Saturday, 30 April 2016

80 Peratus Pengguna Pilih UBER Dan GrabCar! #SPAD

80 PERATUS PENGGUNA PERKHIDMATAN AWAM KINI MEMILIH UBER DAN GRAB CAR BERBANDING TEKSI

Kini sebanyak 80 peratus pengguna perkhidmatan awam UBER dan GrabCar. Tinjauan ini diperolehi secara ‘online’ melalui bancian yang telah dijalankan pada tahun lepas. UBER dan GRabCar menjadi pilihan kerana mudah diakses melalui aplikasi telefon pintar sahaja. Selain itu, sifat kurang sopan yang ditonjolkan oleh pemandu teksi selain tidak menggunakan meter pemanduan dan meletakkan harga sesuka hati dan ditambah pula dengan keadaan teksi yang berbau menyebabkan perkhidmatan teksi bukan lagi menjadi keutamaan masyarakat di ibu kota.

Pendedahan fakta ini telah didedahkan sendiri oleh Tan Sri Dr Syed Hamid Albar yang merupakan Pengerusi SPAD. Beliau berkata demikian dalam Syarahan Umum Akademi SPAD (PLS) pada Isnin lalu di Shah Alam. 

Dalam pada itu beliau menyeru agar pemandu teksi berubah dan mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatannya disamping memastikan keselesaan teksi dan tidak berbau. Dalam satu sesi soal jawab bersama pemandu teksi, seorang pemandu teksi telah melahirkan perasaan tidak puas hatinya kepada UBER yang didakwa menjejaskan punca pendapatannya sehinggakan mahu perkhidmatan teksi diharamkan untuk memberi laluan kepada UBER.

“Janganlah marah dengan emosi tidak terkawal sampaikan UBER punya pasal ada yang minta perkhidmatan teksi diharamkan pula. Jangan berputus asa, sebaliknya lawanlah UBER secara sihat. Tunjukkan anda lebih baik dan berkualiti,” katanya.

Syed Hamid juga berkata SPAD akan mengemukakan hasil bancian itu serta kajian mengenai cadangan sama ada untuk membenarkan perkhidmatan UBER dan Grabcar atau tidak kepada kerajaan tidak lama lagi. Namun seperti yang dimaklumkan proses untuk memberi kelulusan masih lagi di peringkat perbincangan.

“Baru-baru ini saya menemui Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan kami telah membincangankan beberapa isu kerana aplikasi telefon dan atas talian adalah di bawah bidang kuasa mereka.

“Di samping itu, terdapat beberapa isu mengenai perkhidmatan UBER dan GrabCar di mana ia tidak memberi jaminan keselamatan kepada penumpang. UBER juga tidak mempunyai maklumat pemandu memandangkan ramai daripada mereka memandu secara sambilan dan tidak berdaftar dengan kita,” katanya.


“Bagi SPAD, kami mesti memastikan industri teksi terus berkembang dan tidak diketepikan daripada sistem pengangkutan awam. Sungguhpun begitu ada beberapa isu dalam industri teksi yang perlu kita selesaikan, antaranya ialah pendapatan sesetengah golongan yang di bawah garis kemiskinan.

“Tetapi pada masa yang sama, pemandu teksi di negara ini mesti meningkatkan standard supaya mereka dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan penumpang merasa selesa.

“Pada ketika ini kita lihat situasinya tidak begitu bagus. Ia perlu diubah. SPAD sudah menamatkan siri makmal mengenai industri teksi bersama pihak-pihak berkepentingan dan laporannya sudah siap dan akan dikemukan kepada kerajaan tidak lama lagi,” katanya.

Apabila melihat hasil tinjauan yang dibuat terhadap UBER ini jelaslah bahawa masyarakat kita kini mahukan satu transformasi dalam bidang pengangkutan awam khususnya berkenaan UBER dan GrabCar. Hal ini kerana perkhidmatan yang mereka lebih mesra pelanggan berbanding dengan perkhidmatan teksi yang senyum pun lokek untuk diberikan kepada pelanggannya sendiri.
Baca Seterusnya...

"Lawanlah UBER Secara Sihat" - Tan Sri Dr Syed Hamid Albar #SPAD

STRATEGI PEMANDU TEKSI MELAWAN PERKHIDMATAN UBER TELAH DIDEDAHKAN OLEH PENGERUSI SPAD

Pelbagai persepsi negative telah dilontarkan oleh pemandu teksi kepada perkhidmata UBER. Lebih-lebih lagi selepas munculnya perkhidmatan UBER, sumber pendapatan pemandu teksi terganggu. Setakat ini, antara alasan yang lapuk telah diberikan oleh pemandu teksi ialah,UBER tidak membayar beberapa jenis sewa dan tiada lesen PSV. Malahan SPAD yang tidak bertindak pun dilibatkan untuk memburukkan UBER.

Walaubagaimanapun, alasan-alasan ini hanyalah untuk menutup kelemahan mereka sendiri. Hal ini kerana, hanya UBER sahaja adalah pesaing rapat mereka dan UBER ini perlu dihapuskan bagi kelangsungan mereka sendiri. Namun, dalam tidak sedar tindakan yang telah mereka lakukan ini telah menimbulkan persepsi tidak baik kepada pemandu teksi.


Dalam hal ini, tidak perlu untuk menyalahkan UBER kerana, sikap yang ditunjukkan oleh pemandu teksi sendiri menyebabkan perkhidmatan teksi telah menjadi pilihan terakhir masyarakat dalam menggunakan kenderaan awam. Lebih-lebih pada baru-baru ini telah diadakan dua demonstrasi yang dianjurkan beberapa kumpulan pemandu teksi di tengah-tengah ibu kota kerana bantahan terhadap UBER. Namun mereka tidak bahawa tindakan yang telah mereka lakukan ini telah membawa kepada ‘traffic jam’ yang teruk pada masa itu.

Bercakap mengenai sikap pemandu teksi ini sudah didedahkan sikap mereka yang mengaut keuntungan orang awam yang menggunakan perkhidmatannya. Tidak menggunakan meter, memanipulasi meter dan mengenakan cas melampau kepada pelancong. Selain itu masalah kenderaan yang berbau rokok, cara pemakaian pemandu yang tidak kemas. Hairannya akan sikap mereka ini apabila selalu mengutuk pihak kerajaan, ini menggambarkan hanya mereka (baca Pemandu Teksi) saja yang betul.

Dikatanya pula pihak kerajaan tidak memberikan bantuan kepada perkhidmatan teksi. Padahal suudah pelbagai jenis bantuan yang telah diberikan seperti Bantuan Tayar 1 Malaysia dan kerajaan juga telah menggesa agar tambang teksi dinaikkan demi menjamin kesenangan mereka sendiri. Namun mereka menyeleweng dalam penggunaan meter, sudah banyak bukti didapati hasil daripada penyamaran pihak SPAD terhadap pemandu teksi.

Berdasarkan ‘survey’ atas talian yang dilakukan oleh SPAD. Sebanyak 80 peratus orang awam kini menjadikan GRAB CAR dan UBER sebagai perkhidmatannya pengangkutan utamanya berbanding dengan teksi. Menurut Tan Sri Dr Syed Hamid Albar selaku Pengerusi SPAD, isu keluhan dan rungutan pemandu teksi ini sudah lama dalam pengetahuannnya.

Dalam ucapannya ketika Syarahan Umum SPAD (PLS) pada isnin lalu. "Janganlah marah dengan emosi tidak terkawal sampaikan UBER punya pasal ada yang minta perkhidmatan teksi diharamkan pula. Jangan berputus asa, sebaliknya lawanlah UBER secara sihat. Tunjukkan anda lebih baik dan berkualiti,”

Ujarnya lagi, "terdapat beberapa isu mengenai perkhidmatan UBER dan GrabCar di mana ia tidak memberi jaminan keselamatan kepada penumpang. UBER juga tidak mempunyai maklumat pemandu memandangkan ramai daripada mereka memandu secara sambilan dan tidak berdaftar dengan kita,"

Dalam hal ini jelaslah bahawa, keselamatan akan perkhidmatan UBER ini amatlah diragui selain tiada daftar pemandu. Sebelum ini SPAD sendiri telah mengadakan operasi bagi mengesan pemandu UBER ini. Namun untuk mendaftar UBER mengikut undang-undang masih lagi dalam peringkat pihak SPAD.

Sepatutnya mereka (baca Pemandu Teksi) mewujudkan persaingan lebih sihat dengan pemandu UBER. Perkara sebaliknya berlaku apabila, pemandu teksi melemparkan tuduhan yang buruk kepada UBER. Namun, pengguna masih menggunakan perkhidmatan UBER berbanding teksi. Ubahlah mentality dan pemikiran wahai pemandu teksi sekalian sekiranya ingin terus maju.
Baca Seterusnya...

Saturday, 23 April 2016

Daging Ayam McDonald's Tiada Masalah Dengan El Nino! #McDonalds #McDonaldsMalaysia


Negara dilanda fenomena panas melampau (El Nino) yang mana di sesetengah tempat bekalan air telah mula dicatu lantaran ketiadaan sumber air bersih terutama dari sumber air empangan.

Fenomena ini menyumbang kepada terjadinya strok haba atau dihidrasi mungkin akan belaku sekiranya kita terdedah dipesekitaran kering dan panas terutama dibawah terik sinaran matahari dan kurangnya pengambilan air minuman. Malahan haiwan ternakan juga boleh terjejas tahap kesihatannya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata haiwan ternakan seperti ayam tidak terkecuali didalam antara haiwan yang dikuatiri terbantut pembesarannya lantaran tekanan dari cuaca yang melampaui ini.

Menurut Shabery, cuaca panas yang melanda negara kini menyebabkan ayam mengalami 'stress' yang mana akan menyebabkan proses pebesaran ayam terbantut.

Dakwaan ini terbukti didalam kajian yang dilakukan sebelum ini, akan tetapi masalah ini lebih berat menimpa dikalangan pengusaha ayam ternakan cara tradisional atau reban ayam terbuka. Contohnya ayam sedia untuk disembelih selepas usia 40 hari namun akibat tekanan ini ia menjadi 45 hari..tempoh tambahan umur.Jarak masa ini menyebabkan pengusaha mengalami kerugian.Ia tidak termasuk ayam yang mati akibat kepanasan melampau kali ini.

Bagi pusat penternakan ayam yang membekalkan ayam kepada restoran McDonald's Malaysia seluruh Negara. Fenomena El Nino ini tidak member kesan kepada pembekalnya.ini kerana, pusat penternakan yang dikendalikan oleh Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd (DPDC) menggunakan cara teknologi canggih dalam sistem penternakan ayam mereka.



Antaranya, Di pusat ternakan DPDC ini fasilitis dilengkap kipas gergasi di reban moden mereka bagi mengawal suhunya dalam antara 25-29 darjah celcius. Malahan, setiap inci kawasan ini dikawal rapi sehinggakan perkerja dan pelawat yang hendak masuk ke reban moden ini perlu melalui saringan mengikut standard operating procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh DPDC.

Untuk memasuki kedalam kilang DPP, semua pelawat dikehendaki meninggalkan barang-barang logam dan memakai pakaian yang dikhaskan. Pelawat juga dikehendaki mencuci tangan. Tahap kesihatan pelawat juga amat dititik beratkan. Sekiranya pelawat yang ingin memasuki kawasan kilan didadapi tidak sihat, beliau tidak akan dbenarkan masuk. Setiap pergerakan pelawat akan dipantau dengan ketat supaya pelawat sentiasa peka dengan undang-undang yang telah ditetapkan. 

Peraturan yang sama turut dikenakan di tempat ternakan dan penyembelihan. Kawasan di tempat penyembelihan amat bersih. Tiada langsung sebarang bau ayam, darah mahupun najis seperti mana yang selalu kita temui di tempat-tempat penyembelihan ayam seperti di pasar basah. 

Di pusat penyembelihan DPP ini, hanya 18 orang pekerja sahaja yang berkhidmat untuk tujuan penyembelihan. 18 orang pekerja ini akan dibahagikankan mengikut 5 orang satu kumpulan. Setiap kumpulan bekerja akan menyembelih sekitar 3,500 ekor ayam. Selepas selesai 3,500 ekor, mereka akan bertukar syif dan 5 orang lagi yang berikutnya akan mengambil alih tugasan. Setiap hari purata 18 orang penyembelih ini akan menyembelih dalam lingkungan 80,000-85,000 ekor ayam. 

Setiap tukang penyembelih dipastikan mempunyai kelayakan sijil untuk menyembelih yang diperakui oleh Jabatan Agama Islam Negeri agar penyembelih mematuhi syarat penyembelihan mengikut hukum syarak. Diingatkan juga Jabatan Agama Islam Negeri juga kerap melakukan pemeriksaan mengejut untuk memantau operasi penyediaan ayam mentah ini. 

Pisau pemotong yang digunakan oleh penyembelih juga akan diganti setiap enam bulan bagi menjamin kebersihan dan mengawal kualiti sembelihan. Disebabkan oleh kawalan kualiti, kebersihan dan kepatuhan kepada hukum syarak yang begitu tinggi, DPP mendapat kepercayaan McDonald's Malaysia untuk pembekalan ayam kepada rangkaian restoren berkenaan di seluruh Malaysia sejak dari tahun 2012.




Hal hal ini dilakukan bagi mempastikan kualiti ayam yang dibekalkan adalah mematuhi keselamatan makanan, mengikut syarak dan piawaian antarabangsa yang digariskan. Kepada penggemar ayam McDonald's anda tidak perlu rasa was-was dengan kualiti ayam yang ditawarkan. Kerana kualiti produk sajian McDonald's amat dijaga rapi daripada proses telur sehingga kepada anda. 

Pihak Jabatan Agama Islam Perak kerap mengadakan lawatan mengejut ke kilang pembekal penternakan ayam Dinding Poultry Development Centre Sdn Bhd (DPDC) ini dan pusat penyempelihan ayam Dinding Poultry Processing (DPP) bagi mempastikan operasi mereka mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh JAKIM.

Kilang tenakan DPDC dan pusat proses ayam DPP ini dibawah kumpulan Malayan Flour Mills Berhad (MFM) rangkaian MFM ini bertanggungjawab menyediakan daging segar untuk McDonald's. Selain MFM, McDonald's juga turut mempunyai pembekal lain seperti MacFood (Daging Proses) dan Aryzrta Malaysia Sdn Bhd yang mana menyediakan roti untuk McDonald's.
Baca Seterusnya...

Melayu Sarawak 'Anak Ayam' Makan Dedak! - DAP #DAPRasis

Portal berita milik DAP, Roketkini.com jelas bersikap kurang ajar apabila menuduh kaum bumiputera Sarawak ibarat ‘anak ayam’ yang hanya makan dedak dan bersuap manakala beraknya ditadah oleh UMNO.

Menurut portal berita berkenaan, bumiputera di Sarawak tetap melihat UMNO sebagai sebuah parti politik yang menjaga kepentingan anak-anak pribumi meskipun telah terpalit dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Pergi matilah isu 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), itu semua tak ada yang peduli,” kata artikel berkenaan.

Lebih tidak beradap, portal itu juga turut menyindir kaum Melayu secara keseluruhannya sebagai kawanan ‘anak ayam’ yang sentiasa memerlukan ‘ibu ayam’ iaitu UMNO.

Melayu didakwa sebagai satu kaum yang perlu dijaga, disuap makan minumnya dan dijamin masa tidur rehatnya sama seperti anak ayam.

“Semua ini diselenggara induk (ibu ayam) Melayu yang kita kenali hari ini sebagai UMNO. Tidak perlu peduli lah sama ada ia korup asalkan simbol-simbol kuasanya (kaum Melayu) tidak digugat,” dakwa portal berita berkenaan.

Artikel berkenaan dipercayai dikeluarkan DAP gara-gara berang dengan kegagalan parti itu menghasut kaum Melayu supaya menolak UMNO dan menyokong parti rasis itu terutamanya di Sarawak.

“Barangsiapa yang melanggar adat mentaliti ayam akan dihukum kufur nikmat seraya dihalau keluar lingkungan,” kata portal berita berkenaan lagi. - bnbbc.my


Baca Seterusnya...

Thursday, 21 April 2016

Bubur Ayam McDonald's Bila Bila Masa! #McDonalds #McDonaldsMalaysia


Hari ini penulis berada di Miri, Sarawak, Akibat kesibukan dengan kerja hakiki penulis, ada masanya terlepas waktu makan, kadang kala makan tengahari atau makan malam. Jika difikirkan teramat sukar untuk mencari juadah yang bersesuaian dengan selera makan kita jika berada di tempat orang. 

Ada yang masakannya disini dikuatiri halal (maklum la tak biasa) dan kebersihnya, masakan yang jarang dirasa, tempoh masa perniagaanya juga singkat dari tempat asal penulis. Kadang kala penulis diwaktu tengah malam baru lapar cari makanan.



Penulis menginap di sebuah hotel dikawasan bandaraya Miri yang penuh warna warninya dimalam hari. Tidak jauh dari tempat penginapan ini terletaknya sebuah cawangan McDonald’s 24 Jam di Jalan bulan Sabit, Miri.

Lapar dan penat nak memikirkan apa yang mahu dimakan waktu dinihari, penulis memesan juadah yang boleh dikatakan kegemaran penulis iaitu Bubur Ayam McDonald’s. Pada pendapat penulis, Bubur ini sesuai dimakan bila bila masa malah rasanya tetap sama walau dimana ia disajikan oleh restoran McDonald’s. 


Yang menariknya Bubur Ayam Mcdonald’s kini dihidangkan dengan saiz yang berbeza, Jadi tak perlulah memesan lebih dari satu pesanan jika kini sudah boleh menukar saiznya dari biasa (regular) hingga ke saiz “Family Size”. 

Penulis tertarik dengan nama “Family Size” yang mana ia secara jelas memupuk para pelanggannya agar menikmati juadah disini untuk masa yang berharga bersama kumpulan dan keluarga khususnya. Sifat kekeluargaan yang ada didalam cara persembahan McDonald’s hidangan ini sangat baik. Berkongsi makanan bersama dan berbual soal keluarga dan kerja dipersekitaran restoran yang selesa dan menarik. 



Penulis juga pernah membawa rakan rakan sekerja untuk menikmati juadah ini bersama sama. Berkongsi idea dan pendapat sambil menikmati hidangan yang berkualiti di restoran McDonald’s ini dah ianya semestinya halal dan berkualiti. Setakat belanja makan di McDonald’s tak jadi hal la..

Jangan kata Abang tak payung…
Baca Seterusnya...

Debat batal, jangan LGE fikir beliau menang! #MCA #LGERasuah

BELUM MASANYA LAGI UNTUK LIM GUAN ENG MENDABIK DADA- WEE KA SIONG 

Seperti yang kita tahu bahawa,debat antara Lim Guan Eng dengan  Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul  .Itubukanlahlesenuntuknyamendabikseolah-olah seperti orang menang dalam sebuah kerana hal itu seperti tindakan orang ‘gilabayang’ sahaja yang selalu melakukannya.Masakan tidak apabila kini dia(baca Guan Eng) telah membeli Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai saham untuk surivival politiknya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.


Namun, Guan Eng yang merupakan Setiausaha Agung DAP harus berdepan dengan reality dan perlu menjawab kepada rakyat atau pihak berkuasa yang sedang menyiasat isu banglo dan tanah Taman Manggis.Tindakannya yang menjemput Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabuddin Yahaya bersoal jawab dengannya di KOMTAR bukan suatu perkara yang boleh disifatkan sebagai gentleman kerana belum pernah lagi melihat orang membuka gelanggang sendiri untuk mengajak orang lain yakni lawannya untuk bertarung di gelanggangnya sendiri. 

Tidak cukup dengan itu, dijemput pula wartawan kerumahnya di Taman Manggis bagi melihat sendiri keadaan di rumahnya yang sudah terbukti tidak mempunyai kolam renang, tetapi melihat dekorasi di dalamnya memanglah tidak layak diletak harga sebanyak RM 2.85 juta sahaja jika dicampur dengan harga rumah dan tanah. Namun SPRM masih buta dan tuli, benarlah bahawa SPRM kini adalah badan Pesuruhjaya yang berat sebelah kepada pihak pembangkang.

Seperti yang diperkatakan oleh Timbalan Presiden MCA, Datu Seri Wee Ka Siong, “Sebagai orang yang diberi amanah, macam mana sekalipun dia terpaksa menerima reality.” Ujarnya lagi, beliau amat berharap agar SPRM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam pada itu, Ka Siong menasihati Guan  Eng supaya tidak beranggapan bahawa apabila seseorang menteri itu mendengar teguran atau pandangan daripada SPRM dan PDRM, ia bermaksud menteri itu tak ingin berdebat.

“Saya sudah jumpa dengan Rahman Dahlan.Dia bersungguh-sungguhnakberdebat.Tetapi demi menghormati proses undang-undang, dan sebagai menteri, dia akur. Saya rasa dia tak pernah gentar,” katanya lagi pada sidang media di Putrajaya, Selasa.

Apabila diminta ulasan mengenai Pilihanraya Negeri Sarawak yang akan berlangsung tidak lama lagi, Wee berkata, MCA akan turut turun berkempen membantu calon-calon Barisan Nasional (BN).

“MCA hadir sebagai sokongan moral kepada rakan-rakan yang bertanding di Sarawak. Itu memang tanggungjawab kita untuk membantu rakan-rakan dalam BN untuk menang dalam pilihanraya.

“Presiden parti, saya, menteri-menteri dan timbalan menteri dari MCA akan turun kesana. Kita akan jadi kuli,” katanya berseloroh. “Kita  turun padang masuk kampung kena ikut adat kampung. Kita bukan pergi sana jadi tuan. Kita akan dengar apa peranan yang kita boleh buat atau apa mesej kementerian yang boleh disampaikan,” katanya.

Mengulas mengenai larangan dan sekatan terhadap individu atau organisasi masuk ke Sarawak untuk berkempen, Ka Siong berkata ia bukan perkara baru.

“Ini bukan satu perkara yang dicipta oleh Adenan Satem.Ia ada prerogatif Ketua Menteri,” katanya.

Hal ini telah membuktikan MCA masih faham akan Akta dan Perlembagaan berkenaan Sabah dan Sarawak yang telah mempunyai peruntukan khas dalam hal ehwal yang melibatkan imigresen. 

Sebelum sidang media, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, telah menyaksikan Majlis Menandatangani MOU Program Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru Cina antara BSN dan Bahagian Kampung Baru.

Skim pinjaman itu adalah salah satu program dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK 10) untuk membantu penduduk Kampung Baru mendapatkan pinjaman mudah dengan kadar faedah yang rendah iaitu sebanyak 4% berasaskan baki bulanan dalam membayar bayaran premium tanah, membiayai aktiviti perniagaan mikro dan menaik taraf rumah.

Katanya, sehingga 31 Disember 2015, sebanyak RM173juta telah diluluskan kepada 5,286 orang di bawah skim pinjaman khas itu.

Menurutnya, Perdana Menteri telah bersetuju untuk meneruskan program ini dalam Rancangan Malaysia Ke sebelas (RMKe-11) dengan suntikan dana baru. Sebanyak RM20 juta disalurkan kepada BSN pada tahun 2016.


Melihat akan kepincangan yang sedang DAP dan PH ini penulis akui bahawa MCA kini sedang mengorak langkah untuk kembali menjadi sebuah parti yang dominan dalam PRU 14. Namun dalam pada itu, isu Banglo murah LGE inilah peluang terbaik MCA untuk kembali memenangi hati dan undi kaum Cina pada PRU hadapan setelah Setiausaha Agung DAP sendiri pun bukan seorang yang telus dalam gerak kerja lebih-lebih lagi dia sendiri sebagai anak kesayangan kepada Lim Kit Siang. Syabas buat MCA, semoga parti keramat yang diasaskan oleh Sir Tun Tan Cheng Lock danTun H.S Lee kembali dalam arena politik tanah air.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 20 April 2016

"Kadar Kemalangan Jalanraya Menakutkan" - Dato' Sri Liow Tiong Lai

Sikap pemanduan yang cuai dan mementingkan diri adalah antara punca indek kemalangan maut di Malaysia, Individu seperti ini secara langsung adalah alat pembunuh kepada para penguna jalanraya di Malaysia kerana peratus kebarangkalian untuk terlibat kepada kamalangan adalah amat tinggi.

Pada tahun 2015 sahaja 489,606 rakyat negara kita terlibat dengan kemalangan dijalan raya dari jumlah itu 6,706 dari mereka temui ajal. Jika diukur dari kerugian kepada ekonomi ini mencecah nilai billion ringgit.

Rakyat Malaysia dikenali masyarakat dunia dengan adat ketimuran dan bersopan santun tetapi ia tidak semasa memandu.

Disampin kerap mengulangi kesalahan lalu lintas, hampir segala usaha untuk mendidik para pemandu ini dikecam hebat meskipun ia menyumbang kepada keuntungan jangka masa panjang bagi kesejateraan semua rakyat.

Malah, apabila kerajaan mahu melaksanakan sistem Automated Enforcement System (AES) mereka mereka menyindir dan mengkritik tanpa memikirkan pulangan kepada para penguna jalanraya, Dan ini amat jelas melambangkan mereka (pemandu bermasalah) marah kerana mereka sememangnya suka melanggar undang undang jalanraya.

Menteri Pengangkutan Datuk Sri Liow Tiong Lai berkata semalam bahawa dalam mesyuarat Task Force kabinet berkenaan keselamatan jalanraya berpendapat sesuatu tindakan perlu dilakukan, kata Datuk Liow.

Mesyuarat berkenaan isu ini dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Zahid Hamidi.

Antaranya iaitu 4 langkah penting akan dilaksanakan untuk mengekang kadar peningkatan kemalangan dan kecelakaan di jalanraya.

Perkara perkara yang dimaksudkan adalah menwujudkan Automated Awareness Safety System (AWAS) dan Sistem pemotongan markah Kejara. Selain itu menjadikan ia satu standard persamaan dalam maksima berat kenderaan yang dibenarkan.

Turut dibentangkan dalam mesyuarat keselamatan jalan raya ini adalah modul pelajaran keselamatan jalanraya, yang bakal diperkenalkan nanti. Bertujuan untuk mendidik para pemandu bukan hanya dengan hukuman saman semata mata.

Menurut Datuk Seri Liow badan khas keselamatan jalanraya (Task Force) juga dipersembahkan dengan statistik keselamatan ketika musim perayaan.

Liow berharap penguna jalan raya agar lebih berhati hati, selain menjadi pengguna jalanraya bertanggung jawap.

“Badan Task force kabinet ini tidak akan berjaya untuk mencapai matlamat nya jika rakyat dan badan bukan kerajaan tidak sama memainkan peranannya dalam hal ini” kata Liow.

Jika dilihat di Malaysia, kadar kematian akibat kemalangan adalah lebih tinggi dari punca punca lain (termasuk jenayah) ini menunjukkan sesuatu yang tidak sihat sedang belaku didalam kita mahu menjadi sebuah Negara yang maju dan moden tetapi masih tidak sedar akan perkara yang bakal memberikan kerugian besar kepada Negara. Bayangkan perkara ini berterusan, berapa harga nyawa yang kita akan hilang hanya kerana sikap sombong dan tidak bertanggungjawab semasa memandu.





Hal ini juga pernah ditegur oleh pendakwah terkenal Datuk Ustaz Kazim Elias yang mana beliau menegur segelintir individu yang “sombong’ ketika memandu tidak hanya kepada pemandu itu sahaja malah kenderaan yang ditampal dengan lambing (stiker) yang menunjukkan kesombongan juga memberikan pengaruh kepada yang melihatnya. Oleh itu Ustaz Kazim menyarankan agar lambing-lambang ini dibuang kerana ia tidak memberikan sebarang implikasi yang kepada permanduan.
Baca Seterusnya...

Teksi Cermin Diri Sebelum Salahkan Orang Lain!

Dalam tahun ini sahaja ramai yang memperkatakan tentang isu perkhidmatan sewa kereta dalam talian terutamanya UBER terutama bagi pengunak teksi awam.



Lantas isu ini terus ditunding kepada Suruhanjaya Pengankutan Awam Darat (SPAD) kononnya pihak berkuasa cuba menyokong perkhidmatan UBER ini.

Kepada yang kerap menggunakan perkhidmatan teksi pastinya telah lali dengan perangai pemandu teksi sebelum ini yang kini ramai memilih UBER sebagai altenatif.

Ramai para penguna teksi mula mempersoalkan sikap sambil lewa dalam memberikan perkhidmatan dan ada juga tidak mematuhi undang undang jalan raya. Malahan ada yang tidak bersetuju dengan dakwaan para pemandu teksi sendiri yang sering menunding jari kepada orang lain padahalnya ia adalah sikap buruk pemandu teksi itu sendiri.

Tidakkan mogok dan mendesak kerajaan bukan jalan penyelesaian yang dapat memulihkan imej para pemandu teksi yang hari ini jelas tidak menunjukkan sikap yang baik dan bertatasusila.

Perbuatan mogok dan berdemonstrasi adalah satu tindakkan yang memburukkan keadaan lagi dan tidak member impak yang baik kepada para pemandu teksi seluruh Malaysia malahan para penguna mula beralih kepada UBER yang hari ini dilihat lebih mesra pelanggan, sistematik dan berdisiplin.

Para pemandu yang melakukan mogok ini secara tidak langsung memberikan promosi percuma kepada UBER yang mereka tentangi.

Dari penelitian penulis, permasalahan hari ini adalah berpunca dari apa yang telah dilakukan oleh pemandu itu sendiri, terlalu banyak rungutan yang diterima oleh penguna mahu dari segi perkhidmatan dan jenayah yang melibatkan teksi tradisi ini. Hal ini memberi cerminan buruk kepada hampir semua teksi yang beroperasi di Malaysia. Akan tetapi apakah tindakkan yang diambil oleh para pemandu ini? Mengubah cara perkhidmatan yang lebih meyakinkan atau terus menyalahkan pihak lain?

Tidak lupa, kita teksi pernah melabelkan para pemandu teksi ini sebagai duta kecil Negara kepada pelancung asing ke Malaysia. Mengenakan caj yang tinggi tanpa mengunakan meter dengan alasan yang direka reka. Berbaloikah dilabelkan sebagai duta sedangkan ia jelas seperti “perompak disiang hari”?

Pelancung mungkin tidak ada pilihan lain selain dari mengunakan perkhidmatan teksi kerana label yang dipertontonkan kepada umum jelas teksi sebagai agen pengankutan awam yang disahkan operasinya di Malaysia. Jika para pengguna rakyat Malaysia kini tidak yakin dengan teksi tradisi bagaimana pula nasibnya para pelancung yang tidak ada pilihan lain?

Menyalahkan SPAD secara membabi buta tiada akan memperbetulkan masalah yang semakin hari semakin tidak terkawal lantaran sikap yang tidak mahu berubah para pemandu teksi hari ini. Penulis ada pengalaman berbual dengan pemandu teksi sebelum ini jika tidak bersembang politik pastinya akan keluar topik yang memburuk burukan SPAD, Kerajaan dan pihak lain seolah olah apa yang terjadi kepada industry teksi ini bukan berpunca dari sikap mereka.

Pemandu teksi bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada para pengguna. Pengguna memilih alternative yang lain adalah kerana hilang keyakinan kepada penyedia perkhidmatan teksi yang tidak ada perubahan drastik yang sepatutnya untuk menyaingi UBER dan seumpamanya.

Sewajarnya para pemandu teksi hari ini perlu melakukkan perubahan diri dan pernambahbaikan kepada mutu perkhidmatan, bermogok dan demonstrasi dan menyalahkan orang lain tak memberikan hasil yang positif kepada perkhidmatan teksi di negara ini.

Yang peliknya,para pengguna senang dengan kehadiran UBER, Kenapa? 

*Baru baru ini ada kes pemandu teksi (lelaki) bertumbuk dengan pemandu wanita, walaupun dalam video tersebut hanya provokasi (mulut longkang) yang dicetuskan wanita kepada beliau, beliau tidak sewajarnya berkelakuan sedemikian rupa (merosakkan kereta orang lain dan mengasari pemandu lain). Jalan raya dikongsi bersama, senyumlah sikit.


Baca Seterusnya...

Tuesday, 19 April 2016

McDonald's Ambil Ecah Sebagai Anak Angkat. #McDonalds #McDonaldsMalaysia




Awal tahun ini Malaysia digemparkan satu insiden kemalangan yang kepada gadis berusia 13 tahun iaitu saudari Siti Nuraisyah Syahrin atau Ecah. Kemalangan itu mengakibatkan kecacatan kekal yang mana kakinya putus akibat digilis lori pasir .

Menceritakan kejadian itu, Siti Nuraisyah yang juga anak keempat daripada tujuh beradik berkata, dia membonceng motosikal Honda EX5 yang ditunggang kakak tirinya sebelum dilanggar kereta dari arah belakang.


Kes ini mendapat perhatian oleh Persatuan Kebajikan Ronald McDonald’s (RMHC) Malaysia yang mana menurut jurucakapnya pihak RMHC menawarkan biasiswa berjumlah RM5,000 bagi membiayai pembelanjaan pelajaran bagi Ecah dari tingkatan satu hingga lima.

“Biasiswa ini diberikan sebagai suntikan semangat kepada Ecah yang kehilangan kedua belah kaki­nya dalam tragedi yang sangat tragis.

“Selain itu, McDonald’s Malaysia turut berbesar hati mengambil Ecah sebagai anak angkat syarikat itu.

“Sebagai motivasi kepada Ecah, syarikat menyumbangkan wang tunai berjumlah RM2,000, buku-buku rujukan dan ulang kaji bernilai RM300 serta baucar tunai McDonald’s untuk setahun bernilai RM400,” katanya selepas meraikan Ecah di restoran McDonald’s lapor porta Kosmo semalam.


Tidak lupa pada yang mahu menerima bantuan sedemikan dari pihak RMHC bolehlah mengunjungi laman sesawang http://rmhc.org.my/contact-us/

Selain jadi kerja amal yang kerap dilakukan oleh pihak RMHC, peristiwa ini menzahirkan bertapa prihatinnya pihak McDonald’s Malaysia ini melalui aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatannya di bawah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat berkenaan dalam membantu rakyat yang memerlukan bantuan.

Tahniah Ecah, Terima Kasih RMCH!
Baca Seterusnya...

Friday, 15 April 2016

"Bukti Pembangkang Bohong" - DS Azalina Othman


KENYATAAN MEDIA

YB DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
LAGI BUKTI PEMBANGKANG BERBOHONG??

PUTRAJAYA - Kenyataan terbaru Menteri Luar Arab Saudi Adel Al -Jubeir menunjukkan apa yang dicanang pembangkang dan kumpulan Deklarasi Rakyat selama ini adalah tidak benar. Menteri Luar Arab Saudi itu turut mengesahkan derma itu diberikan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

2. Pada Mac lalu, Australian Broadcasting Corporation (ABC) mendedahkan mengenai surat daripada keluarga di Raja Arab Saudi dengan menyatakan derma yang diberikan sebagai hadiah atas usaha YAB Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mempromosikan Islam  serta memerangi keganasan dan eks­tremisme, termasuk melancarkan Gerakan Kesederhanaan Global. Pendedahan itu turut menunjukkan laporan berat sebelah yang dibuat WSJ selama ini yang tidak henti-henti menyerang Perdana Menteri.

3. Sebelum ini ramai yang mempertikaikan mengenai kenyataan Peguam Negara bahawa wang derma itu bukan daripada 1MDB sebaliknya datang daripada Arab Saudi. Namun kumpulan Deklarasi Rakyat terus  mengelirukan rakyat dengan menuduh Perdana Menteri terlibat menyeleweng dana 1MDB. 

4. Terbaru Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) turut membuktikan yang Perdana Menteri tidak terlibat dalam apa-apa salah laku  dalam urusan syarikat 1MDB. Jadi siapa yang berbohong selama ini? Saya percaya rakyat semakin jelas mengenai isu ini dan tidak akan mudah terpedaya dengan tuduhan-tuduhan palsu yang dibuat kumpulan Deklarasi Rakyat untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Ahli Majlis Tertinggi UMNO

15 April 2016
Baca Seterusnya...

"Muhyiddin Banyak Berbohong" - Datuk Dr. Puad Zarkashi

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin banyak kali melakukan penyelewangan dalam menyampaikan hujah beliau, antaranya apabila beliau mendakwa tidak tahu, tiada maklumat, tidak pernah diberi taklimat dan tidak faham mengenai 1Malaysia Development Berhad atau 1MDB.

Berkenaan hal ini, ia diluahkan sendiri oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Puad Zarkashi segala persoalan yang dibangkitkan oleh Muhyiddin tidak bertepatan dengan apa yang dilaporkan oleh PAC.

Malah ia sekaligus telah menjeratkan diri Muyiddin sendiri apabila yang turut menyokong dan meluluskan penubuhan 1MDB pada 2009 disaat beliau masih berada dalam kabinet dan antara Ahli parlimen yang meluluskan ketika pembentangan Bajet 2010.

Berikut kenyataan penuh Datuk Dr. Puad Zarkashi.

Amat menghairankan apabila tiba-tiba sahaja Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai 17 hujah mengenai 1MDB sedangkan sebelum ini, dia sering mendakwa tidak tahu, tiada maklumat, tidak pernah diberi taklimat dan dia tidak faham mengenai 1MDB melainkan selepas membaca The Edge dan pelbagai alasan lagi. Adakah 17 hujah ini ditulis oleh penulis ucapannya?

17 hujah serupa dengan soalan lazim Tony Pua, Ahli Parlimen Dap yang telah dijawab berkali-kali oleh 1MDB. Tony Pua adalah anggota PAC dan perlu diingatkan bahawa laporan PAC telah diterima secara konsesus oleh setiap anggotanya yang terdiri dari Ahli Parlimen BN dan pembangkang. Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi PAC, yang juga merupakan Ahli Parlimen Dap telah menyindir Tony Pua dan mengesahkan Najib tidak bersalah kerana RM2.6 bilion bukan dari 1MDB dan RM42 bilion tidak lesap seperti dakwaan Muhyiddin dan sekutunya Tun Dr Mahathir.


Muhyiddin menyatakan bahawa “saya telah tegaskan dari awal lagi bahawa penubuhan 1MDB adalah tidak perlu. Dengan struktur modal hanya RM1 juta dan hutang RM42 bilion, model perniagaan 1MDB tidak mapan dan akhirnya menjadi beban kepada negara”. Muhyiddin mungkin terlupa bahawa dia merupakan anggota Jemaah Menteri yang meluluskan penubuhan 1MDB pada tahun 2009 dan jaminan kerajaan untuk pinjaman Islamic Medium Term Notes sehingga RM5 bilion pada 1 April 2009. Muhyiddin juga lupa dia juga merupakan antara anggota Dewan Rakyat yang meluluskan peranan 1MDB bagi menarik pelaburan asing dari Timur Tengah, China dan India seperti yang dibentangkan dalam Ucapan Bajet Tahun 2010 pada 23 Oktober 2009.

Muhyiddin mempersoalkan kononnya pelan rasionalisasi 1MDB dan penjualan aset-aset 1MDB tidak menjamin penyelesaian hutang 1MDB. Muhyiddin sekali lagi sengaja berbohong dan menafikan fakta bahawa 1MDB tidak pernah gagal membayar hutang dan faedah daripada mana-mana hutangnya seperti yang tercatat dalam Jadual 10, mukasurat 42 hingga 47 Laporan PAC. Pada Februari 2015, 1MDB telah membayar hutang sebanyak RM2 bilion kepada konsortium peminjam tempatan. Pada Jun 2015, 1MDB telah menyelesaikan hutang berjumlah RM3.6 bilion dari konsortium bank luar negara lebih awal dari tempoh matang, iaitu Ogos 2015. Pada 1 April 2016, 1MDB telah membayar baki hutang berjumlah RM3 bilion kepada konsortium peminjam tempatan, juga lebih awal dari tempoh matang pinjaman, iaitu Mei 2024. Pada 8 April 2016, 1MDB telah membayar penuh jumlah pokok dan faedah Kredit Tersedia sebanyak RM950 juta yang disediakan oleh kerajaan. Selain itu, melalui penjualan Edra Energy Global, hutang 1MDB telah berjaya dikurangkan sehingga RM17 bilion. Penjualan 60 peratus ekuiti Bandar Malaysia boleh mengurangkan sehingga RM7 bilion lagi hutang 1MDB. Semua ini dilakukan tanpa ‘bail-out’ dan bantuan dari kerajaan.

Muhyiddin dengan angkuh menyebut, “saya juga telah meminta seluruh ahli Lembaga Pengarah dipecat dan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka. Baru kini mereka meletak jawatan.” Kejahilan Muhyiddin mengenai peraturan syarikat, undang-undang negara dan ajaran Islam, menyebabkan dia tidak memahami bahawa “sebarang pihak tidak bersalah melainkan selepas dibuktikan bersalah” dan undang-undang syarikat, negara dan hukum Islam menuntut penyiasatan dibuat terlebih dahulu berdasarkan bukti dan saksi yang ada sebelum hukuman boleh dijatuhkan. Tindakan memecat dan menghukum sebelum mereka dibuktikan bersalah menunjukkan sikap tidak usul periksa dan Muhyiddin. Pada waktu yang sama, Muhyiddin tersalah fakta bila menyatakan bahawa ahli lembaga pengarah ‘telah meletak jawatan’ sedangkan kenyataan sebenar Lembaga Pengarah sebulat suara “menawarkan perletakan jawatan” mbagi memudahkan siasatan susulan oleh pihak berkuasa.

Muhyiddin berbohong dan sengaja mengelirukan rakyat dengan menyatakan dia dihukum oleh Perdana Menteri kerana menyatakan kebimbangan mengenai 1MDB di dalam kabinet. Hakikat sebenarnya adalah dia digugurkan dari kabinet selepas beberapa kali membuat tuduhan melulu terhadap Perdana Menteri di luar mesyuarat kabinet sebelum siasatan dibuat. Dia membuat kenyataan yang membelakangkan keputusan Jemaah Menteri di luar mesyuarat kabinet. Tindakannya yg tidak mengamalkan collective responsibility punca besar dia digugurkan sebagai TPM dan anggota kabinet. Muhyiddin juga telah beberapa kali membuat kenyataan di luar Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan membelakangkan keputusan MT tersebut.

Muhyiddin cuba meletakkan kelemahan tadbir urus pengurusan 1MDB ke atas bahu Perdana Menteri dengan menggunakan Artikel 117 Memorandum dan Artikel Penubuhan 1MDB. Muhyiddin gagal melihat bahawa penglibatan Perdana Menteri hanyalah pada peringkat DASAR dalam keputusan-keputusan berkaitan pelantikan dan pemecatan pengurusan atasan serta komitmen kewangan syarikat, termasuk pelaburan. Penglibatan Perdana Menteri pada peringkat dasar ini adalah disebabkan kehendak undang-undang dalam Memorandum dan Artikel penubuhan 1MDB yang mesti dipatuhi oleh beliau dan tidak sama sekali bermaksud beliau terlibat dalam urusan PELAKSANAAN operasi syarikat. Tanggung jawab ini hampir sama seperti tanggung jawab Ahli Parlimen di Dewan Rakyat dan Menteri di kementerian masing-masing dalam meluluskan keputusan-keputusan dasar dan bajet. Penglibatan mereka dalam memutuskan perkara-perkara dasar adalah berdasarkan keperluan undang-undang dan peraturan kewangan. Ia tidak bermaksud mereka terlibat secara langsung pada peringkat pelaksanaan. Sebagai contoh banyak sekali pembinaan sekolah sekolah baru yang terbengkalai, maka apakah beliau sebagai bekas Menteri Peajaran yang meluluskannya ketika itu patut dihukum dan meletak jawatan? Cadangan PAC agar Lembaga Penasihat bersama Artikel 117 Memorandum dan Artikel penubuhan syarikat dimansuhkan, bukan kerana jenayah telah dilakukan, tetapi perlu dilihat sebagai tindakan membebaskan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan dari kehendak peraturan ini seterusnya memelihara integriti institusi Perdana Menteri.

Muhyiddin sekali lagi sengaja mengelirukan rakyat apabila menyebut “Datuk Shahrol Azral mengesahkan pemindahan wang berjumlah USD1 bilion untuk usahasama dengan PetroSaudi Ltd telah mendapat KELULUSAN bertulis daripada Perdana Menteri” yang boleh memberi maksud kelulusan dari segi DASAR. Bagaimanapun pada ayat yang menyusul selepas itu, Muhyiddin dengan sengaja menggantikan perkataan “KELULUSAN” dengan “ARAHAN” dengan menyebut, “saya percaya pihak pengurusan 1MDB juga menerima ARAHAN daripada Perdana Menteri dalam membuat keputusan-keputusan pelaburan berisiko tinggi yang tidak masuk akal,” bagi menggambarkan seolah-olah Perdana Menteri campur tangan dalam urusan PELAKSANAAN keputusan-keputusan yang dibuat.

Muhyiddin seterusnya membuat tuduhan liar apabila menyatakan “baki sebanyak USD700 juta dimasukkan ke dalam akaun syarikat Good Star Limited milik Taek Jho Low, iaitu kenalan rapat Najib”, sedangkan laporan Ketua Audit yang dirujuk PAC pada mukasurat 25 menyebut, “berdasarkan dokumen yang dikemukakan oleh Datuk Shahrol Azral pada 5 Jun 2015 dan kenyataan beliau semasa mesyuarat Jawatankuasa PAC pada 25 November 2015, akaun tersebut adalah milik Good Star Limited yang merupakan subsidiari Kumpulan PetroSaudi sejak 1 September 2009.” Dapatan Jabatan Audit Negara ini konsisten dengan kenyataan media PetroSaudi pada 1 Mac 2015 yang menjelaskan bahawa semua dana daripada 1MDB pergi kepada entiti milik Petrosaudi dan sebarang andaian lain adalah palsu.

Muhyiddin tanpa merujuk laporan PAC, membuatkan kesimpulan berlebihan apabila menuduh “PENYELEWENGAN dalam 1MDB telah menyebabkan syarikat ini gagal menjana pendapatan yang mencukupi untuk membayar hutang.” Muhyiddin menyembunyikan hakikat bahawa 1MDB hanya diperuntukkan sejumlah RM1 juta sebagai modal permulaan dan terpaksa bergantung kepada hutang (pinjaman bank, bon dan sukuk) sebagai modal syarikat. Dalam laporannya, PAC tidak menyebut sama sekali PENYELEWENGAN sebagai punca 1MDB gagal menjana pendapatan, sebaliknya merumuskan pada mukasurat 104, “model perniagaan 1MDB terlalu bergantung kepada pinjaman dan ini amat membebankan syarikat dan tidak mampan kerana syarikat tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk membiayai pinjaman dan kos operasinya.” Sekiranya Muhyiddin benar-benar merujuk laporan PAC, dia akan mendapati di mukasurat 34, pada tahun 2013 1MDB menjana pendapatan sebanyak RM2.59 dan pada tahun 2014 sebanyak RM4.259 bilion. 1MDB juga mencatatkan keuntungan pada tahun 2010, sebanyak RM424 juta, 2011 sebanyak RM544 juta, 2012 sebanyak RM44 juta dan 2013 sebanyak RM778 juta. Cuma pada tahun 2014, selepas beroperasi selama lima tahun, PAC menyebut di mukasurat 104, 1MDB mengalami kerugian sebanyak RM665 juta akibat menghadapi masalah ketidakseimbangan aliran tunai akibat bebanan hutang, bukan PENYELEWENGAN.

Muhyiddin terus berbohong apabila menuduh, “tidak dapat juga dipastikan ke mana perginya wang USD700 juta dan USD330 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Good Star Limited milik Jho Low” sedangkan dalam laporan PAC dan kenyataan akhbar Petrosaudi, telah disebut bahawa Good Star telah dibuktikan sebagai subsidiari Petrosaudi. Kenyataan media Petrosaudi pada 1 Mac juga telah menyebut bahawa tiada dana dalam usaha sama tersebut yang hilang, malah “kesemua pelaburan 1MDB telah dipulangkan secara penuh – bersama keuntungan.” Tidak timbul lagi soal untuk membawa dana ini kembali ke Malaysia jika perjanjian pertukaran aset dengan hutang antara IPIC dan 1MDB direalisasikan. Perjanjian ini boleh mengurangkan lagi hutang 1MDB sehingga RM16 bilion.

Muhyiddin sekali lagi membuat tuduhan melulu bahawa 1MDB adalah satu skim untuk menipu. Katanya, “IPIC atau unitnya Aabar Investment PJS menafikan telah menerima USD3.5 bilion daripada 1MDB menerusi Aabar BVI. IPIC juga menafikan mereka ada sebarang kaitan dengan 1MDB.” Untuk makluman Muhyiddin, tiada kenyataan media dari IPIC yang menafikan sebarang kaitan dengan 1MDB. IPIC dan Aaabar hanya menafikan kaitan dengan Aabar BVI, bukan dengan 1MDB. Jika betul Aabar BVI tiada kaitan dengan IPIC dan Aabar PJS, kenapa sejak 2013, tiada sebarang laporan polis dibuat oleh IPIC dan Aabar PJS mengenai status Aabar BVI dan kehilangan deposit? Kenapa pula IPIC terlibat dalam pelbagai urusan pembayaran hutang 1MDB termasuk memberikan AS$1 bilion pada 4 Jun 2015, bagi membantu pembayaran hutang 1MDB? Jika deposit ke dalam Aabar BVI tidak berkaitan dengan Aabar PJS dan IPIC, kenapa pula IPIC tidak membatalkan jaminan ke atas sukuk dan bon 1MDB, serta membuat laporan polis berkaitan kehilangan wang ini? Menurut 1MDB, mereka mempunyai segala dokumen kemasukan wang dan individu yang terlibat. Ia telah diaudit dan transaksinya tetap boleh dikesan tidak kira. Tetapi jika sekiranya 1MDB menjadi mangsa “scam” oleh pihak tertentu maka biarlah pihak berkuasa membuat siasatan.

Di hujung kenyataannya, Muhyiddin terus menyerang Perdana Menteri dan menuduh beliau terlibat dan bertanggung jawab dalam penyelewengan yang berlaku dalam 1MDB dan mendesak beliau meletak jawatan. Mungkin Muhyiddin tidak tahu bahawa Naib Pengerusi PAC yang merupakan juga Ahli Parlimen Dap, Tan Seng Giaw berkata bahawa tidak benar untuk mengaitkan Najib yang merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat syarikat berkenaan sedangkan segala urusan 1MDB ditentukan oleh Lembaga Pengurusan.

Muhyiddin mungkin sudah lupa bahawa siasatan audit forensik oleh Jabatan Audit Negara merupakan susulan daripada keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Mac 2015 yang memutuskan supaya jabatan ini menentusahkan akaun 1MDB dan laporan berkenaan perlu diserahkan kepada PAC yang dianggotai oleh Ahli Parlimen BN dan pembangkang, untuk siasatan susulan. Keputusan ini merupakan bukti komitmen, keberanian dan keikhlasan Perdana Menteri untuk memastikan isu 1MDB disiasat secara telus dan tidak berpihak. Masalah TS Muhyiddin ialah dia semakin suka memutarbelitkan fakta dan membuat kenyataan provokasi walaupun terpaksa berbohong. Tetapi itulah TS Muhyiddin sekarang.

sumber: bnbbc.my




Baca Seterusnya...

Wednesday, 13 April 2016

Harga Tambang Penerbangan Tidak Sepatutnya Naik - Liow Tiong Lai

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berpendapat harga tiket kapal terbang tidak seharusnya dinaikkan apabila kadar baharu caj perkhidmatan penerbangan dilaksanakan Jumaat ini (15 April).

Ini kerana kenaikan caj tersebut hanya melibatkan kos pentadbiran dan pelaksanaan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan bukannya harga tiket kapal terbang, katanya.

Kadar baharu caj itu, yang tidak pernah disemak lebih 40 tahun, juga tidak membebankan syarikat penerbangan, katanya.

"Saya tidak fikir ia akan menaikkan harga tiket penerbangan kerana kadarnya bukan satu peningkatan yang terlalu tinggi," katanya ketika ditanya kesan pelaksanaan caj baharu itu terhadap harga tiket kapal terbang selepas menghadiri majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 kementerian berkenaan di sini hari ini.

Kenaikan yuran dan caj perkhidmatan penerbangan itu meliputi penggunaan ruang udara, kemudahan trafik udara serta lesen penerbangan juruterbang.

Berdasarkan caj baharu itu, kadar pengendalian penerbangan udara (ANFC) akan naik daripada lima sen setiap batu nautika sekarang kepada 50 sen untuk pesawat ringan tidak lebih 2,500 kilogram.

Untuk pesawat lebih besar seperti Airbus A320/A330 dan Boeing B737/B777, kos itu akan dinaikkan kepada RM1-RM2.50 setiap batu nautika berbanding 10-25 sen sekarang, manakala bagi pesawat melebihi 135,000 kilogram, kadar itu akan naik daripada 30 sen kepada RM3 setiap batu nautika.

Liow berkata pelaksanaan kadar baharu itu adalah untuk menyediakan sistem pengangkutan udara pada tahap terbaik untuk negara, selain memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pengguna.


"Sesetengah orang mengatakan harga naik sehingga 1,000 peratus. Kalau dahulunya lima sen, sekarang dijangka naik 50 sen.

"Tetapi kalau dilihat pada kadar nilai, kita akan memberikan perkhidmatan dan servis yang lebih baik dengan aset and peralatan kawalan udara yang lebih canggih," katanya.

Liow berkata satu pertemuan dengan penggerak industri penerbangan diadakan hari ini untuk mendengar pandangan dan keluhan mereka sebelum pengumuman rasmi dibuat esok.

Terdapat 'caj tersembunyi'?

Liow berkata: "Kita amat telus kerana DCA telah mengeluarkan satu senarai perkhidmatan yang dikenakan bayaran dan sebaliknya."

Beliau turut menjelaskan kadar baharu itu perlu dilaksanakan bagi mematuhi standard Pertubuhan Awam Antarabangsa (ICAO) sekiranya mahu DCA dinaik taraf kepada badan berkanun.

Katanya ia merupakan proses yang perlu dilalui oleh DCA bagi memastikan aset dan perkhidmatannya memenuhi piawaian ICAO sebelum diberi pengiktirafan sebagai Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAA).

"Selaras dengan permintaan ICAO, beberapa caj dan yuran baharu perlu dikenakan bagi membuktikan komitmen kerajaan untuk menaik taraf DCA kepada CAA," katanya, sambil menambah ICAO akan menjalankan proses pengauditan ke atas DCA pada Mei ini.
Baca Seterusnya...

Malaysia Wajar Naikkan Caj Permit Kenderaan Asing (VEP)!

MEMANG PATUT DIKENAKAN VEP KEPADA KENDERAAN ASING.

Jika dahulu kita selalunya menerima layanan yang tidak seimbang di Singapura apabila kerajaannya menaikkan Caj Permit Kenderaan Asing (VEP) kepada kenderaan luar tanpa memikirkan kesan kepada rakyat. Namun, sudah tiba giliran Malaysia untuk bertindak sedemikian kepada kenderaan asing khususnya yang datang dari Singapura, kerana sudah sekian lama kita diperlakukan sedemikian oleh mereka. Lihatlah bagaimana layanan yang diberikan oleh Singapura kepada rakyat Malaysia yang pergi mencari rezeki di negara mereka setiap pagi diatas tambak Johor.

Pada tahun 2014, Perdana Menteri telah menyatakan mengenai kemahuannya untuk melaksanakan VEP ini namun telah ditangguhkan sehingga sekarang. Melihat akan keadaan ekonomi semasa pada hari ini, seharusnya pelaksanaan untuk mengimplementasikan VEP perlulah dijalankan dengan seberapa segara supaya hasrat yang memberi manfaat kepada pendapatan negara ini tidak lagi tertangguh walaupun sudah berkali-kali sekadar menyatakan hasrat untuk melaksanakannya.

Ujar Datuk Seri Liow Tiong Lai, caj berkenaan akan dilaksanakan selepas menyelesaikan beberapa masalah teknikal. Namun beliau belum berhasrat untuk mengumumkan bilakah perlaksanaan VEP.

Liow yang merupakan Menteri Pengangkutan menegaskan bahawa VEP akan tetap dilaksanakan pada tahun ini dan Singapura pun sudah dimaklumkan tentang pekara ini. Akan tetapi, tidak ada maknanya kita beritahu bila nak laksanakan, tapi pada sampai masanya pekara itu tidak dapat dibuat.

Tambahnya lagi, aliran trafik di pintu masuk antara Johor dan Singapura akan lebih sistematik dan seragam sekiranya VEP dilaksanakan kelak.

Seharusnya tidak perlulah kerajaan Malaysia terlalu bertolak ansur kepada warga Singapura dalam bab saman trafik. Hal ini kerana kadar jumlah saman trafik di negara mereka lebih tinggi daripada Malaysia dan ditambah pula dengan kadar bayaran VEP yang dikenakan di pintu masuk negara Singapura.


Baca Seterusnya...

JPJ Bakal Wujudkan Unit "TASK FORCE" #JPJ #MCA

JPJ BAKAL MEWUJUDKAN UNIT “TASK FORCE” DEMI MENINGKATKAN MUTU PENGUATKUASAAN 

Pada beberapa hari yang lalu Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) baru sahaja menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke 70 tahun. Dalam kita tidak tahu rupa-rupanya sudah lama sudah lama jabatan penguatkuasaan jalan ditubuhkan di negara kita.

Sempena ulang tahunnya yang ke 70 tahun ini. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai membuat satu kenyataan bahawa, satu unit “Task Force” bakal ditubuhkan. Ujarnya lagi, ia bertujuan untuk meningkatkan mutu penguatkuasaan operasi mereka selain mengolah serta memperbaiki undang-undang yang sedia ada demi mengurangkan pesalah trafik di jalan raya.

Menurut Liow, unit “Task Force” akan dibentuk pada bulan hadapan. Hal ini bagi memastikan kejayaan dalam mengimplementasikan sistem Keselamatan Jalan Raya (KEJARA) dan Automated Enforcement Awareness System (AWAS). 


Tambahnya lagi, sistem Merit yang berdasarkan kaedah pemotongan markah yang digunakan sejak sekian lama langsung tidak memberi kesan. Hal ini kerana, pesalah trafik tidak akan dipotong markah meritnya sekiranya mereka berjaya melunaskan saman. Namun, perkara ini amat menyukarkan lagi tindakan untuk diambil kepada mereka.


Ada baiknya seandainya unit “Task Force” ditubuhkan agar pihak JPJ dapat mengenali setiap pesalah trafik jalan raya. Sama ada yang membayar saman atau sebaliknya, meritnya tetap akan dikurangkan. Hal ini ditambah lagi dengan peningkatan jumlah pengguna jalan raya yang datang daripada pelbagai kerenah. Maka, ada perlunya sebuah unit yang seakan “Task Force”.

Syabas diucapkan kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai yang bertekad untuk mewujudkan unit penguatkuasaan ini sejak dari awal lagi.

Sepatutnya unit seperti “Task Force” ini diperkenalkan di Malaysia. Hal ini kerana, saban tahun kadar kemalangan maut di jalan raya Malaysia masih tinggi walaupun pelbagai langkah pencegahan dilakukan. Mungkin kesedaran terhadap keselamatan jalan raya dalam kalangan rakyat masih kurang ataupun jika terkena pada diri sendiri barulah tersedar.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 12 April 2016

McDonald’s Chicken Burgers Yang Best! #McDonalds #McDonaldsMalaysia

Baru baru ini di Malam bersama pertugas media [ rujuk ] McDonald’s Malaysia dengan bangganya telah memperkenalkan produk yang cukup membuat peminat McDonald’s teruja untuk mencubanya.



Ringkas, Beraroma, “yang klasik” tetap klasik, bahang terasa hangat sudah tentunya yang menyajikan kehangatan “yang hangat” berbisa, Gempaq!!! digrill sempurna dengan aroma yang menikam jiwa, sudah pastinya “yang Gempaq” bergrill produk keluaran tiga rasa terulung McDonald’s.

Pada malam penghargaan tersebut McDonald’s mempamerkan burger ayam ikonik McDonald dengan tafsiran yang unik. McDonald dipaparkan ‘Yang Klasik!’ – McChicken yang dijual, ‘Yang Hangat!’ – Spicy

‘Yang Klasik’!



McChicken diberi jolokan klasik kerana melambangkan jenama McDonald’s itu sendiri yang telah sekian lama bertapak di Malaysia. Antara menu burger paling awal diperkenalkan, ia sememangnya menjadi pilihan nombor satu pelanggan dengan keenakan daging ayam, roti ban yang lembut, ditambah pula salad dan juga mayonis.

‘Yang Hangat’!



McDonald’s turut memiliki satu lagi koleksi burger ayam yang cukup popular, tak lain tak bukan, semestinya Spicy Chicken McDeluxe! Rasa ayam yang pedas dan rangup, dengan hirisan sayur kobis dan salad pastinya membuka selera!

‘Yang Gempak’!



Masih ingat dengan burger istimewa, Grilled Chicken Burger atau lebih dikenali dengan nama manja, GCB? Peminat GCB jangan gusar lagi, GCB kini kembali dan telah dijadikan sebagai salah satu hidangan tetap di McDonald’s! Keunikan rasa ayam panggang, ditambah pula dengan sos lada hitam yang pekat serta salad segar sememangnya memberikan kenikmatan tidak terhingga!
  

Di Malaysia, McDonald’s telah bertapak sejak tahun 1982 lagi dan terus kekal sebagai pilihan utama rakyat Malaysia khususnya dengan lebih 30 tahun pengalaman, McDonald’s hari ini adalah di antara jenama terkemuka di lebih 36,000 lokasi seluruh dunia dengan kira-kira 69 juta pelanggan di lebih 100 negara setiap hari. 

Hingga ke hari ini McDonald’s Malaysia sentiasa berusaha memperkenalkan pelbagai konsep baru bagi memikat hati para pelanggannya menerusi seluruh promosi di cawangan cawangan restorannya di seluruh negara.

Semua produk berasaskan daging ayam terbaik disahkan oleh pihak pemantauan dalaman McDonald’s dan JAKIM sudah pastinya Yang semestinya ditanggung HALAL!



Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!