Thursday, 30 June 2016

Najib Razak Rasmi Projek Penyambungan Jajaran LRT Kelana Jaya dan Ampang! #SPAD #Prasarana #LRT #RapidKL





Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merasmikan pembukaan penuh Projek Penyambungan Jajaran Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dan Ampang di Stesen Putra Heights di sini, sebentar tadi.


Laluan tambahan sepanjang 35.1 kilometer (km) menghubungkan LRT Kelana Jaya dan Ampang/Sri Petaling memanfaatkan dua juta penduduk Lembah Klang khususnya di daerah Petaling.




Ia turut meningkatkan taraf sosio ekonomi negara yang dinilai melalui Kadar Pulangan Ekonomi Dalaman (EIRR).

Dimiliki Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA), projek membabitkan pembukaan 12 stesen baharu laluan Kelana Jaya dan 11 stesen laluan Ampang/Sri Petaling itu dijangka menyumbang tambahan 300,000 penumpang sehari.


Yang turut hadir, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa; dan Pengerusi Kumpulan PRASARANA, Tan Sri Ismail Adam.

Kawasan ini merupakan kawasan tumpuan pembangunan dan kepadatan penduduk telah pun meningkat dari tahun ke tahun. Oleh itu ianya juga menarik lebih ramai lagi penduduk untuk menikmati kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan.


Antara lain ia juga akan meningkatkan kemudahan perjalanan untuk memenuhi keperluan orang awam melalui penggunaan rangkaian yang bersepadu, cekap dan boleh dipercayai.


Apabila penduduk meningkat, Ia didapati bahawa ianya ada peluang untuk meningkatkan lagi kegiatan ekonomi dan dengan kemudahan yang kita sediakan ini akan memberi peluang kepada penduduk kawasan setempat untuk membantu memacukan lagi agenda ekonomi bagi Kuala Lumpur


Projek sambungan jajaran LRT ini akan menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam bersepadu dengan akses dan hubungan lebih mudah antara pusat bandar dan kawasan Subang, Puchong, Putra Heights dan Shah Alam.


Penambahan 12 stesen ini di laluan Kelana Jaya dan 13 di laluan Ampang, dijangka meningkatkan jumlah penumpang masing-masing kepada 170,000 dan 130,000 orang sehari.

Stesen Putra Heights yang baru siap menjadi titik pertemuan bagi jajaran sambungan ini dapat memendekkan masa perjalanan ke pusat bandar. Ini seterusnya akan menyumbang secara langsung kepada peningkatan produktiviti dan aktiviti ekonomi di kawasan berkenaan.


Dalam pada itu, Prasarana akan mentransformasikan Stesen Putra Heights sebagai struktur ikonik bagi LRT berdasarkan reka bentuknya yang unik selain lokasinya yang strategik.

Kali ini prasarana menyerlahkan reka bentuk stesen itu pada waktu siang dan malam, namun mengekalkan bajet RM8 bilion untuk projek terbabit.

Lapan daripada 11 stesen baharu bagi Laluan Ampang sudah beroperasi sejak beberapa bulan lepas, dibuka lebih awal bagi memenuhi keperluan mendesak untuk pengangkutan awam yang mengenakan tambang berpatutan dalam kawasan bandar.

Tiga lagi stesen, Puchong Perdana, Puchong Prima dan Putra Heights, serta 12 stesen baharu yang lain bagi Laluan Kelana Jaya akan mula beroperasi Khamis ini.

Orang awam boleh mula menggunakan perkhidmatan sambungan jajaran LRT ini bermula jam 6.00 pagi Khamis.

Baca Seterusnya...

PM Umum Kenaikkan Tangga Gaji Penjawat Awam! #Bajet2016

Seperti yang dipaparkan dari Facebook Rasmi PM Najib Razak hari ini yang bertulis :-


"Meskipun berdepan tohmahan dan pelbagai fitnah, terutamanya berkenaan keadaan kewangan kerajaan dan negara, malah ada yang berkata kita akan jatuh muflis dan sebagainya, kerajaan tetap meletakkan kepentingan dan kebajikan rakyat sebagai yang paling utama.

Insya-Allah, bermula bulan Julai 2016, kenaikan satu tangga gaji dan gaji minimum RM1,200 kepada penjawat-penjawat awam seluruh negara akan mula dilaksanakan sepertimana yang telah saya umumkan dalam Bajet 2016 yang lalu.

Usaha dan kerja keras penjawat-penjawat awam amat kerajaan hargai, dan saya harap dengan bantuan ini akan terus membakar semangat semua penjawat awam untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan negara dengan cemerlang, Insya-Allah."

DS Najib Razak
Perdana Menteri Malaysia
30 Jun 2016
Baca Seterusnya...

Wednesday, 29 June 2016

Projector Band - Sudah Ku Tahu (Official Music Video)


Walaupun ramai yang cover lagu,Tapi 
Projector Band tetap dapat Dua Juta views Youtube Dalam Sebulan :)

Projector Band : Sudah Ku Tahu

Seringkali aku menduga
seringkali ini terjadi
segala rahsia sudah ku tahu
rupanya aku tak dicintai

untuk apa kau buat ku begini
segala apa yang telah ku lakukan
airmataku mengalir dipipi
segala yang ku korbankan tuk dirimu

mengapa masih lagiku
bediriku menunggu cintamu
mengapa masih adamu
menyakiti di siang malamku
aku terima cintaku dipersiakan wooo!!!

c/o 

Sayang!!
aku kau lupa
aku kau luka
tanpa kau sedar

sayang!!
selamat tinggal
akukan pergi
buat selamanya
aku pasti kau bahagia tanpaku selamanya …

Keep it Up gais... 28 May - 28 Jun 2016


ini first release yang 18 Feb 2016 lalu cecah 13 Juta :)

Baca Seterusnya...

Tuesday, 28 June 2016

Debat Isu Terowong : Hock Seng - Penyokong Barisan Nasional Bodoh dan Kurang Ajar?!

Malam ini kerajaan DAP Pulau Pinang dengan parti Gerakan berdebat berhubung isu lebuhraya dan terowong dasar laut dengan tajuk debat “Tiga Lebuhraya dan Terowong Bawah Dasar Laut”.

Debat tersebut akan melibatkan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Pulau Pinang Lim Hock Seng dan Setiausaha Agung Gerakan Datuk Liang Teck Meng.


Jelas debat ini dianjurkan oleh DAP dalam menangkis spekulasi pembinaan terowong dasar laut yang dibangkitkan oleh Datuk Huan Cheng Guan beberapa minggu lepas yang mana dakwaan Huan Cheng Guan kononnya tidak benar dan segala bukti yang dilampirkan tidak boleh diguna pakai. Debat pada malam ini diadakan di Dewan Kompleks Masyarakat Penyayang di sini pada jam 9 malam tadi



Dalam debat yang sedang berlangsung Lim Hock Seng turut berkata Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Datuk Huan Cheng Guan berbohong dalam isu "flexibility study" terowong. Malahan debat malam ini dilihat hanyalah alat menarik perhatian penyokong DAP yang mula terhakis kepercayaannya kepada kepimpinan DAP Pulau Pinang terutamanya Ketua Menteri Pulau Pinang, Josepth Lim Guan Eng.




Lim Hock Seng menempelak diatas pentas debat ini dengan mengatakan penyokong parti Barisan Nasional dan pengundinya adalah golongan yang bodoh dan kurang ajar.

Ini adalah tindakkan terdesak DAP yang terpaksa melancarkan debat yang tak bermanfaat dan hanya lebih kepada acara memesongkan isu yang sebenar bila mana Datuk Huan berkali kali mendedahkan penyelewengan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bermula dengan Isu pembelian banglo mewah dibawah harga pasaran, Isu penjualan tanah untuk perumahan kos rendah, isu pemilikan syarikat yang ditubuhkan oleh Isteri Ketua Menteri Pulau Pinang dalam masa Ketua Menteri masih dalam tampuk pemerintahnya dan juga isu harga terlalu tinggi dalam penyelidikan terowong dasar laut yang tidak masuk akal.
Baca Seterusnya...

Teruskan Dasar Kerajaan, Perjuang Nasib Rakyat!

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Menteri dan timbalan menteri yang baharu dilantik dalam rombakan dan penyusunan semula Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, bertekad meneruskan dasar kerajaan dalam memperjuangkan nasib rakyat.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata beliau akan memberi fokus kepada membela nasib rakyat di bandar bagi memerangi kemiskinan di bandar.


"Selama ini, saya berpengalaman di luar bandar sebagai Menteri Pertanian (dan Industri Asas Tani). Kali ini, saya tukar pula untuk pengalaman di bandar. Dalam tempoh agak singkat ini, saya tidak akan memperkenal dasar baharu sebaliknya teruskan apa yang dirancang oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan dan mungkin diubah suai sedikit sebanyak.

"Saya akan berbincang dengan beliau apakah dasar dan pendekatan baharu yang diperkenalkan oleh mereka," katanya kepada pemberita selepas istiadat mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara di sini, hari ini.


Sementara itu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani menyifatkan pelantikan itu sebagai tugas berat dalam mendepani keadaan ekonomi mencabar masa kini terutamanya yang membabitkan isu berkaitan kementerian itu.

"Inilah antara perkara yang saya perlu lihat secepat mungkin supaya kita boleh yakinkan rakyat bahawa negara ini akan terus berkembang maju dengan mengambil kira prinsip yang perlu ditekankan dalam pentadbiran kerajaan," katanya.

Johari turut melahirkan penghargaan kepada bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang sebelum ini memberikan beliau kebebasan dan fleksibiliti dalam kementerian berkenaan sehingga beliau yakin untuk memegang jawatan terbaharu itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri S.K Devamany pula berkata pelantikan itu akan memberi peluang kepadanya memperkasa MIC bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

"Kita akan membantu rakyat seikhlasnya untuk mempertahankan kejayaan pada PRU ke-14. Itu akan jadi wadah MIC kerana sebagai timbalan presiden parti, saya akan berganding bahu dengan Datuk Seri Dr S. Subramaniam (Presiden MIC) dan barisan majlis tertinggi untuk terus berkhidmat," katanya.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata beliau akan membantu Johari sebagai satu pasukan bagi memastikan dasar kewangan dan fiskal negara dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
Baca Seterusnya...

Monday, 27 June 2016

Rombakan Kabinet Jun 2016 [Tamat]

Apa yang mengejutkan disebalik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang Isnin adalah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah tidak mahu lagi menyambung perkhidmatan dengan kerajaan atas sebab-sebab peribadi.

Itu dijelaskan oleh Najib dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya petang Isnin. Tiada butiran lanjut apakah sebab peribadi tersebut, manakala Husni yang merupakan Ahli Parlimen Tambun juga adalah Bendahari UMNO.

Beliau mula menjadi Menteri penuh diera pentadbiran Najib dan antara orang kepercayaan Najib.Tempat Husni diganti oleh timbalannya, Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani.

Selain itu, PM turut mengumumkan Tan Sri Noh Omar dilantik Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menggantikan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bertanggungjawab terhadap Unit Perancang Ekonomi.

Kemunculan semula Noh Omar memenuhi kouta menteri bagi Selangor dan memperlihatkan keazaman Najib untuk merampas semula negeri tersebut dari Pakatan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mah Siew Keong dilantik sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bagi menggantikan Datuk Seri Douglas Unggah Embas yang meletakkan jawatan selepas bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini. Datuk Seri Douglas Unggah kini merupakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak.

Dalam pada itu, bagi jawatan timbalan menteri, muka baharu yang dilantik menyertai Kabinet ialah AHli Parlimen Jerlun Datuk Othman Aziz sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

Ahli Parlimen Silam Datuk Nasrun Mansur dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bagi menggantikan Allahyarham Datuk Noriah Kasnon yang meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sarawak baru-baru ini.

Selain itu terdapat dua pertukaran portfolio melibatkan Datuk Lee Chee Leong sebagai Timbalan Menteri Kewangan yang sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Tempat Chee Leong digantikan oleh Datuk Chua Tee Yong.


Berikut disiarkan senarai penuh penyusunan semula jawatan Menteri dan Timbalan Menteri

MENTERI :-

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi 
Datuk Seri Mah Siew Kiong

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Abdul Rahman Dahlan

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan 
Tan Sri Noh Omar

Menteri Kewangan Kedua
Datuk Johari Ghani



TIMBALAN MENTERI :-

Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Othman Aziz

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi 
Datuk Nasron Mansor

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 
Datuk Henry Sum Agong

Timbalan Perdagangan Antarabangsa dan Industri 
Datuk Chua Tee Yong

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri 
Datuk Seri K Devamany

Timbalan Menteri Kewangan 
Datuk Lee Chee Leong


-27/6/2016 OLEH : NOOR HASILAH ISMAIL
Baca Seterusnya...

Beban Jangan Hanya Dibahu Kerajaan - Najib Razak


PETIKAN DARI BLOG PERDANA MENTERI MALAYSIA :-

"Saya percaya ramai kini yang telah pun memulakan persiapan menyambut Syawal seperti membeli kuih raya, barangan runcit selain pakaian, kelengkapan rumah dan sebagainya.

Kerajaan faham bahawa di musim perayaan ini, perbelanjaan seisi keluarga akan bertambah.

Bagi membantu meringankan beban, kerajaan telah melaksanakan beberapa insiatif seperti mempercepatkan pemberian BR1M, serta menyampaikan bantuan khas hari raya kepada penjawat awam, pesara kerajaan, pekebun kecil, peneroka dan selainnya.

Walaupun begitu, usaha meringankan beban ini tidak terletak di bahu kerajaan semata-mata. Para peniaga dan orang ramai juga perlu memainkan peranan masing-masing.

Kedai-kedai dan peniaga, selain menawarkan jualan murah, perlu memastikan agar barangan dijual pada harga yang berpatutan dan mengikut ketetapan, terutamanya barangan runcit dan makanan yang di bawah senarai harga kawalan.

Kepada orang ramai, dalam kita mahukan suasana perayaan yang meriah, saya harap berbelanjalah dengan berhemah. Yang lebih penting dan bermakna dalam menyambut Aidilfitri bukanlah kelengkapan dan pakaian baru, tetapi ikatan silaturrahim dan kekeluargaan sesama kita.

Semoga Syawal yang akan tiba ini bakal mengeratkan lagi hubungan antara kita semua, Insya-Allah."

Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia

Baca Seterusnya...

Saturday, 25 June 2016

Akibat kecuaian sesaat, hari raya mungkin bertukar menjadi tragedi hitam - Liow Tiong Lai #MCA #Raya2016

Angka kematian akibat kemalangan jalan raya semasa musim perayaan bagi tahun kebelakangan ini berada pada tahap yang membimbangkan. 

Kajian mengenal pasti punca peningkatan ketara ini akan merangkumi aspek lokasi kemalangan, masa ia berlaku, keadaan pemandu dan penunggang serta jenis kenderaan yang terlibat.

Sikap mementingkan diri sendiri dan tidak mematuhi undang undang jalan raya juga menyumbangk kepada keadaan ini.

Dianggarkan sepanjang perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti, hampir dua juta kenderaan dijangka akan berada di atas jalanraya pada hari kemuncak menyambut perayaan lantaran hari cuti yang panjang dan bersempena aktiviti balik kampung.

Dalam ucapan Dato Sri Liow Tiong Lai dibawah mengupas akan keadaan ini didalam kempen “BALIK KAMPUNG ROAD SAFETY CAMPAIGN 2016”. 

Semoga semua akan selamat pulang ke kampung halaman pada awal bulan hadapan menyambut hari raya aidilfitri dan juga kepada yang bakal menikmati cuti yang berharga dengan ahli keluarga dan sahabat handal yang dikasihi.


TEKS UCAPAN Y. B. DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA

BALIK KAMPUNG ROAD SAFETY CAMPAIGN
25hb. JUN, 2016

Tuan-tuan dan Puan-puan

Selamat Pagi, Salam Sejahtera dan Salam 1 MALAYSIA,

1. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada hadirin sekalian kerana pada hari ini dapat kita berkumpul beramai-ramai di Parkir Awam Hentian Raya Bentong bagi menjayakan program “BALIK KAMPUNG ROAD SAFETY CAMPAIGN 2016”.

2. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd selaku penganjur dan lain-lain agensi yang turut sama membantu menjayakan program kali ini. Saya yakin tanpa kerjasama erat semua pihak, program ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tuan-tuan, puan-puan,

3. Negara kita kini semakin megah berdiri untuk menjadi ke arah negara maju, dengan ekonomi semakin berkembang pesat dan pelbagai bentuk pembangunan diusahakan seluruh pelusuk negara. Selaras dengan ini, tidak dapat kita nafikan, populasi juga kian bertambah, begitu juga bilangan kenderaan berdaftar yang berada di atas jalan raya.

4. Apabila situasi ini berlaku, kita seharusnya lebih memikirkan konsep keselamatan di mana-mana sahaja, dan yang paling utama yang ingin kita tujui kali ini adalah pembudayaan keselamatan jalan raya. Ia merupakan satu aspek penting bagi memastikan keamanan dan keharmonian negara berada pada tahap yang selesa. Jika dilihat hari ini, pelbagai berita kemalangan dipaparkan di dada-dada akhbar, di kaca televisyen, selain di radio. Terlalu ramai yang cedera parah, hilang anggota badan, dan ramai juga yang kehilangan nyawa. Mungkin mereka ini orang yang kita kenal, saudara mara, rakan taulan dan ada yang berlaku dalam keluarga sendiri.

Tuan-tuan, puan-puan,

5. Kali ini, lokasi kita adalah di Bentong, merupakan antara salah satu laluan kegemaran ramai menuju ke Pantai Timur. Laluan ini juga merupakan antara laluan ‘panas’ dengan pelbagai berita kemalangan maut saban tahun. Pelbagai jenis kategori pengguna jalan raya yang melalui jalan ini, selain pengguna tempatan yang kebanyakannya bermotosikal. Bagi pemandu yang memandu dalam tempoh masa yang lama serta berjarak jauh, risiko untuk mengantuk dan kepenatan amat tinggi, mengakibatkan hilang tumpuan ketika memandu. Kebanyakan kemalangan juga berlaku pada lewat tengah malam dan awal pagi, ketika badan kita sepatutnya dalam keadaan rehat sepenuhnya. Atas inisiatif pihak Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd ini, kita amat menyokong penuh usaha memberikan kesedaran berterusan kepada pengguna jalan raya yang menggunakan laluan ini, terutamanya mereka yang ingin balik ke kampung masing-masing.

6. Sama seperti kebanyakan negeri-negeri di Malaysia, majoriti yang maut di jalan raya adalah dari kalangan penunggang dan pembonceng motosikal. Berdasarkan perangkaan kes kematian yang dikeluarkan oleh PDRM melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal di Negeri Pahang, pada 2014 ialah sebanyak 296 kes kematian berbanding pada 2015 sebanyak 299 kes kematian. Bagi perangkaan kes kemalangan jalan raya di daerah Bentong pada 2014 ialah sebanyak 3,031 kes kemalangan dan pada tahun 2015 sebanyak 3,128 kes kemalangan jalan raya dilaporkan.

Tuan-tuan, puan-puan,

7. Sehubungan ini, marilah kita semua pastikan tahap keselamatan adalah paling diutamakan. Baik dari segi fizikal tubuh badan kita, perlu cergas dan kuat untuk berada di jalan raya. Periksa tali pinggang keledar dan pakai bagi yang berkenderaan besar. Begitu juga dengan penunggang dan pembonceng motosikal, pastikan pakai topi keledar yang ada piawaian keselamatan seperti SIRIM, pakai dan klik dengan betul. Periksa juga keadaan kenderaan anda, terutamanya motosikal agar dapat berfungsi sempurna selain boleh mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. Gaya memandu dan menunggang juga perlu diberi tumpuan utama. Elakkan memotong dengan melulu, kepada yang bermotosikal, jangan mencelah-celah kenderaan, jangan menunggang secara berbahaya serta melebihi had laju, dan jangan mengekori kenderaan lain terlalu rapat. Akibat kecuaian sesaat, hari raya mungkin bertukar menjadi tragedi hitam yang sukar dilupakan sepanjang hayat.

8. Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan sekalung tahniah kepada semua yang terlibat pada hari ini serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak di dalam menjayakan program pada hari ini.

Sekian, terima kasih.

[tamat]


Baca Seterusnya...

Friday, 24 June 2016

Cara Buat Kopi Biji Kurma #DIY #Ramadhan



Bulan Ramadan adalah penghulu segala bulan di mana bulan suci ini Allah menjanjikan pelbagai ganjaran yang hebat kepada hambaNya jika melakukan ibadat dan berbuat kebaikan.

Ramadan pasti secara ironinya kita umat Islam tidak dapat dipisahkan dengan tamar atau pun kurma. Buah kegemaran Rasulullah ini pasti terjual di mana-mana sahaja pada bulan Ramadan terutamanya pasaraya dan bazar Ramadan.

Buah hebat ini mempunyai pelbagai khasiat kepada manusia seperti memberi tenaga segara kepada kita, Kaya dengan serat dan potassium, menajamkan ingatan, penawar racun, mengubati penyakit usus mahupun sembelit dan pelbagai lagi jika kita kerap mengamalkan pemakanan buah ini.

Tetapi tahukah anda bukan isi buah ini saja mempunyai khasiat hebat malahan bijinya juga mempunyai khasiat yang hebat.

Bagaimana hendak memakan biji kurma ini untuk mendapatkan khasiatnya?

Pasti anda pernah dengar kopi biji kurma? tidak susah kerana kopi biji kurma ini ada boleh lakukan sendiri di rumah kerana prosesnya begitu mudah. 

ikuti cara-cara ini:

1. Basuh biji kurma tersebut dan toskan.

2. Ratakan di dalam dulang kemudian jemur seharian di bawah cahaya matahari.

3. Kemudian bila sudah kering, goreng biji kurma tersebut dalam kuali tanpa minyak. Goreng sehingga hangus dan mengeluarkan aroma seperti kopi.

4. Tumbuk atau blender biji kurma berkenaan dan terhasillah serbuk kopi yang sedia dibancuh untuk di minum.

Antara kebaikan dan khasiat kopi biji kurma:

1. Memberi tenaga segera

2. Memulihkan tenaga Syahwat

3. Menyembuhkan kencing manis

4. memberi tenaga kepada lelaki dan wanita

5. Menghilangkan letih dan lesu

6. Menghangatkan badan

7. Mengendorkan saraf yang tegang

8. Menyembuhkan kanser, keputihan, gatal-gatal dan masuk angin

9. Menyembuhkan sakit perut

10. menyegarkan badan/tidak mengantuk

11. Menyembuhkan darah tinggi, kolesterol, strok dan goutt

12. Menyembuhkan sakit kepala/ migrain

13. Melancarkan peredaran darah

Berikut adalah komposisi kimia dan nutrisi dalam biji kurma:

Kelembaban : 7.17 – 9 %
Protein : 1.82 – 5.2 %
Lemak : 6.8 – 9.32 %
Karbohdrat : 65.5%
Serat : 6.4 – 13.6 %
Abu, Sterol & Estrone : 0.89 -1.57 %
Polisakarida Larut Alkali : 0.89 – 1.57 %
Minyak Kuning-hijau L : 6 – 8%
Kandungan Asid Lemak Minyak Kuning-hijau
Lauric, 8%; myrictic, 4%; palmitic, 25%;
Stearic, 10%;oleic, 45%;

Linoleic, 10%; juga terdapat kandungan asid kaprilik & kaprik.
Asid Oksalat Julat sehingga 56%

Selain itu kopi biji kurma ini bukan sahaja untuk diminum, serbuk biji kurma ini boleh dijadikan scrub untuk melembutkan kulit. Campurkan serbuk kopi biji kurma ini dengan madu sebelum sapukan.

Jika mengalami masalah kulit kepala yang teruk atau rambut gugur, ambil serbuk kopi biji kurma ini campurkan dengan minyak zaitun, amalkan setiap hari sebelum tidur. InsyaAllah hasil yang menakjubkan akan anda perolehi.

Nampaknya begitu banyak khasiat biji kurma ini. admin sendiri pun selama ini tidak tahu akan kehebatan biji kurma ini.

Jadi Sahabat-sahabat admin semua bolehlah cuba membuat kopi ini sendiri kerana tidak rugi malahan berbaloi dengan khasiat yang bakal kita perolehi. - Siakapkeli.com
Baca Seterusnya...

Penjelasan Projek LRT Pulau Pinang! #SPAD #LRT


PENJELASAN TERHADAP KENYATAAN MENGENAI CADANGAN PROJEK LRT PULAU PINANG

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin memberikan pencerahan mengenai kenyataan yang telah dibuat baru-baru ini oleh pengerusi jawatankuasa pengurusan trafik dan mitigasi banjir, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Y.B. Chow Kon Yeow di dalam rencana bertajuk ‘Penang Government Hoping to Secure SPAD Approval for LRT Project By July’ yang diterbitkan oleh Bernama pada 14 Jun lalu. 

SPAD telah menerima cadangan skim rel dan kajian kebolehlaksanaan bagi projek tersebut. Pihak konsortium projek juga telah memohon untuk mengadakan mesyuarat bersama SPAD dan pihak Suruhanjaya sudah mengambil maklum perkara-perkara yang telah dibentangkan pada 10 Jun 2016.

Buat masa ini, SPAD sedang menyemak deraf skim dan kajian yang telah dikemukakan bagi menilai cadangan projek ini. Sekiranya perlu, pihak Suruhanjaya akan menghubungi pihak Kerajaan Negeri untuk maklumat tambahan, sebelum keputusan yang muktamad boleh dicapai. Memandangkan proses penilaian masih sedang dijalankan, adalah tidak wajar untuk membuat sebarang spekulasi berkaitan pemberian kelulusan bagi projek ini.

-Tamat-

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:
Radha Warrier
Ketua Bahagian Komunikasi
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
Tel: +603 2726 7000/Faks: +607 2726 7300


Khamis, 16 Jun 2016.
Baca Seterusnya...

Biar Pemandu Teksni Ini Bersaing Secara Adil - Syed Hamid Albar #SPAD #GRABCAR #UBER

Uber dan Grabcar perlu ada garis panduan bagi menyelaraskan perkhidmatannya bagi tujuan mengimbangi persaingan secara sihat dalam industri pengankutkan dinegara ini

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, garis panduan itu penting bagi pihaknya menyelesaikan isu teksi dan Uber ini dengan kadar segera dan kita juga tidak boleh mengetepikan permintaan pengguna yang gemarkan perkhidmatan baru ini.

"Namun pada masa yang sama, kita akan tingkatkan mutu perkhidmatan teksi, biar pemandu teksi ini bersaing secara adil dan saksama," katanya kepada BERNAMA selepas menghadiri majlis berbuka puasa SPAD di sini hari ini.

Tan Sri juga berkata, SPAD telah menghantar usul dalam program transformasi teksi kepada Kerajaan (Kabinet) dalam usaha menguatkuasakan serta meningkatkan mutu perkhidmatan teksi berdaftar di negara ini, selain menggalakkan persaingan sihat dalam industri itu.


18 Jun lepas, SPAD memaklumkan badan itu dalam cadangan "Program Transformasi Industri Teksi" kepada kerajaan antaranya memerangkan tentang keperluan dalam perundangan bagi perkhidmatan Uber dan Grabcar ini demi memberikan persaingan yang sama dan adil diantara mereka dan pemandu teksi sedia ada.


Baca Seterusnya...

Thursday, 23 June 2016

Soalan Lazim Bila Balik Kampung?! [Berserta Jawapan] #Raya #Syawal #Ramadhan

Soalan soalan berserta jawapan berbau hasutan, hanat atau tripikal dari saudara mara pada hari raya :-



1. HANG BILA NAK KAWIN?
Jawapan: Dah lama dah kawin. 5 tahun dah. Makcik je yang tak datang majlis kenduri saya. Tu la sibuk sangat sampai hal anak sedara pun tak tau. (sambil tunjuk gambar korang dengan artis yang telah diedit dalam phone bila dia nak tengok gambar org rumah)


2. BILA NAK ADA ANAK NI? TAK KAN BERDUA JE KOT?
Jawapan: Makcik, ada anak belum tentu akan bawak makcik masuk ke syurga. Makcik jagalah anak makcik baik2. Didiklah anak makcik dengan ilmu agama. Insaflah selagi belum terlewat dibicara didalam kubur. (Hulurkan makcik buku hadith yang dibeli di Markas Sri Petaling)


3. BERTIGA JE? BILA SI ABANG NAK ADA ADIK NI?
Jawapan: Adaaa… Adik dia masih berenang-renang mencari pintu jalan keluar. Harap tak sesat. (Bercakap sambil garu seluar)


4. LAMA AIHHHH TAK JUMPA DIAAA? DAH BESAR DAH NOOO..
Jawapan:Tu lah.. lama tak jumpa makcik. Makcik pun apa kurangnya. Makin banyak kedut dan jeragat. (terus buka bag, dan jual produk tegangkan kulit muka. Terus buat demo)


5. BALIK NAIK APA NI? PAKAI KETA APA LA NI?
Jawapan: Tumpang helikopter member. Kebetulan dia nak balik. Muat la kami 3 beranak. Kami kalau naik kereta, kesian kat yang sangkut jem. makin bertambah kereta, makin jem. (Sambil tunjuk gambar2 highway jem tanda prihatin)


6. AWAT YANG MAKIN GEMOK NI?
Jawapan: Ni bukan gemuk makcik. Ni pelampung. Makcik tau lah kan, KL tu hujan sikit je banjir. Hujan sikit je banjir. Org yg kurus mcm makcik, semua dah meninggal kat KL tu. (Sambil picit lemak2 perut makcik yang berselindung disebalik baju raya jika ada)


7. KURUS LA. TAK CUKUP MAKAN KA?
Jawapan: Terlebih makan makcik. Kalo saya, biasa 2 3 kali tambah. Saya bela jin makcik. Kalo dia x makan, die mengamuk nanti. Dia ada sebelah saya ni. (Buat2 cakap sorang2 sambil perkenalkan, “Aprit, ni la makcik saya.. say iiiii”.


8. HANG BISNES DAH LAMA, BILA NAK KAYA NI?
Jawapan: Dah lama dah kaya. Saja low profile. Eh, eh, Tony Fernandes call. Jap ye makcik. (Buat2 jawab panggilan dengan bercakap gaya Jalaluddin Hassan. Cerita pasal saham dan projek masuk)


Sumber: Hafiz Mansor

soalan extra :

9. BILA NAK MENIKAH LAIN/BARU?
Jawapan : Tak adalah..(buat malu malu kucing..) Kalau ada yang mau, boleh saja...(Make sure masa cakap gini bini tak ada sebelah kalau tidak lu balik nnti senget TAK PUN TELUR BESAR sebelah beb..)
Baca Seterusnya...

Lemang Katak Pisang?! #RAYA #RAMADHAN

Sedang melayan blues mengantuk dan di tengahari ni, Admin terpandang dua keping gambar yang dikongsikan di #Facebook milik Puan Hafezatul Akma Azmin yang mana beliau berkongsi pengalaman membeli lemang yang disertakan sekali seekor katak pisang yang masak berkrim.

Dalam posting facebook yang dimuat naik ditulis begini :


Baru ada mood nak bercerita..bersempena nak raya ni..di ambang subuh yg hening..i mean b4 azan k..nak sgt bersahur lemang yg my lobely honey hubby belikan ..x soh cakap la bab lemang ni..memang paberet..datang time x brapa nak sabar ada jer korek dari atas..tapi pagi tu masa nak makan tu kan teringat ada citer org mati mkn lemang coz ada ular..so pas dgr citer cam tu very behave la i olls..huhu..mst buka sampai abis baru makan...nak jadi citer pas buka jer..pas ready kari daging malas tadi lam pinggan..perasan la ada sumthg weird kat daun pisang..hakak ingat ginger ker apa..last2 cungkil guna pisau..hahaha....KATAK PISANG...bwerkkkkk...berlumuran la ngan santan bagai...dah cukup masak ...hehe...bermula lah adengan loya sepanjang dinahari sehingga fobia ker dapur..last2 ngan pinggan2 kita throw away../pg tu mampu telan milo jer la ..tu pon nak muntah..haha..ni kita tempelkan gambo untuk tatapan rakan2..betapa berkerimnya frog tu..tahun ni idok la ada menu lemang..x rela...waaaaaaaa!!!!!!

sumber : June 21 at 11:41pmBeserah





Kecuaian Punca Kematian Katak Itu

Pada pendapat admin yang berpengalaman (sedikit) dalam pembuatan lemang tepung, lemang pulut dan lemang jagung. Insiden sebegini boleh dikatakan tidak sengaja kerana "entiti" tersebut sememangnya suka mendiami tempat yang sejuk, gelap dan sedikit berair.
"entiti" selain katak, lipas, semut dan ungas ungas yang ada di Malaysia berpotensi tinggi untuk "mendiami" buluh lemang yang telah dipotong untuk dijadikan lemang yang boleh dikatakan makanan kegemaran dikala bulan puasa terutama dalam menyambut Syawal yang bakal tiba. 

Dalam kes Puan Hafezatul ini, Katak pisang yang dikenali dengan warnanya yang cantik seperti pucuk pisang telah terbunuh kerana lemas dihimpit beras pulut dan air santan kelapa. 

Tukang Masak/Pengusaha lemang sewajarnya meneliti alatan memasak khususnya lemang ini, kerana kecuaian sebegini meragut nyawa mangsa yang tidak berdosa. Meskipun ia hanya seekor katak pisang yang geli dimata segelintir individu.

Kesimpulannya katak ini mati lemas akibat kecuaian bukan mati kerana dimasak penuh berkrim! Semoga Katak ini tenang disana.



Katak Dan Daun Pisang

Katak ialah sejenis haiwan amfibia dalam susunan Anura (bermaksud "tidak berekor", dari bahasa Greek: an-, tanpa + oura, ekor), dahulunya digelar Salientia (bahasa Latin saltare, "melompat"). Katak dewasa bercirikan kaki belakang yang panjang, badan yang pendek, jari berselaput,mata terjojol dan tidak berekor. 

Kebanyakan katak  mudah bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat. Katak biasanya bertelur di lopak, kolam atau tasik; dan anaknya, iaitu berudu, berinsang dan membesar didalam air. 

Katak dewasa merupakan haiwan maging yang gemar memakan haiwan artropod (terutamanya serangga), annelid dan gastropod. Katak paling dikenali dengan bunyi menguaknya yang boleh kedengaran terutamanya ketika musim mengawan.


"Katak Pisang" haiwan comel berwarna hijau florescence ini dikaitkan dengan daun pisang ini boleh dikatakan sebagai penyamaran beliau menyerupai daun pisang untuk mengelak dari ancaman musuh seperti burung atau pemangsa lain.

Baca Seterusnya...

SPAD Cadang Halalkan UBER?! #UBER #GRABCAR #SPAD

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam cadangan Program Transformasi Industri Teksinya antara lain menjelaskan tentang perlunya membenarkan dari segi undang-undang perkhidmatan Uber dan Grabcar serta menyamaratakan medan persaingan untuk pemandu teksi.

"Cadangan itu bertujuan membenarkan dari segi undang-undang pola permintaan yang dipacu teknologi bagi mengawal selia perkhidmatan e-hailing (e-panggilan) seperti Uber dan Grabcar, di samping menyamaratakan medan persaingan untuk pemandu teksi sedia ada agar mereka mempunyai peluang secara adil untuk terus berdaya saing," kata SPAD dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Menurut kenyataan itu, SPAD juga mengesyorkan agar lesen baharu dikeluarkan kepada pemandu teksi yang mempunyai rekod prestasi bersih bagi memupuk semangat keusahawanan di peringkat individu.

"Ia juga menyediakan opsyen keluar yang berdaya maju bagi pemandu teksi yang layak dan yang terbeban oleh model pajakan sedia ada," katanya sambil menjelaskan bahawa SPAD juga mencadangkan agar pemandu teksi diberi opsyen menggunakan lebih banyak model kenderaan.

SPAD berkata cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan itu menggariskan secara terperinci penyelesaian "untuk meningkatkan taraf kualiti perkhidmatan dan menggalakkan persaingan sihat dalam industri berkenaan."

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Azharuddin Mat Sah dalam kenyataan itu berkata suruhanjaya berkenaan percaya bahawa "pengliberalan model teksi merupakan suatu kemestian dalam landskap industri berdaya saing yang ingin kami wujudkan untuk industri ini."

"Jelas sekali, pembaharuan ini serta perubahan berkenaan akan memberi kesan besar terhadap industri teksi kita. Sebaik sahaja mendapat kelulusan Kabinet, kami akan menyediakan butirannya bagi memastikan penyelesaian dilaksanakan dengan sewajarnya, dengan mengambil kira kerumitan yang dihadapi dalam melakukan peralihan itu," kata beliau.

SPAD berkata ia telah mengemukakan penyelesaian dicadangkan itu di bawah program berkenaan kepada Majlis Ekonomi dan mendapat maklum balas positif mengenainya.

"Suruhanjaya ini akan mengumumkan butiran penuh apabila tiba masanya dan menyasarkan Kabinet akan memberi kelulusannya Julai ini," kata kenyataan itu.

Sementara itu, SPAD memohon kerjasama semua pihak supaya bersabar bagi mengelak timbulnya kontroversi dan kekeliruan," kata kenyataan itu.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sabtu, 18 Jun 2016

KENYATAAN MEDIA

TRANSFORMASI INDUSTRI TEKSI KIAN HAMPIR
Penyelesaian akan menjurus kepada mewujudkan persaingan yang adil pada masa hadapan

KUALA LUMPUR, 18 Jun 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan yang memperincikan penyelesaian bagi meningkatkan tahap mutu perkhidmatan serta menggalakkan persaingan yang sihat di dalam industri teksi negara.

Makmal teksi yang telah dijalankan oleh SPAD pada Disember 2015, telah mengesahkan bahawa penyelesaian permasalahan di dalam industri teksi bukanlah satu tugas yang mudah dan adalah sukar bagi mendapatkan jawapan yang akan memuaskan kesemua pihak. Dengan itu, di dalam menyediakan cadangan kepada Kerajaan, Suruhanjaya telah mengambil pendekatan yang seimbang serta memberikan tumpuan kepada usaha memastikan dasar semasa, peraturan-peraturan dan keperluan-keperluan lain akan terus memacu persaingan yang adil bagi industri teksi di masa depan.

Cadangan yang dikemukakan turut menyentuh keperluan perundangan yang diperlukan untuk menangani permintaan yang dijanakan oleh teknologi semasa serta mengawal selia perkhidmatan ‘e-hailing’ seperti Uber dan Grab. Ianya juga bertujuan untuk memberikan kesamaan taraf di dalam medan persaingan yang adil di kalangan pemandu teksi agar mereka dapat kekal bersaing dengan sihat. Antara syor yang disarankan ialah pemberian lesen teksi individu baru kepada pemandu yang mempunyai rekod yang bersih untuk menggalakkan semangat keusahawanan di peringkat individu. Ia juga menyediakan pilihan yang munasabah bagi pemandu teksi yang berkelayakan, untuk keluar daripada belenggu sistem pajak. SPAD juga mencadangkan lebih banyak pilihan model kenderaan bagi kegunaan pemandu teksi.

“Suruhanjaya berkeyakinan bahawa langkah untuk meliberalisasikan model teksi adalah diperlukan bagi mewujudkan landskap industri yang kompetitif yang dapat memacu industri ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah.

"Jelas sekali pembaharuan dan perubahan itu akan memberikan kesan yang besar terhadap industri teksi negara. Sebaik sahaja menerima kelulusan Kabinet, kami akan membuat perincian untuk memastikan bahawa penyelesaian dapat dilaksanakan sebaik mungkin serta mengambil kira kerumitan yang bakal dialami ketika proses peralihan," katanya lagi.

Pada bulan Mei 2016, SPAD telah membentangkan cadangan penyelesaian di bawah Program Transformasi Industri Teksi kepada Majlis Ekonomi dan telah menerima maklum balas yang positif. Suruhanjaya akan mengumumkan butiran lengkap program tersebut di dalam masa terdekat, susulan kelulusan Kabinet yang dijangkakan pada bulan Julai 2016. Sementara menunggu keputusan tersebut, SPAD memohon kesabaran dari semua pihak bagi mengelakkan cetusan kontroversi dan kekeliruan.

Baca Seterusnya...

Ramai Orang Cina Sertai Bomba - Abdul Rahman Dahlan

Sambutan daripada kaum bukan Melayu terutamanya kaum Cina untuk menyertai pasukan bomba bantuan, sukarela mahupun komuniti kini semakin bertambah baik.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, berdasarkan pemerhatiannya kaum bukan Melayu sudah menunjukkan kesedaran dan keinginan yang tinggi untuk bersama kerajaan menangani sebarang risiko kebakaran.

"Saya mendapati ramai masyarakat bukan Melayu yang ingin menjadi ahli bomba bantuan, bomba sukarela mahupun komuniti dan sebagainya terutamanya berbangsa Cina yang sebenarnya berminat sangat dengan mengikuti kawad dan latihan.

"Mereka orang pertama turun ke bawah memadamkan api apabila ada kebakaran. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada persatuan-persatuan masyarakat Cina yang menunjukkan keinginan mereka bersama kerajaan menangani masalah risiko kebakaran ini," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan kempen keselamatan kebakaran sempena bulan Ramadan dan musim perayaan serta jalinan mesra warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang di sini, hari ini.

Turut hadir, timbalan menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.



Ditanya mengenai faktor kaum bukan Melayu itu memberikan sambutan baik, Abdul Rahman berkata, ia berkemungkinan disebabkan antaranya niat baik kaum itu yang kebiasaannya memiliki perniagaan berjaya untuk menyumbang semula kebaikan kepada komuniti setempat.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis iftar bersama Umno Bahagian Kuantan di lokasi sama di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 (MPK1), beliau mengumumkan kementeriannya meluluskan peruntukan kira-kira RM1 juta untuk kerja menaik taraf kemudahan di Padang MPK1 itu.

Abdul Rahman berkata, kerja menaik taraf itu melibatkan pemasangan lampu limpah bernilai RM750,000 dan RM250,000 untuk menambah baik kemudahan rekreasi di sekitar padang berkenaan. - Bernama
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!