Tuesday, 8 November 2016

Video : Tauke Colok Sorok Minyak Masak Bersubsidi Kantui #CaringMinistry #KPDNKK



SUNGAI SIPUT : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak merampas 3,000 kilogram minyak masak bersubsidi dalam satu serbuan di sebuah kedai menjual peralatan sembahyang di Taman Jalong, di sini hari ini.

Ketua Unit Anti Pencatutan KPDNKK negeri, Ahmad Ahrazuddin Ahmad Hamdan berkata, minyak masak bernilai RM14,000 itu dirampas selepas premis berkenaan juga didapati menyimpan stok melebihi had lesen runcit yang dibenarkan.

“Lesen runcit yang dibenarkan kepada premis ini untuk menyimpan minyak masak adalah sebanyak 500 kilogram sahaja dan jumlah rampasan yang diperolehi pula melebihi had yang ditetapkan.

“Ini bermakna premis ini telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 10, Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan, ” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.- UTUSAN



Wah..Nampak tak siapa punya kerja menyamun disiang hari selama ini?! 

Pada pendapat saya menyembunyikan barang bersubsidi ini sesuatu tindakkan yang tidak boleh dipandang ringan. 

"Hukuman kepada mereka ini bukan saja denda dan jel tapi dirotan 10 kali. Baru yg lain takut. Bukan pelakunya aja tapi dalangnya sekali. Perbuatan menakut-nakutkan pihak berkuasa tak boleh dibiarkan." - Esa Adam (pembaca blog daengselili)

Tidak harianlah selama ini rakyat mengadu ditekan dengan kenaikkan barang sedangkan yang meyorok dan memanipulasikan harga adalah dari tindakkan golong golong tidak bertanggungjawab ini untuk meraih keuntungan yang berlebih lebihan tanpa memulangkan kepada yang berhak.

Admin harap persalah harus dihukum dengan sewajarnya, Kepada pasukan penguatkuasa teruskan membenteras penyangak celaka macam ini yang menyusahkan rakyat.
Video : Tauke Colok Sorok Minyak Masak Bersubsidi Kantui #CaringMinistry #KPDNKK Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 8 November 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!