Monday, 28 March 2016

PALMA Berpotensi Jadi Hub Effective Microorganisms #FELDADihatiKU #SahabatFELDA

Pusat Latihan & Pengembangan Mesra Alam (PALMA)

LATAR BELAKANG PALMA

Pusat Latihan & Pengembangan Mesra Alam (PALMA) merupakan sebuah pusat untuk pengembangan dan penelitian sumber mesra alam yang merangkul bidang ilmu pengetahuan dan teknologi terkini dalam mengembang dan memanafaatkan sumber mesra alam untuk pembangunan yang pesat. PALMA ditubuhkan pada April 2008, hasil kerjasama beberapa agensi, antaranya Federal Land Authority Development (FELDA), EM Research Organization Jepun (EMRO), Japan Malaysia Organic Farmers (JAMOF), Institut Pengembangan Sumber Daya Alam Bali Indonesia (IPSA), Kyusei Nature Farming Saraburi Thailand (SARABURI) dan kerajaan Johor.

Tujuan PALMA ditubuhkan adalah untuk mengajar dan melatih masyarakat Malaysia ke arah professional dan berwawasan dengan menggunakan Bioteknologi Effective Microorganisms (EM) Bioteknologi EM adalah teknologi yang dapat diterapkan dalam bidang pertanian, ternakan, akuakultur, pengurusan alam sekitar, pembinaan dan kesihatan.

Bioteknologi EM adalah teknologi yang mesra alam di mana sisa-sisa sumber alam yang selama ini tidak dimanafatkan atau dibuang supaya menjadi bahan yang berguna untuk memiliki nilai tambah. Bioteknologi EM telah diasaskan pada awal 1980-an di Universiti Ryukyus, Okinawa Jepun oleh seorang professor Hortikultur, Prof.Dr.Teruo Higa. Semenjak itu kaedah Bioteknologi EM terus digunakan diseluruh dunia. Walaupun Malaysia agak terlewat memperkenalkannya , kejayaan Bioteknologi EM di negara-negara lain telah merangsang pelbagai pihak menggunakan kaedah ini di negara kita.

Effective Microorganisms (EM) merupakan kultur campuran mikroorganisma bermanfaat, yang terdiri dari bacteria fotosintetik (Rhodopseudomanas sp), Streptomyces sp, Actinomycetes sp, Lactobacilius sp dan ragi/yeast(Sacharomyces sp). Kerana manafatnya yang meluas, maka Bioteknologi EM mendapat perhatian khusus dalam program pendidikan dan latihan yang diadakan di Pusat Latihan & Pengembangan Mesra Alam (PALMA)

Effective Microorganisms (EM) adalah mikroorganisma semulajadi yang terhasil daripada proses penapaian yang membantu merencatkan patogen/bakteria jahat dalam persekitaran.







للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Sunday, 27 March 2016

PLKN Kini Kembali Dengan Modul Baru #PLKN #PLKN2.0 #MLKN

Pengerusi MLKN telah merasmikan dan melancarkan program PLKN module baru 2.0 pada 26 Mac 2016 (Sabtu) Lepas.


Pelancaran bagi merasmikan program ini telah pun berlansung di Malacca International Trade Centre oleh Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun memaklumkan bahawa pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan ditempatkan di 81 kem di seluruh negara bagi mengikuti latihan selama lapan minggu.

Pengambilan kali ini melibatkan lebih kurang 20,000 peserta dari seluruh Negara dan telah ditambahbaik dari modul yang terdahulu.

Sebelum ini PLKN ini telah ditangguhkan buat sementara lantaran penyelarasan bajet yang telah dibuat oleh Kerajaan.

Hasil dari pembaikan yang diilhamkan pada kajian yang diadakan. Hasilnya kelak pelatih akan mendapat ilmu yang akan dimanfaat dan skill sebagai persiapan diri selepas keluar dari program ini.

Kumpulan 2016 - 2.0 ini adalah kumpulan pertama merasai perubahan dalam modul latihan mereka dimana keutamaan adalah pada kemahiran mereka selepas keluar dari program ini.

Dan tidak ketinggalan para pelatih akan ditanamkan sifat sifat peribadi yang murni seperti semangat cintakan negara, pengisian jatidiri/kerohanian dan juga semangat kesukarelaan. PLKN Fasa 1 ini dijangka tamat pada 24 Mei 2016 nanti.

PLKN 2.0 bukan sahaja mengfocuskan latihan fisikal kesihatan bahkan program latihan selama 8 minggu ini pengisian dalaman peserta juga turut di fokuskan dalam Program Pembelajaran Baru.



Turut ada dalam pengisian pelajaran untuk pelatih modul PLKN 2.0 ini adalah program yang dipanggil #MyFuture.

Program MyFuture ini tumpuan pengisiannya adalah supaya pelatih dapat didedahkan kepada kemahiran yang bakal diperolehi di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) di kesemua 400 pusat latihan yang terpilih.

Pelatih boleh memilih untuk melanjutkan pelajaran dipelbagai jurusan baik di peringkat sijil ataupun di peringkat Diploma sebaik sahaja mereka tamat latihan PLKN ini.

Berdasarkan pengalaman dan kesulitan yang pernah dialami oleh program yang sebelum ini, untuk PLKN 2.0 pihak pengurusan menitikberatkan lagi factor keselamatan bagi para peserta dan mengawal agar tidak belaku sebarang perkara yang tidak dingini seperti kecederaan mahupun kerugian.




Ini termasuk memperkasakan alumni PLKN melalui pelaksanaan program berimpak tinggi serta mengujudkan pengurusan yang lebih mantap diperingkat induk, negeri dan daerah. Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) telah turut sama merangka program-program seperti ‘Parents Indulgence Programme’ di 95 pusat pengambilan.

‘NS 2.0 Cruise’ turut akan di adakan, ini ialah hal penerangan mengenai perjalanan program teras serta apa yang pelatih boleh harapkan dari penyertaan PLKN 2.0, serta Coach2coach sebuah program bimbingan pelatih PLKN 2.0 bagi peralihan ke Fasa 2.

Ini sejajar dengan kehendak kerajaan melalui program ini iaitu membentuk Modal Insan yang berguna dan berfaedah kepada pelatih dan juga negara.




Tidak melampau dikatakan, semua peserta untuk program kali ini boleh dianggap bertuah kerana merasai modul baru yang jauh lebih baik dari program yang sebelum ini.
Baca Seterusnya...

Friday, 25 March 2016

Kisah Sebenar "Kubur" Diatas Kubah Masjid Nabawi

Betul ke apa yang disebarkan tentang benda di atas kubah masjid Nabawi adalah sebuah kubur penjahat yang ingin mencuri jasad rasullullah ataupun kubur seorang penjahat yang ingin memecahkan kubah masjid Nabawi tersebut?


Berikut adalah perkongsian dari tentang isu ini:

Persoalan mengenai benda yang terdapat di atas Kubah Masjid An-Nabawi. Janganlah kita menjaja lagi pendapat2 yang tidak sahih. Pendapat Imam Az-Zabidi tentang berkuburnya seorang yang ingin mencuri/memindahkan jasad Rasulullah s.a.w daripada makamnya kerana menganggapnya bida’ah dholalah adalah tidak tepat dan tidak sahih riwayatnya kerana sebahagian ulama’ menganggap bahawasanya Imam Az-Zabidi Rohimahullahu Ta’ala hanya menyampaikan cerita2 masyarakat di persekitaran Madinah al-Munawwarah. 

Apa yang berada di atas kubah Masjid An-Nabawi itu ialah jendela ataupun tutupan kubah yang akan di buka ketika hendak membersihkan atap kubah Masjid An-Nabawi. Dahulunya kubah ini terbuka, namun kerana dikhuatiri jikalau hujan, air dipastikan akan masuk yang nanti akan menyebabkan boleh merosakkan bahagian dalam Makam Rasulullah s.a.w dan dua sahabat Baginda s.a.w maka akhirnya ia di tutup. Jadi,cerita mengenai adanya mayat di atas kubah Masjid An-Nabawi adalah tidak benar kerana ia bukanlah mayat tetapi hanyalah jendela yang menutupi Kubah Masjid An-Nabawi..


Jadi, artikel yang banyak disebarkan di internet tentang ‘kubur’ tersebut adalah tidak benar. Mungkin ada pihak yang bertujuan untuk memesongkan umat islam atau mungkin ingin memperbodohkan umat islam itu sendiri. 

Wallahualam…

sumber : 
http://fitrihadi.com/2012/04/benda-atas-kubah-masjid-nabawi-bukan-kubur/

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

#1MDB "Saya tidak pernah mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin" - Zeti Aziz

Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menafikan beliau pernah mengadakan pertemuan khusus dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berbincang pemindahan wang ASD$1.103 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dari Kepulauan Cayman ke Singapura.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) berkata demikian ketika ditanya berhubung dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri sebelum ini, bahawa beliau memberitahunya yang wang itu tidak dipindahkan ke BSI Bank di Singapura, seperti yang didakwa.

“Saya tidak pernah mengadakan pertemuan (dengan Muhyiddin) khusus untuk membincangkan soal itu.

“Saya juga tiada bawa apa-apa dokumen tentang perkara itu kepada beliau,” katanya dalam sidang media Laporan Tahunan dan Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran Bank Negara 2015, di sini, hari ini.

Namun, katanya, beliau memang banyak berurusan dengan Muhyiddin ketika beliau masih menjadi Timbalan Perdana Menteri dan antaranya ialah ketika dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Kos Sara Hidup.

“Daripada segi itu, jika saya ada berbincang (perkara ini) dengannya, ia secara meluas tentang apa yang berlaku. Ia sudah lama. Dan mungkin ketika itu pun saya tiada maklumat berkaitan apa yang anda (wartawan) sebut,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Zeti bertegas tidak akan sesekali membenarkan BNM terheret dalam politik berhubung isu 1MDB.

“Saya tidak akan terheret untuk buat kenyataan politik dan benarkan BNM terheret dalam politik isu ini. Saya hanya mahu menegakkan peraturan dalam sistem kewangan,” katanya lagi.

PENGGANTI BELIAU

“Sesiapa sahaja yang menyandang tugas itu perlu ada kepakaran. Kita berharap satu keputusan yang tepat (mengenainya) akan dibuat dan individu itu memiliki kelayakan tinggi serta mampu menggalas tugas dengan segera tanpa memerlukan tempoh lama mempelajari selok belok berkaitan.

“Keputusan itu dalam masa beberapa hari… ada lagi 38 hari, jadi anda perlulah bersabar,” katanya pada sidang media sempena pengumuman mengenai Laporan Tahunan BNM 2015 di sini, hari ini.

Beliau yang juga gabenor wanita pertama negara, menerajui BNM selama 16 tahun sebelum bersara pada April ini.

Zeti turut menyuarakan keyakinannya bahawa bank pusat itu akan terus berfungsi dengan baik selepas ketiadaannya kelak.

“Saya rasa, keseluruhan sistem serta aspek membuat dasar masih berfungsi. Malah, saya amat yakin ia akan berterusan berdasarkan apa yang menjadi kekuatan BNM selama ini.

“Tiada alasan pun untuk meraguinya. Prospek masa depan juga menarik dan banyak kerja yang perlu dilakukan. Kita perlu membuat persiapan bagi cabaran masa depan,” tegasnya.

Menurut Zeti, jawatankuasa tadbir urus BNM juga telah melaksanakan penilaian terperinci terhadap calon sesuai serta mengemukakan saranan kepada pihak kerajaan.

“Kita tidak menyatakan apa yang kami inginkan atau boleh mengulas apa yang dinilai jawatankuasa itu kerana ia adalah rahsia,” katanya ketika ditanya sama ada bakal penggantinya itu adalah kalangan ‘orang dalam’ BNM sendiri.

“Semua persiapan sudahpun dibuat. Saya sendiri sudah merancang untuk menulis buku,” katanya.

Ia sebagai jawapan kepada pertanyaan jika beliau ada membuat pertimbangan untuk terus menyambung khidmatnya bagi tempoh separuh penggal lagi.-BERNAMA


Baca Seterusnya...

Ahli UMNO Bahagian Pagoh Protes!


Sekumpulan ahli UMNO Bahagian Pagoh yang kecewa dengan tindakan ketua bahagian mereka hari ini menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus mentadbir negara dan parti.

Gerakan yang menggelar diri mereka sebagai Kumpulan Bertindak UMNO Pagoh (KBUP) itu melakukan tindakan sedemikian kerana tidak mahu UMNO bahagian itu tersisih daripada arus perdana UMNO Pusat.

Pengerusinya, Datuk Yusof A. Bakar berkata, tindakan tersebut juga dilakukan demi mempertahankan UMNO Pagoh agar tidak dijadikan seolah-olah berada dalam kawasan pembangkang.

“Bukan kami tidak sayang Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi lebih sayangkan parti kerana kalau kita tak mampu menyumbang kepada perpaduan dan kekuatan parti, jangan kita menjadi penghasut kepada perpecahan parti,” katanya dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi.


 
sumber : UTUSAN
Baca Seterusnya...

Thursday, 24 March 2016

Dewan Rakyat Jadi Pasar Basah DAP

Pembangkang terus cuba mengelirukan Dewan Rakyat apabila meneruskan strategi provokasi berhubung isu RM2.6 bilion buat kali kedua sewaktu penggulungan menteri yang berbeza.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Nancy Shukri pula cuba dijadikan sasaran ahli-ahli parlimen pembangkang selepas Datuk Seri Azalina Othman Said diasak bertubi-tubi bermula sesi petang tadi.

Nancy bagaimanapun menegaskan kepada Ahli Parlimen PKR Kapar, G. Manivanan bahawa beliau tidak akan menjawab mahupun memberi jawapan kerana beliau bukan menteri yang dipertanggungjawab untuk memberi penerangan berhubung isu dana sumbangan RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

“Bila libatkan isu itu, kita dah serahkan kepada seorang menteri sahaja yang bertanggungjawab sebab kita nak ada konsistensi, jadi saya tak ada jawapan untuk itu.

“Itu bukan bidang kuasa saya,” katanya menjawab pertanyaan Manivanan dalam sesi penggulungan titah Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Dewan Rakyat, Khamis.

Jawapan Nancy itu bagaimanapun menyebabkan beliau terus diserang dan diasak beberapa ahli parlimen pembangkang antaranya ahli parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo dan ahli parlimen DAP Bukit Gelugor, Ram Karpal Singh.

Desakan berterusan pembangkang mengenai isu itu ekoran tindakan Azalina yang sewaktu penggulungannya enggan memberikan penjelasan terperinci tentang isu tersebut kerana berada dalam kes mahkamah.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee kemudiannya menjelaskan bahawa akta 36 (2) terpakai bagi perkara itu di mana ia tidak boleh disebutkan apa-apa perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah.

Terdahulu, ahli parlimen pembangkang turut bertanya soalan yang juga bukan bidang kuasa Nancy berhubung proses ekstradisi tahanan yang dijatuhkan hukuman gantung, Sirul Azhar Umar yang sehingga kini masih belum dibawa pulang ke Malaysia.

Nancy dengan tenang berkata, bahawa beliau akan mengusulkan perkara itu kepada Kementerian Dalam Negeri dan meminta pihak kementerian memberikan jawapan secara bertulis kepada pembangkang.

“Soalan itu juga saya tidak ada jawapannya, jadi saya boleh usulkan kepada KDN untuk mereka memberi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat,” tambahnya.

Sirul pada April 2009 telah dijatuhkan hukuman gantung selepas Mahkamah Persekutuan mensabitkan bersalah di atas tuduhan membunuh warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu. - bnbbc.my


Baca Seterusnya...

Harga Minyak Bukan Penentu Harga Tambang #SPAD

Meskipun harga minyak terkini berada dibawah harga yang jauh lebih rendah dengan sebelum ini, harga tambang bagi kenderaan awam masih tidak dapat diturunkan. Perkara ini dijelaskan sendiri oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar mempunyai sebab yang rasional tersendiri kerana tidak membuat keputusan itu.


Menurut Tan Sri Syed, "Pengusaha bas (antaranya) tidak perlu menurunkan harga tiket walaupun harga minyak mentah dunia berada pada tahap terendah. Ini kerana perkhidmatan pengangkutan itu bukan hanya bergantung kepada harga bahan api semata-mata tetapi turut menanggung kos lain seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kos penyelenggaraan dan skim perlindungan Insurans" ujar beliau.

Kita sedia maklum kos penyelengaraan sesebuah kenderaan bermotor boleh mencecah hingga ribuan ringgit terutamanya melibatkan alat ganti yang asli dan berkualiti tinggi yang pastinya ia dikenakan GST.

"Harga tiket sekarang rasional dan pengguna tidak kisah asalkan perjalanan mereka selamat, selesa dan terjamin," kata Syed lagi.

Jika harga tambang dimurahkan mengikut pasaran harga minyak dan ini bakal menyebabkan syarikat pengusaha perkhidmatan ini akan membuat alasan mudah membeli alat ganti tidak tulen untuk membaikpulih kenderaan mereka dan secara tidak langsung bakal mengundang risiko yang tidak diingini.

Mengubah sesuatu harga tambang bukan satu tugas mudah bagi SPAD memandangkan ia melibatkan banyak pihak seperti syarikat pengendali dan persatuan persatuan pemandu kenderaan awam. Jika semudah mengunakan harga minyak sebagai sebab utama harga tambang perlu diturunkan, apa yang bakal terjadi pada masa hadapan jika harga minyak tiba tiba melambung dua atau tiga kali ganda? Ini pastinya memberikan tekanan yang teruk kepada pengguna perkhidmatan awak diketika itu.

Negara kita bukan sebuah negara yang boleh mengawal harga petrolnya tidak seperti dahulu yang mana kerajaan memberikan subsidi kepada setiap liter petrol yang dibeli.

Dewasa ini, teknologi dalam perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas semakin bertambah baik, pengusaha bas perlu menaik taraf sistem keselamatan seperti memasang alat peranti sistem pemantau global (GPS) contohnya. Dan sudah semestinya penambaikkan ini memerlukan kos dan ini dilakukan demi kebaikkan dan keselamatan para penumpangnya. 

Baca Seterusnya...

McDonald’s Malaysia Mematuhi Piawaian Halal Jakim - Penasihat Bebas

Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia bekerjasama dengan Jakim dan penasihat Halal bebas dalam memastikan setiap langkah yang diambil dan sumber bahan mentah yang diperolehi mematuhi hukum-hukum syarak.

Entry kali ini admin ingin kongsikan pendapat daripada individu individu yang bertanggungjawap dalam memantau dan menjaga produk pengeluaran McDonald's Malaysia agar memenuhi standart pensijilan halal oleh Jakim sekaligus menjaga makanan ini yang rata rata diminati oleh seluruh rakyat Malaysia.

Encik Wan Mohd Zam Bin Wan Embong berkongsi peranan beliau selaku Pengerusi Halal Dalaman McDonald’s Malaysia. 

“Tujuan utama Jawatankuasa halal dalaman McDonald's adalah memantau, meneliti dan juga memperhalusi standart halal yang ditetapkan McDonald's. Penyediaan dari masa ke semasa dan juga mengawasi pelaksanaannya ia amat penting bagi kami.”


Sebab itu sebelum mereka memulakan kerja pagi, petang dan malam. Mereka memulakan dengan niat yang baik, ini semua untuk memastikan semua hidangan McDonald's 100 peratus halal dan berkualiti agar semua dapat menikmati makanan  McDonald's dengan yakin dan tanpa was was.


Penasihat Bebas Halal McDonald’s Malaysia

Ustaz khairuddin (gambar bawah) adalah antara Penasihat Bebas Halal McDonald’s Malaysia.


“ Peranan saya sebagai ahli penasihat bebas halal McDonald's, kami sentiasa berjumpa berbincang dan bermesyuarat serta membuat lawatan ke tempat tempat pemprosessan pengedaran dan penyimpanan untuk meninjau dan melihat bagi memastikan satu tahap pengeluaran itu memenuhi piawaian pensijilan halal jakim dan berkualiti.”

Jelas disini McDonald's menggunakan penasihat luar yang berperanan menasihati pihak pengurusan makanan McDonald's mengikut hukum syarak sepertimana yang digariskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). 






Seorang lagi individu diantara yang dipertanggungjawapkan dalam perkara ini adalah Professor Madya Dr. Muhd Fauzi yang menjadi Penasihat Bebas Halal McDonald’s Malaysia. Dalam wawacara bersama beliau. Beliau berkongsi rasa keterujaan beliau terhadap proses penghasilan bermula dari kilang pemprosesan produk McDonald's Malaysia yang mana beliau menceritakan bertapa ketat dan telitinya proses tersebut.


“Bagi saya sebagai penasihat bebas halal McDonald's melihat sejauh mana kebersihan dan kehalalan produk McDonald's. Jadi keyakinan itu ada, Setiap pekerja (kilang) dibekalkan sarung tangan” Ujar beliau.

Beliau menyakinkan kepada para pelanggan bahasawanya dari penelitian beliau, produk McDonald's sememangnya halal dan bersih.



“Diantara rasa kagum saya, kena basuh tangan dan tukar kasut." Kata Dr. Muhd Fauzi yang kagum dengan standart operasi di kilang pemprosesan tersebut.

“Kalau ada lemak atau tulang, kita (syaratkan) untuk buang, kita proses tak ada lemak atau tulang, Pekerjanya kebanyakkannya adalah terdiri dari orang Islam” tambah beliau.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 23 March 2016

Peguam Dedah Tindakkan Mahathir Kerja Sia Sia?!

Tadi panjang lagi saya explain kat Astro Awani sebenarnya tapi dia keluar sikit je.



Ok saya ulas begini. Tort misfeasans adalah cabang undang2 tort yg berkaitan dgn tgjwb kakitangan awam terhadap pelanggannya. Jika kakitangan awam itu cuai dlm tugasnya sehingga menyebabkan kerugian sec direct kpd pelanggannya maka pelanggan itu boleh saman kakitangan krjn berkenaan atas faktor Tort misfeasans.

Tanggungjawab fidusiari pula lebih luas maksudnya, tak hanya spesifik kpd kakitangan awam tetapi anak boleh menyaman bapa, adik boleh saman abang, anak khariah boleh saman imam jika superior mrk cuai dlm melaksanakan tgjwb. 

Maka Tun M saman DS Najib atas kedua2 isu ini atas kapasiti Najib sbg kakitangan awam dan kalaupun undang2 tak mengklasifikasikan Najib sbg kakitangan awam, Tun M ikat pula Najib di bawah tgjwb fidusiari.

Kuat tak saman Tun M ni?

2 perkara perlu dibuktikan Tun M kalau dia nak menang kes ini.

i) Tun M kena ada bukti dokumen dan saksi mata yang sangat kuat yg boleh mengesahkan DS Najib telah cuai sbg PM dlm isu 1MDB dan RM2.6b

DAN

ii) Atas kecuaian tersebut Tun M menerima kesan langsung sbg individu. Cth: Biasanya Tun M terima elaun dari krjn RM1juta sebulan dan di sebabkan kecuaian Najib mengurus duit, elaun Tun M terpaksa di potong kpd RM400,000 sahaja sbb krjn tiada duit nak bayar elaun penuh sebanyak RM1 juta berkenaan. Di sebabkan itu Tun M telah kehilangan pendapatan, tekanan perasaan bla bla bla

HANYA JIKA KEDUA2 PERKARA DI ATAS BERJAYA DI BUKTIKAN OLEH TUN M, BARULAH BELIAU BERPELUANG BESAR MENANG KES INI. JIKA TIDAK, BELIAU HANYALAH SEORG "BUSYBODY" MENURUT TAFSURAN UNDANG2 YG MENJADIKAN BELIAU TIADA LOCUS STANDI DAN TIADA KAUSA TINDAKAN UTK MENERUSKAN SAMAN INI DAN MAHKAMAH BOLEH MEMBATALKAN SAMAN INI DI PERINGKAT AWAL TANPA MENDENGAR MERIT KES ATAS ALASAN REMEH, MEMBUANG MASA MAHKAMAH DAN MENYALAHI UNDANG2. 

JIKA DI BENARKAN SAMAN TUN M INI, MAHKAMAH AKAN MEMBUKA FLOODGATE UTK SETIAP PEMBAYAR CUKAI DI MALAYSIA MEMFAILKAN SAMAN YG SAMA DAN INI PASTINYA AKAN MENYEBABKAN MAHKAMAH TIADA MASA MEMBICARAKAN KES LAIN MELAINKAN KES INI SAHAJA.

Ok kalau Tun M berjaya buktikan kedua2 perkara di atas dan dia menang, adakah DS Najib kena letak jawatan?

LEGALLY, DS Najib tak perlu letak jawatan krn ini kes sivil bukan kes jenayah. Dlm kes ini Tun M memohon gantirugi. Jika Ds Najib kalah dan bayar gantirugi kpd Tun M, maka legally selesailah kes ini. Ds Najib tak perlu letak jawatan.

Tetapi MORALLY, DS Najib perlu letak jawatan sbb mahkamah dah mengesahkan kecuaian beliau.

Tuan/puan, pandangan saya di atas tak bermaksud saya sokong DS Najib. Saya cuma berkongsi setitis pengalaman saya sbg Peguam tentang bagaimana mahkamah Malaysia menghadapi kes2 yg sebegini. Walaupun mungkin ada asas terhadap tindakan Tun M berkenaan, namun beban pembuktian dan kaitan dgn kerugian itu amat sukar di buktikan.

Tetapi Tun M bebas mencuba utk meneruskan saman tetapi ada kemungkinan saman itu terpaksa di tolak oleh Mahkamah utk mendengar meritnya atas alasan pihak Plaintif tiada locus standi dan tiada kausa tindakan. 

Sekian.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

Peguam
012-9770412

Feel free to share.
Baca Seterusnya...

Bayar Guna Kad Kredit Dan Debit Di McDonald's #McDonaldsMalaysia #McDonalds

Kebelakangan ini McDonald’s Malaysia banyak memperkenalkan menu baru dalam hidangan yang dijual di restoran restoran mereka diseluruh negara. Ini menunjukkan McDonald’s terus terusan memberikan perkhidmatan penyediaan makanan yang efektif untuk para pelanggannya.

Dan hari ini McDonald’s komited pada misi mahu memuaskan selera pelanggan setia mereak, malah pihak McDonald’s juga mahu memudahkan urusan jualbeli kepada pelanggannya.

Kaedah terbaru di McDonald’s untuk memudahkan pelanggannya kini adalah memberi kemudahan menggunakan kad kredit atau debit mereka untuk memesan makanan.


Projek perintis ini dengan usahasama bersama bank terkenal di Malaysia iaitu Maybank akan memberi kemudahan kepada pelanggan di seluruh negara dan kini terdapat 20 buah premis terpilih telah dikemaskinikan kemudahan ini. Dalam perancangan masa hadapan, jumlahnya kemudahan ini akan bertambah di restoran yang memerlukan perkhidmatan ini mengikut kesesuaian. 


Selepas ini para pelanggan tidak perlu risau atau tergesa gesa ke mesin pengeluaran wang kerana adanya mode bayaran yang baru melalui kad kredit/ debit di restoran McDonald’s. Adanya kemudah ini bakal memudahkan proses pembayaran makanan yang dipesan dan sekaligus menjimatkan masa dan tenaga.

Apa itu kad debit?

Nama kad debit tidak dinafikan telah biasa kita dengar. Kad debit bermaksud sejenis kad bank yang digunakan oleh pengguna untuk membuat pembayaran yang boleh menggantikan pembayaran secara tunai. Secara analogi, kad debit merupakan wang tunai digital anda.

Di Malaysia hampir kesemua bank yang menyediakan fungsi kad ATM dilengkapi dengan fungsi kad debit.

Kad debit hampir sama dengan kad kredit, cuma kad debit menolak wang yang terdapat dalam akaun simpanan pada bank anda bagi setiap pembayaran, manakala kad kredit menambah hutang yang perlu dilangsaikan selepas setiap pembayaran. Kad debit tidak dapat digunakan apabila wang di dalam akaun telah habis digunakan.

Apa kelebihan menggunakan kad debit?

Terdapat banyak kelebihan menggunakan kad debit. Antaranya membolehkan anda membayar barang-barang yang anda beli tanpa perlu menggunakan duit tunai. Dalam erti kata lain apabila anda hendak membeli-belah, kad sekeping itu pun boleh digunakan untuk membayar barang yang anda beli.

Apabila anda membayar dengan menggunakan kad debit, duit akan ditolak terus daripada akaun anda, maknanya anda tidak perlu risau tentang hutang pada hujung bulan. Tetapi pastikan baki dalam akaun anda adalah mencukupi untuk memudahkan proses pembayaran.

Selain itu, kad debit boleh membantu anda mengawal perbelanjaan setiap bulan agar tidak melebihi daripada apa yang anda telah rancang.

Kad debit juga boleh mendidik anda supaya lebih berjimat, hal ini demikian kerana apabila penggunaan kad debit meningkat,Wang tunai dalam akaun akan berkurangan, untuk memastikan baki dalam akaun sentiasa mencukupi, pastikan anda tidak terlalu banyak berbelanja, terutamanya ke arah perbelanjaan yang tidak berfaedah. Tetapi bayar makanan di Mcdonald’s itu takkan la dikategorikan perkara yang tak berfaedah pula kan?
Baca Seterusnya...

Malaysia Berhasrat Tambah Penerbangan ke India - Liow Tiong Lai.

Sistem Pengangkutan awam yang efisien adalah suatu perkhidmatan yang ditawarkan terhadap pelanggan dengan mudah , selamat dan cepat bagi meningkatkan sektor perkembangan ekonomi dalam sesebuah negara.

Sektor pengangkutan awam terutama perkhidmatan laluan udara iaitu pesawat penumpang juga perlu mengembangkan rangkaiannya dalam hubungan perniagaan dimana ianya akan dapat menjana pendapatan negara dari sektor pelancongannya.

Lantaran dari kesedaran ini, Menteri Pengangkutan, YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI telah berhasrat untuk menambah laluan penerbangan diantara Malaysia dan benua India . Perbincangan bersama rakan sejawat beliau Tuan Yang Terutama Shri P. Ashok Gajapathi Raju, Menteri Penerbangan Awam India pada Pameran & Persidangan Antarabangsa Penerbangan Awam (Penerbangan India 2016).

Usaha ini dilihat bakal mencambahkan lagi sektor pertumbuhan ekonomi kedua negara. Hingga ke hari ini Malaysia telah menawarkan sebanyak 24 penerbangan ke seluruh India dan merangkumi beberapa bandar utama perlancongan di negara tersebut. Penambahan penerbangan ini dimasa akan datang akan dapat mempergiatkan dan mengembangkan lagi aliran ekonomi kedua negara dalam kepelbagaian sektor.

Sehingga kini, dibawah Perjanjian Perkhidmatan Udara di antara Malaysia dan India, sebanyak 20,000 tempat penumpang telah diperuntukkan bagi setiap minggu, dengan rancangan penambahan penerbangan ke India dijangkakan sebanyak 40,000 tempat duduk akan disediakan disamping penambahan destinasi baru yang akan dikenalpasti.

Berikut adalah kenyataan yang telah dibuat oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Dato’ Seri Liow Tiong Lai.

KENYATAAN MEDIA

OLEH YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI PENGANGKUTAN, MALAYSIA


Liow: Malaysia Berhasrat Tambah Penerbangan ke India

Rancang adakan dialog Langit Terbuka ASEAN-India

Meningkatkan perhubungan pengangkutan merupakan mandat utama Kementerian Pengangkutan. Saya yakin bahawa ini adalah faktor yang penting dalam pertumbuhan ekonomi di Malaysia serta rantau ini.

Untuk tujuan ini, satu perbincangan telah diadakan bersama rakan sejawatan saya di India, Tuan Yang Terutama Shri P. Ashok Gajapathi Raju, Menteri Penerbangan Awam India, pada Pameran & Persidangan Antarabangsa Penerbangan Awam (Penerbangan India 2016) ke-5 hari ini.

India mempunyai potensi yang besar sebagai pasaran penerbangan awam ke-9 terbesar di dunia dengan nilai pasaran yang dianggarkan sebanyak USD16 billion. India juga berada di landasan yang tepat untuk berkembang menjadi pasaran penerbangan awam ketiga terbesar di dunia menjelang 2020.

Dalam usaha berterusan untuk membangunkan sektor penerbangan awam, Malaysia berharap agar perkhidmatan penerbangan udara ke India dapat dipertingkat. Kini, pengendali syarikat penerbangan di Malaysia antaranya termasuk Malaysia Airlines Berhad (MAB), AirAsia, AirAsia X dan Malindo Air menawarkan penerbangan ke 24 destinasi di seluruh India. Ini merangkumi enam bandar-bandar utama iaitu Delhi, Kolkata, Mumbai, Chennai, Bangalore dan Hyderabad, serta 18 bandar-bandar lain antaranya seperti Goa, Jaipur, Port Blair, Kochi, Ahmedabad dan Tiruchirappalli. 

Dibawah Perjanjian Perkhidmatan Udara di antara Malaysia dan India, sebanyak 20,000 tempat duduk telah diperuntukkan bagi setiap minggu. Oleh kerana syarikat-syarikat penerbangan ini telah memenuhi kapasiti tempat duduk ini, kita telah memulakan perbincangan dengan India agar jumlah kapasiti tempat duduk boleh ditambah kepada 40,000 seminggu. Kita turut berhasrat untuk menambah destinasi penerbangan ke lapan Bandar lain, khususnya Coimbatore, Madurai, Pune, Vijayawada, Mangalore, Surat, Chandigarh dan Srinagar.

Saya juga amat berbesar hati kerana dapat mewakili rakan-rakan Menteri Pengangkutan ASEAN di mana Malaysia mengetuai Rundingan Perjanjian Pengangkutan Udara ASEAN-India yang bertujuan mencapai perjanjian langit terbuka bersama India. Bagi tujuan ini, saya mengalu-alukan Perjanjian Perkhidmatan Udara Serantau Kumpulan Kerja ASEAN-India yang bakal diadakan dalam usaha memuktamadkan Perjanjian Pengangkutan udara ASEAN-India (IA-ATA). 

[TAMAT]



Baca Seterusnya...

PABM: Permidato Bahasa Melayu Memukau #PABM

Bertemakan “Pengantarabangsaan Bahasa Melayu”, Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri @ PABM adalah satu acara tahunan pidato Bahasa Melayu yang terulung yang bermatlamat untuk memartabatkan citra dan kedaulatan bahasa Melayu di persada dunia. 


Selepas dua hari pertandingan, seramai 10 pelajar antarabangsa mara ke pusingan separuh akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2016 esok. 


Lima pelajar daripada 20 yang bertanding dalam kategori Antarabangsa dan melepasi pusingan saringan semalam serta suku akhir hari ini ialah HAN JUN BEOM dari Korea Selatan, WANG JIALU (ALEEYA) dari China, HATSUNE YANAI dari Jepun, MEGAN ROSE DONELLY dari Amerika Syarikat dan REBECCA CLARE LAWRENCE 


Bagi kategori Pelajar Malaysia di Malaysia (PAM) pula, pelajar Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), ABDALLA HASSAN GHARIB dari Tanzania; pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), MASHAL KASEM ALQUDAH dari Jordan; dan pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP), ANAS MOHAMAD HUSIAN KASSIM dari Iraq akan bersaing untuk mara ke pusingan akhir pada 25 Mac nanti. 


Turut merebut tempat ke final yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ialah dua pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) HASSAN RADWAN dari Palestin dan NASEAR BIN SLAYMAN dari Kemboja. - UTUSAN 





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 22 March 2016

Misi Pencarian #MH370 Diteruskan Atau Dihentikan Selepas Mesyuarat Bersama - Datuk Seri Liow Tiong Lai

Malaysia, China dan Australia belum memutuskan untuk memberhentikan atau meneruskan operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sehingga diputuskan dalam mesyuarat diantara ketiga tiga negara ini. Ini kerana misi pencarian MH370 ini dijadualkan bakal tamat pada akhir Jun 2016.


Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata mesyuarat itu, yang akan dihadiri menteri berkenaan dari ketiga-tiga negara terbabit, akan membuat keputusan dengan mengambil kira nasihat teknikal daripada pasukan pakar satelit.

“Berdasarkan analisis sebelum ini, pasukan pakar telah menentukan bahawa kawasan berkeluasan 120,000 kilometer persegi (di Lautan Hindi) sebagai kawasan pencarian utama yang merangkumi 99 peratus kebarangkalian laluan penerbangan.

“Setelah operasi pencarian di kawasan yang mempunyai kebarangkalian kedudukan pesawat itu tamat, maka operasi pencarian selesai dilaksanakan sepenuhnya,” katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, lapor portal BNBBC.my semalam.

Katanya pasukan pakar satelit itu terdiri daripada Air Accidents Investigation Branch, National Transportation Safety Board, Australian Transport Safety Bureau, Boeing, Australian Defense Science and Technology Organization, Inmarsat dan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia.

Fakta Pesawat 

Jenis: Boeing 777-200 
Tarikh Pelancaran: Jun 1995 
Jenis Engin: PW4077, RR 877, GE90-77B 
Jumlah Dimiliki MAS: 15 Buah 

Model Boeing 777-200 tidak pernah terlibat dalam sebarang kemalangan udara sehingga penerbangan Asiana mendarat cemas di Lapangan Terbang San Francisco mengorbankan tiga remaja perempuan China pada Julai 2013.

Ringkasan tragedi MH370

Pesawat Malaysia Airlines dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal Sabtu (8 Mac 2014, Waktu Malaysia) Penerbangan MH370 itu membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi Sabtu.

Pihak MAS mengeluarkan kenyataan media bahawa mereka berusaha menghubungi ahli keluarga 239 penumpang dan anak kapal penerbangan. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari turut mengesahkan penumpang-penumpang adalah dari 15 negara termasuk China, Indonesia, Australia, Perancis, dan Malaysia Pada masa yang sama, pihak Malaysia Airports Holdings Berhad menyuruh orang ramai berhenti membuat spekulasi mengenai kejadian susulan beberapa spekulasi di laman sesawang Facebook dan Twitter

Pesawat itu kemudiannya diumumkan berakhir di Lautan Hindi dengan usaha pencarian di kawasan seluas 120,000 kolimeter persegi dijangka selesai pada Jun ini.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Monday, 21 March 2016

#FELDA "Peneroka FELDA Tetap Akan Menerima Dividen" - Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad #FGV #FeldaDihatiku

FELDA Global Ventures (FGV) tetap akan memberikan dividen kepada para peneroka kelak apabila diputuskan di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang bakal diadakan pada Jun 2016 ini kata Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

“Peneroka FELDA yang mempunyai saham tetap akan menerima dividen, tetapi sedikit atau banyak akan ditentukan dalam mesyuarat itu.


“Tidak perlu dengar cakap orang yang mendakwa FELDA dan FGV kerugian serta tidak ada duit. Memang kita berhadapan pelbagai situasi yang mencabar tetapi masih mendapat keuntungan,” katanya selepas merasmikan Program Bersama Komuniti Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Dewan Orang Ramai FELDA Raja Alias Dua, Bandar Seri Jempol, lapor portal BNBBC semalam.

Laporan media pada Febuari tahun ini, untung selepas cukai (PAT) Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV) mencecah RM310 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 lalu.

Dan FGV merekodkan hasil RM15.67 bilion bagi tahun kewangan sama berbanding RM15.26 bilion tahun sebelumnya ini menokok pertambahan hasil sebanyak 3%.

Tan Sri Mohd Isa yang juga Ahli Parlimen Jempol, Negeri Sembilan berkata, FGV akan terus memajukan sektor hiliran yang berdaya maju dalam usaha meningkatkan pendapatan syarikat sekali gus terus memacu Felda keatas pencapaian terbaik meskipun ekonomi global dalam keadaan ketidaktentuan.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Thursday, 17 March 2016

LGE Beli Rumah Harga Bawah Pasaran? @cmlimguaneng


Dalam perbahasan di Parlimen 17.03.2016 MP Bukit Gelugor mendedahkan belaku penyelewengan dalam penjualanan tanah kepada sebuah syarikat kroni LGE yang diperuntukkan oleh kerajaan pusat untuk dibangunkan Rumah Kos Rendah Bagi Rakyat Termiskin di Pulau Pinang.



Baca Seterusnya...

Penggunaan Kenderaan Sendiri Untuk Tujuan Komesial Adalah Dilarang #UBER #GrabCar #Teksi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri (BN- Batang Sadong) Ketika menjawap secara bertulis soalan yang dikemukan oleh Ahmad Marzuki Shaary (PAS- Bachok) di sesi Parlimen , berkenaan teksi dan applikasi booking , Beliau menjelaskan syarat dan standard yang akan diperkenalkan untuk memastikan semua pemberi khidmat teksi melalui applikasi smartphone harus memberi perkhidmatan yang lebih berkualiti.


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kini sedang melakukan kajian dan pengumpulan maklumat sebelum satu formula dan polisi yang bersesuaian untuk mengawal dan memantau sistem booking teksi melalui internet dan juga applikasi nya.

“Ini boleh secara terus memperbaiki mutu perkhidmatan teksi yang bakal menguntungkan semua pihak termasuk pemandu dan penumpang” jelas Nancy Shukri.


YB Nancy Shukri memberitahu , Dalam kerajaan bertindak mencari penyelesaian dalam pergeseran dan masalah antara perkhidmatan teksi UBER dan perkhidmatan teksi tradisi , SPAD juga telah mengadakan konsultansi secara komprehensif dengan syarikat teksi dan pemandu untuk mengadakan beberapa insiatif penambahbaikkan.

Beliau juga turut memberitahu melanggan teksi melalui applikasi adalah dibenarkan selagi pemandu teksi itu menggunakan kenderaan berlesen akur pada undang undang yang sedia ada.


“Penggunaan kenderaan sendiri (private vehicle) adalah satu kesalahan di bawah seksyen 16 akta pengangkutan kenderaan awam 2010” kata Nancy.

Selain itu YB Nancy juga sempat memberitahu pihak SPAD kerap mengadakan penguatkuasaan berterusan dan banyak mengeluarkan saman dan menunda kenderaan pesalah yang tidak mematuhi undang undang.

“SPAD juga mengeluarkan pemberitahuan bertulis kepada pemandu yang berlesen supaya mereka hentikan memberi perkhidmatan yang tidak mengikut undang undang yang lain dari apa yang tertera dalam lesen yang mereka miliki” kata Nancy Shukri


Dengan penjelasan bertulis dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Nancy Shukri, maka tentu semua pihak bersabar dalam isu perkhidmatan teksi melalui applikasi seperti UBER dan Grabcar.

Peranan SPAD sering disalahtafsir oleh banyak pihak. Walaubagaimanapun pihak SPAD sentiada bersikap terbuka dan mengalu alukan sebarang permasalahan yang berkaitan dengan memberi respons yang cepat dan tindakkan yang cepat.

Sebarang makluman boleh terus hubungi SPAD : 1800-88-7723


Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!