Wednesday, 14 December 2016

Video Viral : Pemandu Bas (Penyokong Liverpool) Mahu Penampar Tukang Viral Video

“Orang yang begini … harus saya tampar terus!” itu reaksi Ghadafi yang mendakwa dirinya pemandu bas SD9599 setelah mendapati aksi pemanduannya dirakamkan serta diviralnya di laman sosial.




Lelaki ini yang memiliki akaun facebook bernama Muhammar Ghadafi Abd Gafar mendakwa dia yang memandu bas tersebut dari Kota Kinabalu menuju Semporna.

Dalam rakaman video pendek tersebut, bas yang diakui dipandu oleh beliau telah memotong sebuah bas lain, bukan sahaja di garisan berkembar bahkan di kawasan selekoh berbukit.

Ia membuatkan kenderaan di laluan bertentangan yang kebetulan melakukan rakaman terpaksa membelok dan memberhentikan kenderaan di bahu jalan bagi mengelakkan kemalangan.

Rakaman aksi video pendek itu ternyata tidak menyenangkan hati Muhammar sambil mendakwa tidak seorang pun daripada penumpangnya yang bising dengan corak pemanduan begitu.


“Jangan pandai-pandai, sikit-sikit komen. Penumpang saya pun kelmarin 44 orang tidak bising, ini kan lagi kamu yang tengok gambar. Jangan samakan suasana pemandangan dalam bas dan kereta,” katanya.

Muhammar seterusnya menulis: “Orang yang begini…harus saya tampar terus. Tengok dengan mata kamu sendiri dahulu, bukan melalui orang lain,”marahnya.

Ungkapan dan pengakuan terbuka pemandu tersebut ternyata mengejutkan banyak pihak, terutamanya masyarakat netizen di Sabah.

Semalam, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah mengesahkan mereka telah menerima laporan mengenai kes tersebut dan melalui salinan video yang diterima, mereka akan memanggil pemandu dan syarikat yang terlibat.


sumber : sarawakvoice
Video Viral : Pemandu Bas (Penyokong Liverpool) Mahu Penampar Tukang Viral Video Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 14 December 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!