Wednesday, 9 November 2016

Ketua Kampung Jadi Agen Benteras Penyeludup - Datuk Seri Hamzah Zainudin #KPDNKK #CaringMinistry

PUTRAJAYA - Usaha bagi membanteras aktiviti penyeludupan barangan keperluan bersubsidi ke negara jiran memerlukan kerjasama menyeluruh daripada semua pihak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, masyarakat tidak boleh menyalahkan penguatkuasa KPDNKK semata-mata apabila ketirisan berlaku menyebabkan barangan bersubsidi dijual di negara jiran.

Sebaliknya, tegas Hamzah semua pihak termasuk ketua-ketua kampung dan anggota masyarakat di kawasan-kawasan sempadan turut sama bertindak dengan menyalurkan maklumat sekiranya mereka mengetahui aktiviti penyeludupan berlaku.

Hamzah berkata, pihaknya melalui strategi lautan biru kebangsaan sememangnya menjalankan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain termasuk Kastam Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia bagi membanteras penyeludupan.

“Usaha mengetatkan lubang-lubang tikus ini perlukan pemantauan semua selain 2,600 penguatkuasa KPDNKk dan 4,000 anggota yang giat menjalankan tugas penguatkuasaan,”katanya.

Hamzah berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Integriti KPDNKK 2016 di sini, hari ini.

Dalam pada itu Hamzah berkata, pihaknya belum menentukan mekanisme baharu bagi memastikan minyak masak paket plastik 1 kilogram sampai kepada golongan sasar.

Tegasnya, berdasarkan kajian, jumlah minyak masak yang dikeluarkan adalah mencukupi untuk dinikmati pengguna.

Hamzah menjelaskan jumlah bungkusan minyak masak yang diberikan subsidi adalah sebanyak 85,000 tan metrik, satu angka yang besar melebihi permintaan dalam negara.

“Dalam kajian, setiap individu hanya menggunakan 1 setengah kilo minyak masak dalam sebulan. Jika semua rakyat guna minyak masak, hanya 45,000 tan metrik minyak masak digunakan, ada lebihan 40,000 tan metrik.

"Kementerian tidak membuat pemberian subsidi yang berlebih-lebihan bagi mengelakkan mereka yang tidak berintegriti menjualnya di luar negara,”katanya.

Sementara itu mengulas mengenai minyak kitar semula yang didakwa dijual di pasaran, Hamzah berkata, kementeriannya tidak memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk melakukan tindakan itu.

Jelas Hamzah pihaknya sedang mengenal pasti mereka yang terlibat dan akan memanggilnya agar minyak kitar semula tidak dibungkus sama seperti minyak bersubsidi dalam paket plastik supaya pengguna tidak keliru.

Selain itu, menurutnya KPDNKk juga akan mengumumkan 285 jenama minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram yang mendapat subsidi kerajaan.

“Perjumpaan dengan syarikat-syarikat minyak akan diadakan secepat mungkin. Selain daripda 285 jenama yang dikenalpasti adalah minyak kitar semula,”katanya. - Sinar

Datuk Seri Hamzah Zainudin

Diharap perkara ini dapat diteruskan dan ditanggung baik oleh pihak yang diberi amanah demi kelangsungan kita rakyat Malaysia.

Anggaplah ini sebagai jihad kecil memerangi penyeludupan yang membawa kepada masalah rakyat Malaysia yang hari ini dihimpit pelbagai masalah lantaran berleluasanya ketirisan yang belaku dipintu sempadan negara.

Kegunaan minyak masak dan barangan kawalan yang ada dinegara ini adalah untuk rakyat negara ini bukanya untuk didagangkan kepada penduduk negara luar. Apakah para penyeludup ini tidak sedar yang mereka sedang menyuap hasil haram ke dalam tubuh mereka dan keluarganya?!




Ketua Kampung Jadi Agen Benteras Penyeludup - Datuk Seri Hamzah Zainudin #KPDNKK #CaringMinistry Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 9 November 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!