Friday, 29 July 2016

MCA Tidak Pilih Kasih #MCA

Beza diantara MCA dan DAP yang amat ketara dalam usaha membela nasib masyarakat dinegara ini. DAP mengamalkan kronisme dan perkauman sehinggakan ada pengundi mereka sendiri dinafikan hak hanya kerana bukan berbangsa cina.


Meskipun MCA sebuah parti politik yang berdasarkan kaum cina di Malaysia namun MCA antara parti besar didalam komponen Barisan Nasional. MCA tidak pernah mengamalkan sikap pilih kasih dalam segala usaha mereka. MCA menyokong penuh itikad perjuangan YB PM Malaysia DS Najib Tun Razak dalam melaksanakan intipati 1Malaysia yang menjadi pegangan utama Barisan Nasional sebuah parti yang memerintah negara ini.

Baru baru ini enam (6) buah rumah uzur di Kampung Tanah Panjis dan Jalan Gemas sekitar Rompin, Pahang. Mereka telah menerima peruntukkan RM10,000 setiap unit bagi tujuan membaikpulih kediaman tersebut.


Peruntukan ini disalurkan dari usaha Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong yang kini menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Ketua Kampung Tanah Panjis, Tea Kiew Chai menyifatkan bantuan yang disalurkan ini bertujuan membantu penduduk setempat tanpa mengambil kira warna kulit mahupun agamanya.

Jika diukur dari keprihatinan MCA ini, Jelas MCA tidak pernah mengamalkan politik perkauman seperti DAP yang jelas sentiasa panas dengan isu perkauman dan kerap menyentuh sensitivity masyakat Malaysia. DAP hanya pandai berpolitik tetapi tidak dalam usaha membantu rakyat. Didalam pakatan pembangkang pun DAP tidak mampu untuk saling berkerjasama apatahlagi berkerja untuk rakyat.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 27 July 2016

Adakah PKR Takut Pilihraya Mengejut Pulau Pinang?!

Saalam Perjuangan.

Lama teman tak menulis dari lubuk sanubari yang murni ini.

PAN (Parti Amanah Negara) yang diketuai Mat Sabu jelas sebuah parti yang sentiasa taat kepada DAP sepertimana keputusan kononnya di ‘bocor’kan oleh Lim Guan Eng sedangkan dia sendiri yang memutuskan PAN bersetuju untuk mengadakan Pilihanraya mengejut di negeri jajahan Keluarga Lim, Pulau Pinang Pulau Mutiara.


Walauapapun keputusan PAN dan komponen didalam Pakatan Mengkarung (Sebab suka tukar color) PKR dan PAS pastinya mempunyai keputusan yang berbeza kerana masing masing sedang mengaut kepentingan untuk parti masing masing berbanding PAN yang semua maklum hanya ‘mencuri’ kerusi PAS.

Drama Wan Azizah dan kepimpinan PKR pula lain caranya, Dengan secara lembut bersopan santun dihadapan Khalifah DAP mereka menolak kebersamaan untuk bersetuju dengan rancangan DAP mengadakan Pilihanraya Mengejut tersebut.

Pakatan Mengkarung ini hanya akan bersatu hati dan bersetuju secara menyeluruh untuk pelbagai keputusan bersama contohnya apabila kerajaan pusat mengenalkan sesuatu perkara itu baik untuk Negara mereka bersama sama bersetuju menolaknya, tetapi tidak pada hal hal yang berkaitan kerusi dipertandingkan atau bakal dipertanding. 

Totok totok DAP bermati matian mempertahankan kehendak DAP ini ada segelintirnya penyokong lebih sesuai digelarkan ‘penyodok’ ia lah kan nak tunjuk buat kerja coverline pungkok LGE yang kini disabitkan dalam skandal rasuah dan telah didakwa (belum setel lagi).

Dalam Matematik nya DAP mempunyai 19 kerusi, 10 kerusi milik PKR, satu milik PAS jika di bandingkan 10 kerusi UMNO . Jelas kedudukan DAP kuku cengkaman DAP kukuh di negeri itu. Tak salah kata kata para pemerhati politik yang mengakui mengadakan Pilihanraya Mengejut ini hanya untuk “kalih hamput’(ayat orang Penang) salah laku rasuah ketua menterinya sahaja.

Rakyat biasa melihat aktiviti seperti Pilihanraya Mengejut ini sesuatu yang tidak menguntungkan rakyat malah hanya medan perebutan kuasa tidak dalam melaksanakan hakikat sebenar tugas seorang wakil rakyat.

Juga rata-rata merasakan kes mahkamah harus diselesaikan dan diadili di mahkamah.Undi di pilihanraya mengejut itu tidak dapat ‘bersihkan’ apa-apa kecuali untuk tujuan wayang persepsi sahaja.

Sekiranya benar drama ‘kalih hamput’ ini benar, kemenangan DAP melalui undi dalam Pilihanraya Mengejut tidak boleh dijadikan satu keputusan salah laku Ketua Menterinya ia hanya memenangkan persepsi sahaja kononnya DAP berani kerana benar sedang kan ia ajak beradu di dalam dipadang rumput mereka. 

Pilihanraya Mengejut ini akhirnya jadilah sama kisah seperti nasib skuad bola sepak Malaysia yang dibelasah teruk oleh Singapura pada piala AFC beberapa tahun lepas yang mana Singapura guna rumput sentetik, padahal bukan power sangat pun pasukan Singapura kalau main kat padang rumput asli. Seluruh portal dan berita dicanang Singapura hebat!! Tapi masuk liga Super (Malaysia) jadi ‘ayam ayam’ je kelab singapura tu lawan The Red Warrior. 

PKR sedar akan ketidak sepakatan PAS dalam hal ini mereka sedar mereka akan lebih parah jika berpaling untuk ‘dicangkuk hidung’ oleh DAP. Walaupun DAP mendesak, PKR tidak ada pilihan kerana yang memenangkan mereka di Pulau Pinang dahulu bukannya ahli UMNO atau PKR tetapi banyaknya dari orang PAS sendiri. (Ingat tak kisah pakcik PAS duk kibar bendera DAP yang akhirnya rumah dia sendiri kena sodok Kerajaan Negeri)

Selepas kemenangan besar besaran Barisan Nasional di Sarawak dan ditokok pula pilihanraya kecil Kuala Kangsar #ONEKUALE dan Sungai Besar #SALAM2JARI ini sudah tentu membuatkan PKR ‘kecut telur’ dengan kecerdikan para pengundi di Malaysia hari ini yang sebelum ini. 


Masih ingat lagi penipuan pembangkang pada PRU13 yang sangat berjaya iaitu #BLACKOUT. Pada PRU13 yang lalu pembangkang hanya membohongi rakyat, ‘menabur pasir kedalam periuk nasi’ pengundinya sendiri , suka berjanji kosong dan selalu menyalahkan orang lain hanya kerana nak menunjukkan dia dan parti pembangkangnya sahaja sentiasa betul.



BERANIKAH PKR SETUJU? Kirim salam jela...k bai!!






Baca Seterusnya...

Sistem Keselamatan Kargo Udara Perlu Diperbaharui! #MCA #ICAO #WCO

Satu keseimbangan diperlukan dalam memastikan industri penerbangan untuk berkembang disamping itu memastikan industri ini juga memberi keseronokan kepada penumpang sambil memastikan keselamatan mereka juga terjamin.

Kenyataan diatas disampaikan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada forum Majlis tahun ketiga International Civil Aviation Organisation (ICAO) - World Customs Organisations (WCO) di Sama-Sama Hotel, Kuala Lumpur International Airport, KLIA.


Liow juga menyarakan agar semua pihak saling berkerjasama dalam menyekat dan memerangi ancaman penganas antaranya yang terbaru DAESH yang kini dilihat dimata dunia satu gerakan yang menyasarkan mana mana negara yang dianggap terdedah dan mudah dicerobohi.

Liow juga menekankan bahawa undang undang dan peraturan yang dikuatkuasakan dinegara ini wajib dipatuhi memandangkan Malaysia kini didalam proses tranfomasi dalam memperkembangkan industri pengangkutanya agar rakyat Malaysia khususnya menikmat mutu perkhidmatan yang selesa, selama dan terjamin.

“Jika industri ini terlalu dikawal dengan banyak syarat maka ia akan memakan belanja yang besar , namun jika kurang dikawal pula maka  kita akan hadapi masalah berkenaan keselamatan dan sekuriti” kata Liow.


Dimaklumkan majlis berlangsung pada 26 hingga 28 Julai 2016 dan sejumlah 300 peserta dari seluruh dunia dari lebih 70 negara telah menghadiri forum kali ini. Persidangan selama 3 hari ini turut dihadiri oleh ramai pakar dari industri penerbangan dan juga kastam. Antara yang dibincangkan berkenaan tahap keselamatan kargo udara dimasa kini.

Dalam perbincangan tersebut pihak panel pertama telah mendapat kata putus diantaranya perlunya ada teknologi yang terbaru dan mampan dalam meningkatkan tahap sekuriti kargo udara demi menghadapi cabaran penerbangan perdagangan antarabangsa semasa.

Malaysia terdahulu telah pertama kali dipilih menjadi ahli konsil ICAO pada tahun 2007 dan kerajaan akan mengemukakan permohonan menjadi calon kepada majlis yang sama lagi sekali pada sesi ke39 pada bulan September ini.

Datuk Seri Liow yang menjadi wakil kerajaan Malaysia telah menyumbang sebanyak US100,000/- (RM407,000) kepada dana ICAO Afrika-India dan jumlkah yang sama juga turut disumbang kepada dana ICAO Aviation Safety and Security Fund .
Baca Seterusnya...

Tuesday, 26 July 2016

TEKS1M gagal jadi ikon negara?! #SPAD #TEKS1M

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin merujuk kepada laporan media di dalam Berita Harian yang bertajuk ‘TEKS1M gagal jadi ikon negara,’ pada 20 Julai 2016. 

SPAD ingin menegaskan adalah tidak adil dan tidak tepat sama sekali untuk menghukum bahawa inisiatif TEKS1M telah gagal, sedangkan ia masih di peringkat awal dan masih berjalan mengikut fasa-fasa pelaksanaan.


Memandangkan terdapat sekitar 86,000 teksi daripada pelbagai kelas lesen di Malaysia, perubahan yang perlu dilaksanakan tidak boleh dilakukan dalam sekelip mata. 

Kita perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran yang merangkumi permasalahan struktur, budaya dan warisan yang rumit serta isu-isu semasa seperti perkhidmatan ‘e-hailing’.

Teksi 1 Malaysia (TEKS1M) merupakan penjenamaan semula teksi bermeter bagi mengubah dan menaikkan taraf perkhidmatan supaya lebih bermutu, efisien dan selesa.

Pada peringkat permulaan, Kerajaan telah memutuskan untuk menggunakan satu model kenderaan sahaja iaitu Proton Exora, sepertimana yang dilaksanakan di London. Pada ketika ini, sekitar 2,000 teksi telah berhijrah kepada kenderaan TEKS1M. 

Di dalam proses migrasi kepada TEKS1M, terdapat permasalahan di mana pengusaha individu dan pengendali mengadu bahawa tidak mampu menukar kenderaan kerana faktor kos pembelian, penyelenggaraan dan masalah-masalah teknikal lain yang dihadapi.

Walaubagaimanapun, sebagai agensi yang peka dan prihatin kepada maklum balas daripada pelbagai pihak dan bagi memudahkan migrasi kepada TEKS1M, SPAD akan membuka model-model kenderaan lain untuk dijadikan TEKS1M di bawah program transformasi teksi yang akan diumumkan tidak lama lagi setelah mendapat kelulusan Kabinet.

Di dalam isu berkaitan tambang TEKS1M pula, kadar 'flagfall' dan jarak/masa yang ditetapkan adalah untuk menggalakkan perubahan kepada kenderaan dan perkhidmatan yang lebih baik untuk pengguna.

SPAD dengan itu berharap, pihak media yang sering membantu di dalam proses
transformasi industri teksi, agar memberikan peluang kepada Suruhanjaya untuk menguar-uarkan kepada pengguna fakta sebenar berkaitan inisiatif TEKS1M. - http://www.spad.gov.my/

Daripada Dua (2) points yang dibesarkan diatas ternyata pihak SPAD sedang mengkaji dan mengambil kira faktor yang memberi impak besar kepada para pemandu teksi, bukan hanya mahu sistem pengangkutan di tambahbaik sahaja malahan kebajikan para pengusaha ini perlu diambil kira.

Mengkritik tanpa memberikan solution terutama dari pihak pihak tertentu bukanlah satu tindakkan bijak. terutama hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja. Sepatutnya pihak tersebut bertanya dan sama sama memikirkan jalan terbaik dalam menyuarakan pandangan.

Pernahkah mereka berfikir tentang kebajikan para pemandu ini atau hanya tahu mengkritik tetapi tidak saling sama menyelesaikan. Walaubagaimanapun TEKS1M adalah salah satu tranformasi kepada sistem pengangkutan awam yang wajar diteruskan demi keselesaan dan kemudahan para pengguna pada masa akan datang.
Baca Seterusnya...

Monspace Sky Airlines Terbang Tanpa Lesen - Datuk Seri Liow


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow memberitahu kepada pemberita berkenaan isu Monspace Sky Airlines yang dikhabarkan sedang beroperasi dibawah nama syarikat Suasa Airlines Sdn. Bhd. dan berjaya membuat perkhidmatan penerbangan pertamanya dari Subang ke Langkawi.

“Ini kesalahan yang amat besar , Bagaimana mereka boleh membuat penerbangan tanpa lesen?” ujar Liow.

Dalam perasmian penerbangan pertama Monspace Airlines , mereka telah menjemput bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan , penyanyi terkenal Shila Amzah dan juga Maria Cordero dari Hong Kong.

Menurut Menteri Pengangkutan lagi, Suasa Airlines telah beroperasi tanpa mendapat permit Air Service dari Malaysian Aviation Commision (MAVCOM).

Datuk Liow menjelaskan walaupun Syarikat itu telah mendapat kelulusan teknikal dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dalam bentuk Air Operators Certificate (AOC) ia masih belum mendapat hak untuk membuat khidmat penerbangan.


“Maka atas sebab ini saya merasa amat terganggu dengan cara Suasa Airlines telah mengguna Monspace Airlines untuk meneruskan operasi penerbangan nya , ini sesuatu yang salah” kata Liow.

“Ini menunjukan betapa mereka memandang enteng pada undang undang” tambah beliau lagi.

Jelas syarikat ini mengambil risiko dan akan dkenakan tindakan oleh DCA terhadap AOC miliknya,

Walau bagaimana pun Datuk Seri Liow telah mengarahkan MAVCOM untuk menyiasat perkara ini dan membuat laporan Polis. DCA , akan mengeluarkan surat tunjuk sebab atas kejadian ini terhadap Suasa Airlines.

Datuk Seri Liow juga mengingatkan kepada para pengguna agar tidak terpedaya dengan khidmat yang disediakan syarikat tersebut memandangkan ia telah melanggar syarat syarat yang telah ditetapkan.

“Bukan sahaja mereka tidak boleh terbang malah tidak boleh menjual tiket pun” tambah Liow.

Syarikat Penerbangan Suasa ini tidak sama dengan AirAsia, MAS atau pun penerbangan komersial lain kerana mereka hanya memohon permit penerbangan sewa dimana mereka hanya diizinkan untuk hanya menyewakan seluruh pesawat sahaja. 

Sambil itu pihak DCA pula telah membuat kenyataan mereka sudah mengeluarkan surat memohon Syarikat Suasa menjelaskan dan memberi maklum kepada kedudukan masalah ini dan pihak DCA juga telah membuat laporan Polis bagi perkara ini.


Amat malang apa bila undang undang penerbangan Negara ini tidak di hormati dan dipatuhi oleh pihat pihak yang terlibat terutama dari luar yang membuat perniagaan penerbangan sesuka hati mereka disini.

Akibat yang akan datang ianya tidak ubah satu malapetaka besar yang bakal mengundang padah kepada sistem penerbangan di Negara ini sekiranya belaku sebarang kejadian yang tidak diingini dan secara tidak langsung kerajaan sendiri bakal dipersalahkan dan dituduh cuai dalam menguruskan hal hal seperti ini sedangkan mereka bertindak seolah olah ruang udara Malaysia ini milik mereka.
Baca Seterusnya...

Azmin Ali Mesti Mohon Maaf Pada Najib - @AKaprawi

Merujuk kepada kenyataan media Datuk Seri Azmin Ali pada 21 Julai 2016, saya ingin melahirkan rasa kesal dan ingin menggesa supaya Menteri Besar Selangor, Azmin Ali untuk memohon maaf atas kenyataan jijik beliau.

Jelas disebut di dalam kenyataan media Peguam Negara (AG) AS, Loretta E. Lynch bahawa prosiding yang diwartakan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) AS merupakan satu saman sivil terhadap sebuah syarikat penerbitan filem berpangkalan di Amerika.

Saman sivil bukanlah satu prosiding jenayah dan ia dilakukan atas laporan 'individu' tertentu kepada DoJ tentang kemungkinan berlaku penyelewangan atau penggubahan wang haram berkaitan urus niaga 1MDB dengan beberapa rakan niaganya.

Kenyataan media Lynch hanya menamakan empat (4) orang sahaja iaitu Riza Aziz, Jho Low, dan dua orang pegawai tinggi Aabar Investments PJS tanpa menyebut nama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Kenyataan media oleh Azmin Ali dianggap sebagai menjelekkan dan bersifat 'double standard'.

Rakan pembangkang Azmin Ali, Lim Guan Eng dari parti DAP secara jelas telah didakwa di mahkamah pada 30 Jun yang lepas atas dua pertuduhan rasuah membabitkan penyalahgunaan kuasa berhubung isu permohonan pengezonan semula status tanah dan pembelian banglo di Jalan Pinhorn.

Malahan, tidak ada satupun kenyataan yang Azmin keluarkan untuk menuntut supaya Lim Guan Eng tampil ke hadapan dan mengaku akan kesalahannya seperti mana yang beliau lakukan terhadap Perdana Menteri Malaysia yang telah dipilih melalui sistem demokrasi.

Sekiranya Azmin mempunyai sifat mengutamakan keadilan, tidak prejudis, dan ikhlas, sudah tentunya beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan media terhadap Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pada 21 Julai tersebut yang mencadangkan bahawa wujud satu konspirasi untuk menutup skandal yang melibatkan 1MDB.

Saya menggesa agar Azmin Ali segera menarik semula Kenyataan Media beliau bertarikh 21 Julai 2016 yang lalu dan memohon maaf dan menyatakan kekesalan beliau secara terbuka kepada YAB Perdana Menteri dengan kadar yang segera.- Agendadaily


Baca Seterusnya...

Uber dan Grabcar Dibawa Ke Kabinet? #SPAD

Dalam perancangan Malaysia menuju kearah sebuah negara maju berpendapatan tinggi di masa hadapan. Lalu dirancang pelan transformasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang melibatkan perkhidmatan Uber dan Grabcar dijangka dibentangkan kepada Kabinet bulan depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.


Nancy menyatakan pelan berkenaan dirancang dibentangkan pada mesyuarat Kabinet terlebih dahulu namun ia masih perlu diperhalusi bagi memandang semua perkara termasuk kebajikan para pemandu teksi yang sedia ada.

"Kita perlu putuskan untuk rakyat. Kabinet kena tengok sama ada ia munasabah untuk dipertimbangkan," katanya lagi.

Menurut laporan media sebelum ini, SPAD dalam cadangan Program Transformasi Industri Teksi antara lainnya adalah bagi menjelaskan tentang perlunya penlaksaan ia dari segi undang-undang perkhidmatan pengangkutan awam agar Uber dan GrabCar menyamaratakan medan persaingan antara mereka dengan para pemandu teksi yang sedia ada.


Ada juga berita di media siber khususnya, belaku kes kejadian pertengkaran dan pergaduhan melibatkan pemandu teksi dan pemandu Uber dan GrabCar disekitar bandaraya Kuala Lumpur. 

Walaubagaimanapun pihak kerajaan memandang serius akan masalah ini dan sama sama kita doakan agar ia memberikan hasil yang positif dan paling utama ia dilakukan demi keselamatan, keselesaan dan kemudahan kepada rakyat Malaysia
Baca Seterusnya...

Dulu Bayar RM10K Untuk Tengok Tun Mahathir?

Tun M sebagai "Bahan Pameran" yang perlu dibayar untuk ditonton.

Jika sebelum ini harga sebuah meja hidangan untuk majlis sedemikian rupa bersama Negarawan ini paling rendah akan dikenakan sebanyak RM10k tetapi kini jumlahnya dikurangkan kepada RM26.00 seorang untuk. 

Adakah ini untuk memastikan jumlah hadirin yang ramai dan bakal dijadikan alat "penunjuk kekuatan" kepada penyokong (pro tun) yang jelasnya sebelum sebelum ini mereka tidak pernah memikirkan hati dan perasaan rakyat Malaysia yang mahu beramah mesra dgn negara ini dan dulunya tidak mampu untuk membeli meja yang mahal.

Keadaan ini saling tidak tumpah populariti Tun M kini sudah "turun gred" (hanya popular menghentam DS Najib) yang mana sebelum ini mereka mengenakan jumlah yang tinggi tetapi kini semakin murah. Kenapa ya?

*Teringat filem "Kapsul" :))


Baca Seterusnya...

Wednesday, 13 July 2016

#SPAD Mula Gantung Lesen Serta 26 Permit Syarikat Terlibat Kemalangan Bas Langgar 10 Buah Kereta!

Pada 11 Julai lepas seorang lelaki pemandu bas ekspres yang berusia 51 tahun yang terlibat dalam insiden kemalangan membabitkan 10 kenderaan lain di Kilometer 265.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran terowong Menora, petang semalam, direman empat hari bagi membantu siasatan pihak berkuasa. 

Perintah ini dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ipoh, Ng Geok Neei. Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang 10 Julai, seorang wanita berusia 21 tahun yang juga penumpang hadapan sebuah kenderaan yang terbabit kemalangan itu cedera ringan pada bahagian perut. Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana dipercayai memandu secara melulu atau dengan kelajuan atau dengan cara yang mendatangkan bahaya kepada orang awam. 

Sementara itu, jurucakap PLUS memaklumkan kemalangan pada hari itu menyebabkan kesesakan trafik sepanjang 11 kilometer di lebuh raya itu. 

Ini menyukarkan pengguna lebuhraya pada hari tersebut dan perjalanan memakan lebih masa ditambah pula dengan jumlah kenderaan yang sangat padat diwaktu puncak lantaran ramai penduduk kota mula pulang selepas selesai cuti Hari Raya Aidilfitri.

Hari ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan proses penggantungan lesen serta 26 permit bas yang dipegang oleh Qistna Express Sdn. Bhd. sehubungan dengan kemalangan yang melibatkan bas syarikat tersebut.

Tindakkan ini wajar dalam keadaan ini agar ia memberi teladan kepada pihak penyedia perkhidmatan pengangkutan di negara ini agar patuh kepada undang undang yang telah ditetapkan

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata pihak Suruhanjaya telah memulakan tindakan itu akibat pelanggaran syarat-syarat keselamatan mandatori berdasarkan laporan audit SPAD terhadap syarikat tersebut bertarikh 12 Julai 2016. Tindakan ini diambil sementara menunggu hasil siasatan dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) yang sedang dijalankan.

SPAD ingin sekali lagi menegaskan bahawa Suruhanjaya memandang serius pematuhan keselamatan mandatori oleh pengusaha bas ekspres. Suruhanjaya percaya bahawa tindakan terhadap Qistna Express akan menjadi peringatan tegas kepada pengendali bas ekspres untuk memastikan bahawa mereka mematuhi Kod Amalan Industri (ICOP) SPAD pada setiap masa bagi mengutamakan keselamatan pengguna.

SPAD ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pihak Suruhanjaya akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan undang- undang yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk memastikan pengendali bas mengoperasikan kenderaan mereka dalam keadaan baik dan mematuhi segala peraturan lalu lintas dan keselamatan jalan raya.

Semoga kejadian seperti ini tidak berulang pada masa hadapan, walaubagaimanapun pihak PLUS juga perlu memikirkan cara yang berkesan dalam mengurangkan kemalangan di sekitar tempat kejadian ini kerana bukan ia pertama kali belakunya kemalangan disitu boleh dikatakan hampir sepanjang tahun tidak kurang 15 kes disitu (sumber tidak rasmi penulis). 

Mungkin pihak PLUS boleh turut sama membantu mendidik pemandu pemandu kenderaan di Malaysia contohnya memaparkan billboard statistik kemalangan di spot spot area agar ia menginsafkan pemandu yang mengunakan lebuh raya bukannya billboard muka “selebriti terlajak laris” contohnya, yang akhirnya ramai terlajak tekan minyak.



KENYATAAN MEDIA
SPAD MEMULAKAN PROSES PENGGANTUNGAN TERHADAP QISTNA EXPRESS

Kuala Lumpur, 13 Julai 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan proses penggantungan lesen serta 26 permit bas yang dipegang oleh Qistna Express Sdn. Bhd. sehubungan dengan kemalangan yang melibatkan bas syarikat tersebut pada 10 Julai 2016 di Km265.8 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata pihak Suruhanjaya telah memulakan tindakan itu akibat pelanggaran syarat-syarat keselamatan mandatori berdasarkan laporan audit SPAD terhadap syarikat tersebut bertarikh 12 Julai 2016. Tindakan ini diambil sementara menunggu hasil siasatan dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) yang sedang dijalankan.

SPAD ingin sekali lagi menegaskan bahawa Suruhanjaya memandang serius pematuhan keselamatan mandatori oleh pengusaha bas ekspres. Suruhanjaya percaya bahawa tindakan terhadap Qistna Express akan menjadi peringatan tegas kepada pengendali bas ekspres untuk memastikan bahawa mereka mematuhi Kod Amalan Industri (ICOP) SPAD pada setiap masa bagi mengutamakan keselamatan pengguna.

SPAD ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pihak Suruhanjaya akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan undang- undang yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk memastikan pengendali bas mengoperasikan kenderaan mereka dalam keadaan baik dan mematuhi segala peraturan lalu lintas dan keselamatan jalan raya.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Bahagian Komunikasi
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
Tel: +603 2726 7000/Faks: +607 2726 7300
Emel : communications@spad.gov.my


Baca Seterusnya...

#Daish #Daesh "Kita Tidak Mahu Negara Ini Jadi Sarang Puak Pelampau" - Liow Tiong Lai #MCA

Pada 28 Jun lalu Malaysia dikejutkan dengan kejadian pengeboman sebuah kelab malam di Puchong, Selangor. Hal ini amat merisaukan dan telah menjadi satu kejadian hitam yang tidak dapat di lupakan, menurut kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Pada mulanya Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar menafikan letupan bom itu ada kaitan dengan serangan pengganas. 


Walaubagaimanapun taktik penafian pihak Polis ini (covert) bermungkinkan sebagai langkah awal dalam operasi siasatannya untuk mengenal pasti pelaku kejadian tersebut yang akhirnya memberi hasil yang positif bila mana pihak berkuasa berjaya mengenal pasti dan kini sedang memburu dua warga tempatan, masing-masing dari Johor kerana dipercayai menerima arahan daripada anggota kumpulan pengganas Daesh Malaysia di Syria untuk melakukan serangan terbabit.

Ramai pihak berpendapat gerakan pengganas ini menunjukan tahap keselamatan didalam negara ini ditahap yang tidak memuaskan. Oleh yang demikan MCA bertekad sepenuhnya memberi sokongan kepada pihak berkuasa untuk mengambil apajua tindakan yang boleh menjamin keselamatan rakyat Malaysia.

Letupan di PUB sekitar Puchong, Selangor

Beliau berpendirian tegas dan mengutuk sekeras kerasnya keganasan yang dilakukan oleh pihak ekstremis. Dimana kejadian pengeboman dilakukan ditempat orang ramai sepeti itu boleh mengorbankan jiwa dan harta benda.

Sambil itu MCA juga berharap pihak Polis mengambil langkah pencegahan yang bersesuaian supaya negara ini tidak menjadi tempat sarang pembiakan para pelampau ini.

“Ini sangat membimbangkan, kita tidak mahu mereka datang kesini sambil kita juga tidak mahu negara kita menjadi tempat pembiakan para teroris ini” kata Liow.

Liow juga berpendapat KUMPULAN militan Negara Islam (IS) adalah kumpulan militan radikal yang menggunakan nama agama untuk berjuang kononnya, Hari ini IS sudah mula memasuki negara dan sudah berjaya mengambil tempat di dalam jumlah ratusan ahlinya.

MCA juga khuatir apabila meneliti laporan adanya dua (2) suspek anggota IS yang terbabit dalam serangan di Dhaka pada 2 Julai lalu pernah berada dan belajar di negara ini.

Laporan mendapati mereka mula berkecimpung dalam kumpulan teroris di sini setelah setahun sahaja mula belajar dan ini jelas membuatkan imej Malaysia menjadi buruk di mata dunia seolah olah Malaysia menjadi tempat melahirkan golongan itu.

Liow juga amat menyokong seruan Perdana Menteri Malaysia, DS Mohd Najib Tun Razak kepada masyarakat dunia agar semua mengembeling tenaga dalam usaha memerangi keganasan dan puak pelampau ini.

“Malaysia adalah negara pelbagai kaum, dan pelbagai agama , tindakan extrimis hanya akan mendatangkan huru hara dan malapetaka kepada masyarakat dan mencederakan orang tidak bersalah” ujarnya lagi.

MCA menyokong sistem kerajaan sedia ada dan tidak akan membenarkan sebarang kumpulan atau individu memusnahkan nya. Beliau juga mahu rakyat terus menyokong Barisan Nasional yang mendokong dasar kesederhanaan. Hidup dalam keadaan aman dan tenteram adalah impian setiap penduduk di seluruh dunia.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 12 July 2016

Senarai Hitam Pemandu Yang Tidak Menjelaskan Saman - Liow Tiong Lai. #MCA


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan kementeriannya akan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat bas yang tidak mematuhi undangn dan peraturan lalu lintas. Ini juga termasuk mengambil pemandu yang mempunyai rekod pemanduan yang teruk dan saman tertunggak sebagai pemandu syarikat mereka.

Ini adalah tindakan terhadap insiden insiden yang terjadi semasa tempoh ‘Ops Selamat’ yang telah dilancarkan di seluruh negeri bermula 28 Jun lepas bersempena perayaan Hari Raya Aidilfitri, ini juga termasuk insiden sebuah bas ekspres yang merempuh 10 kereta di lebuh raya PLUS pada hari Ahad lalu .

"Kementerian juga tidak teragak-agak menyenaraihitamkan pemandu yang tidak menjelaskan saman tertunggak atau mempunyai jumlah mata demerit sebagai 'hukuman lebih keras terhadap mereka yang gagal mematuhi undang-undang'," katanya 

Didalam laporan media turut mendedahkan pemandu bas dalam insiden tersebut mempunyai sembilan saman tertungak bagi pelbagai kesalahan lalu lintas sejak dari 2011 hingga 2015.

Harapan  Liow Tiong Lai agar kadar peratusan jumlah kemalangan jalan raya ini dapat dikurangkan apabila Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) dikuatkuasakan kelak.

"Kami terpaksa melaksanakan Awas dan Kejara. Penguatkuasaan akan dilakukan dengan menggunakan kamera.

"Jadi, tidak timbul isu penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan kerana kami menggunakan teknologi untuk mengenal pasti siapa yang melakukan kesalahan," katanya lagi.

Hari ini jumlah kompaun saman tidak menjadi masalah bagi pesalah trafik di Malaysia kerana jumlahnya yang kecil akan tetapi tindakkan menaikkan harga saman bukanlah satu jalan tepat yang boleh memberi kesedaran kepada pesalah trafik maka amat bersesuaian dengan harapan itu pihak Kementerian amat wajar melaksanakan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara).

Itulah cara yang paling sesuai yang bakal mendidik para pemandu di Malaysia yang cukup dikenali dengan amalan bersopan santun dan bertata susila akan tetapi semua itu hilang disaat mereka berada diatas jalan raya.
Baca Seterusnya...

SPAD Siasat insiden Kemalangan Bas Menora. #SPAD


Viral insiden kemalangan bas yang merempuh sembilan lagi kenderaan di Kilometer 265.8 Lebuhraya PLUS arah selatan selepas Terowong Menora (Kuala Kangsar – Ipoh Utara) pada hari Ahad, 10 Julai lalu.

"Bas ekspres itu yang dalam perjalanan ke selatan dan membawa 28 penumpang, dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh 10 kereta di depannya.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, bas ekspres yang dipercayai hilang kawalan, merempuh 10 kereta yang berada di laluan yang sama.


Komander Lebuh Raya Zon Utara Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Asisten Superintendan Hazil Reza Mohd Ghazali mengesahkan, kemalangan itu mengakibatkan dua mangsa dalam kereta pertama dirempuh, mengalami kecederaan.




KENYATAAN MEDIA

SPAD AKAN MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP PENGUSAHA BAS SEKIRANYA MELANGGAR PERATURAN KESELAMATAN

11 JULAI 2016, KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak akan bertolak ansur untuk mengambil tindakan terhadap pengendali bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Km265.8 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora pada jam 2.45 petang semalam.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) telah memulakan siasatan kemalangan dan SPAD sedang memberi kerjasama yang diperlukan. Siasatan insiden ini akan merangkumi semua aspek keselamatan termasuk kejuruteraan jalan raya serta pengurusan keselamatan, dan pengurusan kenderaan dan pemandu.

"Keselamatan pengguna merupakan prioriti utama bagi SPAD dan Suruhanjaya akan mengambil tindakan yang tegas terhadap pengusaha bas yang melanggar syarat-syarat keselamatan," kata Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah.

"Tindakan ini termasuk penggantungan dan pembatalan lesen pengendali," katanya.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Radha Warrier
Pengurus, Komunikasi
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

Tel: +603 2726 7000/Faks: +607 2726 7300


Baca Seterusnya...

Nga Kor Ming Angkuh Dan Tidak Sensitif - MCA #MCA


Baru baru ini Ahli Parlimen Taiping , Nga Kor Ming memuat naik gambar ucapan Hari Raya dilaman facebook rasminya yang menggunakan bendera Amerika Syarikat (AS) menimbulkan kontrovesi lantaran menyinggung perasaan rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam. 

Ucapan berbunyi `In God We Trust' diikuti imej menadah tangan seperti berdoa dengan berlatarbelakangkan rumah api yang dianggap simbol kristian, tindakkan ini didakwa sengaja mencetuskan provokasi dan tidak menghormati keseluruhan umat Islam di negara ini.

Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon menyelar tindakan Kor Ming dengan menganggap beliau seorang pemimpin DAP yang angkuh dan tidak sensitif terhadap budaya dan tradisi masyarakat Islam negara ini. Sebagai seorang diangkat sebagai wakil rakyat Kor Ming sewajarnya menunjukkan teladan yang baik.

"Sebaliknya, beliau terus menunjukkan sikap buruk dan menggunakan media sosial untuk membuat tohmahan dan provokasi murahan. 

"Perkara ini bukan baharu. Beliau selalu menggunakan media sosial khususnya akaun Facebook rasminya untuk memaparkan banyak perkara yang menyakitkan hati rakyat Malaysia. 

"Setiap kali melakukan kesalahan atau melemparkan tohmahan, beliau akan minta maaf. Kali ini (jika Kor Ming meminta maaf) maafnya sudah tidak berharga. 

"Kor Ming perlu berhenti merosakkan imej negara melalui akaun Facebook miliknya yang banyak meninggalkan kesan buruk dan mengundang kemarahan rakyat," ujar Chong Sin Woon

Hari ini Nga Kor Ming telah menutup laman facebooknya lantaran menerima kecaman hebat oleh netizen dalam beberapa posting yang berbau hasutan, penghinaan dan sensitif bagi rakyat Malaysia.
Baca Seterusnya...

Saturday, 9 July 2016

DAP Terus Terusan menghina Islam?!


DAP RESTUI NGA KOR MING MENGHINA ISLAM

Orang Islam sememangnya tinggi budi pekertinya. DAP yang ahli kebanyakannya beragama Kristian memang gemar memainkan sentimen kebencian agama.

Mereka menyerang UMNO untuk menghina Islam dan Melayu secara berlapik.

Terbaru, ketika umat Islam sedang meraikan hari kemenangan di awal Aidilfitri, pemimpin DAP Nga Kor Ming pula memaparkan kritikan melalui facebook beliau yang menghina orang Islam.

Inilah budaya kebencian DAP yang kebanyakannya mereka gemar lakukan terhadap orang UMNO yang beragama Islam.

DAP tahu bahawa orang Islam tidak akan membalas tindakan kurang ajar mereka dengan melakukan penghinaan balas terhadap agama Kristian atau Budha atau mana-mana agama sekali pun kerana Islam tidak menerapkan nilai-nilai begini dalam amalan harian.

Demi menjaga keharmonian di antara agama, orang Islam tidak akan menyerang kembali agama Nga Kor Ming kerana sifat hormat menghormati masih menebal dalam diri setiap umat Islam.

Justeru itulah penghinaan demi penghinaan tetap diteruskan oleh DAP terhadap orang Islam. Bahkan satu hari nanti, pelbagai bentuk persepsi negatif bakal digunapakai untuk memastikan kita melatah.

Mungkin mereka teringin menunggu sehingga kesabaran orang Islam terhadap mereka sudah hilang baru mereka akan berhenti menghina Islam.

Kepada DAP, tolong hormati kebebasan beragama yang telah lama rakyat pertahankan. Jangan biadap !

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan


Baca Seterusnya...

Saturday, 2 July 2016

Beribu Saman SPAD Telah Keluarkan Di Johor?

Sejak 2011 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengeluarkan sebanyak 4,048 saman di seluruh negeri Johor sepanjang Operasi Khas Bersepadu yang dilaksanakan hingga hari ini.

Mengikut sumber iaitu Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad b‎erkata, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 2,063 kes membabitkan lori, 894 kes berkaitan bas manakala 950 kes lagi berkaitan teksi.

"Sejak operasi bermula, sebanyak 13,605 pelbagai jenis kenderaan perdagangan sudah diperiksa dengan 4,048 daripadanya diambil tindakan ekoran pelbagai kesalahan dalam operasi yang dilaksanakan di negeri ini sejak 2011," katanya

Che Hasni berkata, dalam tempoh tersebut juga kesemua kes tersebut ada yang sudah dijatuhi hukuman dan terdapat juga yang sedang dalam proses perbicaraan di mahkamah serta dikenakan kompaun mengikut kesalahan yang dilakukan masing-masing.

Kini SPAD sudah mengambil tindakan terhadap 97 buah kereta sapu (kereta persendirian) dan 44 individu yang dipercayai menjadi ulat tiket (penjual tiket tidak sah) berhampiran kaunter-kaunter utama.
Pemilik kenderaan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali sekiranya mereka disabit bagi kesemua kesalahan terbabit, katanya lagi.
Antara kesalahan yang dilakukan adalah tidak mematuhi syarat lesen iaitu gagal mengemukakan permit kenderaan yang sah dan lesen pengendali, gagal kemuka jadual tambang bagi perjalanan bas ekspres dan membawa muatan berlebihan (lori).

Beliau berkata orang ramai yang ingin menyalurkan aduan berkaitan salah laku pemandu kenderaan perkhidmatan awam dan barangan boleh menghubungi talian hotline SPAD 1800-88-7723 atau SMS ke 15888 dengan menaip SPAD Aduan (jarak) dan menaip aduan mereka.

Datuk Che Hasni Che Ahmad. Bersama melakukan pemeriksaan terhadap sebuah bas.

Baca Seterusnya...

Friday, 1 July 2016

Najib Dengan "Time Traveller Watch" #SPAD #LRT #Prasarana #RapidKL #MCA

Semalam Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak merasmikan pembukaan penuh Projek Penyambungan Jajaran Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dan Ampang di Stesen Putra Heights dan ia dimiliki oleh Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA), projek membabitkan pembukaan 12 stesen baharu laluan Kelana Jaya dan 11 stesen laluan Ampang/Sri Petaling itu dijangka menyumbang tambahan 300,000 penumpang sehari.


Didalam majlis yang serba ringkas itu, Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak, CEO Prasarana, Datuk Azmi Aziz dan Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato' Sri Liow Tiong Lai sempat menggayakan sebentuk jam tangan yang dipakai mereka yang boleh digunakan sebagai alat transaksi pembayaran menggantikan kad Touch N Go.



Kita sedia maklum Touch n Go merupakan salah satu platform pembayaran yang popular di Malaysia, digunakan untuk pembayaran di plaza Tol, pengangkutan awam, mahupun di beberapa kedai untuk membeli barangan ataupun makanan. Sehingga kini, mereka telah menawarkan kemudahan pembayaran menggunakan kad dan juga SmartTag, dan terkini mereka turut memperkenalkan sebuah jam tangan untuk tujuan yang sama.



Ia dinamakan sebagai "Time Traveller Watch", Touch n Go mengintegrasikan kebolehan membayar menggunakannya terus pada jam tangan tersebut. Seperti kad yang sedia ada, pengguna hanya perlu mengimbas jam tangan tersebut di alat pengesan Touch n Go (sama seperti biasa), dan transaksi akan dilakukan secara automatik. Pengguna juga boleh menambah-nilai untuk jam tangan berkenaan di semua premis (Bank, Stesyen minyak dan lain lain) sedia ada. 



Time Traveller Watch memenuhi keperluan gaya dan trend masa kini yang mengutamakan kemudahan tanpa mengira lokasi. Harga Time Traveller Watch dimaklum berharga RM239 seunit.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!