Thursday, 15 December 2016

Gelarkan Anggota Polis Sebagai BABI?!

Polis menahan seorang wanita berusia 53 tahun yang didakwa menghina polis dengan menulis perkataan 'BABI' pada kertas saman yang dikeluarkan ketika ditahan di Jalan Tun Abdul Razak, di sini malam tadi. 



Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam, wanita yang memandu kereta jenis Mercedes Benz itu ditahan anggota polis trafik Johor Bahru Selatan kerana menghalang lalu lintas. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata anggota trafik mengeluarkan saman atas kesalahan menghalang lalu lintas, mengabaikan isyarat lalu lintas dan meletakkan kenderaan di garisan berkembar kepada suspek untuk ditandatangani. 

"Namun, suspek menulis perkataan 'BABI' di ruang tandatangan saman berkenaan dipercayai cuba menconteng dengan niat memperlekehkan dan menghina anggota polis terbabit. 

"Anggota polis itu menegur perbuatan suspek tetapi suspek yang tidak bekerja itu menengking anggota polis dengan nada tinggi dan menyatakan nama suspek adalah 'BABI'. 

"Anggota trafik dengan bantuan unit peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan kemudian berjaya menahan suspek berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Sulaiman berkata, kertas siasatan sudah dilengkapkan dan mendapat arahan tuduh oleh Timbalan Pendakwa Raya esok di Mahkamah Seksyen di sini, mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955. - : sumber
Gelarkan Anggota Polis Sebagai BABI?! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 15 December 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!