Wednesday, 14 December 2016

Pemuda MCA Sarankan Lim Guan Eng Bercuti #MCA

Sekali lagi Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng disarankan bercuti  setelah Mahkamah Tinggi di sini menetapkan tarikh perbicaraan kes rasuah beliau melibatkan ahli perniagaan Phang Li Koon bermula Mac tahun depan.


Timbalan Ketua Pemuda MCA negeri Ang Chor Keong berkata, LGE perlu berbuat demikian bagi memastikan pentadbiran negeri Pulau Pinang tidak terganggu dan demi kepentingan rakyat negeri Pulau Pinang.

"Sebelum ini mungkin beliau (Lim) tak perlu ambil cuti, tapi kini mahkamah dah tetapkan tarikh perbicaraan, jadi demi kehendak dan kepentingan rakyat beliau perlu bercuti sementara.

"Tugas ketua menteri berat, ia melibatkan pertumbuhan ekonomi, kebajikan rakyat termasuk kemasukan pelaburan asing," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 6 Dis 2016, mahkamah menetapkan 34 hari bermula 27 Mac 2017 bagi perbicaraan kes rasuah Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Cik Phang Li Koon berhubung pembelian banglo di bawah nilai pasaran.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail berkata tarikh perbicaraan yang diberikan mahkamah juga tidak boleh dipinda memandangkan ia dipersetujui pasukan pendakwaan dan pembelaan.

Tarikh perbicaraan itu ialah pada :

27 hingga 31 Mac 2017,
10 hingga 14 April 2017,
24 hingga 28 April 2017,
15 hingga 19 Mei 2017,
29 Mei hingga 2 Jun 2017,
13 hingga 16 Jun dan 17 hingga 21 Julai tahun 2017.

Pemuda MCA Sarankan Lim Guan Eng Bercuti #MCA Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 14 December 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!