Thursday, 10 November 2016

MCA Bakal Tukar Sistem Pemilihan Pucuk Pimpinan. #MCA

Sistem pengundian pemilihan bagi memilih pucuk pimpinan parti bakal diserahkan kepada 33,000 perwakilan bahagian MCA. Satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) bakal berlangsung pada Sabtu ini bagi meminda Perkara 21 pelembagaan parti itu untuk memperuntukan sistem pengundian baharu seperti yang dipraktikan oleh sistem pemilihan UMNO pada 2013 lalu.

Apabila ia dilaksanakan kelak, sistem itu akan melibatkan kira-kira 33,000 perwakilan dari 188 bahagian MCA di seluruh Malaysia secara langsung mengundi presiden parti, timbalan presiden, empat naib presiden dan 25 anggota Jawatankuasa Pusat. 

Sebelum ini sistem pengundian dimuktamatkan oleh 2,400 barisan pewakilan pusat yang diadakan tiap tiga tahun semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) parti tersebut.

Timbalan Setiausaha Agung MCA Datuk Wee Jeck Seng yakin bahawa sistem pengundian baharu tersebut akan memperluaskan jumlah perwakilan mengundi dan menjadikan parti itu lebih demokratik dan telus.

"Parti itu telah menghadapi banyak krisis sebelum ini sehingga menjadi bahan jenaka di kalangan orang ramai. Walaupun pilihan raya umum hanya diadakan sekali setiap lima tahun, MCA mengadakan pemilihan setiap tiga tahun serta beberapa EGM lagi. Dengan memperluaskan hak mengundi anggota-anggota kami, diharapkan dapat menghentikan kesemua perbalahan dalaman," katanya.

Sistem pengundian baharu adalah sebahagian daripada proses mentransformasi MCA, kata Wee.


"Kami bermula dengan memperluaskan jumlah perwakilan mengundi. Selama ini, persepsi adalah bahawa kami hanya banyak bercakap tetapi tidak melaksanakan. Tetapi sekarang kami benar-benar melakukannya."

Bulan lalu, ketika mengumumkan bahawa MCA bakal meminda perlembagaannya bagi membolehkan perwakilan bahagian memilih kepimpinan tertinggi, presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata MCA tidak boleh dibiarkan terus menjadi kucar-kacir akibat pemilihan yang dijalankan.

"Kita mesti buktikan kepada masyarakat bahawa kita nekad untuk berubah dan terus bersatu. Hanya selepas itu, kita boleh memenangi semula rasa hormat orang ramai," katanya.

MCA Bakal Tukar Sistem Pemilihan Pucuk Pimpinan. #MCA Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 10 November 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!