Wednesday, 21 December 2016

Nikmati "Air Percuma" Dengan Genangan Air Mata! #MCA

Kenyataan Media Ketua Biro Publisiti Senator Dato’ Chai Kim Sen
Potongan bekalan air tidak sensitif terhadap 3.9 juta isi rumah & pengusaha

MCA kesal dengan tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memotong bekalan air kerana ia tidak sensitif dan tidak bertimbang rasa, terutama lagi kerana ia dilakukan semasa cuti sekolah dan perayaan Krismas.

Pemotongan bekalan air akan mengganggu keluarga-keluarga yang sedang membuat persiapan untuk perayaan Krismas, atau yang akan mengadakan perjumpaan keluarga semasa waktu cuti akhir tahun ini, di mana bekalan air amat penting untuk memasak dan membuat kerja-kerja membasuh. Begitu juga untuk keluarga-keluarga yang sedang membuat persiapan untuk sesi persekolahan baru. Krisis ini telah menjejaskan imej negeri di kalangan pelancong-pelancong asing.

Penghuni-penghuni bandar yang lebih cenderung untuk menetap di pangsapuri atau kondominium juga akan mengalami kesusahan mengumpul air hujan sebagai bekalan air simpanan berbanding dengan penghuni-penghuni rumah. Peletakan baldi-baldi air di sekeliling kawasan pangsapuri juga membahayakan kanak-kanak kecil dan orang kurang upaya kerana pergerakan mereka akan terjejas. 

MCA memahami bahawa Syabas dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) perlu menaik taraf loji-loji air dan tenaga masing-masing. Walaubagaimanapun, kedua-dua pihak sepatutnya lebih pragmatik, dan melakukan pemotongan bekalan secara berperingkat, dan sebaik-baiknya dibuat selepas percutian Tahun Baru Cina atau di bulan Mei atau Jun semasa musim hujan monsun.

Kerajaan negeri Selangor sepatutnya menjaga kebajikan para penduduk, dan harus peka kepada rungutan rakyat dan maklum balas negatif yang dilaporkan dalam berita dan media sosial mengenai pemotongan bekalan air tersebut.

Berdasarkan pengalaman pemotongan air yang lalu, kami tahu bahawa tidak ada jaminan bekalan air akan pulang tepat pada masanya, dan jika ia pulang pun, air tersebut adalah kotor dan berbau. Air paip tersebut akan dibiar mengalir sehingga air menjadi jernih semula, dan ini adalah pembaziran sumber air.

Oleh itu, saya menggesa para pengundi negeri Selangor untuk menolak pihak pembangkang pada Pilihan Raya Umum pada masa depan kerana kegagalan mereka untuk menjaga kebajikan rakyat.

Air adalah sumber asas yang penting, dan akses kepada bekalan air bersih merupakan hak asas semua rakyat yang tidak boleh diambil secara mudah.

Senator Dato' Chai Kim Sen
Ketua Biro Publisiti MCA

-MCA online-


Tindakkan pihak SYABAS (anak syarikat kerajaan negeri pakatan pembangkang) jelas mempertontonkan ketidak cekapan pihak pengurusan pemerintahanya yang gagal dalam isu air dinegeri Selangor.

Kegagalan ini membuatkan hilang keyakinan para pelabur kepada negeri tersebut menyebabkan banyak yang bakal gulung tikar memberhentikan operasi ataupun berpindah yang jelas menjejaskan pendapatan negara.

Tindakkan menunding jari kepada orang lain adalah tidak bijak melainkan Pihak Kerajaan negeri perlu menelilit sebarang tindakkan yang menyentuh berkenaan halnya rakyat.

Pembangkang hanya pandai menyanyi sahaja, buat kerja tak tahu!
Nikmati "Air Percuma" Dengan Genangan Air Mata! #MCA Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 21 December 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!