Thursday, 29 September 2016

Lori Dan Trak Catat Kesalahan Jalanraya Tertinggi! #SPAD

Statistik kesalahan trafik pada 2016 menunjukkan kenderaan berat seperti lori dan trak menduduki tangga paling tinggi dalam kes melanggar undang undan dan kesalahan lalu lintas. Hal ini amat membimbangkan kerana ia melibatkan peratusan tinggi kemalangan jiwa jika tidak diberi perhatian. 


Hal ini merujuk kepada rekod yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menunjukkan sebanyak 2,326 kes melibatkan kenderaan kelas tersebut, sementara bas (1,267 kes) dan teksi (1,133 kes). Jumlah keseluruhan kesalahan termasuk kenderaan lain bagi tempoh Januari - Ogos 2016 di seluruh Semenanjung ialah sebanyak 4,876 kes.

Kata Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad, kebanyakkan kesalahan membabitkan lori ialah atas faktor keselamatan seperti panel, tayar botak dan muatan tidak diikat dengan kemas.

Bagi teksi pula, mereka banyak melakukan kesalahan seperti tidak memiliki kad pemandu (472 kes) dan gagal menggunakan meter (290 kes). Manakala bas pula ialah kesalahan mengambil dan menurun penumpang di kawasan yang tidak dibenarkan (369 kes).

SPAD dalam kenyataan yang sama juga melahirkan komitmen terhadap tindakan membanteras kegiatan penjualan tiket haram (ulat tiket).

Banteras dan menanganinya dalam masa 24 jam. Erti kata lain SPAD tidak akan berkompromi dengan sebarang kes melibatkan ulat tiket. Jika operasi waktu malam suspek ditangkap dan ditahan, maka keesokkan harinya suspek sudah dihadapkan ke mahkamah untuk menjalani proses perundangan dan bakal dikenakan tindakan jika didapati bersalah.

Syabas kepada SPAD untuk segala usaha ini, Kepada pengguna bas ekpress elakkan membeli tiket bas dan sebagainya dari individu yang tidak sepatutnya sebaliknya terus ke kaunter atau beli melalui atas talian.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 28 September 2016

MCA Beri Cadangan Persempadanan Semula Kepada BN #MCA #BarisanNasional

Malaysian Chinese Association (MCA) mengemukan beberapa cadangan mengenai persempadanan semula yang telah dikaji selidik oleh pihaknya dan tidak mendedahnya kuatir akan diambil kesempatan oleh pihak lawan. (Pembangkang).

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr.Wee Ka Siong berkata, pihaknya akan mengemukan cadangan yang telah dikaji kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).

"Setiap cadangan telah dikaji dengan teliti dan mengambil kira beberapa aspek, namun saya tidak akan mendedahkan kepada umum kerana bimbang pihak pembangkang akan mengambil kesempatan.


"MCA dah bersedia dan akan kemukakan kepada Setiausaha Agung BN. Kita juga telah mengkaji setiap satu dan kita tidak akan buat andaian dan anggapan, tetapi kita akan ajukan secara spesifik dengan menggunakan saluran yang betul," katanya kepada sidang media di wisma MCA semalam.

dimaklumkan juga kajian yang dibuat itu berdasarkan beberapa faktor yang meliputi pelbagai lapisan masyarakat dan tidak mengfocuskan kepada sokong dari satu bangsa sahaja.

"Itu adalah prinsip yang MCA pegang. Persempadanan tidak boleh bangsa Cina satu kawasan, Melayu satu kawasan dan India satu kawasan kerana negara demokrasi ini memerlukan masyarakat yang bercampur," kata Wee Ka Siong.

Terdahulu, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional memberitahu akan diwujudkan satu jawatankuasa khas untuk membincangkan mengenai cadangan dari pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan persempadanan semula.

DS Najib memberitahu jawatankuasa ini ia akan dipengerusikan oleh Tengku Adnan sendiri dalam masa yang terdekat.
Baca Seterusnya...

Mahathir Mahu Perintah Negara Hingga Dalam Kubur?!

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya cuba menepis cakap-cakap bahawa beliau mahu anaknya, Datuk Seri Mukhriz menjadi Perdana Menteri akan datang, kata Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Merujuk kepada laporan dalam The Star Online hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, dengan menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang, Dr Mahathir ingin menyatakan bahawa bukanlah anaknya yang akan menyandang jawatan itu.

"Bagaimanapun, itu tidak bererti Mukhriz tidak boleh dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, manakala Muhyiddin pula hanya menjadi Perdana Menteri sementara," kata Salleh dalam catatan terbaru dalam blog beliau, sskeruak.blogspot.my.

Salleh berkata laporan itu mengesahkan apa yang diperkatakan banyak orang bahawa Muhyiddin, bukan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.

Kata beliau, Dr Mahathir akhirnya melenyapkan persoalan penting tentang orang yang berada dalam fikirannya untuk mengggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "sekiranya Perdana Menteri digulingkan atau Barisan Nasional diketepikan, yang merupakan objektif utama Dr Mahathir menubuhkan parti baharunya, PPBM".

Salleh berkata Dr Mahathir juga mengesahkan pengumuman beliau di Petaling Jaya pada 2008 bahawa Perdana Menteri baharu nanti perlu 'dibimbing' oleh sebuah jawatankuasa orang lama dan tidak akan diberi kebebasan atau terlalu banyak kebebasan untuk mentadbir negara ini.

"Mahathir berkata hari ini bahawa walaupun Muhyiddin akan menjadi Perdana Menteri dan presiden parti itu, PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) juga mempunyai seorang pengerusi.

"Jadi, Perdana Menteri perlu berbincang dengan pengerusi, bermakna Mahathir, sebelum membuat sesuatu keputusan. Perdana Menteri tidak boleh membuat sebarang keputusan dengan sendiri," katanya.

Salleh berkata, malah, Dr Mahathir mencadangkan agar kedudukan pengerusi parti itu perlu mengatasi Kabinet memandangkan anggota Kabinet perlu "mendengar kata" Perdana Menteri.

"Kesimpulannya, Perdana Menteri tidak mempunyai kebebasan dan berada di bawah pengerusi parti, yang lebih berkuasa daripada Kabinet seperti Pengerusi Mao mentadbir China selama 31 tahun dulu," katanya. - bernama


Baca Seterusnya...

Tuesday, 27 September 2016

Selamatkan Ribuan Pemandu Teksi?! #SPAD #Teksi

DAFTAR PADA SPAD SELEPAS SELESAI HUTANG TEKSI? 

Kepada pemandu teksi yang telah melangsaikan pinjaman bayaran teksi mereka adalah lebih baik mereka mendaftarkan diri mereka kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan pendaftaran ini dibuka bermula pada bulan September 2016.

Hal ini kerana adalah demi membebaskan para pemilik teksi ini menjadi perkerja kepada orang lain.

Ini adalah sebahagian langkah membantu para pemandu seperti yang dipesetujui oleh kerajaan dibawah Program Transformasi Industri Teksi (TTIP).




“Pemandu teksi yang tiada lagi terikat kepada kepada syarikat teksi mereka boleh datang untuk mendaftar dengan kami bagi proses memohon permit persendirian/ individu” kata CEO SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah.

Tindakkan menawarkan lessen individu/persendirian oleh SPAD kepada mereka ini bakal membebaskan ribuan para pemandu teksi yang sebelum ini dilayan berat sebelah oleh syarikat pemilik permit teksi.

Contohnya Jika pemandu teksi sebagai penyewa teksi memilih untuk menandatangani perjanjian sewa beli teksi Pesona misal nya, dia harus bayar antara RM60 sehingga RM80 nilai sewa sehari selama 5 tahun tanpa ada bebas sewa pun sehari pun dalam perjanjian itu.

RM60 sehari contohnya dibayar oleh penyewa teksi (jenis Proton Pesona) syarikat yang ianya berjumlah RM108,000.00 ini bersamaan 2 kali ganda dari harga pasaran kereta tersebut 

“Jika pemandu teksi itu mahu terus memandu teksi itu (setelah memiliki kereta itu), dia masih perlu membayar RM30 sehari kepada mana mana syarikat teksi kerana dia perlu mengunakan lesen operasi syarikat itu, dan jumlah ini boleh mencecah RM900 sebulan” ujar Azharuddin lagi.

Oleh itu para pemandu teksi harus memandang peluang ini sama ada ia baik atau tidak kepada mereka

"Program Transformasi anjuran SPAD yang di luluskan oleh kerajaan yang akan datang adalah “seed money” sejumlah RM5,000 untuk membantu pemandu teksi untuk membeli kereta baru untuk dijadikan teksi ( tidak semesti nya (PROTON)" tambah Azharuddin.


Pelbagai jenis model kereta boleh dipilih asalkan ia ada rating 3 bintang sejajar dengan peraturan New Car Assessment Programme (NCAP).

Kedua initiatif yang terhasil dari program teksi ini (TITP) dijangka membawa kelegaan kepada ramai pemandu teksi dimana di anggarkan sehingga 63% dari mereka adalah terikat dibawah sistem “Pajak”.

Walau bagaimana pun pihak SPAD memaklumkan bahawasanya proses kedua ini ia itu lesen individu serta peruntukan RM5,000 itu akan mengambil sedikit masa (mungkin beberapa bulan) kerana ia perlu berurusan dengan pihak pentadbiran dan perundangan dengan pelbagai pihak berkaitan.

Ini antara usaha Transformasi Pengangkutan anjuran kerajaan yang dinaungi oleh Perdana Menteri Ds Najib Razak dalam membantu 'duta kecil' negara ini dalam membebaskan mereka dari 'sistem lama' yang dilaksanakan oleh pemerintahan yang terdahulu yang hari ini tidak lagi boleh diguna pakai.

SPAD sebagai badan yang diamanahkan perlu memeriksa setiap permohonan serta termasuk 'track record' pemandu dengan Pihak Polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan beberapa pihak tertentu yang lain.

Oleh itu para pemandu teksi yang sudah selesai membayar hutang pinjaman kereta mereka , Bersegeralah membebaskan diri dari sistem pajak oleh syarikat pemilik permit dan kereta sewa seterusnya berusaha dengan kemampuan diri sendiri dan tidak menjadi pekerja kepada mana mana syarikat yang memungkinkan mereka terikat dengan syarikat syarikat ini.






Baca Seterusnya...

Monday, 26 September 2016

Bas Go-KL Jadi Pilihan TripAdvisor #SPAD #TripAdvisor #GoKL


Perkhidmatan Bas yang diberi nama “Go-KL” telah mendapat pengiktirafan oleh website terkemuka iaitu TripAdvisor memandangkan kualiti dan mutu perkhidmatannya yang boleh dibanggakan.

Go-KL menjanjikan perkhidmatan berkualiti dan mesra pelanggan yang ianya adalah PERCUMA dan ini merupakan satu dari ratusan insiatif kerajaan yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mana telah diberi tanggungjawab dalam turut sama melaksanakan tranformasi sistem pengangkutan awam di negara ini.

Rata rata penduduk ibukota memang tidak asing lagi dengan perkhidmatan bas Go-KL ini dan ia dianggap sebagai bas paling selesa daripada perkhidmatan bas yang lain. Waktu operasinya pula ia bermula dari seawall jam 6.00 pagi sehingga jam 11.00 malam.

Go-KL antaranya menjadi pilihan utama para pengguna yang berurusan di ibukota termasuk para perkerja dan pelancong yang mahu bersiar siar disekitar bandar metropolitan Kuala Lumpur. SPAD memainkan peranannya dengan sentiasa mengemaskini info laluan untuk keselesaan penggunanya. Untuk makluman para pembaca, TripAdvisor sebuah laman web membekalkan ulasan dan maklumat mengenai perjalanan.

Para penumpang bas Go-KL juga mempunyai kemudahan wifi internet percuma, tempat duduk khas bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) dan juga dipantau oleh kamera litar tertutup (CCTV) untuk merakamkan aktiviti yang belaku didalam bas tersebut, sekaligus dapat mengurangkan perbuatan tidak diingini belaku contohnya ragut dan sebagainya.


Bas ini hanya akan berhenti ditempat perhentian yang dikhaskan sahaja dan lokasi jangkauanya akan terarah kepada tempat tempat tumpuan antaranya Bukit Bintang, Muzium Negara, Menara Kuala Lumpur (KL Tower) dan sekitar Pasar Seni. Promosi dan pengenalan berkenaan bas Go-KL ini juga turut dibuat seperti pengedaran flyers dan poster ditempat tumpuan dan juga lobi hotel disekitar Kuala Lumpur.

Go-KL layak diberi pengiktirafan lantaran kecekapan pengurusannya dan ia bagaikan satu penghargaan buat industri pengangkutan awam di Malaysia.

Baca Seterusnya...

Wednesday, 21 September 2016

Mass Rapid Transit Tawar 30 Minit laluan Sungai Buloh - Putrajaya #MRT #SPAD #Prasarana

Selepas ini perjalanan Sg. Buloh ke Putrajaya akan mengambil masa selama 30 minit apabila projek Mass Rapid Transit (MRT) Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP) siap pembinaannya sepenuhnya.

Hal ini dimaklumkan oleh YB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sendiri diperasmian Majlis Pecah Tanah bagi fasa dua (2) Laluan SSP di Putrajaya, minggu lepas.


Menurut laporan akhbar, PM Najib menekankan dasar pentadbiran lampau kerana memberi tumpuan kepada pengankutan awam sehinggakan menyumbang kepada kesesakan jalan raya yang terpaksa dihadapi setiap hari oleh rakyat terutama dikawasan pusat Bandar.

“Pada dekad-dekad lalu, kita tidak fokus kepada pembangunan pengangkutan awam.

“Kini kita berhadapan dengan kesannya dengan masalah trafik bukan sahaja di Lembah Klang, tetapi di bandar lain,” kata beliau.

Diingatkan lagi oleh PM, Masalah ini berpunca dari pemerintahan yang terdahulu yang gagal memberi focus dalam menyediakan sistem pengangkutan awam yang berkesan meskipun ada yang memerintah lebih 22 tahun dan sering bercakap tentang masa depan tanpa berfikir untuk menghadapinya.

Oleh yang demikian PM Najib berkata beliau mesti terus komited untuk meneruskan transformasi besar-besaran pengangkutan awam di negara ini dan tidak hanya bercita cita tanpa usaha berterusan.

Kerajaan akan meneruskan langkah untuk memulihkan masalah pengangkutan awam di Kuala Lumpur khususnya agar ia standing dengan ibukota negara maju yang lain.

Majlis pecah tanah tersebut adalah satu lambang bertapa komitednya pihak kerajaan dalam meneruskan tranfomasi besar kepada sistem pengangkutan awam di Malaysia terutamanya di kawasan Lembah Klang.

"Pada mulanya kita tidak cukup fokus pada pembangunan pengangkutan awam. Hal ini menyebabkan kita menanggung akibatnya pada hari ini, dengan kesesakan lalu lintas bukan sahaja di Lembah Klang, tetapi juga di kebanyakan bandar dan lebuhraya yang berada luar dari kawasan ini.

"Kebolehpercayaan dan kepuasan pengguna mesti diutamakan dalam soal pengangkutan awam. Kita tidak boleh ketinggalan.

"Yakinlah, sebagai Perdana Menteri saya akan terus memberikan perhatian penuh untuk membangunkan satu sistem pengangkutan awam yang moden, cekap, boleh dipercayai dan selamat untuk rakyat. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan," katanya.

Majlis untuk projek pembinaan ini yang menelan belanja bernilai RM32 bilion diadakan berhampiran Stesen Putrajaya Sentral dan bakal memberi manfaat kepada kira-kira dua juta penduduk apabila laluannya siap sepenuhnya menjelang 2022.

Laluan SSP sejauh 52.2km itu mempunyai 37 stesen, di mana 11 stesen adalah stesen bawah tanah sejauh 14.5km. Ia akan beroperasi dari Sungai Buloh ke Putrajaya melalui Kepong, Batu, Jalan Ipoh, Titiwangsa, KLCC, Tun Razak Exhange, Bandar Malaysia, Sungai Besi, Serdang, UPM dan Cyberjaya.

Laluan SSP juga akan dilengkapi dengan 9,200 kemudahan parkir di 15 stesen. Sebaik beroperasi ia dijangka boleh membawa sejumlah 529 ribu penumpang setiap hari.

Fasa pertama Laluan SSP antara stesen Sungai Buloh dan Kampung Batu akan mula beroperasi pada Julai 2021, sementara keseluruhan laluan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2022.

Laluan SSP juga akan mempunyai 13 stesen bersepadu dengan Transit Aliran Ringan (LRT), KL Monorel dan Express Rail Link. Selain itu akan diwujudkan stesen pertukaran di Bandar Malaysia Selatan untuk Rel Keretapi Laju (HSR) pada masa hadapan.

Turut hadir pada majlis pelancaran berkenaan ialah Ketua Setiausaha Negara yang juga pengerusi MRT Corp, Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Seri Shahril Mokhtar, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan beberapa menteri kabinet Malaysia.

Semoga usaha ini membuahkan hasil demi keselesaan rakyat Malaysia yang semakin hari bertambah bilangannya dan jalan terbaik adalah menyediakan fasilitis yang baik untuk rakyat secara tidak langsung mengangkat nama negara dimata dunia sebuah negara yang pesat membangun dan mempunyai sistem pengangkutan awam yang mengikut pengaliran zaman.


Projek ini secara tidak langsung menaikkan taraf sosio ekonomi dihampir keseluruhan stesyennya , ini kerana dalam masa pendek ia bakal membuka peluang peniagaan dan secara tidak langsung ia melahirkan banyak peluang peluang pekerjaan untuk warganya.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 20 September 2016

#PersempadananSemula #SPR Semua Parti Mesti Beri Maklum Balas - Liow Tiong Lai #MCA #PRU14

Parti komponen Barisan Nasional MCA kini sedang giat mengumpul dan menganaslisi segala sumber berhubung pelaksanaan Kajian Semula Persempadanan Kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Tanah Melayu dan Sabah oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis lalu.

Datuk Seri Liow Tiong Lai selaku presiden MCA memaklumkan kepada umum bahawasanya semua Ketua Bahagian dalam parti itu akan bermesyuarat selewat lewatnya minggu hadapan bagi mengumpul dan menyelaraskan maklumat berkaitan perkara itu sebelum dibentangkan kepada SPR.


"Setiap DUN dan Parlimen yang disempadankan semula mesti mempunyai pengundi daripada semua kaum sebagai mengimbangi keharmonian pelbagai bangsa di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung MCA Bahagian Kapar, di sini hari ini.

Beliau menyarankan kepada semua parti politik di negara ini agar memberi maklum balas diatas kajian persempadanan ini kerana ianya hanya terbuka untuk dibincangkan oleh SPR hanya selama sebulan bermula 15 September 2016 yang lalu seperti yang diumumkan oleh Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh yang berkata suruhanjaya itu akan mempamerkan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri Tanah Melayu dan Sabah selama satu bulan bermula Khamis lepas hingga 14 Oktober ini.

Pada Selasa minggu lepas, Suruhanjaya itu mengumumkan akan melaksanakan kajian semula persempadanan berkenaan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos 2016.
Baca Seterusnya...

#PERMATA : Tak Sangka UNESCO Begitu Bodoh



Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sepatutnya menerima anugerah `Lead by Example' bersama-sama dengan Presiden Senegal, Macky Mall oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO), seperti yang dilaporkan oleh media tempatan beberapa hari lalu.

Penyampaian anugerah berkenaan dijadualkan pada majlis Penghormatan Kepada Wira-wira Dalam Kempen Global Menentang Keganasan pada 22 September ini di Muzium Kesenian Metropolitan, New York. 

Pemilihan Rosmah adalah disebabkan sumbangan beliau dalam membangunkan potensi kanak-kanak di bawah Program Permata.


Namun disebabkan ada media antarabangsa yang telah mempersoalkan mengenai sumber pembiayaan untuk Permata, maka jawatankuasa penganjur telah mengeluarkan nama Rosmah sebagai salah satu daripada penerima anugerah, atas alasan mereka tidak dapat mengesahkan sumber pembiayaan Permata.

Isunya di sini ialah bagaimana bodohnya UNESCO yang tanpa usul periksa telah terikut-ikut dengan rentak beberapa media yang selama ini gemar memainkan isu negatif mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri.

Hakikatnya Permata merupakan program yang mendapat dana daripada kerajaan setiap tahun. 

Pada 2013, dana yang diperuntukkan untuk program ini adalah RM20.59 juta dan pada 2014 pula adalah RM32.39 juta, 2015 (RM34.46 juta) dan tahun ini pula adalah sebanyak RM36.34 juta.

Pemberian dana terbabit boleh dilihat secara umum termasuk dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan/Federal Government Financial Statement di mana butiran bajet mengenai operasi Permata boleh diperolehi.


Jika sukar mendapatkan penyata itu, sekurang-kurangnya UNESCO boleh mendapatkan maklumat dengan bertanya sendiri kepada pegawai diplomat Malaysia, bukannya mendengar tuduhan liar dan negatif yang dimainkan oleh media asing dan kemudiannya mengaitkan program Permata itu dengan wang daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Walaupun hak untuk memberikan anugerah itu adalah tertakluk kepada jawatankuasa terbabit namun adalah malang jika pemberiannya dibatalkan disebabkan keputusan dibuat berdasarkan cakap-cakap bahawa sumber pembiayaan Permata itu tidak dapat disahkan atau tidak diketahui.

Untuk rekod, pada 8 September lalu, Ketua Pengarah Irina Bokova menulis surat sendiri kepada Rosmah untuk menjemput isteri Perdana Menteri menerima anugerah berkenaan atas sumbangannya dalam membangunkan potensi kanak-kanak, terutama di bawah Program Permata.




"Dalam kapasiti saya sebagai Ketua Pengarah UNESCO, saya percaya keterangan anda, suara dan tindakan anda, melalui penglibatan dalam acara ini, akan mengukuhkan dan menggalakkan lagi tindakan global yang memihak kepada keamanan, menghormati kepelbagaian budaya, hak-hak asasi, kebebasan bersuara serta akses percuma kepada pendidikan yang berkualiti,'' katanya.


Mungkin ada yang menyifatkan pembatalan anugerah ini merupakan satu kejayaan kepada mereka, ketika mereka berusaha menumbangkan Najib namun hakikatnya ia merupakan satu kerugian kerana Permata telah membawa banyak manfaat kepada kanak-kanak, remaja dan pelajar pintar di Malaysia.

Malang sekali apabila program yang turut dijadikan sebagai kajian oleh negara lain termasuk Amerika Syarikat, Perancis, Australia dan New Zealand ini terutama dalam pendidikan awal kanak-kanak, terpaksa berdepan dengan tamparan, akibat rasa sakit hati sesetengah pihak.

Tidak sangka begitu mudah sekali UNESCO diperbodohkan dengan cerita cerita palsu dan rekaan. 

Tulisan : 

Beruang Biru
BB52, Selasa
20 September 2016
Baca Seterusnya...

Monday, 19 September 2016

Nama Rosmah Hanya Untuk Cetus Kebencian

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata parti pembangkang di negara ini apabila membangkitkan isu, bukannya untuk mencari kebenaran sebaliknya cuma mahu memecahbelahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Katanya isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sebagai contoh, walaupun siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang ahlinya turut terdiri daripada anggota Parlimen, parti pembangkang dan Jabatan Audit Negara, mendapati tiada bukti penyalahgunaan kuasa, namun pembangkang tetap enggan menerima kebenaran.

"Diakui sendiri oleh Rafizi (Ramli)(Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat) dalam klip video, dia kata tugas dia ialah untuk menghasut supaya orang ramai membenci UMNO.

"Sekarang ini, bersama dengan parti lain yang menjadi proksi mereka, yang mereka peralatkan...untuk menghasut orang ramai membenci UMNO," katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak Mesyuarat Perwakilan UMNO Pensiangan, Tenom dan Keningau di sini hari ini.

Justeru kata Ismail Sabri kepimpinan serta anggota UMNO dan BN perlu membalas semua tohmahan dan dakyah pembangkang bagi mengelak anggota UMNO dan orang ramai terpengaruh dengan hasutan parti pembangkang seperti PKR dan DAP.

Menyentuh isu sama dalam ucapannya, Ismail Sabri mengingatkan semua anggota dan kepimpinan UMNO agar tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang sebaliknya terus memberi sokongan dan kepercayaan penuh kepada kepimpinan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya kesetiaan kepada pucuk pimpinan merupakan tradisi UMNO yang perlu dipertahankan kerana perkara itulah yang menjadi sumber kekuatan parti dalam menghadapi cabaran serta mempertahankan kekuatannya sehingga terus berkuasa memerintah negara untuk membela nasib bangsa Melayu dan Bumiputera. - sumber Bernama


Baca Seterusnya...

Sunday, 18 September 2016

Keputusan Serpihan #MH370 Mengambil Masa - Liow Tiong Lai #MCA

Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan berkata serpihan yang ditemui masing-masing di Afrika Selatan, Mozambique, Mauritius dan Tanzania berkemungkinan ia daripada pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang, dijangka diketahui dalam tempoh kurang tiga bulan.


"Kita yakin sedikit masa lagi akan dapat jumpa.. contohnya satu lagi serpihan yang turut ditemui di Tanzania mengambil masa dua bulan setengah untuk memastikan ia daripada pesawat berkenaan," katanya 

Penerbangan MH370 ini hilang pada 8 Mac 2014, semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Pada Jumaat lalu, Liow juga memaklumkan hampir sejumlah 22 serpihan ditemukan setakat ini di Afrika Selatan, Mozambique, Mauritius dan Tanzania, yang mana dua serpihan itu telah disahkan manakala empat lagi hampir pasti daripada pesawat Malaysia MH370 manakala serpihan yang selebihnya sukar dikenal pasti kerana tiada nombor siri atau butiran lain yang dapat membantu proses pengecaman.

Liow berkata pencarian bangai pesawat MH370 berbaki kawasan pencarian seluas 10,000 km persegi dijangka selesai pada penghujung tahun ini. Sehingga hari ini, misi pencarian pesawat itu telah meliputi kawasan seluas 110,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi, di luar pantai barat Australia.

Antara serpihan yang disahkan adalah sebuah flaperon (bahagian sayap) yang ditemukan di Pulau Reunion Julai tahun lepas dan kepingan sayap di Pulau Pemba, di perairan Tanzania pada Jun tahun ini.

Fizikal flaperon MH370
Semoga detik pencarian ini berakhir dengan kejayaan, seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar ada berita baik dari segenap usaha yang pihak berkuasa lakukan. Elakkan membuat spekulasi dan hanya menggunakan sumber berita tidak berasas dalam kes MH370 meskipun ia logik akan tetapi setiap kejadian ada sebab dan musababnya yang tersendiri. 
Baca Seterusnya...

Friday, 16 September 2016

Low Tiong Lai Seru Agar Rakyat Malaysia Bersatu Padu #HariMalaysia2016 #MCA #HariMalaysia

Datuk Seri Low Tiong Lai melalui kenyataan di blog nya ketika sambutan Hari Malaysia menggesa supaya rakyat Malaysia memacu pencapaian baru. Ini adalah bagi menghrgai usaha gigih para pemimpin dan bapa pengasas negara Malaysia.

Dalam pada itu, Liow berpendapat agar apa yang dimulakan oleh bapa pengasas kita dahulu perlu dibangunkan atas sikap hormat-menghormati dan saling bertoleransi. 

Mengambil contoh kejayaan para atlet Paralimpik di Rio baru-baru ini, Liow turut berpesan supaya rakyat Malaysia menajdikan kecekalan dan keazaman mereka demi mencipta kecemerlangan baru untuk negara sama ada dalam bidang pendidikan, perdagangan dan pengangkutan.

Hal ini adalah untuk negara terus memacu kearah tahap yang lebih tinggi melalui perkembangan dan kemajuan yang sedang dikecapi oleh negara selama ini. 

Walaubagaimanapun, pada hari ini masih terdapat individu yang sering cuba mewujudkan dan menimbulkan sentiment kebencian dengan usaha untuk merosakkan perpaduan dalam kalangan rakyat. 

Sehubungan itu, sebagai rakyat Malaysia kita haruslah mempunyai pemikiran yang rasional dalam hendak menilai sesuatu perkara supaya ia tidak merebak dan seterusnya menjadi virus kepada perpaduan masyarakat kita pada hari ini.

Low amat berharap supaya kita semua terus memperkukuhkan perpaduan dengan semangat Sehati Sejiwa agar ia berkekalan demi membentuk masa depan yang lebih cerah untuk generasi akan datang. 

Amatlah sedih sekiranya masih wujud pihak yang gigih untuk melihat kita bercakaran supaya hajat politiknya tercapai. Tidak perlulah untuk diketengahkan akan siapakah mereka ini kerana kita sendiri sudahpun mengetahui dari pihak manakah datangnya mereka.

Seruan oleh Liow Tiong Lai perlulah diambil berat kerana perpaduan lah merupakan kunci kepada pembangunan dan kemajuan sesebuah masyarakat.

Intipati ucapan Low Tiong Lai sempena Hari Malaysia 2016 :


Liow: Memacu Pencapaian Baru sebagai Rakyat Yang Bersatu Padu

Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia.

Sambil kita menyambut pengasasan tanah air tercinta, ia adalah penting untuk kita menghargai usaha gigih para pemimpin dan bapa pengasas negara kita. Visi, wawasan dan kepimpinan mereka yang menyerlah telah menyumbang kepada kemajuan negara dan Malaysia kini diiktiraf sebagai peneraju utama di rantau ASEAN malah juga di peringkat antarabangsa.

Bapa-bapa pengasas kita telah memastikan bahawa negara Malaysia dibangunkan diatas nilai-nilai saling menghormati dan toleransi. Ini seterusnya telah membuka laluan bagi kejayaan berterusan negara. Kini, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk terus menerajui kemajuan dan perkembangan negara dan seterusnya memacu negara kita ke tahap yang lebih tinggi.

Bak kata pepatah, ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’. Atlet-atlet Paralimpik kita di Rio benar-benar telah menghidupkan pepatah ini apabila mereka menjadi kebanggaan negara dan berjaya memecah rekod baru dengan memenangi tiga pingat Emas. Kecekalan, keberanian dan keazaman wira-wira negara kita menjadi contoh yang patut kita ikuti demi mencapai kemenangan-kemenangan baru bagi Malaysia dalam bidang lain, sama ada dalam pendidikan, perdagangan ataupun pengangkutan.

Tidak dapat dinafikan bahawa sentiasa terdapat individu-individu yang ingin menyemai benih kebencian serta bersuara dengan tujuan memecahbelahkan rakyat. Oleh itu, saya menggesa rakyat Malaysia untuk berganding bahu bagi menentang unsur-unsur yang boleh melemahkan perpaduan antara masyarakat kita. Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita memperkukuhkan perpaduan dengan semangat Sehati Sejiwa. Kita perlu mengatasi unsur-unsur negatif sebegini demi membentuk masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak muda kita serta generasi-generasi akan datang.

Sekali lagi, Selamat Hari Malaysia saya ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Kepada mereka yang akan bercuti pada hujung minggu ini, semoga selamat dalam perjalanan dan berhati-hati di jalan raya.

[TAMAT]
Baca Seterusnya...

Thursday, 15 September 2016

Guna Audit Bebas Dalam Siasatan Insiden LRT Kelana Jaya #SPAD #Prasarana

PRASANA DIGESA TINGKATKAN KEBOLEHPERCAYAAN PERKHIDMATAN LRT- SPAD

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggesa PRASANA untuk meningkatkan mutu perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya bagi menjamin kepuasan pengguna. Dalam pada itu, Prasana Malaysia Berhad akan melaksanakan beberapa langkah untuk menjamin kualiti perkhidmatan LRT berikutan gangguan perkhidmatan. 

Sehubungan itu, SPAD telah memulakan kertas siasatan terhadap kejadian di LRT laluan Kelana Jaya minggu lalu. Prasana juga telah diarahkan bagi menyerahkan siasatan awal kepada Suruhanjaya pada 21 September 2016. 

Bagi memudahkan proses siasatan, juruaudit teknikal bebas perlu dilantik segera bagi menilai aspek kebolehpercayaan, ketersediaan, penyelenggaraan, keselamatan dan keupayaan operasi LRT laluan Kelana Jaya, dan ini dijangka memakan masa selama tiga bulan. Ini melibatkan proses-proses semakan semula dan peningkatan penyelenggaraan aset bagi mencapai tahap kebolehpercayaan perkhidmatan yang lebih tinggi.

Penekanan haruslah diberikan terhadap usaha untuk mengenal pasti masalah dan melakukan penyelenggaraan terhadap pencegahan kepada gangguan bekalan elektrik LRT serta tren bagi mengelakkan gangguan pada masa akan datang. Prasana juga diarahkan untuk melakukan pemulihan segera disamping mengerahkan usaha dan sumber semaksimum mungkin untuk menaik taraf 15 pencawang kuasa di sepanjang laluan Kelana Jaya.

Jangkaan gerak kerja tersebut akan mengambil masa selama tiga hingga enam bulan untuk disiapkan mengikut tarikh pelaksanaan. Hal ini bagi memastikan bekalan kuasa elektrik kepada Laluan Kelana Jaya mencukupi untuk menampung penyokong yang saban hari semakin meningkat. Namun usaha yang dilakukan ini juga bagi memanjangkan lagi jangka hayat perkhidmatan.

Melalui pemantauan oleh SPAD, PRASANA akan sentiasa melakukan semakan dan sentiasa meningkatkan Tatacara Prosedur Standard (SOP) bagi Pelan Keselamatan dan Pemindahan penumpang. Tindakan ini dilakukan bagi memperkemaskan lagi proses tindakan kecemasan pengendali dan proses komunikasi serta barisan hadapan yang sentiasa bersiap siaga untuk memenuhi keperluan pengguna kelak.

Sebagai langkah permulaan, SPAD telah mengarahkan PRASARANA untuk menghentikan operasi tren sepanjang landasan yang mengalami gangguan ketika proses pemindahan penumpang sedang dijalankan.

Suruhanjaya akan berusaha untuk meningkatkan keupayaan dan keselamatan sistem LRT untuk keselesaan pengguna. Hal ini kerana, SPAD mengakui bahawa rangkaian rel merupakan tulang belakang kepada pengangkutan awam darat kita.



Baca Seterusnya...

Monday, 12 September 2016

MCA tetap bersama Barisan Nasional - Ti Lian Ker #MCA

Datuk Seri Ti Lian Ker selaku Ahli jawatankuasa pusat MCA, mengingatkan DAP supaya tidak mencampuri hal MCA didalam permuafakatannya didalam Barisan Nasional (BN) 

Sebaiknya DAP dinasihat terus dengan agenda kerjasamanya dengan parti Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“MCA tidak akan bekerjasama dengan parti pembangkang seperti DAP kerana perjuangan mereka tidak berprinsip.

“Jadi, eloklah DAP bekerjasama dengan Dr Mahathir, tidak perlu mengajak MCA. Kami parti yang berprinsip dan kepercayaan diletakkan hanya kepada BN, serta semangat tolak ansur sesama parti dalam BN,” katanya.

Ti menerangkan DAP sebagai parti yang tidak berprinsip dan mempunyai pendirian ini diterjemahkan dari setiap kerjasama yang sebelum ini dengan parti parti komponen pakatan yang lain kini satu persatu meninggalkan mereka.


“Dulu sebelum 1999 mereka kerjasama dengan Pas selepas itu kutuk parti Islam itu, kemudian pada 2008 kerjasama lagi dan sekarang kutuk semula. Sama juga dengan kutukan terhadap Muhyiddin dan kenyataan yang Mahathir amalkan rasuah, sekarang boleh bekerjasama pula.” katanya dalam nada sindir kepada FMT.

Ti menyatakan bahawasanya MCA akan terus setia dengan permuafatkatan BN kerana gabungan MCA dalam komponen itu masih kuat dan saling sama memerlukan.

“Kita bersama mewujudkan BN dan bekerjasama dengan 13 parti lain dalam BN,” katanya.

Ti berkata demikian sebagai membidas kepada kenyataan pemimpin DAP, Lim Lip Eng iaitu pembangkang dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sedia menimbang kerjasama dengan MCA jika parti kaum Cina no satu Malaysia itu meninggalkan Barisan Nasional.


Baca Seterusnya...

Friday, 9 September 2016

"Saya Ada 72 jam Semasa Menerima Arahan" - Wee Ka Siong #Rio2016 #MCA

Bersempena mengenangkan jasa dan kejayaan para atlet Malaysia yang baru pulang dari festival Olimpik Rio, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengarahkan Timbalan Presidennya , Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong untuk mengadakan Majlis Malam Penghargaan Hero Malaysia Rio 2016 di Wisma MCA, pada Rabu malam kemarin bagi meraikan semua pihak yang terlibat dengan sukan berprestij itu.


Cekap, bertindak mengikut arahan dan komitmen dalam kerja yang ditunjukkan oleh Ka Siong haruslah diberikan pujian oleh semua pihak. Lantaran berjayanya majlis ini berlansung seperti yang diharapkan.

"Saya ada masa 72 jam semasa menerima arahan daripada tuan presiden (Datuk Seri Liow Tiong Lai) untuk menganjurkan majlis malam penghargaan ini. Sebab itu jemputan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dibuat semalam (Selasa) dan jemputan kepada ketua kontinjen ke Olimpik Tan Sri Dr. Ir. Mohamed Al Amin Abdul Majid hanya dibuat melalui panggilan telefon sahaja.

"Tuan presiden pesan, malam ini bukan hanya penghargaan untuk atlet yang telah berjaya meraih pingat di Rio, tetapi kita juga meraikan atlet yang terlibat tetapi gagal meraih pingat serta jurulatih-jurulatih yang bertanggungjawab memastikan kejayaan atlet negara di sana," katanya ketika berucap di majlis malam perhargaan itu.

Katanya lagi, dalam pada itu satu penghargaan perlu diberikan kepada wartawan Astro Arena, Ahmad Shahrazad Sani kerana telah menyuntik semangat rakyat Malaysia untuk bersatu-padu menyokong atlet negara yang berjuang di Rio itu pesan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Tuan presiden pesan lagi, rakamkan penghargaan kepada Ahmad Shahrazad sebagai Pengulas Sukan Paling Patriotik di atas semangat yang ditunjukkan semasa menyampaikan berita kepada rakyat Malaysia sepanjang Sukan Olimpik 2016 berlangsung.


"Tidak lupa, ucapan tahniah dan terima kasih harus diberikan kepada YB Khairy Jamaluddin kerana memberi dorongan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada atlet negara sehingga berjaya meraih empat pingat emas dan satu pingat gangsa.

"Ini merupakan kejayaan terbaik yang dicapai oleh atlet negara kita setakat ini," katanya lagi.

Pada majlis tersebut lapan atlet negara yang meraih pingat di Olimpik Rio kali ini iaitu Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran), beregu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong, Azizulhasni Awang (berbasikal), Pandelela-Cheong Jun Hoong (terjun) dan Datuk Lee Chong Wei (badminton) menerima trofi dan cenderahati wang tunai bernilai RM20,000 setiap orang.

Malah tidak ketinggalan juga, atlet-atlet yang tidak berjaya meraih pingat turut diberi penghargaan dalam majlis tersebut.


Baca Seterusnya...

Thursday, 8 September 2016

Najib "Nafas Terakhir" Tun Mahathir?!

AGENDA PERIBADI Mahathir yang sebenarnya..?!

Dia kini sedang mengemis meminta maaf kepada semua musuh politik dari zaman kegemilangannya, kesombongannya dan kemunafikannya dahulu.


Bermula dengan Kit Siang, Mat Sabu dan beberapa lagi.. Tapi sayang keluarga Anwar Ibrahim masih tidak memaafkan beliau..Lihat sahaja gelagat Nurul Izzah (padahal dia pernah fitnah Raja Nong Chik lawannya pada PRU13 lepas). Fakta membuktikan "papa hebat" itu bersalah dalam kes liwatnya.

Najib Razak yang ditibainya diceramah ceramah beliau hanyalah alat untuk melepaskan diri beliau dari terus dikeji oleh pembangkang. Penyokong kerajaan tidak semua mengecam beliau. Ada yang mengambil jalan tidak memperdulikannya. Tidak kurang ada yang menguttykannya..

Jerung jerung belaan beliau kini telah mencapat saiz "white shark" besar mulutnya maka besar santapannya. Maka Mahathir mewujudkan alasan menentang Najib padahal beliau kini tak mampu dan tak berkuasa untuk "menabur dedak" kepada jerung jerungnya. (Ada seekor duk atas Genting tu)

Jika beliau terus belagak seperti pemerintah (bersama Najib) beliau tidak dapat apa yang beliau mahukan iaitu diampuni oleh musuh dan jerung beliau maka Najib Razak dijadikan "punching bag" beliau. Maklumlah angka umur sudah melewati 90 tahun

Dan lihat beliau hari ini, beliau diterima dgn berlapang dada oleh pembangkang secara tidak langsung mereka mula memaafkan apa yang beliau lakukan dahulu terhadap mereka. Malahan ada yang mula membanggakan KLCC padahal dulu kutuk semacam walaupun kita sendiri tahu KLCC hanya indah dipandang berbanding RTC yang menyediakan perkhidmatan untuk rakyat.


Terima Kasih kpd Najib Razak kerana menyelamatkan insan yang pernah berbakti dan dlm ms yg sama banyak melakukan kesilapan yang beliau tidak mahunmengakui dan menginsafinya..Tanpa Najib, Mahathir tak ada peluang terakhir untuk dirinya sendiri..

Manakala si Din Pagoh, Terimalah akibat dari pengkhianatan kamu sendiri terhadap ketua kamu. Mati keringlah seorang diri PRIBUMI bakal jadi alas kaki DAP..Mahathir dah lepas seksanya..Kamu Din? GEBANG Totok UMNO la sangat..hahaha..

"Melayu mudah lupa" - Hello Kutty
Baca Seterusnya...

Monday, 5 September 2016

Kenapa Kita Tak Boleh Buka Mata Semasa Bersin?!

Bersin pada dasarnya adalah bahasa tubuh untuk mengeluarkan partikel asing dan berbahata dari dalam hidung. Tujuannya adalah untuk mencegah partikel tersebut masuk ke paru -paru dan menyebabkan sakit yang lebih parah.

Partikel asing mungkin adalah virus seperti virus flu, alergi, udara kotor, dan banyak lagi.
Fakta Tentang Bersin.

1. Semasa bersin, kita akan menyemburkan material berbentuk cairan dan lendir dengan kelajuan 150km/jam.

2. Secara semulajadi, kita akan menutup mata ketika bersin. Jika kita memaksa diri untuk membuka mata, ada kemungkinan bola mata akan terkeluar. Kalau tak caya cubalah.

3. Susah untuk mengawal suara ketika sedang bersin.

4. Sesetengah kes bersin adalah disebabkan kita kekenyangan dan perut dalam keadaan penuh. Simpton ini dikenali sebagai“snatiation“.


Baca Seterusnya...

Thursday, 1 September 2016

Apa itu virus Zika?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran bahawa virus Zika telah merebak dengan pantasnya di Amerika Syarikat dengan anggaran empat juta rakyatnya kemungkinan akan dijangkiti pada akhir tahun ini.

Manakala Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Antarabangsa telah mengeluarkan senarai lebih 12 negara untuk tidak dilawati oleh wanita hamil terutamanya di Caribbean dan Amerika Latin.



Apa itu virus Zika?

Zika merupakan virus bawaan nyamuk aedes iaitu nyamuk yang menyebarkan denggi dan chikungunya.

Ia ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan bukanlah merupakan penyakit baharu bagi negara seperti Afrika.

Namun, wabak Zika mula merebak secara meluas di Hemisfera Barat sejak May 2015 bermula di Brazil.


Bagaimanakah ia merebak?

Disebarkan melalui nyamuk aedes - bergantung kepada spesis.

Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.

Namun baru-baru ini, ia turut ditemui di Washinton DC yang bercuaca panas.

Aedes jenis albopictus dikatakan turut mampu menyebarkan virus Zika tetapi tiada kajian kukuh mengenainya. Jenis ini boleh ditemui di utara New York dan Chicago pada musim panas.

Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.


Aedes jenis aegypti

Simptom utama demam Virus Zika

- Sakit kepala
- Ruam pada kulit
- Sakit sendi
- Mata kemerahan


Rawatan?

Seperti denggi, sehingga kini belum ada vaksin atau ubat spesifik yang boleh melawan virus Zika.


Kesan virus Zika

Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan.


Bagaimana Zika boleh menyebab kecacatan otak pada janin?

Virus Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.


Malaysia dan Virus Zika

Ancaman Zika kini sah melanda Malaysia, dengan Kes seorang wanita [sumber] yang baru pulang dari Singapura disahkan positif sebagai kes pertama di negara ini.

Anak wanita berkenaan di Singapura dilapor turut dijangkiti virus Zika, namun ujian ke atas suaminya yang turut sama ke Singapura, didapati negatif.
Baca Seterusnya...

Perbaharui Pasport Secara Online #MyONLINEPASPORT

Nampaknya pihak imigresen memudahkan proses untuk memperbaharui pasport anda. Kini anda boleh memohon untuk memperbaharui passport anda secara atas talian. (Tapi kalau ada masa boleh pergi kaunter/UTC 2 jam siap) 


Sistem MyOnline Passport ini dijangka sudah boleh beroperasi hari ini (1 September 2016). Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata empat negeri iaitu Pahang, Sarawak, Pulau Pinang dan Putrajaya dan dua UTC (Pudu Sentral dan Galleria@Kotaraya Johor) dipilih menjadi perintis. Ianya akan diperluaskan ke seluruh negara jika proses tersebut berjalan lancar.

“Pemohon kini boleh memperbaharui pasport mereka secara atas talian di mana-mana sahaja termasuk melalui telefon pintar pada bila-bila masa. Pemohon hanya perlu memberitahu ingin mengambil passport itu di mana. Sebagai contoh anda di Johor dan ingin mengambilnya di Pejabat Imigresen Pulau Pinang,” kata Mustafar.

Sistem MyOnline Passport ini bakal memberi anda pilihan untuk memperbaharui passport anda secara online dengan anda mengisi butiran yang diminta dan membuat bayaran melalui kad debit atau kad kredit anda.


Setakat ini kami sudah cuba akses sistem ini dan ianya berfungsi dengan baik. Jika anda mahu renew passport anda, boleh klik di sini. Dinasihatkan anda perbaharui pasport anda awal kerana kemungkinan pasport anda akan mengambil masa beberapa hari untuk siap. Janganlah esok nak travel, hari ini baru nak apply. Jawapannya mereput la anda kat KLIA tu..

Moga info ini memberi manfaat!
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!