Tuesday, 30 August 2016

Ramai Rakyat Ditipu DAP Penang - Tan Teik Cheng

DAP sebuah parti yang majoriti dipucuk pimpinannya berbangsa cina yang kononnya mengamalkan ketelusan dan tidak berkompromi terhadap isu rasuah dan membantu rakyat. Didalam terang lagi bersuluh DAP Penang mengamalkan sikap asobiah lantaran sikap berdolak dalih menafikan penglibatan seorang ayah kepada ADUN DAP Sungai Pinang menggunakan pengaruhnya untuk menipu dan mengambil imbuhan dalam perjanjian pemilikan rumah kos rendah yang secara tidak langsung ianya menunjukan wajah sebenarnya DAP.

Alasan demi alasan diterbitkan oleh pucuk pimpinan DAP mana tidaknya LGE sendiri kini dibebaskan dengan ikat jamin lantaran kes skandal rasuah besar beliau melibatkan tanah kampung manggis dan pembelian rumah banglo dibawah harga pasaran.

Apa tindakkan ADUN tersebut kepada ayahnya?! Lagi satu DAP, apa tindakkan terhadap ADUN ini?!

Nescaya DAP akan terus menyorok bangkai gajah!





Kenyataan Akhbar Pemangku Ketua MCA Pulau Pinang, Tan Teik Cheng

Kerajaan DAP harus menyiasat dakwaan rasuah yang membabitkan ayah ADUN Sungai Pinang

Kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP haruslah menjelaskan dakwaan bahawa ayah ADUN Sungai Pinang Lim Siew Khim meminta komisen dalam proses pembelian rumah kos rendah. Sebagai sebuah kerajaan negeri yang mengamalkan prinsip “cekap, akauntabiliti, dan telus” (CAT), mereka harus melaksanakan tanggungjawab mereka kepada rakyat dan bukan hanya bermain isu untuk mengalih perhatian. Permintaan perumahan di negeri ini semakin meningkat kerana harga hartanah yang tinggi, oleh itu dakwaan rasuah ini mungkin hanya permulaan sebuah kes besar.

Alasan lemah yang diberi DAP dan Siew Khim bahawa seseorang tidak boleh memilih ayahnya dilihat sebagai cubaan menyedihkan untuk menjarakkan dirinya daripada tindakan rasuah tersebut. Sebaliknya, kerajaan DAP patut mengemukakan tindakan yang akan diambilnya. Adakah DAP akan membuat laporan polis dan SPRM? Adakah DAP akan membuat siasatan dalaman? Sekurang-kurangnya DAP patut membuktikan bahawa Siew Khim betul-betul tidak sedar akan tindakan ayahnya. 

Walaubagaimanapun, alasan “tidak sedar” bukanlah alasan yang baik. Hal ini didakwa telah berlangsung selama 4 tahun, dan mustahil Siew Khim sebagai seorang ADUN tidak tahu mengetahui perkara ini? Ataupun Siew Khim langsung tidak peka kepada rungutan orang di kawasannya sendiri? Kalau Siew Khim sedar akan perlakuan ayahnya, mengapa beliau tidak mengambil tindakan susulan?

Kini menjelang 8 tahun DAP mengambil alih kerajaan negeri Pulau Pinang. Masalah kekurangan rumah mampu milik semakin lama semakin banyak. Kini, dakwaan tersebut membuktikan bahawa rakyat negeri telah ditipu mengenai kemilikan perumahan.


Tan Teik Cheng
Pemangku Ketua MCA Pulau Pinang
Ahli Jawatankuasa Pusat MCA

Sumber : MCA online 
Baca Seterusnya...

Perpaduan Antara Rakyat Pemacu Kejayaan Negara - Liow Tiong Lai #MCA #MERDEKA59 #SehatiSejiwa

Malaysia menyambut 59 tahun Kemerdekaannya pada esok hari 31 Ogos 2016 bersama kejayaan demi kejayaan yang telah diusahakan bersama pemerintah dan rakyatnya. Syukur Alhamdulillah.

Perpaduan dan kemuafakatan kita hidup didalam negara yang berbilang bangsa ini seharusnya diperkasakan dan tidak sesekali kita memberi "tangan tangan asing" mencampuri hal dalam negara ini. Semangat patrotisme tiap rakyat Malaysia bukan hanya pada bulan kemerdekaan sahaja malahan ia sepatutnya sebagai jati diri kita semua sesuai dengan slogan kemerdekaan kita 'Sehati Sejiwa'.

Admin kongsikan disini ucapan sempena hari kemerdekaan negara kita oleh Dato Sri Liow Tiong Lai yang menitipkan coretan yang baik untuk kita sama sama renungkan.

"Selamat Hari Merdeka Kepada Semua Rakyat Malaysia"




31 OGOS 2016
UNTUK SIARAN SEGERA

KENYATAAN AKHBAR
OLEH YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI PENGANGKUTAN

Perpaduan Antara Rakyat Pemacu Kejayaan Negara

Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia.

Sempena kita menyambut Hari Kemerdekaan ke 59, luangkan sedikit masa untuk mengimbau kembali perjalanan negara sehingga ke hari ini.

Berlandaskan solidariti yang terbit dari kepelbagaian bangsa dan budaya, Malaysia kini adalah sebuah negara yang semakin disegani, dengan kejayaan di pelbagai peringkat. Kesungguhan dan kecekalan pejuang-pejuang negara telah menjadi asas kepada kejayaan yang dikecapi serta merupakan garis panduan dalam kita mengharungi rintangan dan cabaran.

Cita-cita dan azam ini jelas ditonjolkan oleh para atlet Olimpik negara pada awal bulan ini. Mereka telah menjulang nama negara di peringkat sukan antarabangsa berbekalkan kegigihan dan semangat kesukanan yang tinggi. Di tanah air pula, seluruh rakyat Malaysia bersatu hati, menyokong dan bersorak untuk atlet-atlet kita yang berjuang. Ini benar-benar mencerminkan tema Hari Merdeka bagi tahun ini, Sehati Sejiwa malah membuktikan semangat patriotisme yang wujud pada setiap rakyat Malaysia.

Kontinjen negara juga telah mengukir sejarah dengan membawa pulang lima pingat Olimpik. Sambil kita menyambut kemenangan mereka kita juga harus menyedari bahawa kejayaan setiap individu adalah kejayaan kita bersama dan ini merupakan tonggak kejayaan tanah air yang kita cintai. Setiap individu mampu menyumbang dengan cara tersendiri, demi kejayaan Malaysia secara kolektif.

Dalam kita mengejar impian negara, mari kita bersama-sama menghayati semangat Kemerdekaan sambil kita meraikan hari yang amat bermakna ini. Kesederhanaan, toleransi dan bertolak ansur adalah asas Rakyat Malaysia dahulu, kini dan selamanya.

Selamat Hari Merdeka dan selamat beristirehat bersama keluarga. Bagi pengguna jalan raya, ingatlah mereka yang tersayang dan sentiasa berhati-hati di jalan raya.

[TAMAT]


Baca Seterusnya...

Monday, 29 August 2016

Najib Tak Pandai Buat Duit Berbanding Mahathir?!

Pada tahun 1986, Mahathir telah membuat keputusan memilih untuk anugerah projek Lebuh Raya Utara Selatan kepada UEM yang kemudian menjadi milik persendirian walaupun pada hakikatnya tawaran UEM:
- Adalah yang paling mahal,
- Tidak mempunyai pengalaman pembinaan lebuh raya,
- Memerlukan sokongan kewangan dari kerajaan dengan jumlah yg besar.
- Cadangan kadar tol tertinggi
- Diberi kadar tertinggi kenaikan tol dan tempoh kutipan tol yang paling lama
- Anggaran kutipan tol tertinggi daripada rakyat daripada dua pembida lain.
Konsesi diberikan kepada UEM adalah untuk tempoh 30 tahun dan ia juga membenarkan UEM untuk mengendalikan dan caj tol daripada pengguna lebuhraya pada bahagian yg sudah dibina oleh kerajaan.



Daripada 870km lebuhraya, UEM melabur untuk membina 500km sahaja selebihnya 370km lagi telah dibina sebelum Mahathir menjadi Perdana Menteri lagi dengan menggunakan dana awam yang dibiaya sepenuhnya oleh kerajaan tetapi diberi hak untuk memungut tol untuk sepanjang 870km itu setelah diswastakan kepada UEM.
Selain kerajaan memberi UEM pinjaman sokongan RM1.65 bilion daripada RM3.5 bilion anggaran kos pembinaan, kerajaan juga dilindungi UEM daripada kadar faedah yang meningkat, kenaikan inflasi, kadar mata wang turun naik dan memberikan mereka jaminan trafik minimum.
Ia adalah satu perjanjian yang sangat selesa dan nyaman untuk sebuah syarikat swasta, tetapi sebab atau kriteria kenapa Mahathir memilih UEM tidak pernah didedahkan kepada rakyat pun.
Selepas berdekad Lebuhraya Utara Selatan menjadi milik persendirian (UEM), termasuk dengan lain-lain lebuh raya PLUS, DS Najib pada tahun 2011 telah mengambilalih sepenuhnya menjadi milik Kerajaan Malaysia dengan kini 51% dimiliki oleh Khazanah dan 49% oleh KWSP. Kenaikan tol juga dirundingkan semula untuk menjadi ainya lebih munasabah dan berpatutan.
(Nota: walaupun Kerajaan membeli UEM pada tahun 1999. PLUS BHD telah disenaraikan secara berasingan pada tahun 2002 untuk membantu Renong / UEM mengurangkan hutang semasa kejatuhan syarikat tersebut)
Sesuatu persoalan yang sangat baik untuk difikirkan, bagaimana projek 800km Lebuhraya PLUS yang menjajar dari atas ke bawah bumi semenanjung ini telah dikenakan tol berdekad lamanya sedangkan 2200km lebuhraya Pen-Borneo, selepas siap nanti adalah bebas dari apa2 bayaran tol?



Agak-agak lah jika DS Najib adalah orang yang membina lebuh raya PLUS yang 800km itu dan bukannya Mahathir, mungkin kita akan menikmati lebuhraya yang percuma tol tanpa dibebani oleh bayaran kepada syarikat kroni pemegang konsesi.

Wajarlah kadar tol PLUS dikurangkan atau tidak dinaikkan lagi kerana PLUS Bhd telah mendapat keuntungan melebihi pelaburan mereka tahun pada tahun 1986, lagi pun lebuhraya itu sudah tidak menjadi selesa terutamanya ketika musim perayaan atau cuti umum. Rakyat menderita terperangkap dalam kesesakkan yang tiada penyelesaian terbaik oleh PLUS.
p/s: Tetapi Tokong LGE lagi hebat dan tiada bandingannya kerana menandatangani perjanjian untuk membayar syarikat swasta sepenuhnya bg kos pembinaan terowong menggunakan wang kerajaan tetapi dalam masa yg sama syarikat swasta tersebut masih diberi kebenaran utk mengutip tol dari rakyat selama 30 tahun. AWESOME KAN???

Credit to: Lim Sian See
Baca Seterusnya...

Thursday, 25 August 2016

Dua Juta Orang Dapat Rasa Manfaat dari Projek Transit Aliran Ringan 3 #LRT3 #MCA #Prasarana



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) harus mencapai standard pembinaan kelas dunia bagi memberi manfaat kepada kira-kira dua juta penduduk di Koridor Barat Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Beliau berkata projek yang bakal menyediakan kemudahan kepada penumpang di Klang, Shah Alam dan Petaling Jaya itu juga harus berkualiti kerana keselamatan tidak seharusnya dikompromi.

"Saya difahamkan teknologi baharu akan digunakan iaitu 'U-Trough' yang merupakan satu penambahbaikan daripada sistem konvensional yang sedang digunakan di negara kita.

"Ini dijangka akan percepatkan proses dan masa dari segi pelaksanaan," katanya ketika melancarkan projek itu di Stadium Malawati Shah Alam, di sini petang ini.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar dan Pengerusi Prasarana Tan Sri Ismail Adam.

Kerja-kerja pembinaan LRT3 yang dimiliki oleh Prasarana Malaysia Bhd, dijadual bermula awal tahun 2017 dan dijangka siap pada 31 Ogos 2020 dengan kos RM9 bilion.

Lima daripada stesen-stesen LRT3 akan diintegrasikan dengan rangkaian perkhidmatan sedia ada atau yang baharu.

Perdana Menteri berkata dengan adanya integrasi di tempat-tempat tersebut, LRT3 dijangka mengurangkan kesesakan lalu lintas, meningkatkan mobiliti pekerja dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu sekitar Lembah Klang menjelang penyiapannya pada tahun 2020.

Beliau berkata projek LRT3 yang bakal mempunyai 26 buah stesen yang merentangi sejumlah 37 kilometer diharapkan akan siap mengikut jadual walaupun berdepan dengan kos yang terhad.

Najib turut menyatakan keyakinan bahawa projek LRT3 akan memberi banyak manfaat kepada rakyat termasuk dilengkapi sistem bas pengantara di kawasan-kawasan berdekatan jajaran LRT3 itu.

"Sebanyak 10 stesen LRT3 pula akan dilengkapi dengan kemudahan 'park and ride' untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia meletakkan kenderaan mereka di sana daripada memasuki pusat bandar yang ternyata lebih memudahkan dan menjimatkan kos.

Najib seterusnya berterima kasih kepada kerajaan negeri Selangor yang memberi kerjasama dalam kelancaran projek LRT3 walaupun berbeza pandangan dalam politik.

"Perlu ingat, rakyat mesti didahulukan," katanya sambl menerima tepukan gemuruh daripada tetamu yang hadir.

Dalam pada itu, Perdana Menteri mengumumkan pemberian diskaun 50 peratus kepada pengguna RapidKL LRT dan rangkaian Monorail bagi perjalanan antara 6 hingga 7 pagi mulai 16 Sept depan. - BERNAMA



MEDIA STATEMENT

BY YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MINISTER OF TRANSPORT, MALAYSIA

Liow: LRT Launch a Boost for Urban Rail

Today (24.08.2016), we marked a new milestone in urban rail transportation, with the launch of the Light Rail Transit 3 (LRT3).

I am pleased to note that great strides continue to be made towards improving the public transportation network within the Greater Kuala Lumpur and Klang Valley region. This has long been a key focus for the Ministry of Transport as well as the Government of Malaysia.

LRT3 will serve the Western Corridor of Klang Valley, improving accessibility to commuters in Klang, Shah Alam and Petaling Jaya via 26 stations. The 37 kilometer alignment will connect an expected population of 2 million in the Western Corridor of Klang Valley by the year 2020.

This is the latest project launched as part of the Government’s efforts to encourage use of public transportation. Other initiatives include the capacity increase for the existing Kelana Jaya and Ampang LRT lines, the GO KL free bus services, the Sunway Bus Rapid Transit (BRT), the LRT Extension Project, and the soon to be operational Mass Rapid Transit Line 1 (MRT1).

These projects have increased the modal share of urban public transportation from 10% in 2009 to 20% by the end of 2015 with a target of 40% by 2030.

LRT3 will continue to drive this effort by addressing issues raised in the Urban Rail Development Plan, primarily the need for a more efficient transportation network within the suburban areas of Klang Valley. As the population within the Western Corridor of Klang Valley grows, the increased capacity and connectivity offered by the LRT3 will encourage modal transfer from private vehicles, reducing congestion and improving quality of life.

Recognising the importance of maximizing the benefit of LRT3, the rail was designed to ensure integration with existing and future public transportation services such as the MRT1, LRT, Bus Rapid Transit (BRT) and the KTM. These Interchanges will reduce the ‘barriers’ of making a land public transport journey while reducing the overload at the current public transportation network.

The Government of Malaysia congratulates LRT3’s project owner, Prasarana Malaysia Bhd for the successful launch today. We whole-heartedly support LRT3 in its efforts to transform Malaysia’s urban public transport into an attractive alternative mode of travel for urban commuters.

Dato' Sri Liow Tiong Lai
Minister of Transport
(MCA President)

-----------------------------------------------

DIjangkakan lebih dua juta penduduk di Bandar Utama seperti Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang bakal mendapat manfaat menerusi projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) menjelang 2020 kelak.

Projek LRT3 sepanjang 37 kilometer itu bakal membawa lebih ramai penumpang berbanding pengangkutan awam lain seperti teksi dan  bas di kawasan barat Lembah Klang dengan kadar 36,720 penumpang kekerapan pada setiap jam.

Projek ini dilancarkan Perdana Menteri semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak ini bakal mempunyai 26 stesen, termasuk sebuah stesen bawah tanah (underground station).

"Kita sedar ini dituntut oleh rakyat kerana mobiliti untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat amat diperlukan.

"Saya yakin banyak manfaat akan diterima dengan projek ini," katanya pada majlis pelancaran LRT3 di Stadium Malawati di sini, Rabu.

Projek ini dijadualkan akan bermula pada awal 2017 dan dijangka siapa pada Ogos 2020 dengan kos yang dihadkan sejumlah RM9 bilion dibawah tanggungjawab Prasarana Malaysia Berhad.

Menurut Prasarana, 5 buah dari 26 stesten tersebut akan dibina dan diselaraskan pemindahan perkhidmatan sedia atau perlunya diperbaharui.

Menerusi integrasi  tersebut, LRT3 Ini dapat kiranya mengurangkan kesesakan lalu lintas, meningkatkan kecekapan guna tenaga dan kelancaran perjalanan pekerja malahan boleh mewujudkan peluang pekerjaan dikawasan sekitarnya kelak.

Ini antaranya projek yang benar benar membantu rakyat dikawasan bandar meskipun Selangor diperintah oleh pembangkang. Pemimpin pembangkang yang hanya tahu mengkritik tetapi tidak membantu memberikan idea dan cadangan yang boleh dipertimbangkan demi keselesaan bersama.
Baca Seterusnya...

Monday, 22 August 2016

#MCA Sudah Memuktamadkan Calonnya Untuk PRU14!

Antara langkah awal yang diambil oleh pucuk pimpinan Malaysian Chinese Association (MCA) dalam menawan kembali kerusi yang terlepas pada pilihan raya umum yang lalu antaranya adalah memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang bakal berlangsung kurang dari dua tahun dari sekarang.


Menurut presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai, beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk berbincang tentang calon yang dipilih itu.

"Kriteria bagi pemilihan calon kami bukan sahaja berlandaskan keputusan parti, tetapi juga seseorang calon itu mestilah disukai ramai dan boleh menang. MCA perlu mendapatkan kembali sokongan kaum Cina dan di Negeri Sembilan, kami sudah mengenal pasti kesemua 10 kerusi berkenaan.

"Kami membahagikannya kepada beberapa kategori dan melipatgandakan fokus untuk memenangi kembali kerusi itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bilik Gerakan MCA Chennah di Titi, dekat sini semalam.

Liow memberitahu, MCA juga memohon untuk mendapatkan kembali tiga kerusi parlimen dari The United Malays National Organisation (UMNO) iaitu di Kuantan, Gelang Patah dan Wangsa Maju bagi persaingan pada PRU14 kelak.

"Kami meminjamkan tiga kerusi parlimen itu kepada Umno dan kami akan mendapatkannya balik serta yakin Umno akan bantu MCA untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu.

"Bagi MCA, kami sudah bersedia, malah persiapan telah dibuat sejak awal lagi. Seperti di Pulau Pinang, sekiranya mereka ingin mengadakan pilihan raya awal, kami sudah bersedia," katanya sambil menjelaskan bahawa calon parti itu terdiri daripada barisan kepimpinan baharu dan lama.

MCA sentiasa berkerja keras untuk mendapatkan kembali sokongan kaum Cina kepada Barisan Nasional dan agar dapat melaksanakan agenda membantu dan berkhidmat kepada rakyat Malaysia. 

"Di Chennah, walaupun kami kalah pada PRU lepas, kami tidak akan berputus asa dan akan terus berkhidmat kepada rakyat.

Kami juga membawa pulang banyak anggota MCA untuk memastikan mereka menjadi pengundi di sini dan cuba merekrut lebih banyak anggota baharu," kata beliau.

Inilah satu langkah yang amat baik bagi Barisan Nasional dalam kesiapsiagaan menghadapi gelombang PRU14 diketika barisan pembangkang masih berkonflik sesama sendiri antaranya skandal rasuah terbesar yang melibatkan Setiausaha Agung DAP secara jelas mengikis kepercayaan orang Cina kononnya DAP bebas daripada rasuah dan telus dalam kepimpinan mereka.

Tindakkan MCA ini wajar dicontohi oleh parti komponen yang lain didalam Barisan Nasional agar tidak terpesong dengan terlalu banyak melayani isu dan spekulasi sepanjang masa yang secara terang terangan ianya banyak dari rekaan pembangkang.


Baca Seterusnya...

Mahathir Terlepas Cakap Konspirasi 3 Individu Mahu Gulingkan Perdana Menteri?



DIKIANATI DAN ADA YANG BELOT!
Itulah yang boleh digambarkan dari pendedahan secara tidak senaja oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad yang secara tidak langsung mengesahkan dakwaan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam laporan Polis yang dibuat sebelum ini dan digugurkan oleh Ketua Polis Negara. 

Sebaik baiknya Ketua Polis Negara wajar membuka semua kertas siasatan lantaran pendedahan ini.

ini merujuk kepada laporan oleh Berita Harian pada artikel ini SINI (baca bawah)

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa tiga pegawai tinggi kerajaan yang dituduh bersubahat untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Razak, 'dikhianati' seorang daripada mereka. 

Dr Mahathir berkata, jika pegawai terbabit iaitu bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed tidak dikhianati, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah berdepan tindakan undang-undang. 

"Saya fikir, Zeti tidak bersalah, begitu juga Abu Kassim dan Abdul Gani namun mereka dikhianati oleh salah seorang dalam kalangan mereka. 

"Jika tidak, Najib sudah berdepan dengan tindakan sekarang," katanya dalam sidang media di sini, pada Ahad. Yang turut hadir, Presiden Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Dr Mahathir berkata demikian susulan tuduhan mengatakan beliau bersubahat dengan tiga pegawai terbabit untuk menjatuhkan Najib. 

"Semua tidak benar sama sekali. Saya berharap kami boleh lakukan. Memang saya berharap," katanya. Bagaimanapun, ketika diminta mendedahkan siapakah pengkhianat itu dan individu yang beliau maksudkan itu, Dr Mahathir dengan pantas berkata, ia hanya khabar angin saja. Beliau turut melahirkan kebimbangan berdepan tindakan undang-undang jika terus memperkatakan hal berkenaan. 

"Ini semua hanya khabar angin, saya tidak cakap. Saya tidak mahu mereka menyaman saya kerana saya tidak mempunyai wang yang banyak seperti Najib miliki," katanya. 

Sebelum ini, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun mendakwa Zeti, Abdul Gani dan Abu Kassim bersubahat dengan Dr Mahathir untuk menjatuhkan Najib. Khairul Azwan mendakwa ia berdasarkan kepada komen bersama antara Dr Mahathir dengan Zeti, Abdul Gani dan Abu Kassim mengenai laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dengan media antarabangsa di Jakarta, Indonesia. 

Komen berkenaan dijangka dikongsikan bersama trio terbabit ketika sidang media khas, akan dirakam dan klip video itu akan dihantar kepada Dr Mahathir. Khairul Azwan berpendapat laporan polis yang dibuatnya tempoh hari terhadap tiga individu terbabit adalah faktor yang menyebabkan rancangan mereka gagal.


Baca Seterusnya...

Wednesday, 17 August 2016

KTM Intercity Menawarkan Tambang Murah Hingga 50 Peratus! #KTMB #SPAD #ETS


Sempena dengan bulan Kemerdekaan ini, KTM Intercity menawarkan tambang murah sehingga 50% bagi perkhidmatan ETS dan tren Southern Ekspres bermula pada bulan Ogos 2016.

Selain itu, jualan tiket KTM Intercity dan ETS akan bermula enam (6) bulan sebelum sambutan Tahun Baru Cina pada Januari 2017.




Baca Seterusnya...

11 inisiatif Dalam Program Transformasi Industri Teksi (TITP) #TITP #SPAD

Kerajaan meluluskan pelan pembaharuan untuk mengawal selia ‘e-hailing’ dan menyediakan teksi yang sedia dengan ruang untuk berkembang dan kekal mampan di dalam era persaingan terkini


KUALA LUMPUR (16 OGOS 2016) - Kabinet telah meluluskan Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang menggunakan pendekatan inklusif dan menyeluruh untuk menyelesaikan isu-isu struktur yang sudah lama melanda industri dengan memperkenalkan pembaharuan bagi seluruh industri yang bertujuan mewujudkan persekitaran industri yang adil bagi pemandu, pengendali dan pengguna. 

TITP berasaskan empat (4) prinsip utama, iaitu: memanfaatkan penggunaan teknologi, meningkatkan pendapatan dan kebajikan pemandu teksi; meningkatkan mutu perkhidmatan pemandu dan menyemak semula kadar tambang teksi; ini akan dilaksanakan melalui sebelas (11) program.


Pembaharuan yang telah diluluskan oleh Kerajaan, menunjukkan arah tuju masa hadapan bagi industri teksi Malaysia untuk terus berkembang dan menjadi lebih mampan serta responsif kepada kuasa pasaran.

Pelaksanaan TITP juga akan menyaksikan SPAD diberikan mandat oleh Kerajaan untuk memperkemaskan dan mengawal selia industri teksi melalui pengeluaran Kad Pemandu yang tunggal. SPAD dan JPJ akan memulakan perbincangan bagi menentukan langkah-langkah yang perlu diambil dan dijangka akan membuat pengumuman dalam tempoh terdekat. Peraturan-peraturan juga akan dikenakan ke atas syarikat-syarikat dan pemandu e-hailing bagi memastikan keperluan-keperluan matlamat dasar seperti perlindungan insurans dan keselamatan dipatuhi. 

SPAD akan menarik balik pembekuan pengeluaran lesen teksi individu bagi kelas teksi bermeter dan kereta sewa. Di samping itu, Kerajaan telah meluluskan geran tunai sebanyak RM5,000 bagi membantu pemandu teksi yang mahu keluar daripada model sewa pajak dan membolehkan mereka memiliki lesen teksi individu sendiri. 

Walaupun sudah tentu akan terdapat cabaran di dalam melaksanakan TITP bagi menangani persoalan-persoalan dinamik di dalam ekosistem teksi, SPAD percaya di dalam jangka masa panjang, pembaharuan yang bakal dijalankan akan mewujudkan persekitaran industri teksi yang berdaya maju dan mesra pengguna.

SPAD juga sedang bekerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan di dalam usaha mengurangkan beban pengawal seliaan dan kos, di mana dibenarkan, bagi mewujudkan industri teksi yang lebih terbuka. Sebagai permulaan, pilihan model kenderaan akan dibuka bagi membolehkan pemandu teksi mendapatkan kereta pada harga yang lebih kompetitif.
Disenaraikan di bawah butiran bagi 11 program yang telah diluluskan oleh Kerajaan di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang akan dilaksanakan secara berperingkat:

Mengawal selia aplikasi e-hailing sebagai perkhidmatan perantara di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD)

Ini akan memerlukan pindaan kepada APAD. Setelah pindaan itu diluluskan di Parlimen syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan e-hailing wajib diperbadankan di Malaysia dan semua pemandu e-hailing mesti mempunyai Kad Pemandu yang dikeluarkan oleh SPAD.

Kenderaan yang menyediakan perkhidmatan e-hailing juga akan diwajibkan menjalani pemeriksaan kebolehpercayaan jalan. Dalam fasa peralihan, semua syarikat dan pemandu e-hailing akan dikehendaki berdaftar dengan SPAD.

Pengeluaran Lesen Individu dan Geran Wang Tunai Kerajaan bagi pemandu yang keluar daripada Sistem Pajak

Bagi pemohon yang layak dan berwarganegara Malaysia, SPAD akan mengeluarkan lesen teksi individu di bawah kelas teksi bermeter dan kereta sewa. Pendaftaran akan bermula pada 1 September 2016 tertakluk kepada kriteria kelayakan termasuk bersih daripada rekod jenayah dan kesalahan di bawah SPAD dan JPJ.

Pemandu teksi yang mahu keluar dari sistem sewa pajak (di bawah kelas teksi bermeter dan kereta sewa), juga akan menerima geran wang tunai berjumlah RM5,000 daripada Kerajaan sebagai subsidi kos membeli kenderaan baru.

Membuka Pilihan Model Bagi Kegunaan Teksi

Model-model pilihan kenderaan bagi teksi akan dibebaskan bagi memberikan pilihan yang lebih luas bagi pemegang lesen teksi. Di bawah langkah ini, semua jenama kenderaan dan model yang mencapai penarafan keselamatan 3-bintang di bawah Program Penilaian Kereta Baru ASEAN (NCAP) akan diluluskan. Ini akan membantu mempercepatkan penggantian kenderaan yang lama dan lebih penting lagi, akan mengurangkan struktur kos bagi pemandu teksi dan pengusaha.

Piawaian Kontrak Sewa Teksi Dengan Terma-terma Kontrak Di Bawah Undang-undang 

Pindaan kepada APAD diperlukan bagi membolehkan pengawal seliaan syarat-syarat kontrak yang akan dikenakan ke atas Pengendali. Di antara cadangan-cadangan yang akan dikenakan adalah termasuk hari percuma dari sewa bagi pemeriksaan PUSPAKOM, cuti tahunan dan cuti sakit, insurans pihak pertama bagi kenderaan dan bayaran balik deposit pada akhir kontrak.

SPAD akan mengawal selia kontrak sewaan baharu dan akan menyeragamkan serta menguatkuasakan pematuhan syarat-syarat wajib dengan memasukkan terma-terma ke dalam Syarat-syarat Lesen Pengendali.

KPI Wajib Bagi Pengendali Teksi 

Untuk melindungi kepentingan dan kebajikan pemandu teksi, SPAD akan mengenakan KPI wajib ke atas Pengendali teksi. Ini termasuk pengwajiban Flit teksi untuk disambungkan dengan sistem ‘dispatch’ (selain daripada tempahan melalui telefon, membenarkan tempahan melalui aplikasi mudah alih, tempahan melalui laman sesawang ataupun tempahan radio) bagi mengembangkan dan meningkatkan akses perkhidmatan teksi dan pada masa yang sama meningkatan pendapatan pemandu. Di samping itu operator akan dipertanggungjawabkan di atas kelakuan dan mutu pemandu dan kenderaan. 

Mengenakan proses saringan yang ketat 

SPAD akan meningkatkan mutu pemandu teksi dan melaksanakan satu proses saringan baru yang ketat dan menyeluruh terhadap teksi dan pemandu e-hailing. Ini termasuk pemeriksaan rekod jenayah dan kesalahan trafik dan pelanggaran syarat-syarat Lesen Pengendali. 

Meningkatkan Piawaian Perkhidmatan menggunakan sistem ‘merit’ dan ‘demerit’ 

SPAD akan bekerjasama dengan JPJ bagi menyediakan senarai penuh kesalahan pemandu teksi di bawah sistem demerit Kejara yang baharu.

Menyelaraskan struktur tambang bermeter 

Struktur tambang TEKS1M akan disusun semula bagi melaksanakan struktur tambang teksi bajet semasa. Pemandu dan pengendali yang sudah berada di bawah TEKS1M, mempunyai pilihan untuk mengekekalkan struktur tambang yang sedia ada, sehingga habis had usia kenderaan.




Membenarkan kadar tambang dinamik bagi teksi bermeter yang menggunakan aplikasi e-hailing 

Pemandu teksi bermeter akan mempunyai pilihan untuk mengambil penumpang di bahu jalan dan melalui tempahan e-hailing. Mereka diberikan pilihan untuk menggunakan struktur tambang dinamik yang membolehkan mereka mengenakan tambang berdasarkan aplikasi e-hailing. 

Memperkenalkan program bagi memingkatkan prestasi pemandu teksi 

Bagi menerapkan budaya perkhidmatan yang baik, satu program Akreditasi Pemandu Teksi akan diadakan dan merangkumi empat (4) modul termasuk program-program bagi: orientasi pemandu teksi, membangkitkan semangat keusahawanan di kalangan pemandu teksi, cara-cara melayan penumpang dan juga mengenai Keselamatan dan Penyelenggaraan. Latihan ini akan dijalankan oleh pelatih yang dilantik oleh SPAD.


Baca Seterusnya...

Selama Ini Ada Pembangkang Bela Pemandu Teksi?! #SPAD

Beberapa individu dari persatuan teksi mengugut akan menyertai pembangkang jika kerajaan membenarkan UBER-Grab Car beroperasi, Komen ringkas dari Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, 

“Tidak payah ugut, keputusan kerajaan adalah muktamat” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sidang media mengumumkan keputusan kabinet meluluskan Program Transformasi Industri Teksi (TITP) di ibupejabat SPAD di Kuala Lumpur, semalam.


"Saya fikir ugutan ini tak patut timbul kerana kalau kita tengok di segi manfaat dan perkara-perkara yang telah lakukan untuk golongan ini amat banyak sekali.

"Kerajaan buka peluang supaya industri ini maju, pengguna dan pengusaha pun untung. Saya harap mereka dapat melihat secara positif. Tak payahlah ugut kita dan kerajaan. Tengok apa kesan pelaksanaannya.

"Keputusan kerajaan muktamad. Sama ada dia cakap akan masuk parti pembangkang atau tidak, itu tidak menjadi isu. Yang paling penting kita nak transformasi industri teksi dapat dilakukan," katanya lagi.

"Hentikanlah ugutan-ugutan ini. Saya harap mereka dapat terus menyokong kerajaan lagipun ini akan membawa banyak kebaikan untuk mereka," tambahnya.

Program Transformasi Industri Teksi (TITP) berasaskan empat prinsip utama, iatu memanfaatkan penggunaan teknologi (termasuk mengawalselia aplikasi e-hailing seperti diguna UBER/Grabcar), meningkatkan pendapatan dan kebajikan pemandu teksi, meningkatkan mutu perkhidmatan pemandu dan menyemak semula kadar tambang teksi.


Semalam didalam sesi bertemu dengan pemandu teksi di Sime Darby Convention Center, Bukit Kiara ada yang membangkitan insiatif ini tidak membantu para pemandu teksi meningkatkan pendapatan. Perkara ini dibalas mudah dengan Tan Sri Dr Syed Hamid Albar dihadapan 3000 yang hadir.

“Kami (SPAD) menyediakan dan memudahkan cara, Yang berusaha meningkatkan pendapatan adalah diri sendiri” jawapnya ringkas


Baca Seterusnya...

#PRU14 MCA dan Gerakan Perlu Bergandingan! #MCA

Pemerintahan Barisan Nasional telah melewati empat tahun, pelbagai keselesaan dan kemudahan yang dinikmati rakyatnya meskipun persepsi buruk dimainkan pembangkang ia tidak merencatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.


Malaysian Chinese Association (MCA) terus memberikan komitmennya didalam Barisan Nasional bersama komponen lain tidak seperti parti pembangkang yang hari ini bertelagah dan mengamalkan pemerintahan “pecah dan perintah” yang jelas dilihat pada DAP, PAN, PKR dan PAS.

“Kita harus mula membuat persiapan awal untuk pilihanraya14 yang akan datang kerana kita sudah pun memasuki tahun ke 4 semenjak pilihanraya yang lalu” kata Datuk Seri Liow Tiong Lai.

“Ia satu perjuangan yang agak panjang buat MCA di Teluk Intan dan kami berharap, untuk dapat menawan satu lagi kerusi seperti Pasir Berdamar” tambah Liow yang juga Presiden MCA.

MCA dan Gerakan meskipun berbeza dalam dasar perjuangannya, mereka harus berkerjasama dan ia kerana mereka mempunyai sokongan dan sasaran pengundi dari golongan yang hampir sama

“Saya amat percaya jika Gerakan dan MCA mula bekerjasama dari awal lagi kita mungkin boleh membawa kejayaan lebih besar kepada Barisan Nasional semula” kata Liow pada sidang media selepas perasmian tokong Sheng Fong Kong kemarin.

Presiden Gerakan dan juga ahli parlimen Teluk Intan Datuk Seri Mah Siew Keong turut hadir dimajlis tersebut.




Liow menjelaskan pada pilihan raya kecil 2 tahun lalu di Teluk Intan adalah bukti kekuatan MCA dan Gerakan apabila mereka bergandingan.

“Kita membantu satu sama lain dalam kempen selama 2 minggu itu” kata Liow 

Ungakapn itu merujuk kepada kerjasama MCA dan Gerakan dalam kempen yang berjaya merampas Teluk Intan dari DAP.

Menurut Liow, Mah Siew Keong telah membawa banyak kemajuan untuk penduduk semenjak dia mewakili rakyat Teluk Intan. 

“Saya menyeru agar penduduk di sini terus memberi sokongan kepada Mah kerana dia telah membawa komitment tinggi sebagai wakil kerajaan dalam menjaga kebaijkan rakyat di sini” kata Liow,

Liow turut memberi ulasan kepada soalan yang diajukan berkenaan kenyataan Datuk Jamal Yunos yang menyatakan akan ada lebih ramai orang Cina dan India akan menyertai himpunan baju merah dan Liow menyeru agar mereka menghormati akta himpunan aman.

“Tidak kiralah sama ada kamu memakai baju merah atau kuning , hormati lah undang undang sedia ada demi keharmonian dan keamanan negara” tambah Liow.
Baca Seterusnya...

Monday, 15 August 2016

@SPADchannel MRT Sediakan 8,000 Parkir Kereta #MRT #RAPIDKL #SPAD @MyRapidKL

Perkhidmatan Mass Rapid Transit (MRT) akan memulakan tempoh percubaan pada 1 Oktober, kata Pengarah Operasi dan Pengurusan Aset Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Mahmood Razak.

Pengarah Operasi dan Pengurusan Aset Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Mahmood Razak memaklumkan Mass Rapid Transit (MRT) akan memulakan tempoh percubaan selewat lewatnya pada 1 Oktober 2016.


Antara laluan yang akan memulakan tempoh percubaan selama 3 bulan bermula pada 1 Oktober tersebut sebelum pelancaran secara rasminya dijangka pada 31 Disember tahun yang sama.

"Fasa pertama Laluan MRT SBK dari Sungai Buloh ke Semantan, hampir siap menjelang Oktober ini, berikutan semua kerja-kerja struktur awam untuk stesen bertingkat telah selesai.

"Kemajuan Laluan MRT SBK secara keseluruhannya sebanyak 86.52 peratus sehingga akhir Jun," katanya.

Tempat letak kenderaan dan bas pengantara akan memulakan operasinya pada masa itu untuk memberi perkhidmatan pengankutan (end line) kepada orang ramai di stesyen MRT ini.

Dimaklumkan juga pihak MRT Corp menyediakan 14 kemudahan tempat letak kenderaan pelbagai tingkat dan tempat letak kereta terbuka bagi Laluan MRT SBK yang sepanjang 51 kilometer.

"Akan terdapat 8,000 ruang tempat letak kenderaan yang boleh didapati di sepanjang laluan itu, dengan 1,200, masing-masing di stesen Sungai Buloh dan Kajang. Selebihnya di stesen di sepanjang laluan tersebut," katanya.

Operasi Bas Pengantara (Rapid Rail Sdn Bhd) akan meliputi kawasan dalam lingkungan tiga kilometer di sekitar stesen dengan kekerapan 10 minit, tertakluk kepada keadaan lalu lintas.

"Bagi fasa pertama, sebanyak 140 buah bas akan digunakan untuk meliputi kawasan sekitar Stesen Sungai Buloh hingga Stesen Semantan.

"Bagi keseluruhan laluan, sebanyak 300 buah bas akan disediakan. 

Tindakkan pihak MRT yang menyediaan tempat letak kereta ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan jumlah aliran trafik yang kian sesak disekitar ibu kota Kuala Lumpur.

Banyak aspek dan tanggungjawab yang perlu dipenuhi dalam merealisasikan tranfromasi perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia hari ini, Terima Kasih dan Tahniah buat Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd!

Baca Seterusnya...

Wednesday, 10 August 2016

PDRM, SPAD dan JPJ Bakal Bersama Dalam Sistem Integrasi Bersepadu #PDRM #SPAD dan #JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) menyeragamkan sistem penguatkuasaan bersepadu dan ia sedang dalam proses untuk dibangunkan.


Ia bertepatan dengan keadaan dan keperluan semasa, kerana segala maklumat berkenaan dengan kenderaan awam dapat dipantau dengan lebih baik dan berkesan untuk mencegah sebarang kejadian yang kita tidak ingini.

Difahamkan sistem ini kelak ianya satu perkongsian maklumat secara masa nyata (update) dan terus diselengarakan secara dalam talian (online). Hal ini penting supaya sistem integrasi yang sedia ada dipertingkatkan, terutama berkaitan dengan prosedur menyenarai hitam pemandu, pemilikan dan kenderaan.

Dimasa ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih menggunakan sistem perkomputeran iaitu #mySIKAP manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan sistemnya yang tersendiri dan begitu juga dengan Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD).

Menurut sumber, Kerjasama tiga agensi berkenaan telah dibuat atas arahan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, hasil dari kepincangan persoalanan dan kajian dalam kemalangan yang membabitkan sebuah bas merempuh 10 kenderaan berhampiran Terowong Menora, Ipoh, Perak, bulan lalu.

Antara kepincangnya adalah kegagalan pihak SPAD dan PDRM mengakses saman yang dikeluarkan oleh pihak JPJ terhadap pemandu tersebut ini kerana mereka tidak diseragamkan dalam satu perkongsian. 

Oleh yang demikian, sistem integrasi bersepadu yang dibangunkan dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) itu diharap menyelesaikan masalah sedemikan rupa demi keselamatan dan kemudahan pada masa yang akan datang.
Baca Seterusnya...

@SPADChannel Peruntukan RM142.7 Juta Untuk Perkhidmatan Bas Henti Henti #SPAD #MyBus #GoKL

Dikala ini banyak syarikat pengusaha bas henti henti mengalami keadaan sukar dalam melaksanakan operasi mereka, ini lantaran persaingan dan kepelbagaian dalam sistem pengangkutan awam hari ini, mereka dibebani berbagai kos termasuk kos penyelengaraan yang memakan jumlah yang agak mahal.

Dalam keadaan ini para pengusaha memohon suntikan bantuan dari pihak kerajaan agar mereka dapat meneruskan operasinya dan hal ini mendapat perhatian dari pihak kerajaan dan telah meluluskan Peruntukan RM142.7 Juta Menjadi Talian Hayat Bagi 65 Pengendali Bas ini. 

Maklumat lanjut berkenaan perkara ini ini boleh didapati dibawah ini dari kenyataan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).


Majlis Penyerahan Replika Cek Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (ISBSF) kepada pengusaha bas berhenti-henti oleh Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar.



Peruntukan RM142.7 Juta Menjadi Talian Hayat Bagi 65 Pengendali Bas 

Transformasi industri bas berhenti-henti tetap menjadi keutamaan bagi Kerajaan dengan penyaluran dana sebanyak RM142.7 juta di bawah Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (ISBSF) 2016. Pengguna bas yang bergantung kepada bas berhenti-henti untuk perjalanan harian merentasi bandar-bandar kecil dan desa, akan terus menikmati perkhidmatan tanpa gangguan. Peruntukan yang kritikal ini akan disalurkan kepada 65 pengendali bas henti-henti yang telah memohon untuk mendapatkan bantuan pada tahun ini. 

Pada bulan Mei tahun ini, beberapa pengendali telah memohon agar Kerajaan meneruskan bantuan ISBSF bagi membolehkan mereka untuk menyambung operasi dan perkhidmatan bas di sepanjang laluan yang kurang pengguna atau tidak menguntungkan. Ini adalah penting terutamanya bagi kawasan yang masih mempunyai permintaan daripada kalangan pengguna berpendapatan rendah.

Kami telah mula memproses permohonan bagi 2016, dan setakat ini, pengendali dari Johor, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu, telah menerima bantuan kewangan berjumlah RM11.62 juta. SPAD akan terus menilai permohonan yang diterima dan mengagihkan dana kepada syarikat-syarikat bas yang layak menerima bantuan pada tahun ini.

ISBSF diperkenalkan pada 2012, bagi menampung kerugian harian yang ditanggung oleh pihak pengendali. ISBSF adalah satu langkah sementara bagi memastikan operasi bas berhenti-henti terutamanya bagi laluan di luar bandar. ISBSF telah memberikan manfaat kepada lebih daripada 347 juta penumpang merentasi 608 laluan. 

"Bas masih merupakan mod pengangkutan awam yang penting bagi bandar-bandar kecil dan kawasan yang tidak dihubungkan oleh perkhidmatan rel. Menyedari keperluan untuk mengekalkan laluan-laluan sosial yang penting ini, Kerajaan terus bertekad untuk meningkatkan perkhidmatan bas berhenti-henti melalui pelbagai inisiatif yang lebih mampan. Dengan penerusan Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (ISBSF) ini oleh Kerajaan bagi tahun 2016, jumlah keseluruhan yang telah diperuntukan daripada 2012 sehingga kini adalah RM661.7 juta,"kata Pengerusi SPAD, Tan Sri Dato' Seri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar.

Dari segi transformasi jangka panjang dan kemampanan industri bas, penerima dana ISBSF yang mengendalikan perkhidmatan di ibu-ibu negeri akan dialihkan kepada program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST) yang telah memperkenalkan perkhidmatan myBAS pada tahun 2015. Program SBST direka untuk meningkatkan daya maju pengendali dan memperluaskan laluan bas dengan bermigrasi dari model kutipan tambang kepada model perkhidmatan baharu. Dengan pelaburan RM100 juta, SPAD telah mengoperasikan perkhidmatan myBAS di Kangar, Seremban dan Ipoh; serta bakal melancarkan perkhidmatan yang sama di Kuala Terengganu dan Johor Bahru " tambah Tan Sri Dato 'Seri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar.

"Dalam konteks Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, bas berhenti-henti yang menyokong sistem rel, sedang menjalani proses penyusunan semula sejak Disember 2015 yang disasarkan untuk mempertingkatkan perkhidmatan bas yang pada sebelum ini tidak konsisten disebabkan kekerapan yang tidak menentu terutamanya di kawasan yang mempunyai permintaan yang rendah. 

Baru-baru ini juga, Kerajaan juga telah meluluskan peruntukan bajet untuk meneruskan perkhidmatan bas percuma GoKL sehingga tahun 2021. Kami menganggarkan bajet tahunan sebanyak RM13 juta diperlukan bagi meneruskan perkhidmatan GoKL. Pada mulanya perkhidmatan GoKL terdiri daripada dua laluan, Hijau dan Ungu yang memberi perkhidmatan sepanjang laluan KLCC - Bukit Bintang dan laluan Pasar Seni - Bukit Bintang. Perkhidmatan GoKL telah dikembangkan pada tahun 2014 dengan dua laluan baru, biru dan merah untuk laluan Medan Mara - Bukit Bintang dan KL Sentral - Jalan Tuanku Abdul Rahman. Setiap hari, lebih daripada 52,000 warga kota terus menikmati perkhidmatan bas percuma GoKL, kata Azharuddin Mat Sah.

(Kredit gambar : AgendaDaily)

Lampiran : Kenyataan media SPAD berkaitan transformasi Industri Bas :-





Baca Seterusnya...

Tuesday, 9 August 2016

Parti Pribumi Bersatu Malaysia [BERSATU]

Tepat jam 4 petang tadi, sahlah pendaftaran sebuah lagi parti baru yang berteraskan kaum Melayu. Dengan sahnya pendaftaran parti yang diberinama Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia ini, maka lengkaplah sebuah episod penentangan dari bangsa dan kaum Melayu itu sendiri terhadap ketuanan Melayu yang cukup lama diperkatakan oleh pembangkang.

Memperkatakan tentang tertubuhnya parti baru ini, pihak yang sebenar memperoleh kemenangan adalah dikalangan penyokong setia kerajaan yang ada pada hari ini serta hampir keseluruhan rakyat Malaysia secara amnya.


Manakan tidak, dengan tertubuhnya parti ini maka ianya menzahirkan harapan ramai pihak yang mahu melihat keberanian Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yasin mengotakan janji mereka untuk menyeragamkan serangan mereka terhadap kerajaan menerusi sebuah parti baru.

Tambahan pula, kedua-dua individu ini dilihat mempunyai persamaan masing-masing iaitu terlalu kedekut untuk mengeluarkan belanja demi mahu mencapai apa jua yang dihajatkan oleh mereka. Lihat sahaja Tun M yang seboleh-bolehnya enggan mengeluarkan belanja untuk menubuhkan parti baru.

Beliau lebih selesa menumpang parti yang sudah berjaya ditubuhkan seperti Parti Amanah Negara (PAN), PKR mahupun DAP. Dengan tertubuhnya parti ini, secara tidak langsung desakan ramai pihak yang menyuruh mereka berdua menubuhkan sebuah parti baru akhirnya terlaksana. Lebih dari itu, mereka terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak hasil daripada desakan ramai pihak.



Walaupun selepas ini mereka boleh bermegah dengan mengatakan ini merupakan hasil daripada kemahuan rakyat Malaysia, percayalah, mereka pasti mahu mendapat hasil segera diatas setiap sen yang mereka laburkan terhadap parti baru ini.

Namun, andai parti baru ini gagal mencapai hasrat untuk mengumpul lebih 6 juta ahli selepas penubuhannya, kita akan dapat melihat pergolakan yang akan timbul hasil perasaan syak wasangka sesama mereka. Tidak mustahil, hayat parti ini sama dengan jangka hayat satu lagi parti yang diasaskan dari perasaan dendam, Semangat 46. - sumber
Baca Seterusnya...

Dilema Orang Kelainan Upaya - PEKAK

"SAYA PEKAK"

“Saya ada masalah pendengaran. Jika tidak keberatan, izinkan saya berkomunikasi secara bertulis”

Dia sua skrin telefon pintarnya pada pegawai penyambut tetamu di kaunter lobi. Walaupun hotel bertaraf 5 bintang, pegawai penyambut tetamu biasanya tidak tahu menggunakan bahasa isyarat. Jadi orang pekak perlu berkomunikasi secara bertulis.

Sahabat aku ni pekak sejak lahir. Walaupun begitu dia mampu memahami pertuturan lisan kerana dia terlatih membaca pergerakan bibir. Asalkan dia tahu bahasa apa (BM atau BI) yang sedang dituturkan oleh penutur.

“Orang normal yang kurang upaya nak DENGAR apa yang hendak disampaikan oleh orang pekak.” beritahunya melalui WhatsApp walaupun kami duduk bertentang di meja bankuet hotel berkenaan.

"Betul juga.."

“Apa lagi masalah besar orang pekak kalau di hotel?” soalku. dia senyum dan seraya menaip jawapannya di telefon pintar.

“Servis bilik (room service). Kalau perlu sejadah atau kelengkapan lain, kena telefon servis bilik. Orang pekak nak telefon bagaimana?”

“Ya tak ya.”

“Tapi itu masalah kecil kerana ia boleh diatasi dengan memberitahu keperluan itu ketika di kaunter daftar masuk.”

“Jadi, apa masalah besarnya pula?” soalku.

“Mereka tak simpan kelengkapan itu di kaunter lobi. Kena tunggu pelayan servis bilik hantar ke bilik”

“Jadi?”

“Jadi aku kena jadi jaga di pintu bilik akulah!”

“Kenapa?”

Dia merenung aku tajam, kemudian menepuk dahi. Setelah itu dia menaip deras sepenuh perasan sehingga herot-merot mulutnya terkumat-kamit.

“Kau pun sama bongok dengan dia orang! Aku kan pekak! Mana aku boleh dengar bunyi loceng atau orang ketuk pintu!” balasnya di WhatsApp.

Hahaha. Sia-sia aku dilabel bongok.

Selain itu, dia juga berseloroh bahawa dia berasa lebih selamat berehat di korridor hotel di negara ini kerana pengera kebakaran visual(berlampu) hanya ada di korridor. Manakala di dalam bilik penginapan pula, tiada.

Menurutnya, di hotel-hotel negara maju, OKU pendengaran diberikan alat kelui(pager). Peranti tersebut akan bergegar dan berlampu jika loceng bilik si OKU ditekan, atau ketika kebakaran berlaku. Jika ada siaraya(announcement) di pembesar suara hotel, mesej tersebut akan terpapar di skrin LCD alat kelui tersebut.

Bukan itu sahaja, di sana servis bilik juga menggunakan sistem visual yang dipaparkan di televisyen. Melalui sistem berkenaan, orang pekak tiada masalah nak pesan makanan, menyuruh bilik dikemas, atau minta kelengkapan tambahan seperti seterika dan papan gosok. Orang buta pun boleh guna kerana ia dilengkapi menu bersuara.

Sesetengah hotel pula menyediakan Servis Terjemahan Video (Video Relay Service). Servis ini menggunakan khidmat penterjemah bahasa isyarat kepada bahasa pertututran dan sebaliknya, di atas talian. Ini membenarkan tetamu kurang upaya pendengaran atau bisu berkomunikasi dengan orang normal melalui telefon.

“Kalau ada VRS di hotel ini, teringin juga aku nak call awek bilik depan bilik aku tu. Haha” selorohnya lagi.

Aku lekas-lekas cari diagram alphabet ejaan jari di internet dan kemudian eja: B-O-N-G-O-K

Haha!

Apapun, dalam usaha kita mempertingkatkan kebolehcapaian OKU kepada komuniti dan perkhidmatan, janganlah kita terlupa tentang keperluan orang kurang upaya pendengaran. Kebolehcapaian(accessibility) bukan sahaja berkenaan kerusi roda dan ruang. Ia juga melibatkan akses kepada maklumat (termasuk amaran kebakaran) dan cara komunikasi.

Salam Jumaat!

Ikhlas,
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Pegawai Perubatan Rehabilitasi
Advokator Sokongan OKU



Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!