Sunday, 29 May 2016

MCA Tetap Bantu Menangkan Barisan Nasional #PRKKualaKangsar #PRKSungaiBesar

Pertikaian melibatkan Pembentangan usul Rang Undang-undang Persendirian berkaitan RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016. Tiba tiba menjadi satu polimik yang sedikit sebanyak mengelirukan rakyat. Dan ia dijadikan modal politik terutama pihak yang mahu menangguk di air keruh.


Dari apa yang belaku ia jelas menunjukkan ada beberapa penjelasan yang tidak dapat difahami oleh segelintir individu berkenaan perkara ini.

Walau bagaimana pun disebalik perbezaan pendapat ini ia adalah normal dalam mana mana parti diseluruh dunia, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong kekal komited dengan hala tuju pemerintahan Negara ini dibawah Barisan Nasional sekaligus terus berusaha bagi memenangkan calon yang diletakkan oleh UMNO di dua Pilihan Raya Kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang mana kedua dua kerusi ini ditandingi oleh wakil parti dari UMNO.


MCA terus kekal membantu jentera pilihan raya UMNO dan parti komponen yang lain dalam usaha mengekalkan dua kerusi Parlimen yang bakal ditandingi yang jatuhnya pada bulan Ramadhan tahun ini.

Berhubung isu RUU Mahkamah Syariah ini, MCA dalam satu kenyataan, tidak mahu isu berkenaan dipanjangkan.

Kebimbangan MCA ialah seandai sebarang keputusan berkenaan diluluskan kelak tanpa ada pejelasan yang dapat diterima oleh bukan Islam, pastinya rakyat dikalangan terutama kaum Cina dan India akan meminggirkan Barisan Nasional dan sekaligus melemahkan pucuk pimpinan parti dan negara.

Baca Seterusnya...

Saturday, 28 May 2016

MCA Tidak Menentang Islam - Chong Sin Woon

Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon hari ini berkata, Timbalan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong yang mengumumkan keluar parti semalam tidak sepatutnya mengikut emosi dan perasaan semasa membuat keputusan tidak tepat sebagai reaksi terhadap Pembentangan usul Rang Undang-undang Persendirian berkaitan RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016.

"Wira sebenar terus berjuang," Kata Ketua Pemuda MCA yang turut memaklumkan bahawa Pengerusi MCA Kedah, Datuk Lee Chee Leong, telah bertemu dengan Leong bagi membincangkan akan perkara itu.lapor Bernama.

Datuk Dr Leong Yong Kong yang merupakan Adun Gurun, mengumumkan keluar daripada MCA dalam satu sidang media di Alor Setar kerana tidak berpuas hati dengan pembentangan Rang Undang-Undang tersebut.

Sin Woon menegaskan, MCA tidak berhasrat untuk campur tangan dalam hal ehwal Islam selagi ia masih berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan.


"Saya tegaskan bahawa kami tidak menentang Islam dan jangan jerumuskan kami ke dalam konflik agama. Ini adalah pendirian BN dan ia tidak pernah terjejas. Isu hudud bukan agenda kita tetapi Pas," tambahnya.
Baca Seterusnya...

Friday, 27 May 2016

Calon SPM Kerja Sambilan Di McDonald's #McDonaldsMalaysia #McDonalds

Hidup ini selalu diisi dengan berbagai ujian, Dan ketabahan selalu menjadi asam garam yang harus dimiliki. 

Tabahlah menghadapi musibah yang datang menghampiri. Kerana tak ada musibah yang kekal. Sesaat setelah ia datang, tanda-tanda musim bahagia akan terbit jua.

Allah swt telah berfiman dengan jelas bahawa :-
“Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan batas kemampuannya. Baginya ganjaran untuk apa yang diusahakannya, dan ia akan mendapat siksaan untuk apa yang diusahakannya. Dan mereka berkata, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau kami berbuat salah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau membebani kami tanggung jawab seperti Engkau telah bebankan atas orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami janganlah Engkau membebani kami apa yang kami tidak kuat menanggungnya; dan ma’afkanlah kami dan ampunilah kami serta kasihanilah kami kerana Engkaulah Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum kafir.” (Al Baqarah : 287)

Dizaman ini, dunia penuh cabaran dan pelbagai pahit maung kehidupan harus ditempuhi. Sedang admin scroll bloglist admin, admin terbaca artikel yang ditulis oleh sahabat blogger admin Harapan Esok yang mana beliau berkongsi sebuah kisah seorang remaja hidup dengan tabah dan wajar kita dari golongan anak muda hari ini mencontohinya.

Hiduplah kita di negara yang aman dan makmur ini dengan limpah kurniaNya rezeki diserata alam, rebutlah dengan cara yang terbaik. Janganlah hanya tahu mengadu domba dan bersikap menyalahkan orang lain tapi kita sendiri cuba keluar dari kepompong kesempitan hidup.

Bekerjalah dengan penuh ketabahan dan kegigihan. Dengan demikian anda akan melihat hasil yang manis dari pekerjaan anda.

Ayuh baca entry yang dikongsikan ini semoga menjadi teladan kepada kita :-



"Setiap pagi Muhammad Nur Sabilillah Bin Kaharudin atau nama singkatan Sabil akan ke sekolah seperti rakan-rakannya yang lain..tahun ini Sabil akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)..Jadi Sabil perlu belajar lebih kuat..pelajar SMK Dato' Onn, Batu Pahat ini tidak seperti rakan-rakannya yang lain..kudrat anak muda ini perlu dikerah lebih berbanding rakan-rakan...

Tepat jam 2.00 petang Sabil balik sekolah..waktu tengah hari ini kebiasaannya pelajar-pelajar akan mengambil masa untuk tidur bagi mengembalikan tenaga yang telah keluar pada waktu sekolah..namun tidak pada Sabil..waktu balik sekolah merupakan peluangnya untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja sekolah...

Selepas Asar Sabil sudah bersiap-siap untuk pergi kerja..tatkala rakan-rakan yang lain bermain bola dan beriadah, anak muda ini mengerah kudrat untuk bekerja..

Restoran McDonald's di Batu Pahat merupakan tempat Sabil mencari rezeki untuk membantu keluarga..bayangkan seorang pemuda baru berusia 17 tahun sudah memikirkan untuk membantu keluarga...kadang Sabil bekerja membuat burger..kadang membersihkan sisa kotoran..itu semua pengalaman yang mematangkannya...

Kami bertanya kepada Sabil, mengapa memilih McDonald's untuk kerja sambilan..jawapannya McDonald's merupakan sebuah organisasi yang sangat fleksibel..mereka memahami keadaan seorang pelajar sekolah..pihak pengurusan McDonald's membuatkannya selesa untuk bekerja..

Setiap sesi persekolahan baru akan bermula, Sabil akan membawa adiknya ke kedai baju sekolah untuk menyediakan kelengkapan untuk adiknya...Sabil seronok dapat membelikan adiknya pakaian sekolah dan membantu keluarga..bapanya mebuay kerja-kerja kampung dan ibu nya mengambil upah menjaga anak membuatkan anak muda ini lebih beddikari..

Anak kedua daripada tiga beradik ini amat bertanggungjawab..bekerja untuk membantu keluarga..prinsip hidupnya membuatkan kami rasa bangga...di waktu lapang, Sabil menghabiskan waktu dengan sukan memanah...dia berguru dengan Cikgu Khatam iaitu guru sekolah rendahnya di SK Gambut...

Setelah 7 bulan bekerja di McDonald's, Sabil pernah terlibat dengan khidmat sosial yang dijalankan McDonald's yang mana memberi minuman kepada masyarakat di kawasan rekreasi Tasik Y...Sabil mengemari aktiviti khidmat sosial seperti ini, pada bulan April lalu McDonald's ada membuat 'outing' ke Sunway membersihkan Rumah Orang Tua..tetapi Sabil tidak boleh sertai kerana belum cukup 6 bulan bekerja..

Bila ditanya apakah McDonald's menjadi peluang masa depan kepadanya, Sabil menjawab ya dan tidak kisah bekerja asalkan rezeki yang halal...siapa tahu suatu hari nanti Sabil akan menjadi orang penting dalam organisasi McDonald's...itu semua takdir Allah SWT..jika Allah hendak katakan jadi maka jadilah...

Tahniah Sabil..nasihat kami, seimbangkan pelajaran dan kerjaya...berikut beberapa keping gambar Sabil ketika berkhdimat di McDonald's..."

LAGI GAMBAR 
KLIK : HARAPAN ESOK

Baca Seterusnya...

Thursday, 26 May 2016

McDonald's Kota Bharu Sambut Hari Kokurikulum Di Hospital! #McDonaldsMalaysia #McDonalds

Artikel demi atrikel dibuat untuk menyatakan kebenaran dan kepalsuan fakta yang telah dibuat oleh berbagai pihak tentang persoalan dimanakah sumbangan McDonald's disalurkan oleh McDonald's Malaysia.

Sebelum ini banyak dikongsikan didalam blog ini sumbangan dan fakta yang dikeluarkan oleh pihak McDonalds Malaysia terhadap semua tuduhan dan apa peranan McDonalds Malaysia dalam tanggungjawab sosial kepada masyarakat Malaysia.

Sebelum ini McDonald’s Malaysia difitnah sedaya upaya oleh segelintir netizen yang termakan dengan dakyah dan fakta terpesong kononnya McDonald’s Malaysia menyumbang dana kepada penaklukan Palestin oleh Israel. Sedangkan sehingga hari ini tidak ada bukti dan fakta yang kukuh terhadap tuduhan itu, Malahan Duta Palestin di Malaysia juga menyangkal dakwaan tersebut, dengan alasan tidak ada bukti yang merujuk kepada perbuatan tersebut.

Pandangan negetif ini berterusan sehinggakan ada dakwaan kononnya McDonald’s Malaysia tidak halal dan tidak mendapat pensijilan JAKIM. Alhamdulillah, Semua tuduhan ini dijelaskan dengan fakta dan bukti yang kukuh oleh pihak McDonald’s Malaysia.

Hakikatnya di Malaysia, McDonald’s memberikan khidmat sosialnya kepada semua, tanpa prejudis dan tidak mengira latar belakang agama mahupun kaum. 



Sebanyak RM11juta telah disalurkan sehingga kini melalui berbagai program yang diwujudkan oleh McDonald’s Malaysia. Pengagihan sumbangan dilakukan ini adalah untuk memastikan akan dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh insan yang amat memerlukan.

Antara Program Kemasyarakatan oleh McDonald’s Malaysia :-


Kelantan - Pada 19 Mei yang lalu McDonald’s antara menyumbang kepada Hari Kokurikulum Sekolah di Sekolah dalam Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kota Bahru.

Turut hari tersebut berlangsung Majlis penyerahan sumbangan buku-buku latihan terkini dan alat tulis daripada McDonald’s cawangan Kota Bharu. 



Terima kasih kepada semua guru-guru yang diamanahkan untuk mengajar di Sekolah Dalam Hospital (HUSM). Terima kasih dan syabas kerana sentiasa sabar memberi motivasi yang positif kepada pesakit. 











Tidak lupa sekalung ucapan tahniah kepada McDonald’s Malaysia yang tidak jemu memberikan sumbangan dan bantuan kepada para insan yang memerlukan ini.

Jom like page McDonald's Kota Bahru :https://www.facebook.com/McDonaldsKB/

Baca Seterusnya...

RMHC Beri Biasiswa 6 Orang Disetiap Negeri! #RMHC #McDonalds #Biasiswa

6 Orang pelajar dipilih dari setiap negeri untuk menerima biasiswa daripada Ronald McDonald House Charities. 

Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia atau Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC Malaysia) yang dahulu dikenali sebagai Tabung Kebajikan Ronald McDonald Untuk Kanak-kanak Malaysia (RMCC), ialah sebuah badan kebajikan berdaftar (1052190) dan non-profit organization yang telah ditubuhkan pada 15 Februari 1990 bermatlamat untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik daripada aspek pendidikan, kesihatan dan sosial. 



Hasil kerjasama antara McDonald dan kementerian Pendidikan , maka projek bantuan biasiswa ini telah di ujudkan semernjak tahun 2001 lagi. 

Latarbelakang Program Biasiswa RMHC 

RMHC Tunas Wawasan peringkat Wilayah Persekutuan telah dilancarkan pada 22 Mac 1997 . Program ini adalah hasil dari kerjasama di antara RMHC dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Manakala RMHC Tunas Wawasan peringkat Kebangsaan telah dilancarkan pada 2001. Program ini pula adalah hasil kerjasama di antara RMHC dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Di mana melalui program ini, lebih kurang orang pelajar dari setiap negeri di seluruh negara pada setiap tahun telah dianugerahkan biasiswa ini. 

Program biasiswa ini adalah bertujuan untuk membantu para pelajar pintar dari keluarga berpendapatan rendah dengan menganugerahkan mereka biasiswa supaya kesempitan kewangan dapat diringankan serta menggalakkan mereka cemerlang dalam pelajaran. Pelajar-pelajar dari Sekolah-sekolah Menengah di seluruh negara dipilih menerima biasiswa
yang mengandungi perbelanjaan seperti buku-buku atau bahan-bahan bacaan, pakaian seragam, alatulis serta pengangkutan. Bantuan biasiswa ini adalah bermula dari pelajar ini berada di tingkatan 1 (Satu) sehinggalah tamat tingkatan 5 (Lima). 

Kategori BiasiswaBerikut adalah kategori biasiswa RMHC untuk tahun 2016:
Kategori 1Tingkatan 1 & 2Permulaan sekolah* : RM360 x 1
Bulanan : RM 50 x 12
Jumlah setahun : RM960.00
Kategori 2Tingkatan 3 & 4Permulaan sekolah* : RM360 x 1
Bulanan : RM 70 x 12
Jumlah setahun : RM1,200.00
Kategori 3Tingkatan 5Permulaan sekolah* : RM360 x 1
Bulanan : RM 80 x 12
Jumlah setahun : RM1,320.00
* Jumlah ini akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan pada bulan Disember sebelum seisi persekolahan bermula. Keperluan perbelanjaan sekolah dalam setahun seperti berikut :
PerkaraRM
Pakaian seragam sekolah40.00
Kasut & beg sekolah70
Buku-buku tulis & bacaan200
Lain-lain keperluan

Jumlah
50

360.00

Kriteria Pelaiar Yang Berkelayakan
  1. Mestilah berada di tingkatan 1 Sekolah Harian pada tahun 2016. Murid di Sekolah Berasrama Penuh tidak layak dicalonkan.
  2. Pendapatan/gaji pokok ibubapa perajar adalah tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.
  3. Pelajar mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan UPSR. Sekurang-kurangnya memperolehi 4,A’ dalam UPSR.
  4. Pelajar haruslah aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan di sekolah.
  5. Pelajar mempunyai rekod disiplin yang baik di sekolah. Pelajar yang pernah dikenakan tindakan tertib oleh pihak sekolah adalah tidak layak.
  6. Pelajar tidak menerima sebarang biasiswa dari organisasi lain.
Pembayaran Biasiswa
Wang biasiswa dikreditkan ke dalam buku akaun simpanan CIMB Bank Berhad yang akan dibukakan khas untuk setiap penerima biasiswa. Buku akaun akan disimpan oleh Guru Pengelola Biasiswa di sekolah masing-masing.
Pada akhir tahun iaitu bulan Disember, sejumlah RM360.00 (perbelanjaan permulaan sekolah) akan dikreditkan ke dalam akaun CIMB pelajar. Manakala bayaran bulanan (mengikut Kategori Biasiswa) akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan pada setiap 3 bulan.
Biasiswa RMHC Malaysia ini akan berterusan sehingga pelajar tamat persekolahan menengah.
Aktiviti-aktiviti Untuk Pemegang Biasiswa
Selain daripada menganugerahkan biasiswa, RMHC akan menganjurkan aktiviti untuk mereka. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut :
  1. Majlis perjumpaan bersama para pelajar RMHC yang akan diakan di setiap negeri. Majlis ini akan diadakan di salah sebuah restoran McDonald’s terpilih di setiap negeri.
  2. Menimba Pengalaman Di Belakang Kaunter di mana setiap pelajar RMHC akan berkesempatan untuk merasai pengalaman di belakang kaunter dan melihat sendiri sebuah restoran McDonald’s beroperasi. Dari sini, pelajar akan didedahkan dengan perkara seperti komunikasi, koordinasi, semangat kerjasama seperti sebuah pasukan, kualiti & nutrition dan sebag ainy a yang dijalankan di McDonald’s.
  3. Majlis Perjumpaan ini juga memberi kesempatan kepada kesemua para pelajar RMHC ntuk berkumpul dan bertemu di antara satu sama lain. Pada masa yang sama mereka dapat bertukar-tukar fikiran seterusnya dapat memupuk kemesraan di kalangan mereka. Tambahan pula aktiviti-aktiviti sebegini memberi peluang kepada para sukarelawan RMHC untuk bertemu, menyampaikan nasihat dan dorongan kepada para pelalar supaya bersungguh-sungguh dalam mengejar ilmu. Malah dapat mengeratkan lagi hubungan di antara para pelajar dengan para sukarelawan RMHC.

Baca Seterusnya...

Wednesday, 25 May 2016

#PRKKualaKangsar #PRKSungaiBesar "Beribu-ribu turun tetapi PAS kalah juga" - Ketua Pemuda Amanah

Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor memperlekeh kekuatan jentera pilihan raya PAS apabila menyifatkan ia bukan faktor utama kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar. 

Poster yang dikeluarkan oleh jentera PRK PAN
Ketua Pemuda Amanah negeri, Abbas Azmi, berkata mengambil contoh pada pilihan raya umum (PRU) lalu, PAS tewas di Parlimen Jerai, Kedah walaupun jentera parti itu berjaya menarik ribuan hadirin setiap kali ketika berkempen.

"Sekuat mana pun jentera PAS, jika ia tidak diterima pengundi, mereka (PAS) akan kalah juga. Walaupun jentera Amanah sedikit, tetapi ia bukan ukuran. Ini kerana, akhirnya yang akan mengundi dan membuat keputusan ialah pengundi itu sendiri. 


"Kita semua tahu sudah menjadi budaya PAS, setiap kali mereka berkempen atau berceramah, beribu-ribu akan turun mendengar, tetapi mereka kalah juga di Kedah," katanya pada sidang media di sini, hari ini. 


Mengulas lanjut, Abbas berkata, Amanah Selangor tetap dengan pendirian untuk bertanding pada PRK Parlimen Sungai Besar dan semua kerusi milik PAS di negeri ini pada PRU akan datang. "Amanah adalah pengganti PAS, jadi semua kerusi PAS di negeri ini akan jadi milik Amanah," katanya.


Parti Amanah Negara (PAN) mahu membuktikan kemampuan parti itu pada pilihanraya kecil kali ini dan bukannya mengikut langkah PAS yang sekadar melakukan tuntutan semata-mata.

Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad berkata, parti yang baru sahaja ditubuhkan itu harus membuktikan kemampuan bahawa ia layak menggantikan PAS dalam gabungan parti politik pembangkang.

“Ianya sering disebut, PAN pengganti PAS dan mengambil kedudukan dalam PH (Pakatan Harapan) seperti yang pernah diambil PAS dalam PR (Pakatan Rakyat). Itu sekadar dakwaan dan tuntutan semata. Janganlah pula PAN menjadi seperti PAS yang mendakwa ini dan menuntut itu,” katanya.

Menulis di blog, Ahli Parlimen Shah Alam itu juga menyatakan PRK ini memberikan peluang untuk PAN memperolehi kedudukan di hati rakyat.

“Buktikan perjuangannya ada tempat dan sokongan di hati rakyat. Buktikan PAN mampu menggantikan PAS. Dan sekiranya ia dibuktikan, tiada lagi alasan untuk mana-mana pihak melayani kerenah ‘ke sana sini’ PAS,” jelas beliau lagi.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Shah Alam itu juga menyatakan, PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini juga akan menjadi ujian buat kedudukan tidak menentu PAS.

“Selepas PRK ini PAS terpaksa membuat keputusan, kerana keadaan aneh dan janggal mereka tidak boleh berterusan selamanya.

“Perhubungan songsang seperti ini mesti dimuktamadkan. Apakah sebenarnya pendirian PAS? Adakah mereka bersama pembangkang yang ingin menjatuhkan kerajaan BN?

“Atau bersendirian dengan tujuan mendapat kerusi yang cukup untuk menjadi penasihat BN seperti dakwaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa PRN negeri Sarawak atau berhajat mencipta Blok ke 3 yang terdiri dari pihak yang hanya sanggup dipimpin PAS?” soalnya.

BH/AD
25/5/2015 
Baca Seterusnya...

#PRKSungaiBesar "Pengundi Cina Kembali Kepada BN" - Datuk Seri Liow Tiong Lai

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sentimen pengundi Cina di Sungai Besar kini semakin memihak kepada kerajaan BN kerana sebahagian besar permintaan mereka sudah dipenuhi dan menerima baik dasar kerajaan yang sedia ada.

Di PRK Sungai Besar kali ini, Barisan Nasional dikatagorikan bertanding sebagai 'under dog' kerana hanya menang majoriti 339 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu, sekali gus berdepan cabaran amat besar.


"Pengundi Cina sedar hak dan kepentingan mereka hanya terjamin di bawah BN dan mereka harus memberi sokongan padu kepada MCA untuk terus menjadi suara masyarakat Cina dalam BN," katanya. 

Dalam pada itu semua parti komponen BN yang terlibat wajar memberi tumpuan di Sungai Besar ini, dan mengambil beberapa tindakan yang sesuai agar apa yang BN laksanakan berikan impikasi yang lebih baik kepada rakyat di Sungai Besar.

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Perak kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu dalam kempen Pilihan Raya Negeri ke 11 Sarawak.


Baca Seterusnya...

Saintis Cipta Kayu Lutsinar



MARYLAND - AMERIKA SYARIKAT. Saintis di University of Maryland berjaya mencipta kayu lut sinar yang lebih kukuh dari kayu biasa.

Menurut laporan CNN, saintis meramalkan kayu lut sinar tersebut mampu menjadi pengganti plastik.

Kata Dr. Liangbing Hu, kayu biasa perlu menjalani beberapa proses kimia untuk menghilangkan warna kayu tersebut.

Kemudian, beberapa unsur penguat seperti 'epoxies' digunakan untuk memperkukuhkan struktur kayu. Selain plastik, kayu lut sinar juga berpotensi untuk menggantikan cermin.


"Cermin tingkap adalah masalah besar pada musim panas dan musim sejuk. Mereka mempunyai pembahagian suhu (thermal isolation) yang teruk)," kata Dr. Liangbing.

Kat Dr. Liangbing, kayu merupakan 'insulator' yang semulajadi, jadi kayu lut sinar mampu membahagikan suhu dengan efektif.

"Kayu lutsinar juga berpotensi untuk dijadikan sama kuat atau lebih kuat dengan keluli.

"Cuma bezanya, kayu yang diperkuatkan akan lebih ringan dari keluli itu sendiri," jelas Dr Liangbing. - http://edition.cnn.com/2016/05/23/architecture/clear-wood-architecture/
Baca Seterusnya...

Monday, 23 May 2016

Kerajaan Beri 30 Peratus Diskaun Tambang Bas Antara Bandar Hingga Hujung Tahun Ini #SPAD

Kerajaan akan melanjutkan diskaun 30% bagi pengguna perkhidmatan bas antara bandar bagi laluan dari Rawang, Klang dan Seremban ke Kuala Lumpur mulai 1 Mac 2016 sehingga 31 Disember 2016. 


Inisiatif yang diperkenalkan pada 1 September 2015 ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk meringankan kos perjalanan harian bagi pengguna yang menetap di kawasan pinggir bandar dan yang bekerja di pusat bandar Kuala Lumpur. Disamping itu, diskaun ini juga bertujuan untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam secara lebih meluas dan akan memberi manfaat kepada orang ramai yang memilih pas bulanan bagi perjalanan mereka. 

Pengguna yang berminat boleh membeli pas bulanan daripada pengendali pilihan, seperti tertera di jadual yang berikut: 


Nota :

*LALUAN KHAS : Perkhidmatan langsung dari dan ke Terminal – Kawasan Pejabat / Kawasan Perumahan ke Pejabat 
**BET 5: Bandar Tasik Puteri – Country Home – Kuala Lumpur
BET 6: Bukit Beruntung – Kuala Lumpur 

Diskaun ini adalah tertakluk pada terma dan syarat, dan ianya terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang menetap di Seremban, Klang dan Rawang dan bekerja di Kuala Lumpur. Borang aplikasi boleh dimuat turun melalui www.spad.gov.my. Di samping itu, borang aplikasi juga boleh didapati di kaunter tiket pengendali bas yang yang ditetapkan sepertimana dalam jadual diatas.
Baca Seterusnya...

Kisah Palsu Kucing Nabi Muhammad saw?!


Anda pernah mendengar kisah tentang kucing peliharaan Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam? Dalam kisah yang banyak beredar di internet disebutkan:

Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza (Muizzah). Suatu saat, di kala Nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai di atas jubahnya. Tak ingin mengganggu hewan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.
Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak 3 kali. Dalam aktivitas lain, setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di taruh dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengeong ketika mendengar adzan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan. Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, layaknya menyanyangi keluarga sendiri.
Sungguh kisah yang sangat menarik, betapa seseorang setingkat Rasulullah pun menyayangi kucing demikian besarnya. Namun, kisah tentang kucing peliharaan Nabi ini tidak disebutkan sama sekali dalam kitab-kitab hadits, yang arttinya kisah ini adalah kisah palsu. Sehingga kaum Muslimin haram untuk menyebarkannya.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda,
إِنَّ كَذِبًا عَلَىَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ ، مَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
“Sesungguhnya berdusta atas namaku tidaklah sama dengan berdusta pada selainku. Barangsiapa yang berdusta atas namaku secara sengaja, maka hendaklah dia menempati tempat duduknya di neraka.” (HR. Bukhari no. 1291 dan Muslim no. 4).
Beliau Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam juga bersabda,
مَنْ رَوَى عَنِّى حَدِيثًا وَهُوَ يَرَى أَنَّهُ كَذِبٌ فَهُوَ أَحَدُ الْكَاذِبَيْنِ
“Siapa yang meriwayatkan dariku suatu hadits yang ia menduga bahwa itu dusta, maka dia adalah salah seorang dari dua pendusta (karena meriwayatkannya).” (HR. Muslim) 
Baca Seterusnya...

Seorang Suspek Rogol-Bunuh Enno Farihah Hampir Lepas!

Salah seorang dari tiga suspek yang didakwa telah membunuh Enno Farihah, telah dilepaskan berikutan bukti tidak mencukupi. Namun, pihak polis Mapolda Metro Jaya telah mengambil masa tiga hari untuk mengumpul segala bukti-bukti yang berkaitan dan akhirnya berjaya merungkai segala persoalan berhubung kes ngeri itu. 


Lapor Merdeka.com, dengan terungkainya tiga persoalan utama dalam kes itu meletakkan ketiga-tiga mangsa bakal berdepan dengan hukuman gantung sampai mati mengikut undang-undang negeri itu berkaitan pembunuhan terancang. 


1. Pemikiran Pelaku dan Motif

Siasatan awal pihak polis mendapati, Rahmat (16) telah memujuk Enno untuk bertemu buat kali terakhir setelah dia difahamkan bahawa Enno akan dikahwin dengan lelaki lain oleh orang tuanya. 

Bagaimanapun, Enno enggan bertemu dengan Rahmat. Tetapi setelah termakan pujuk rayu lelaki itu, dia akhirnya bersetuju.

Menurut pengakuan Rahmat, mereka sempat berpelukan sehinggalah ketika dia mengajak mangsa melakukan hubungan intim. Mangsa terpaksa menolak kerana takut hamil dan tindakan itu akan mengecewakan bakal suaminya. 

Berang dengan jawapan mangsa, Rahmat terus keluar dari rumah itu. 

Kesemua suspek tidak mengenali satu sama lain, tetapi mengenali mangsa.

2. Kewujudan 3 Pelaku Dalam Masa Yang Sama

Ketika Rahmat keluar dari asrama yang didiami Enno, dia sempat menghisap rokok di depan pintu gerbang asrama berkenaan. Dari situlah dia bertemu dan mengenali Arif (24) yang kebetulan lalu di situ. 

Arif merupakan pekerja di kilang yang sama dengan Enno, tinggal di belakang asrama Enno. 

Hairan dengan kehadiran Rahmat, lalu Arif bertanya mengapa dia berada di situ pada tengah malam. Sedang mereka berdua rancak berbual, Imam (24) kemudian lalu di situ dan berkenalan dengan mereka berdua serta turut bertanyakan soalan yang sama. 

"Mengapa kamu berdua ada di depan rumah Enno?" 

Difahamkan Enno merupakan wanita yang dicintainya.

Terlanjur berkenalan, lalu Rahmat menceritakan hubungannya dengan Enno dan Enno bakal dikahwinkan oleh orang tuanya dengan lelaki pilihan mereka. Arif juga mengakui dia menyukai Enno malangnya tidak dilayan. Begitu juga dengan Imam. Ekoran itu, Arif dan Imam mengajak Rahmat memperkosa Enno. 

"Perkosa saja dia kerana dia tidak akan pernah menjadi kekasih engkau lagi,"

Rahmat bersetuju dan terpengaruh dengan dua lelaki terbabit, mereka terus pergi dan masuk ke dalam rumah mangsa dan memperkosanya secara bergilir-gilir.

Imam menekap mulut mangsa menggunakan bantal semasa Arif memperkosa mangsa. Rahmat pula disuruh mencari pisau setelah selesai memperkosa Enno. 


3. Kewujudan Cangkul

Rahmah mencari pisau di dapur tetapi gagal menemuinya. Kemudian dia keluar dari rumah dan menemui cangkul yang diletakkan tidak jauh dari pintu rumah mangsa.

Rahmat kemudian menyerahkan cangkul itu kepada Arif tetapi Arif enggan mengambilnya dan menyuruh Rahmat memukul kepala mangsa. Rahmat berkata, ketika dia memukul kepala mangsa dengan cangkul, dia menutup matanya. Pukulannya itu telah menyebabkan wajah mangsa terkoyak sehingga memercikkan darah.

Geli melihat darah yang memenuhi bilik mangsa, mereka bertiga keluar dari bilik itu. Bimbang mangsa selamat dan akan melaporkan kejadian itu kepada polis, lalu ketiga-tiga mereka bersepakat untuk menamatkan riwayat Enno dengan menyulanya menggunakan cangkul sehingga menyebabkan mangsa maut dalam keadaan yang amat mengerikan. 

Ketua Balai Polis Mapolda Metro Jaya, Krishna Murti berkata, teka teki pembunuhan sadis Enno telah terungkai sepenuhnya. Kes pembunuhan Enno merupakan kes pembunuhan yang paling ngeri pernah dilihatnya sepanjang karier sebagai anggota polis.


Ketiga-tiga tertuduh juga telah mengakui perbuatan mereka dan difahamkan mereka akan dikenakan hukuman gantung sampai mati. - PIXEL MEDIA
Baca Seterusnya...

Sunday, 22 May 2016

SPAD Guna Pakar Untuk Siasatan Insiden Tren Kuala Kubu Bharu #SPAD #ETS

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menjalankan panel inkuiri bagi insiden antara tren Electric Train Service (ETS) dan Ekspres Rakyat di km322 berhampiran stesen Kuala Kubu Bharu yang telah berlaku pada 7 Mei 2016. 

Panel inkuiri tersebut terdiri daripada pakar-pakar industri seperti Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), Institut Jurutera Malaysia (IEM), Kementerian Pengangkutan dan pihak akademik.



Seramai 10 penumpang cedera dalam kejadian pada hari tersebut apabila dua tren milik KTMB bertembung di Kuala Kubu Bharu selepas melalui Stesen Komuter Batang Kali.

Kemalangan itu membabitkan sebuah kereta api 13 gerabak yang bertolak dari Butterworth, Pulau Pinang menghala Kuala Lumpur dan sebuah kereta api ETS enam gerabak dari ibu negara ke Ipoh, Perak.

Pasukan bomba dari Balai Bomba Kuala Kubu Bharu dan Puchong dikejarkan ke tempat kejadian, selepas menerima panggilan pada jam 1.48 tengah hari hari tersebut. Pada ketika kejadian, terdapat 510 penumpang berada dalam kedua-dua kereta api itu.

Melalui hasil siasatan awal oleh KTM Berhad yang akan dibentangkan, panel inkuiri ini akan mengenal pasti punca insiden tersebut, serta kemungkinan kesilapan untuk mengikuti prosedur. Panel ini juga akan menyemak kecekapan tindak balas kecemasan dan menangani jurang keselamatan yang akan dikenalpasti ketika inkuiri dijalankan. Bagi membantu inkuiri ini, individu-individu yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung akan diminta untuk hadir bagi memberikan keterangan.

Insiden ini akan disiasat di bawah Seksyen 161 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD). Berdasarkan inkuiri insiden rel yang pernah dijalankan oleh SPAD, siasatan ini dijangkakan akan mengambil tempoh masa selama tiga (3) bulan.


Baca Seterusnya...

LRT3 Dijangka Siap Menjelang Tahun 2020 #LRT3 #Prasarana #SPAD

Cadangan Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3) merupakan projek yang dibangunkan selaras dengan Pelan Pembangunan Rel Bandar di bawah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Ia adalah sebahagian daripada Pelan Induk Nasional Pengangkutan Awam Darat ke arah pembangunan sistem pengangkutan awam darat yang cekap, efisien, bersepadu dan mapan bagi meningkatkan tahap sosio-ekonomi dan kualiti hidup yang lebih baik. Ia bertujuan untuk menghubungkan Bandar Utama ke Klang dengan jarak keseluruhan 36km dan merangkumi 25 buah stesen. Kerja-kerja pembinaan dimulakan pada tahun 2016 setelah mendapat kelulusan daripada pihak berwajib dan dijangka siap menjelang tahun 2020.



LRT3 merupakan saah satu daripada inisiatif bagi mengukuhkan kecekapan rel dan menyokong usaha dalam meningkatkan perkongsian mod pengangkutan awam kepada 40% menjelang 2030 berbanding 21% pada masa kini.



Ia akan berfungsi sebagai tulang belakang bagi memberikan perkhidmatan antara kawasan Koridor Barat Lembah Klang dengan pusat bandar Kuala Lumpur menerusi integrasi di 5 buah stesen termasuklah One Utama dengan MRT Laluan Sg. Buloh-Kajang, Stesen 3 dengan LRT Laluan Kelana Jaya, Stadium dan SIRIM dengan BRT Kuala Lumpur-Klang,serta Klang dengan KTM Komuter Laluan Batu Caves-Pelabuhan Klang.


Ia dapat mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang lebuhraya dan jalan-jalan utama ke pusat bandar Kuala Lumpur.4.Ia memberi akses pengangkutan yang baik terutamanya ke tempat kerja, kawasan komersil, kawasan perumahan, institusi pendidikan dan kawasan rekreasi.


Manfaat LRT3:

1. Meningkatkan kemudahan perjalanan yang efisien dalam membantu masyarakat untuk memenuhi matlamat dan keperluan peribadi.
2. Mengurangkan tekanan dan kesesakan trafik 

3. Menggalakkan pembangunan dan kegiatan ekonomi serta meningkatkan produktiviti.
4. Menggerakkan lebih ramai penumpang berbanding mod pengangkutan lain pada kadar 36,720 penumpang sejam.



Jajaran: 


Sisihan Piawai Jajaran : 30 Meter




Persemboyanan dan Komunikasi:

1. Kawalan Tren Berasaskan Komunikasi (CBTC) dengan Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC)
2. Sistem Paparan Maklumat untuk Penumpang (PIDS)
3. Sistem Siaraya (PA System)


Stok Kereta:

1. Modular (2/4/6 gerabak) - Tembus lalu hujung ke hujung
2. Kelajuan Operasi Maksimum : 70km/jam
3. Kapasiti : 12,240 Penumpang setiap Hala setiap jam (PPHPD)
4. Kekerapan Minimum : 120 saat


Ciri-ciri Keselamatan:

1. Sistem-sistem Pengesanan Pencerobohan/Pintu Skrin Platform
2. Sistem Televisyen Litar Tertutup (CCTV)
3. Sistem Perlindungan Kebakaran


Sistem Bas Pengantara:

1. Merangkumi dan meliputi kawasan yang lebih meluas melebihi jarak berjalan kaki (lebih 400m)
2. Jangka masa perjalanan - Maksimum 30 minit
3. Jarak jangkauan (Jejari) - 3.0km dari stesen
4. Sistem tiket tanpa tunai
Kemudahan di Stesen

Jenis Stesen: 

1. 24 buah stesen di atas landasan ternaik (elevated stations) dan 1 buah stesen di bawah tanah (underground station) 
2. Berintegrasi (KTM Komuter, LRT Laluan Kelana Jaya, BRT Kuala Lumpur - Klang, MRT Laluan Sg. Buloh - Kajang) 


Kemudahan mengambil dan menurunkan penumpang: 

1. Hentian sebelah untuk bas dan teksi 
2. Parkir dan Gerak (Park & Ride / P&R) 
3. Turunkan & Gerak (Kiss & Ride / K&R) 
4. Kawasan letak kereta khas bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) 


Laluan / Jambatan untuk Pejalan Kaki: 

1. Laluan berbumbung 
2. Jambatan untuk pejalan kaki 
3. Kemudahan untuk OKU(laluan taktil, tanjakan (ramps) mengikut keperluan) 
4. Pencahayaan yang mencukupi & ciri-ciri keselamatan 


Kemudahan awam: 

1. Lif & eskalator 
2. Tanjakan (ramps) untuk OKU 
3. Tandas awam 
4. Surau & tempat wudhuk 
5. Pusat khidmat pelanggan 
6. Kawasan niaga 
7. Telefon awam 

Jualan tiket & tambah nilai: 

1. Mesin Jualan Tiket 
2. Kaunter Tiket 

baca lagi info di : http://lrt3.com.my/v14/


Fakta Menarik LRT3:-






Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!