Sunday, 6 November 2016

Kerajaan Negeri Lulus Banyak Projek Punca Banjir - Tan Teik Cheng #MCA #BanjirPenang

Pulau Pinang ditenggelam air baru baru ini adalah berpunca dari kerakusan pihak Kerajaan Negeri yang terlalu obsess meluluskan pelbagai projek yang akhirnya mengikat rakyat Pulau Pinang dengan insiden banjir setiap kali hujan.


Sementara itu, Timbalan Pengerusi MCA negeri, Tan Teik Cheng menegaskan, kejadian banjir kilat yang kerap berlaku ketika ini sebahagian besarnya disebabkan kesilapan kerajaan negeri yang meluluskan terlalu banyak projek pembangunan.

Beliau turut memberitahu, pembangunan tidak terkawal di sekitar Paya Terubong, Ayer Itam dan Sungai Pinang mengundang risiko banjir di kawasan ber­kenaan kerana kedudukannya yang hampir dengan paras sungai.

“Dalam masa sama, sistem perparitan dan saliran pula ‘dihancurkan’ oleh dasar kerajaan negeri yang terlalu propembangunan termasuk di kawasan bukit,” katanya.

Kerajaan negeri tidak boleh berlepas tangan dengan kejadian bencana banjir kilat yang kerap berulang ini. Semua ini disebabkan pembangunan kawasan bukit serta lereng bukit yang diluluskan mereka sendiri malah penambakkan laut yang tidak terkawal juga menyumbang kepada kesempitan laluan saliran yang akhirnya air hujan tidak terlepas ke laut.

Mengikut satu sumber begitu banyak projek baharu diluluskan oleh Kerajaan Negeri dan itu tidak termasuk projek-projek mega berbilion ringgit yang dirancang demi mengaut keuntungan tanpa memikirkan implikasi buruk yang bakal melanda disekitarnya terutama rumah rumah kampung yang pastinya akan menjadi mangsa dalam episod “halau dan roboh” pada masa akan datang.


Kerajaan Negeri Lulus Banyak Projek Punca Banjir - Tan Teik Cheng #MCA #BanjirPenang Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 6 November 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!