli dua paket sahaja (2 kilogram) bagi setiap kali pembelian bagi memastikan minyak masak bersubsidi sampai kepada golongan sasar.- Sumber


Dalam ucapan sebelum ini bagi operasi di artikel "KPDNKK Rampas 42.25 Tan Metrik Minyak Masak"

"Minyak masak paket 1kg bersubsidi ini hanya untuk kegunaan isi rumah dan bukan untuk berniaga kerana sudah ada kuota ditetapkan setiap 1.5 kilogram minyak ini untuk setiap orang isi rumah.

"Tetapi peniaga yang membeli minyak bersubsidi ini bagi tujuan berniaga dan ia telah mengambil hak golongan sasar isi rumah. Keadaan ini adalah salah satu faktor minyak ini kurang dalam pasaran," - Pengarah KPDNKK Pahang Sharuddin Jali
Baca Seterusnya...

Apa itu Projek KVDT? #SPAD #KTMB #KVDT

Projek Naik Taraf Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) atau Projek KVDT yang merupakan projek menaik taraf yang bakal dilaksanakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) selaku pengawal selia, perancanga dan penguatkuasa bagi sistem pengankutan awam darat di Malaysia, terlibat secara langsung dalam perbincangan dengan KTMB untuk memastikan dan mengesahkan laluan yang bakal terganggu dan penyelarasan jadual kerja bagi meningkatkan mutu perkhidmatan ini kepada para pengguna.

KTMB Perlu melaksankan kerja kerja naik taraf ini sebagai langkah untuk masa depan demi memastikan semua perkhidmatan rel dapat berjalan dengan lancar dan dapat mengurangkan segala kemungkinan yang tidak baik belaku seperti kegagalan sistem, pergelinciran, pembatalan ataupun kelewatan perkhidmatan.


Projek ini telah dioperasikan pada tahun 2016 dan bakal siap pada 2019. Projek ini juga meliputi kerja membaik pulih landasan dengan jarak 42 kilometer (Dari Rawang ke Salak Selatan dan Sentul ke Simpang Batu). Penaiktarafan ini secara langsung akan menaik taraf 16 stesen di sepanjang laluan ini termasuk sistem persemboyanan dan sistem eletrifikasi sedia ada.


KTMB memohon untuk menutup sebahagian daripada landasannya untuk kerja naik taraf sistem bagi Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) dan ia telah diluluskan setelah pihak KTMB memberi jaminan keselamatan pengguna dan perkhidmatannya tidak akan terganggu. Aspek Keselamatan sepanjang pelaksanaan kerja naik taraf ini adalah amat diberi perhatian.

OBJEKTIF DAN MANFAAT PROJEK KVDT :
Menaik taraf infrastruktur landasan agar perkhidmatan tren lebih selesa dan selamat
Menambahbaik kualiti perkhidmatan tren KTM Komuter
Keselamatan penumpang dan operasi tren lebih terjamin
Sistem kereta api yang lebih efisien, selesa dan berdaya maju bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat di Lembah Klang
Menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan tren dan seterusnya mengurangkan kesesakan jalan raya


KAWASAN YANG TERLIBAT :
FASA 1A [Rawang – Simpang Batu] Rawang – Kuang – Sungai Buloh – Kepong Sentral – Kepong – Segambut
FASA1B [Kuala Lumpur – Simpang Pelabuhan Klang] Kuala Lumpur – KL Sentral
FASA 2 [Simpang Batu – Kuala Lumpur] Segambut – Putra – Bank Negara – Kuala Lumpur
FASA 3 [Sentul – Simpang Batu] Sentul – Putra – Segambut
FASA 4 [Simpang Pelabuhan Klang – Salak Selatan] KL Sentral – Mid Valley – Seputeh – Salak Selatan 

Untuk maklumat lanjut, klik DI SINI
Baca Seterusnya...

KPDNKK Rampas 42.25 Tan Metrik Minyak Masak #KPDNKK #CaringMinistry

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Sebanyak 22,498 premis diperiksa manakala 42.25 tan metrik minyak masak bernilai kira-kira RM120,000 dirampas sejak 21 Okt sehingga semalam.

Pengarah Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Mohd Roslan Mahayudin berkata daripada kesemua premis yang diperiksa, pihaknya mengesan 25 kesalahan.

"Antaranya menyorok minyak masak (10 kes), gagal selenggara buku stok (lima), dan menjual tanpa lesen (empat)," katanya kepada Bernama hari ini.

Dalam tempoh sama, 269 aduan diterima dari seluruh negara, dengan 144 daripadanya dapat diselesaikan dan 125 lagi dalam siasatan, kata Mohd Roslan.

"Selangor mencatat jumlah aduan tertinggi iaitu sebanyak 75, diikuti Johor (43) dan Kuala Lumpur (24)," katanya.

Mohd Roslan berkata aduan itu meliputi antara lain ketiadaan bekalan minyak masak dan harga yang tinggi.

Pada 26 Okt lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan harga minyak masak paket 1kg kekal RM2.50 manakala minyak masak dalam botol dijual mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 Nov.

Sementara itu di Ipoh, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diminta membuat pemeriksaan bagi memastikan harga minyak masak botol di pasaran kini setara dengan kos yang tanggung pihak industri.

Exco Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Masyarakat Sivil negeri Datuk Samsudin Abu Hassan berkata ini kerana harga jualan minyak masak botol di pasaran dilihat tidak munasabah selepas Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) dilaksanakan mulai 1 Nov lalu.

"Sebagai contoh kalau dulu harga minyak masak botol untuk 5 kilogram (kg) adalah RM13.35 kini dijual sehingga RM21, kenaikan harga seperti itu tidak relevan.

"Oleh itu saya cadang kerajaan dan kementerian berkaitan melihat semula adakah harga berkenaan memang harga yang sepatutnya dijual selepas mengambil kira semua kos yang terlibat atau pihak industri sengaja mengambil kesempatan terhadap pelaksanaan COSS," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Gas Petroleum Cecair (LPG) dan Penyampaian Anugerah Kedai Harga Patut 2016 Perak di Bangunan Persekutuan di sini, hari ini.

Samsudin berkata kerajaan pastinya mempunyai mekanisme tertentu untuk menangani masalah berkaitan dan meminta supaya ia dapat dipercepatkan agar rakyat tidak terus terbeban.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Gas Petroleum Cecair (LPG) dan Penyampaian Anugerah Kedai Harga Patut 2016 Perak di Bangunan Persekutuan di sini, hari ini.

Samsudin berkata kerajaan pastinya mempunyai mekanisme tertentu untuk menangani masalah berkaitan dan meminta supaya ia dapat dipercepatkan agar rakyat tidak terus terbeban.

Di Kuantan, Pengarah KPDNKK Pahang Sharuddin Jali tidak menafikan minyak masak paket 1kg cepat kehabisan stok di pasar raya mahupun kedai runcit kerana peniaga makanan yang sepatutnya membeli minyak masak botol mengambil kesempatan membeli minyak paket.

"Minyak masak paket 1kg bersubsidi ini hanya untuk kegunaan isi rumah dan bukan untuk berniaga kerana sudah ada kuota ditetapkan setiap 1.5 kilogram minyak ini untuk setiap orang isi rumah.

"Tetapi peniaga yang membeli minyak bersubsidi ini bagi tujuan berniaga dan ia telah mengambil hak golongan sasar isi rumah. Keadaan ini adalah salah satu faktor minyak ini kurang dalam pasaran," katanya.

Sehubungan itu, katanya jika mana-mana peniaga didapati membeli minyak masak paket 1kg dengan kuantiti yang terlampau banyak, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana memiliki barangan terkawal tanpa lesen.

"Kalau kata minyak botol mahal, itu tidak boleh dijadikan alasan sebab harga sekarang merupakan harga pasaran sebenar. Harga sebelum ini adalah harga yang kerajaan tanggung subsidi, maknanya kerajaan juga tanggung peniaga sekali dahulu," katanya.

Rata-rata pengguna yang ditemui Bernama memaklumkan bekalan minyak masak di pasar raya mahupun kedai runcit sering kali cepat kehabisan stok namun minyak masak berasaskan jagung dalam botol yang dijual mahal pula banyak di pasaran.

Peniaga kedai makan Muhamad Akman Mustafa, 43, berkata pada masa ini dia sangat tertekan kerana sukar mendapatkan bekalan minyak masak sehingga terpaksa mencari di beberapa pasar raya.

Seorang lagi peniaga kedai makan Zaini Mat Zain, 50, berkata dia juga tidak terkecuali menghadapi masalah mendapatkan bekalan minyak masak untuk menjalankan perniagaannya.

Sementara itu, KPDNKK Perak merampas 3,000 kilogram minyak masak yang dianggarkan bernilai RM14,000 dalam serbuan di sebuah premis di Sungai Siput hari ini.

Ketua Unit Anti Pencatutan KPDNKK Perak Ahmad Ahrazzuddin Ahmad Hamdan berkata ketika serbuan pukul 11.30 pagi itu, tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 40 hingga 50-an termasuk pemilik premis menjual peralatan sembahyang itu sedang memunggah kotak mengandungi minyak ke atas lori.

"Mereka sedang memunggah 150 kotak minyak masak dengan setiap kotak berisi 20 paket ke atas lori untuk dihantar ke ladang ternakan khinzir di Tanjung Rambutan," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati lesen premis itu hanya boleh menyimpan 500 kilogram minyak masak sahaja tetapi rampasan tersebut telah melebihi jumlah yang sepatutnya.

"Minyak masak bersubsidi untuk kegunaan industri disorokkan dalam premis tersebut," katanya sambil menambah premis itu telah beroperasi sejak 2012.

Menurut Ahmad Ahrazzuddin, pihaknya akan mengambil kenyataan tiga suspek terbabit untuk siasatan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barangan kawalan melebihi had yang ditetapkan. - BERNAMA


Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!