Thursday, 15 December 2016

Perkhidmatan #MRT Mula Dibuka Pada 16 Disember 2016 #MRT #Prasarana #SPAD

Penantian selama lima tahun dalam pembinaan fasa pertama MRT bakal terlerai apabila MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) sedia menerima penumpang untuk julung kalinya bermula jam 6 pagi, 16 Disember ini.

Fasa pertama melibatkan bahagian bertingkat utara Laluan SBK sepanjang 21 kilometer (km) dan merangkumi 12 stesen di antara Stesen Sungai Buloh dan Stesen Semantan di Bukit Damansara.



Pengarah Projek Laluan SBK Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Marcus Karakashian berkata, ujian telah dilakukan bagi memastikan sistem-sistem laluan ini adalah baik dan selamat bagi orang ramai.

Sebelum operasi, laluan ini telah melalui semua ujian yang kebarangkalian belaku semasa ia beroperasi.

“Saya memohon kepada orang ramai supaya bersabar dan bertimbang rasa. Seperti semua sistem-sistem tren yang baru, masalah-masalah awal akan berlaku.

“Kami akan berusaha untuk menyelesaikan apa-apa isu yang berkaitan jika berlakunya sebarang masalah,” katanya dalam satu taklimat media di sini hari ini.

Para pengguna boleh mengajukan pertanyaan dan laporan di talian Khidmatan pelanggan talian bantuan RapidKL di +603 7885 2585, Jelas Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Berkepentingan Datuk Najmuddin Abdullah.

“Hotline MRT di 1800-82-6868 selepas ini akan memberi tumpuan kepada perkara berkaitan pembinaan Fasa Kedua Laluan SBK dan MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya," katanya lagi

Sebarang infomasi awal mengenai hal hal operasi bagi Laluan SBK akan dimuat naik di laman web RapidKL dan juga di platform-platform media sosial sejajar dengan peranan Prasarana yang menjadi pengendali laluan ini.

Harga tambang untuk Fasa Satu Laluan SBK akan bermula dari RM1 sehingga RM3.90 antara Stesen Sungai Buloh dan Stesen Semantan seperti yang Rapid Rail telah umumkan sebelum ini.

Buat masa kini, hanya transaksi tunai dan kad Touch ‘n Go akan diterima dalam operasi fasa satu ini.

ini kerana kad MyRapid yang sedia ada tidak boleh digunakan bagi Laluan SBK sehingga satu pengumuman dibuat mengenainya kelak.

Perkhimatan ini memberikan diskaun 50 peratus (50%) kepada warga emas, pelajar dan Orang Kurang Upaya (OKU) pula, token dengan tambang konsesi perlu dibeli di pejabat perkhidmatan pelanggan.

Selain tren MRT, bas pengantara (shuttle bus) Laluan SBK juga akan mula beroperasi di 25 laluan daripada 12 stesen fasa pertama pada 16 Disember ini.

Jajaran MRT PERTAMA Sungai Buloh - Kajang

JAJARAN pertama yang dilaksanakan untuk projek MRT Lembah Klang adalah jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang dengan jarak 51km.

Jajaran ini bermula dari Sungai Buloh di barat laut Kuala Lumpur, melalui pusat bandar raya dan berakhir di Kajang, sebuah bandar yang pesat membangun di tenggara Kuala Lumpur.

Sepanjang 9.5km jajaran ini akan dibina bawah tanah. Terdapat 31 stesen di sepanjang stesen ini, di mana tujuh adalah stesen bawah tanah. Fasa pertama jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang dari stesen Sungai Buloh hingga stesen Semantan, akan beroperasi pada akhir 2016. Fasa kedua dari stesen Semantan ke stesen Kajang akan beroperasi pada Julai 2017 dan ini akan membolehkan tren beroperasi di seluruh jajaran.

Setiap tren mempunyai empat gerabak dengan kapasiti penumpang sebanyak 1,200 orang. Jumlah penumpang dijangka mencecah kira-kira 400,000 orang setiap hari. Kekerapan tren dijangka setiap 3.5 minit apabila dilancarkan. [baca lagi]
Perkhidmatan #MRT Mula Dibuka Pada 16 Disember 2016 #MRT #Prasarana #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 15 December 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!