Tuesday, 13 December 2016

Hubungan Malaysia - China Buka Peluang Peniagaan #MCA

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Inisiatif MCA dalam menandatangani deklarasi program Belt and Road antara Malaysia dan China hari ini dilihat bakal menarik minat pelabur asing dan membuka peluang perniagaan sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.


Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, deklarasi itu merupakan tanda soko­ngan program tersebut susulan kejayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membawa pulang pelaburan bernilai RM114 bilion hasil lawatan ke China baru-baru ini.

“Kerajaan China sedang me­numpukan sepenuhnya program Belt and Road dan ketika ini lebih 65 buah negara yang menyertai program tersebut termasuk Malaysia dan ini secara tidak langsung membuka peluang kepada negara-negara lain untuk melabur di negara ini.

“Melalui inisiatif ini, kami yakin ia akan memberi manfaat kepada eko­nomi negara malah menjadi penghubung kepada Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC),” katanya selepas majlis menandatangani deklarasi Belt and Road di Wisma MCA di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Duta China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang.

Sebanyak 46 organisasi dan persatuan menandatangani dek­larasi tersebut dalam menghubungkan Malaysia-China baik melalui darat mahupun laut sebagai usaha menceburi pasaran Asia dan Eropah.

MCA turut melancarkan Pusat Belt and Road MCA (Mbrace) iaitu sebuah laman web yang bakal dijadikan platform untuk berkongsi maklumat, membantu komuniti usahawan tempatan dan penghubung kepada peluang perniagaan antara Malaysia dan China. - Utusan

Malaysia dalam laluan perancangan masa depan ekonomi yang lebih baik, Difahamkan Malaysia kini memperolehi jumlah pendapatan negara sejumlah RM1.5 trillion setahun dan Perdana Menteri sendiri menjangkakan Malaysia bakal mencecah pendapatannya sehingga RM2 trilion dalam masa 8 tahun akan datang.

Semua usaha ini memerlukan strategi dan sokongan semua pihak bukan hanya tahu berpolitik akan tetapi ia memerlukan seni pemerintahan yang bersuaian dengan zaman. 

Syabas diucapkan kepada Malaysia Chinese Association (MCA) terutama presidennya yang turut sama mengembeling tenaga dalam memajukan negara ini seperti mana yang dikehendaki oleh YB Perdana Menteri iaitu 'berkerja dalam satu pasukan'


Hubungan Malaysia - China Buka Peluang Peniagaan #MCA Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 13 December 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!