Thursday, 3 November 2016

Siapa Bakal Serahkan Kerusi Kepada Parti Muhyiddin?!

Parti Bersatu mengesahkan telah menerima jemputan untuk mengadakan perbincangan dengan PAS (Parti Islam SeMalaysia) dan Pakatan Harapan (PAN, DAP dan PKR) dalam masa terdekat.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pertemuan tersebut merupakan permulaan baik untuk Bersatu memulakan rundingan dengan parti-parti pembangkang lain mengenai bentuk kerjasama menjelang PRU14.

"Berita baik yang pertama, Pas telah menyatakan persetujuan untuk adakan perbincangan dengan kita. Tarikh pun telah ditetapkan dan bagi kami, itu satu langkah ke hadapan.

"Kedua, Pakatan Harapan sudah memberikan jemputan untuk kami hadir dalam satu mesyuarat antara pemimpin-pemimpin mereka dalam tempoh terdekat. Dari situ kita boleh dapat mengorak langkah bagi bentuk kerjasama yang sesuai dan boleh dijalinkan," 

katanya dalam sidang media selepas mesyuarat pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, di Putrajaya hari ini.

Berita buruknya?

Siapakah diantara DAP, PKR dan PAS akan mengorbankan kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen kepada individu yang sah mengkhianati parti asalnya?

Untuk pengetahuan yang mungkin ada yang terlupa kepada parti baru ini apa erti "khianat" 

Maksud khianat ialah sebagai perbuatan jahat yang bertujuan menganiaya atau mendatangkan kecelakaan kepada seseorang (atau apa jua yang baik), tipu daya (munafik), perbuatan belot, atau tidak setia kepada raja, ketua, negera atau bangsa.

Mustahil kerusi DAP

DAP terkenal didalam Pakatan Harapan sebagai "Taiko Besar" kerana mereka telah menyapu bersih semua kerusi yang majoriti bukan Melayu dan jelas mendominasi jumlah besar didalam Pakatan Harapan berbanding parti komponennya yang lain. Dilihat dari saff kepimpinan baru parti bunga ini semua didominasi oleh Melayu secara tidak langsung ia mengukuhkan andaian admin.





Siapa Bakal Serahkan Kerusi Kepada Parti Muhyiddin?! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 3 November 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!