Friday, 4 November 2016

Perdana Menteri Bukan Jual Negara - Wee Ka Siong #MCA

Tersebarnya usahasama Malaysia dengan China perlbagai andaian dan kata kata fitnah dilemparkan kepada Kerajaan di media sosial lantaran kejayaan lawatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang berjaya menghasilkan 14 Perjanjian Persefahaman (MOU) Perniagaan dengan jumlah kira kira RM143,64 bilion.


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir antara individu yang terawal mempertikaikan MOU Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang didalam dakwaan beliau ia bakal membawa kepada aliran keluar dana meskipun pada 22 tahun beliau memerintah Malaysia sebelum ini langsung tidak pernah memikirkan survival orang orang pantai timur yang hari ini berterusan ditinggalkan hanya kerana tidak menyokongnya semasa menjadi beliau memegang tampuk pemerintahan Malaysia.

Rafizi Ramli juga turut memberikan komen terhadap kejayaan PM, kononnya China tidak layak diberikan peluang kepada projek tersebut kerana ia kurang kelayakan walaupun semua maklum China mempunyai pengalaman dan teknologi yang jauh lebih baik diantaranya.

Tidak mahu melepaskan peluang mengkritik, pemimpin-pemimpin parti pembangkan dan pejuang-pejuang siber mereka yang mengandaikan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani itu lebih menguntungkan sebelah pihak dan ia tidak memberi manfaat kepada Malaysia.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong yang dikenali dengan sifat lemah lebut akhirnya lantang bercakap kepada media dengan berkata dia rasa amat terkilan dengan golongan berkenaan.

"Saya rasa terkilan ada golongan dari pihak pembangkang telah menganggap lawatan Perdana Menteri ke China kali ini adalah dengan tujuan menjual negara.

"Itu adalah satu tohmahan yang sangat serius. Bagi seorang pemimpin negara apa yang perlu dibuat ialah melakukan yang terbaik untuk rakyat jelata.

"Kalau beliau pergi ke China dengan hasrat untuk mendapat lebih banyak dana pelaburan, dan kita lihat banyak perjanjian yang telah dimeterai, itu adalah untuk memakmurkan negara. Kenapa pula tuduhan liar ini boleh dilontarkan terhadap beliau.

"Ia adalah satu niat jahat dan satu fitnah besar. Kedua, kalau tidak tahu kandungan MOU yang dimeterai, jangan kita buat andaian bukan-bukan. Tolong semak dulu, barulah buat analisis yang betul," katanya.

Ka Siong menganggap tindakan mereka ini semata-mata demi kepentingan politik masing-masing selain kerana didorong perasaan cemburu.

"Ini merupakan kejayaan Perdana Menteri yang sangat dicemburui oleh pemimpin-pemimpin khususnya dari pihak pembangkang," katanya.

Menyentuh ECRL, Ka Siong berkata lagi syarikat dari negara itu berjaya mendapat projek berkenaan berdasarkan pengalaman, kepakaran dan kemampuan kewangan.

"Kita lihat di China saja, sejauh 140 ribu kilometer landasan telah siap dibina sejak dulu sampai sekarang. Untuk High Speed Rail sahaja China telah membuat landasan sejauh 20 ribu kilometer.

"Dari segi kepakaran dan pengalaman, kalau kita lihat mana-mana negara, jika mereka memanggil tender, syarikat-syarikat dari China akan masuk sebab mereka ada kepakaran dan kemampuan kewangan.

"Apatah lagi kali ini Perdana Menteri berjumpa dengan tiga pemimpin terulong China iaitu Presiden, Perdana Menteri dan Speaker Parlimen.

"Kalau persahabatan antara China dan Malaysia dapat menjalin lebih banyak kebaikan kepada rakyat, kenapa tidak.?

"Sekarang, kalau kita nak buat apa-apa projek, ia adalah perencanaan 20 tahun akan datang untuk menukar wajah Malaysia.

"Tidak adil bagi mana-mana pihak membuat andaian yang bukan-bukan dan saya lebih sedih apabila DAP yang mendapat sokongan ramai pengundi Cina, kali ini pula mengutuk negara China.

"Saya pun tak faham apa sudah jadi kepada parti ini. Adakah ia lebih mirip kepada negara kuasa besar selain dari China? Ini adalah sesuatu yang sangat memeranjatkan dan menakjubkan," katanya kepada pemberita.


Perdana Menteri Bukan Jual Negara - Wee Ka Siong #MCA Daeng Selili Rating: 5 Friday, 4 November 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!