Friday, 26 February 2016

#McDonald'sMalaysia : Apa Sumbangan McDonald's Pada Masyarakat Malaysia!

Disini admin kongsikan beberapa program yang pernah dilaksanakan oleh McDonald's Malaysia. Ini berikutan penerangan yang mana McDonald's Malaysia sentiasa mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan di Malaysia. Walaupun tidak mendapat liputan yang meluas. Juga kisah kemana duit kutipan Tabung McDonald's Diagihkan [rujuk] tidak ada yang memperkatakan tentang usaha murni ini.

Admin percaya apa yang McDonald's Malaysia lakukan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama masyarakat bukan hanya publisiti semata mata.


Hari Sarapan Pagi Negara (National Breakfast Day) 2015

Antara pengunjung yang menyambut Hari Sarapan Negara.

Sambutan ini tidak asing lagi bagi yang pernah menyertai Hari Sarapan Negara, Pada hari sambutan tersebut McDonald's Malaysia telah menyumbangkan sebanyak 230,000 McMuffins Egg untuk rakyat Malaysia di seluruh negara yang bangun awal pagi pada 13 April tahun lepas. 



TIdak dilupakan juga pada Hari Sarapan Negara McDonald's turut melibatkan para guru guru. adalah satu penghargaan yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit, walaupun hanya sekadar sarapan pagi, ia memberi erti dan ini menunjukkan McDonald’s turut prihatin terhadap golongan pendidik ini.

Orang ramai beratur untuk mendapatkan McMuffins Egg ketika hari Sarapan negara..


Sambutan Hari Guru 2015

McDonald's Malaysia turut meraikan sambutan hari Guru bagi mengiktiraf jasa dan sumbangan guru yang bertungkus lumus mendidik anak-anak pelajar.


Guru-guru dari 25 buah sekolah telah dijemput ke restoran untuk aktiviti yang menyeronokkan dan dijamu dengan hidangan McDonald's..selain itu, McDonald's turut memberi kupon McChicken kepada guru-guru yang dipilih sempena sambutan Hari Guru 2015.

Moreh di Masjid pada Bulan Ramadhan 

Penajaan jamuan Moreh McDonald's ke masjid-masjid.

Dibulan Ramadhan, setiap seminggu sekali, sebanyak 265 buah restoran McDonald's telah menyediakan hidangan moreh selepas sembahyang tarawih berjemaah . 

Pemberian juadah ini sebagai salah satu cara McDonald's menyumbang kepada masyarakat khasnya kepada  majoriti Islam dinegara ini. Program Moreh ini merupakan kali kedua telah dianjurkan McDonald's



Program Sekolah Ramadan
Bantuan baju raya dan berbuka puasa bersama kanak-kanak sekolah 


Tidak terkecuali juga adanya sumbang McDonald's pada sambutan musim Hari Raya Adili Fitri, McDonald's telah meyumbangkan bantuan pakaian untuk menyambut Hari Raya  kepada pelajar pelajar sekolah yang dipilih dari beberapa buah sekolah. 


Pelajar pelajar ini dibawa ke pusat membeli belah untuk memilih dan membeli pakaian yang bersesuaian untuk menyambut Syawal yang mulia . 

Secara umumnya disini admin secara peribadi mengucapkan jutaan terima kasih kepada McDonald’s Malaysia kerana bersama sama membantu menghidupkan suasana harmoni dalam kehidupan bermasyarakat di negara ini. 

McDonald's Malaysia yang telah memberikan sumbangan bernilai jutaan ringgit kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan. Tanpa ada rasa prejudis dan menganak tirikan siapa siapa dalam pemberian bantuan ini.

Harapan admin, McDonald’s dapat meneruskan usaha murni ini untuk tahun tahun yang akan datang.

Baca Seterusnya...

Thursday, 25 February 2016

AES dan KEJARA Akan Digabungkan - Datuk Seri Liow Tiong Lai #AES #KEJARA #AWAS

Kementrian Pengangkutan bakal mengabungkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) untuk mengurangkan jumlah kemalangan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata gabungan kedua-duanya nanti akan dikenali sebagai AWAS iaitu Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik.

“Sistem baharu ini bertujuan mengurangkan kemalangan. Selain itu, ia juga bagi memerangi gejala rasuah kerana pembabitan manusia yang minimum dalam mengeluarkan saman trafik,” katanya.

Liow memberitahu akan perkara ini didalam siaran langsung program Soal Jawab di TV3 malam tadi dan menyifatkan ini adalah kaedahnya untuk mengurangkan jumlah kemalangan yang kian meningkat.

Sebelum ini Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pendirian beliau terhadap cadangan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mencadangkan kadar denda maksimum dinaikkan untuk menyelesaikan masalah sikap pemandu yang berulang kali melakukan kesalahan jalan raya.

Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan bahawa kementeriannya terpaksa menangani beberapa isu membabitkan undang-undang dan prosedur sebelum ia dapat menyerahkan cadangan itu kepada Kabinet selepas kajian akhir dimuktamatkan.



Automated Enforcement System (AES)

Automated Enforcement System (AES) ini adalah penguatkuasaan secara automatik iaitu kesinambungan daripada Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-2010. Ini adalah usaha berterusan aktivis keselamatan jalanraya (JPJ, PDRM, JKJR, MIROS, JKR) memberi tumpuan kepada 4E (Engineering, Enforcement, Education and Environment).

Ia adalah Keperluan adaptasi sistem penguatkuasaan yang mapan (sustainable) dalam terus kekal mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan.

AES satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik  kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).

AES pada mulanya dikuatkuasakan pada 2012 tetapi ia kemudian mendapat bantahan meluas daripada orang ramai. Sistem itu kemudian diambilalih oleh kerajaan selepas Dewan Rakyat meluluskannya pada Disember 2013.
Baca Seterusnya...

Wall Street Journal Hanya Guna Bukti Yang Direka Reka

Wall Street Journal (WSJ) terus dikecam selepas artikel terbarunya mengesahkan agenda menentang Malaysia yang diperjuangkannya. Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata ia jelas menunjukkan sikapnya yang jauh tersasar daripada standard kewartawanan seperti lazimnya.

“WSJ terus dengan sengaja mengabaikan fakta sahih, sambil mendakwa laporannya berkaitan Malaysia tidak pernah dipersoalkan.

“Kerap kali ditegaskan, isu 1MDB dan derma kepada Perdana Menteri tidak mempunyai sebarang kaitan. Hakikat derma itu diterima dari Arab Saudi telah disahkan oleh pelbagai pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu..

Tegas Abdul Rahman lagi, Peguam Negara telah merumuskan, siasatan menyeluruh yang dijalankan mendapati dana itu diperoleh dari Arab Saudi. Malah Menteri Luar Arab Saudi mengesahkan ia disalurkan oleh Arab Saudi.

Beliau turut bersetuju dengan keputusan Peguam Negara Malaysia dan mengesahkan tiada salah laku di pihak Perdana Menteri Malaysia.

“Sebagai tambahan, Peguam Negara Switzerland turut mengesahkan Perdana Menteri bukan antara individu yang disiasat.


“WSJ memilih untuk tidak menghiraukan semua fakta ini, dan terus mengemukakan apa yang disebut sebagai bukti untuk menyokong tuduhan liar mereka – semuanya berpunca daripada penentang Perdana Menteri menerusi Kempen Anti-Najib, yang hanya mengutamakan kepentingan politik mereka tanpa menghiraukan kesannya terhadap Malaysia,” katanya lagi.

Menurut Abdul Rahman bukan sahaja Malaysia mempertikaikan penulisan WSJ malah rangkaian televisyen BBC di Britain dan akhbar The Telegraph turut menyiarkan artikel Lidah Pengarang yang menentang WSJ.

“Malah, wartawan veteran BBC, Korensponden Keselamatan bagi Asia Barat dan hos rancangan War on Terror rangkaian itu, Frank Gardner, mengesahkan dengan sumber rapatnya di Arab Saudi bahawa derma sedemikian mendapat kelulusan pihak tertinggi Kerajaan. Menurutnya, penyaluran derma seperti itu adalah perkara biasa,” ujarnya.

Sehubungan itu beliau mempersoalkan siapa yang harus dipercayai sama ada wartawan WSJ – yang biasanya membuat liputan berita kewangan – atau pakar Asia Barat BBC apabila memperkatakan soal ketepatan maklumat dari Arab Saudi?

“Tuduhan berulang tidak berasas dan tanpa bukti ini bertujuan memburukkan Malaysia dan pembangunan ekonominya tetapi Kerajaan tidak akan berdiam diri.

“Perdana Menteri kekal dengan perancangannya untuk memperkukuhkan ekonomi negara dan membantu rakyat. Malah perancangan ekonominya berjalan lancar,” katanya. - sumber
Baca Seterusnya...

Program JOM FIT 2.0 Daerah Kota Tinggi #FitKotaTinggi #BeliaFelda #FitMalaysia

PROGRAM JOM FIT DAERAH KOTA TINGGI!


Pada 5 Mac hingga 16 April nanti akan belangsungnya program JOM FIT 2.0 Daerah Kota Tinggi yang mana dikelolakan oleh kombinasi Majlis Belia Daerah Kota Tinggi, SRCC (Sports Recreation Community Club) dan Majlis Belia Felda Wilayah Johor Bahru.



Program JOM FIT kali ini dikhabarkan bakal mencipta sejarah REKOD MALAYSIA (MALAYSIA BOOK OF RECORDS) dengan terseragamnya program ini berlangsung serentak seluruh Malaysia yang melibatkan lebih 40 lokasi JOM FIT!

Antara aktiviti JOM FIT 2.0

✔ BODY FAT ANALYSIS
✔ BMI ANALYSIS
✔ FITNESS TEST & MEASUREMENT
✔ NUTRITION & FITNESS TALK
✔ WEIGHT TRAINING
✔ RESISTANCE TRAINING
✔ ENDURANCE TRAINING
✔ CIRCUIT TRAINING
✔ SPEED, AGILITY & QUICKNESS TRAINING (SAQ)
✔ HIGH INTENSITY INTERVAL TRAINING (HIIT)
✔ TABATA
✔ ZUMBA
✔ AERODANCE
✔ DODGEBALL GAME
✔ RACE GAMES

TAWARAN ISTIMEWA JOM FIT 2.0 
- PERCUMA T-SHIRT 
-bPERCUMA HIDANGAN MAKANAN SIHAT

YURAN: HANYA RM250 
7 MINGGU TRAINING PROGRAM UNTUK KURUS, CANTIK, SIHAT DAN FIT

APA TUNGGU LAGI? MARI DAFTAR SEGERA UNTUK MEMULAKAN PERJALANAN MEMBAKAR LEMAK ANDA.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

#McDonaldsMalaysia : Kemana Pergi Duit Tabung McDonald’s Malaysia?

Walaupun masih ada segelintir yang belum dibukakan hati dan mindanya untuk menerima penerangan demi penerangan yang dilakukan oleh pihak McDonald’s Malaysia, Disini admin sebagai peminat McDonald’s Malaysia mahu berkongsi kepada para pembaca apa yang kita hari ini terlepas pandang kebaikkan yang McDonald’s Malaysia lakukan demi memberi manfaat kepada insan yang lebih memerlukan

Jika antara pembaca yang budiman yang biasa mengikuti blog ini (Terima Kasih) pastinya pernah membaca beberapa artikel yang di muat naik di sini antaranya Bantuan Rawatan Kanak Kanak Sumbing Oleh The Charities Ronald McDonald House Malaysia (RMHC Malaysia) dan Bilik Deria Sensori oleh RMCH.

Artikel artikel itu ditulis oleh admin, adalah kerana mahu memberitahu kepada rakyat Malaysia bertapa bernilainya sumbangan McDonald’s Malaysia dikaca mata insan yang pernah mendapat sentuhan istimewa oleh RMHC yang mana sebuah badan amal yang ditunjangi oleh McDonald’s Malaysia oleh wang yang diperolehi dari urusniaganya di Negara kita yang tercinta ini.

Disini Admin mahu berkongsi juga beberapa inisiatif bantuan yang dibuat oleh McDonald’s Malaysia yang mungkin kita tidak tahu :


Gambar diatas ini mungkin tidak asing kepada para pelanggan McDonald’s Malaysia. Tabung ini ditempatkan diatas kaunter menerima pesanan dimana ketika para pelanggan sedang menunggu pesanan rata ratanya berlapang dada untuk memberikan sumbangan iklas untuk disalurkan kepada The Charities Ronald McDonald House Malaysia (RMHC Malaysia) beroperasi bagi menjaga kebajikan masyarakat. RMHC ditubuhkan bagi menjaga dan memberi sokongan demi kesejahteraan kanak-kanak melalui konteks Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan. 


Rumah ini terletak di Pusat Perubatan UKM (PPUKM), Cheras. Ia telah ditubuhkan pada 1999. Dana dari sini adalah untuk beberapa program kebajikan masyarakat antaranya Program “Give Of Smile” [Rujuk]



Tabung ini berjaya mengumpul sejumlah dana yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia kerana pada tahun 2015 sahaja jumlah kutipan tabung tersebut mencapai RM 813,440.00.

Hasil sumbangan tersebut juga telah disaluran kepada  inisiatif bantuan mangsa mangsa bencana alam seperti bencana banjir dan gempa bumi.


Gempa Bumi Sabah

Tidak dinafikan dunia lebih memberi perhatian kepada kehebatan malim gunung dalam usaha mencari dan menyelamat berbanding petugas khas dan pihak berkuasa. 


Dalam Kejadian gempa bumi yang melanda Gunung Kinabalu, .ia merupakan satu bencana yang tidak sesekali diduga dan pertama kali berlaku di gunung tertinggi negara ini. Lantaran dari itu pihak McDonald's Malaysia telah menghantar bantuan sejumlah RM 100,000.00. 


Sumbangan ini adalah bertujuan untuk meringankan beban keluarga empat pemandu arah yang terkorban dan tiga buah sekolah di Ranau yang terjejas teruk akibat bencana yang terjadi dana ini dijana dari penjualan air "sejuk beku" dan juga sumbangan dari pelanggan McDonald's Malaysia yang budiman


Banjir Besar Pantai Timur

Pada awal tahun lalu, McDonald’s Malaysia mengambil bahagian dalam usaha membantu mangsa mangsa banjir di Pantai Timur. Dimaklumkan sejumlah RM425,000.00 telah disalurkan untuk melaksanakan usaha ini. Dana ini datangnya dari McDonald's Malaysia iaitu dari kutipan RMHC pada bulan Jan dan Fen 2015. 

Manik Urai, Kelantan
Dana itu talah dimanfaatkan untuk membaikpulih 34 sekolah yang terjejas musibah banjir diantaranya adalah pemulihan surau, pembinaan semula siar kaki di sekolah terlibat dan membeli peralatan baru dalam bilik darjah seperti meja dan komputer.. 

Bantuan mangsa banjir Pantai Timur
Difahamkan bantuan ini meliputi beberapa daerah seperti Kemaman, Dungun dan Kuala Terengganu di Terengganu dan juga Kuala Kerai, Manik Urai dan Dabong di Kelantan. 



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 23 February 2016

Terbit Semula Filem Tragedi Bukit Kepong #BukitKepong

Hari ini dalam sejarah.
Tanggal 23 Feb 1950 iaitu 66 thn lepas, Balai Polis Bukit Kepong diserang komunis.

Marilah kita bersama sama sedekahkan Surah Al Fatihah kepada para anggota dan keluarga Polis yang gugur mempertahankan negara ini. AL FATIHAH!


Pengusaha filem disaran agar menerbitkan semula filem tragedi Bukit Kepong dengan menerapkan penggunaan teknologi perfileman terkini bagi menarik minat golongan muda.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Aisyah Mohammad berkata filem mengenai peristiwa Bukit Kepong perlu diolah dengan lebih menarik mengikut citarasa semasa golongan muda agar ia mampu dihayati secara mendalam oleh generasi baru.

"Generasi muda hari ini lebih dekat dengan media sosial berbanding membaca teks sejarah. Adalah wajar bagi pendapat peribadi saya agar penerbit filem mengambil inisiatif menerbitkan semula peristiwa Bukit Kepong dengan memasukan elemen terkini teknologi perfileman moden bagi menarik minat generasi muda menonton filem tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media serta majlis bacaan yasin dan tahlil sempena memperingati peristiwa Bukit Kepong, di Galeri Darurat Bukit Kepong dekat sini hari ini.

Pada 23 Feb 1950, seramai 180 orang komunis menyerang balai polis berkenaan sehingga menyebabkan 25 orang terdiri daripada anggota polis, polis bantuan serta ahli keluarga mereka terkorban.


Aisyah berpendapat bahawa filem tersebut perlu mempunyai elemen kepolisan agar masyarakat lebih memahani peranan polis dalam menjaga keamanan negara.

"Peristiwa Bukit Kepong telah 66 tahun berlalu, nanum ianya masih segar dalam ingatan warga polis dan ianya perlu dihayati oleh generasi baru sama ada di kalangan orang awam mahupun anggota polis sendiri," katanya.

Beliau berkata sebagai memperingati peristiwa tersebut Polis Kontinjen Johor telah dipertanggungjawabkan untuk mengadakan program bagi memperingati peristiwa itu setiap 23 Febuari.

Ia bagi menghayati perjuangan 14 anggota polis, empat orang isteri polis, seorang kanak-kanak dan enam polis bantuan yang terkorban kerana mempertahankan kedaulatan dan undang-undang negara, katanya.

Sementara itu Timbalan Presiden Persatuan Pesara Pegawai Kanan Polis (Respa), Datuk Meor Chek Hussain berkata peristiwa Bukit Kepong perlu dihayati oleh semua masyarakat khususnya generasi muda.

"Kesejahteraan dan keselamatan negara perlu diperkekalkan secara bersama oleh semua pihak dan tugas tersebut bukan hanya terletak kepada pasukan keselamatan negara," katanya.

Beliau berkata majlis memperingati peristiwa Bukit Kepong disambut setiap tahun bagi menerapkan semangat perjuangan mempertahankan kedaulatan dan undang-undang khususnya dikalangan orang awan dan anggota polis generasi baru.


Katanya tahap keselamatan di negara ini masih kekal terjamin dalam keadaan dan suasana yang berbeza.

"Pasukan keselamatan mempertingkatkan tahap keselamatan bersesuaian dengan keperluan semasa apabila bilangan penduduk negara ini semakin bertambah," katanya.

Beliau berkata bagi mengekalkan keselamatan dan kesejahteraan yang sedia ada, orang ramai perlu terus memberi kerjasama dengan pihak polis bagi membenteras kegiatan jenayah di negara ini.

Turut hadir sama di majlis tersebut ialah Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob. - BERNAMA

Azlas Jaafar ketika memegang gambar bapanya Allahyarham Konstable Jaafar Hassan salah seorang anggota polis yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong. [baca sini]



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Nazri Minta Muhyiddin Letak Jawatan!

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO jika beliau tidak lagi dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan sempurna.

Semasa membuat gesaan itu, beliau berkata Perlembagaan UMNO menyatakan dengan jelas bahawa tugas Timbalan Presiden parti itu adalah untuk membantu Presiden.

"Adalah menjadi satu kesalahan, jika Timbalan Presiden melakukan sebarang tindakan yang bertentangan dengan tugasnya itu," kata Mohamed Nazri, yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

Menurutnya Muhyiddin juga silap bila beliau menyatakan bahawa Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak mengambil tindakan terhadap beliau kerana tiada bukti tentang kesalahannya itu.

"Sebelum Perhimpunan Agung UMNO yang lepas, beliau (Muhyiddin) bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menganjurkan perjumpaan terbuka yang digunakan untuk menghentam Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

"Sekarang, beliau masih lagi mempersoalkan isu seperti sumbangan RM2.6 bilion yang diumumkan selesai oleh Peguam Negara dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang masih lagi dalam prosiding siasatan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara," katanya ketika ditemui pemberita semasa melakukan lawatan kerja di sini ,hari ini.

Mohamed Nazri berkata semua perkara itu bukti nyata yang menunjukkan Muhyiddin tidak bersama presiden, dan perbuatannya itu boleh dikenakan tindakan.

"Muhyiddin juga tidak lagi menjalankan tugas seperti mana yang diharapkan oleh perwakilan yang mengundi beliau untuk menyandang jawatan itu," katanya.

Mohamed Nazri berkata jika Muhyiddin enggan meletakkan jawatannya, beliau sendiri akan mengusulkan supaya Muhyiddin digantung keanggotaannya pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang akan datang. - BERNAMA


Saya hairan bagaimana kita ini kadangkala mudah dipengaruhi oleh orang lain. 

Orang yang mempengaruhi itu boleh jadi kebiasaannya tidak ada kaitan langsung dengan hidup kita. Malah, dia juga barangkali tidak mengenal diri kita. Apatah lagi berhubung pun mungkin tidak pernah. Kita juga belum tentu mengenal dirinya dengan begitu mendalam. Entah di mana hujung pangkalnya, tanpa disedari ‘dia’ telah menjadi sebahagian daripada diri kita. 

Siapakah ‘dia’? 

‘Dia’ boleh jadi seorang manusia. Ada kemungkinan ‘dia’ adalah sebuah adat dan budaya. ‘Dia’ juga tidak mustahil merupakan sebuah kebaikan dan kejahatan. ‘Dia’ boleh berubah bentuk dan warna bergantung kepada situasi tertentu. 

Mengapa kita kadangkala mudah berubah ke kiri dan ke kanan bagai lalang ditiup angin? Mujur juga lalang punya akar yang terbenam di dalam tanah. Jika tidak ia sudah terbang melayang ke mana-mana. 

Bagaimana pula dengan manusia? Apakah kita juga berakar seperti lalang ? Di mana letaknya akar bagi seorang manusia? 

Langkah seorang manusia berakar pada prinsip hidupnya. 

Tanpa menafikan manusia sering melakukan kesilapan dan cuai dalam situasi tertentu, kebiasaannya tindakan kita adalah lambang kepada prinsip yang dipegang. 

Prinsip seringkali berkadar dengan pengaruh. Prinsip yang berpijak di atas nilai dan ke’ilmuan yang benar akan menghasilkan pengaruh yang kuat dan teguh. Sebaliknya, prinsip yang terbina di atas rasa-rasa dan agak-agak sahaja hanya menghasilkan pengaruh yang lemah dan mudah dipengaruhi oleh prinsip di luar lingkungannya yang lebih berdaya pengaruh. 

Menjadi orang yang berprinsip itu mudah. Tetapi, menjadi orang yang mempertahankan prinsip itu lebih sukar dan payah. Kita tidak berbicara soal mempertahankan prinsip yang salah dan menyimpang. Fokus kita ialah pada menjadikan diri terikat pada prinsip yang benar dan berani mempertahankannya. 

Maka, oleh kerana yang benar itu lebih utama, semaklah diri di atas nilai apa kita berpijak. Beransur-ansur menukar prinsip yang salah kepada prinsip yang betul adalah tanda kepada orang yang berprinsip. 







للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Bilik Sensori Rangsang Deria : McDonald’s Malaysia Prihatin Pada Golongan Istimewa #McDonaldsMalaysia


Khidmat masyarakat ialah kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu. Kerja-kerja kemasyarakatan sekiranya dilaksanakan dengan sempurna sudah pasti akan menghasilkan sesuatu hasilan ataupun output yang berguna. khidmat masyarakat adalah suatu aktiviti yang amat penting untuk memupuk perasaan muhibah antara komuniti dan mayarakat. 

McDonald’s Malaysia Prihatin terhadap anak anak yang mengalami masalah perkembangan kognitif yang perlahan. 

Pada entry hari ini, ingin dikongsikan bahawa McDonald's Malaysia ada mempunyai sebuah program khas Khidmat masyarakat untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah perkembangan kognitif yang perlahan. Melalui program ini, McDonald's Malaysia telah membina Bilik Sensori (Sensory Room) yang dinamakan dengan nama "Ronald McDonald Sensory Room (RMSR)". 


Setiap anak lahir dengan kemampuan yang berbeza beza, seiring dengan lumrah kejadian alam yang menyatakan bahawa setiap anak yang lahir di dunia ini ada karekter yang berlainan dan keunikannya masing-masing. Setiap anak ada keistimewaannya dan juga tidak pernah lepas dari masalah antaranya kanak-kanak yang mengalami masalah perkembangan kognitif yang perlahan. 

Masalah ini adalah berpunca dari otak bawaan sejak lahir disebabkan perkembangan otak pada semasa janin yang mengalami gangguan. 

Sindrom yang biasanya dikesan mereka mereka sukar mengingati huruf, angka, kesulitan dalam mengiramakan kata kata, mengenal posisi (dimana) bunyi dan memisahkan kata setiap perkataan. 

Menurut kajian yang dilaporkan anak dengan masalah perkembangan kognitif adalah anak yang mengalami gangguan di satu atau lebih proses dasar psikologi termasuk, memahami dan menggunakan bahasa 

(verbal dan tulisan), yang memberi kesan pada kemampuan mendengar, berfikir, berbicara, membaca, menulis, mengeja dan kira kira. Ia termasuk juga gangguan berfikir, kerosakan otak, fungsi  minimal otak, disleksia, dan aphasia. 

Penyebab terjadinya masalah perkembangan kognitif pada seorang  anak adalah: 

• Faktor fisiologis, seperti kerosakan otak, keturunan, dan ketidak seimbangan proses kimia dalam tubuh badan. 

• Faktor lingkungan, diet yang buruk, keracunan dan lain lain. 

Karekter anak yang berdepan dengan masalah perkembangan kognitif adalah: 

• Berkaitan dengan psikologi perkembangan, persepsi, gangguan memori, proses berfikir. 

• Dalam akademik, bermasalah pada kegiatan membaca, menulis, matematik dan berbahasa verbal 

• Secara sosial dan emosional, umumnya memiliki tahap keyakinan diri yang rendah kerana dianggap sebagai anak yang lemah @ terencat. Oleh itu anak ini akan mengganggap dirinya tidak mampu untuk melakukan sesuatu. 

• Secara perilaku, mereka menjadi sukar untuk mengendalikan gerak tubuhnya, tidak mahu duduk diam (gelisah), bertutur dengan baik, melakukan agresi fisik dan verbal 

Ciri ciri dari anak yang mengalami kesulitan terjadinya masalah perkembangan kognitif adalah : 

• Menghindari, enggan dan mengalami kesukaran dalam melaksanakan sesuatu tugas yang memerlukan penumpuan, perhatian dan aturan. 

• Sering menghilangkan benda benda (alatan) yang diperlukan untuk menyelesaikan tugas atau kegiatan lain. 

• Sukar memberi perhatian pada masa melaksanakan sesuatu tugas atau kegiatan bermain (perhatian mudah teralih) 

• Mengalami kesulitan bercampur gaul di dalam kelas / sekolah. 

• Selalu terlupa dengan kegiatan seharian. 

• Pada waktu melaksanakan tugas, Dilihat seperti mengelamun. (Sering berhalusinasi) 

• Tidak mampu mengikuti arahan dan gagal menyelesaikan tugasan kelas. 

Bilik Deria Sensori (Sensory Room) 


Bilik sensori ini dilengkapi dengan peralatan yang diimport khas dari United Kingdom bagi merangsang perkembangan lima deria utama kanak-kanak iaitu Visual, Pendengaran, sentuhan, Bau, dan Rasa. Kelengkapan yang ada pada bilik ini akan memberi terapi yang baik dalam sesi pemulihan untuk membantu perkembangan mental kanak-kanak yang bermasalah.. 


Di Malaysia sahaja, McDonald's telah membina dan memiliki sebanyak 21 buah bilik sensori di seluruh negara. Semua bilik ini dilengkapi dengan peralatan yang canggih yang bersesuaian untuk membantu anak anak yang memerlukannya. 


Di bawah ini kami sediakan senarai lokasi dan nombor untuk dihubungi sekiranya ada dikalangan anda yang mahu menggunakan khidmat bilik deria sensori yang disumbang McDonald's Malaysia di seluruh Malaysia :- 

The Society For the Severely Mentally Handicapped Selangor and Federal Territory (SSMH), Petaling Jaya, Selangor 
Hubungi : 03-78746703 

Bethany Home, Teluk Intan, Perak 
Hubungi : 05-6411276 

Agape Centre, Sibu, Sarawak 
Hubungi : 084-332036 

Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM), Kuala Lumpur 
Hubungi : 03-4257 9818 

Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), Kota Bahru 
Hubungi : 09-7742033 

Taman Sinar Harapan Kuala Trengganu, Terengganu 
Hubungi : 09-6221721 

National Autism Society of Malaysia (NASOM), Kuantan 
Hubungi : 09-5671070 

Spastic Children’s Association of Johor, JB 
Hubungi : 07-2235452 

Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Terencat Akal Seberang Perai Tengah 
Hubungi : 04-5397568 

Sekolah Seri Mengasih, Kota Kinabalu, Sabah 
Hubungi : 088-223221 

Hopehaven Centre for Special Children, Malacca 
Hubungi : 06-2832101 

Special Children Society of Ampang, Selangor 
Hubungi : 03-42568719 

Sekolah Semangat Maju Ipoh, Perak 
Hubungi : 05-5470186 

Perkata Special School Kuching, Sarawak 
Hubungi : 082-426301 

Calvary Victory Centre Johor Bharu, Johor 
Hubungi : 07-556 3311 

Persatuan Untuk Orang-Orang Pekak Tawau, Sabah 
Hubungi : 089-714526 

Spastic Children’s Association of Selangor & Federal Territory 
Hubungi : 03-79567511 

Rumah Amal Kulim 
Hubungi : 04-495 3271 

Pusat Pembangunan Potensi CADS KL & Selangor, Jalan Duta, Kuala Lumpur 
Hubungi : 03-20951218 

Pertubuhan Perkhidmatan Intervensi Awal 
Hubungi : 07-4352145 

Down Syndrome Centre Lions Club Kota Bharu, Kelantan 
Hubungi : 09-7437550 

Pusat Jagaan Horizon 
Hubungi : 06-7631513 

Anda boleh terus menghubungi no telefon yang tertera diatas atau lawati laman sesawang http://rmhc.org.my/causes/rmhc-sensory-room/ untuk mendapat maklumat terperinci berkenaan program ini. 

Untuk makluman semua, McDonald's Malaysia telah membelanjakan lebih 1.6Juta Ringgit bagi program ini dan kos untuk membina sebuah bilik berharga mencecah RM 90,000. 

Dan semenjak "Ronald McDonald Sensory Room" yang beroperasi dari tahun 1999, lebih kurang 5,000 kanak-kanak telah mendapat manfaat melalui program kebajikan McDonald's Malaysia ini. 


Raja Zarith Sofiah mendengar penerangan daripada S. Ramesh Babu pada majlis Perasmian Bilik Sensori Ronald McDonald di Persatuan Kanak-Kanak Spastik Johor

Pada 6 Mei 2010 Persatuan Kanak-kanak Spastik Johor telah dirasmikan Sultanah Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan Raja Zarith Sofiah dalam titah baginda berharap usaha yang dilakukan oleh RMHC itu harus dicontohi oleh syarikat korporat lain dan dilakukan secara berterusan. 

"Saya mengharapkan dengan adanya kemudahan itu, ia memberi sinar lebih bermakna kepada golongan istimewa ini," titah baginda. [rujuk] 

Jelas pelbagai pihak senang dengan usaha murni dari pihak McDonald's Malaysia, kita seharusnya sebagai warganegara Malaysia yang prihatin akan keperluan khidmat Masyarakat seperti ini bukan sekadar mengecam McDonald's dengan sentimen sentimen yang berbau fitnah tanpa sebarang bukti dan fakta yang kukuh terhadap khabar angin yang dilemparkan kepada McDonald's Malaysia.

Dari segi agama, Islam menuntut manusia tolong-menolong dalam perkara yang memberi kebaikan kepada mereka. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2, maksudnya:

"...Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).

Dijelaskan bahawa ayat ini menerangkan suruhan Allah SWT kepada orang mukmin untuk saling bantu-membantu melakukan kerja-kerja yang baik dan bertakwa menjauhi perkara yang mungkar serta melarang mereka daripada melakukan perkara yang batil, dosa dan maksiat. 

Dan menegaskan bahawa pengertian dosa ialah tidak menunaikan perkara yang disuruh Allah SWT dan maksud pencerobohan dalam ayat di atas ialah melampaui had-had yang Allah SWT tetapkan dalam urusan agama dan melampaui ketetapan yang difardhukan ke atas diri manusia sendiri dan juga manusia yang lain.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Monday, 22 February 2016

UTC Dan RTC Antara Inisiatif Transformasi Najib Razak

Peranan penting Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dalam memperluas jangkauan perkhidmatan kerajaan tidak dapat disangkal lagi, menjadikannya satu inisiatif yang berjaya.

Menerusi konsep 'satu hentian pelbagai perkhidmatan', UTC dan RTC, yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah pelengkap transformasi untuk mensejahterakan rakyat selaras dengan prinsip 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

Kedua-dua konsep itu berjaya menghimpunkan lebih 40 agensi kerajaan dan swasta demi memudahkan komuniti bandar dan luar bandar mendapatkan pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung.

Kerjasama unik antara pelbagai agensi tersebut dilaksanakan melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang merupakan antara komitmen dan transformasi terbaik kerajaan, demi kepentingan rakyat. Ia diperkenalkan sebagai usaha 'merakyatkan perkhidmatan awam'.



Kewujudan UTC dan RTC juga berjaya meningkatkan kualiti perkhidmatan dan mutu sistem penyampaian menerusi perkongsian strategik yang dijalankan.

Transformasi perkhidmatan kerajaan menerusi NBOS serta kewujudan UTC dan RTC berjaya memecahkan silo antara kementerian dan agensi kerajaan dalam melaksana dan menjayakan sesuatu program, sekali gus memberi pelbagai manfaat kepada rakyat.

Najib, yang menjadi perdana menteri keenam Malaysia pada 2009, genap 40 tahun penglibatannya dalam politik tanah air pada 21 Feb. Beliau berusia 22 tahun ketika mula menceburi bidang politik selepas kematian ayahandanya Tun Abdul Razak Hussein, akibat leukemia pada 14 Jan, 1976.

Seiring dengan matlamat untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, penubuhan RTC dan UTC mempunyai potensi besar untuk meningkatkan pendapatan rakyat kerana ia turut menjadi hab merancakkan aktiviti ekonomi, penggalakan penjualan nilai tambah produk pertanian dan menyediakan perkhidmatan kewangan serta perkhidmatan pembangunnan perniagaan dan keusahawanan.

Ramai yang memperoleh manfaat dan berpuas hati dengan fungsi serta kemudahan pusat transformasi berkenaan, dan tidak menghairankan jika masyarakat masih menantikan kewujudan UTC dan RTC di tempat-tempat mereka.

Pastinya rakyat menyambut baik pengumuman Perdana Menteri semasa mengumumkan Pengubahsuaian Bajet 2016 bahawa pembinaan 10 lagi UTC di Labuan, Sungai Petani (Kedah), Miri dan Sibu (Sarawak), Kota Bharu (Kelantan), Kuala Terengganu (Terengganu), Tawau dan Keningau (Sabah), Seremban (Negeri Sembilan) dan Kangar (Perlis) akan diteruskan.

Empat RTC baharu dijangka siap dibina di Jawi (Pulau Pinang), Rembau (Negeri Sembilan), Sungai Rambai (Melaka) dan Betong (Sarawak) pada tahun ini.

Mengimbas kembali, UTC yang pertama dilancarkan di Melaka pada 23 Jun 2012, manakala RTC pertama terletak di Gopeng, Perak pada 18 Feb tahun sama. Kedua-duanya dirasmikan oleh Najib.

Hingga kini, lapan UTC utama dibangunkan di seluruh negara iaitu di Pudu Sentral (Kuala Lumpur), Melaka Sentral (Melaka), Alor Star (Kedah), Ipoh (Perak), Johor Bahru (Johor), Kota Kinabalu (Sabah), Kuantan (Pahang) dan Kuching (Sarawak). Selain itu terdapat juga UTC mini di Sentul dan Keramat, Kuala Lumpur.

Sehingga Januari 2015, lebih 7.5 juta pengguna pelbagai perkhidmatan dan kemudahan berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan di kesemua UTC, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zabidi Zainal.

Sementara itu, sembilan RTC yang dibangunkan terletak di Gopeng, Kota Bharu, Pekan, Jitra, Kulaijaya, Dungun, Miri dan dua buah di Melaka.

Menerusi UTC dan RTC, komuniti setempat dapat menyelesaikan pelbagai urusan dengan agensi-agensi kerajaan, awam dan swasta dalam tempoh singkat.

Ini termasuklah urusan pembayaran bil, memperbaharui pasport, kad pengenalan, perbankan, pendidikan, pembiayaan dan pinjaman, kesihatan serta urusan-urusan lain.

Permohonan dan pemerosesan banyak urusan boleh diselesaikan dalam tempoh beberapa jam sahaja, umpamanya urusan memperbaharui pasport, yang hanya mengambil masa sejam untuk siap selepas pembayaran dibuat.

Antara agensi yang beroperasi ialah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Antara perkhidmatan lain yang ditawarkan melibatkan Pos Malaysia, Bank Simpanan Nasional (BSN), Agrobank, Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Tenaga Nasional, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Amanah Ikhtiar Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan TEKUN Nasional, yang menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah untuk perniagaan.

Waktu operasi tidak terhad pada waktu pejabat, sebaliknya bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 10 malam, dan dibuka setiap hari termasuk pada hujung minggu.

UTC dan RTC turut berperanan sebagai pusat setempat bagi pembangunan dan aktiviti belia, ruang perniagaan produk tempatan terutamanya bagi penduduk luar bandar dan pusat kegiatan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Orang ramai juga boleh membeli barangan keperluan dengan adanya kedai kain, kedai buku, pasar borong menjual sayur, buah-buahan, ikan, ayam dan daging serta medan selera di pusat-pusat sehenti itu. Selain surau, ada yang menyediakan gelanggang futsal, gimnasium dan ruangan parkir percuma.

Selain meningkatkan sistem penyamapian perkhidmatan kerajaan, pengwujudan UTC dan RTC secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan rantaian bekalan hasil pertanian dan aktiviti ekonomi setempat.

Selain itu, Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC) turut dilancarkan pada 1 Mac 2013, demi memberi kemudahan kepada penduduk luar bandar dan pedalaman yang tiada akses kepada kemudahan asas dan berhadapan masalah pengangkutan untuk pergi ke UTC dan RTC.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata pendekatan NBOS yang dilaksanakan untuk memperkemaskan perkhidmatan awam ternyata membuahkan hasil positif.

"Setelah NBOS berjaya 'menyatukan' pasukan polis dan tentera, ia kini membantu sistem penyampaian awam dengan mengubah imej perkhidmatan itu menjadi lebih efektif dan lebih mesra pengguna.

"Kaedah penyampaian UTC dan RTC ini menarik kerana ia adalah perkhidmatan yang dibawa kepada masyarakat... kini satu tempat untuk semua perkhidmatan," katanya kepada Bernama.

Pelbagai urusan dapat diselesaikan dengan hanya sekali lawatan ke lokasi yang sama, dapat menjimatkan masa dan kos.

"UTC dan RTC bukan satu pembaziran oleh kerajaan tetapi satu idea yang sangat baik dan bijak... sememangnya NBOS adalah satu kejayaan," katanya.

Pensyarah kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat, UTC dan RTC merupakan antara pencapaian terbaik Najib sepanjang memegang tampuk kepimpinan tertinggi negara.

"Matlamat UTC dan RTC itu sampai terus kepada rakyat... ia merupakan projek yang berkesan dalam misi transformasi kerajaan yang memberi manfaat kepada rakyat terutamanya penduduk luar bandar," katanya. 




Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!