Friday, 4 November 2016

PAS Akan Tentang DAP?

PAS tidak akan berunding dengan DAP dalam pertembungan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PU14) akan datang, kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz.

"Kita dah jawab dahulu bahawa tak ada rundingan dengan DAP," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.

Nik Muhammad Abduh mendakwa kenyataan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam bahawa parti itu terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti telah ditokok tambah oleh golongan pro DAP yang mahukan penyokong PAS memberikan sokongan terhadap usaha tersebut.

Kemarin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  dilapor sebagai berkata parti PAS tiada masalah berbincang dengan mana-mana parti blok pembangkang seperti mana jemputan PAS kepada parti bekas pemimpin UMNO ( Parti Pribumi)

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pernah mempersoalkan niat PAS yang mahu memperbaiki hubungan dengan komponen pembangkang lain dalam rundingan berhubung agihan kerusi.

Beliau berkata partinya sentiasa membuka pintu untuk bekerjasama dengan semua parti pembangkang bagi memastikan wujud pertandingan satu lawan satu pada PRU14.

Kebijaksaan DAP mengatur langkah kali ini dilihat sebagai perangkap kepada PAS yang kini diasak oleh Parti Mat Sabu (PAN) Jelas PRU14 kelak DAP tidak menyerahkan kerusinya kepada orang lain dan ini menjerut PAS @PKR melepaskan kerusi mereka kepada Parti Muhyiddin (Pribumi)?


PAS Akan Tentang DAP? Daeng Selili Rating: 5 Friday, 4 November 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!