Tuesday, 8 November 2016

Samseng Kilang Minyak Bakar Kereta Khairy Jamaluddin?! #KPDNKK #MinyakMasak

Kuala Lumpur : Kereta kepunyaan Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK), Khairy Jamaluddin hangus terbakar dalam satu kejadian malam tadi.

Laporan awal yang diterima menyebut, kereta yang diletakkan di hadapan rumah mangsa itu telah dibakar oleh individu yang tidak dikenali.

Menurut sumber, kejadian disyaki berpunca dari perbuatan khianat oleh individu yang tidak dikenali.

Siasatan awal turut mendapati, kejadian ini mungkin berkaitan dengan tugas rasmi beliau dalam Operasi Khas Skim Penstabilan Minyak Masak sejak rasionalisasi subsidi minyak masak dikuatkuasakan bermula 1 November yang lalu.

Sebanyak 22,498 premis diperiksa manakala 42.25 tan metrik minyak masak bernilai kira-kira RM120,000 dirampas sejak 21 Okt sehingga semalam. - sumber

Pada andaian admin kereta ini DIBAKAR, tak salah bukan? Maklum la tokey sedang rugi besar dan tak senang dengan penguatkuasaan ini. Diharap pihak berwajib termasuk kastam dan PDRM memadang serius insiden seperti ini dan pastikan individu individu yang cuba mengsabotaj bekalan makanan (tidak hanya minyak masak) bertindak lebih tegas dalam membenteras samseng dan penyeludup sebegini  yang merugikan negara dan menaniaya rakyat negara ini.

Tidak lupa, SPRM Pun kena ambil bahagian!


Samseng Kilang Minyak Bakar Kereta Khairy Jamaluddin?! #KPDNKK #MinyakMasak Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 8 November 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!