Sunday, 20 November 2016

#BERSIH5 Senator Australia Nak Jadi Perdana Menteri Malaysia?!

Penganjuran perhimpunan Bersih 5 mengundang campur tangan selain anasir kuasa asing dalam pentadbiran serta perundangan negara. Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sendiri telah menyebarkan surat didakwa daripada seorang senator di Australia, Nick Xenophone menyeru rakyat Malaysia ‘turun ke jalanan’ bagi menyertai perhimpunan antikerajaan Bersih 5.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, Xenophone selaku sahabat beliau telah memintanya supaya mengedarkan kenyataan itu di Malaysia bagi menyokong perhimpunan haram berkenaan.

Xenophone dalam surat itu mendakwa kononnya parti Melayu UMNO merupakan satu penghinaan kepada rakyat Malaysia dan menyeru mereka bangkit membersihkan Malaysia daripada UMNO.

“Saya pernah berjumpa Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR) di pejabatnya pada tahun 2012. Anwar percaya demokrasi telah pun ‘hilang’ di bumi Malaysia.

“Hal ini terbukti apabila Anwar dipenjarakan. Ia adalah satu bukti tragis penghinaan UMNO ke atas rakyat,” dakwa Xenophone secara semborono seperti terkandung dalam surat itu.

Xenophone dalam surat itu turut meminta Australia dan negara dunia lain supaya masuk campur dalam isu politik di Malaysia kononnya demi rakyat Malaysia dan rantau ini.

“Australia mesti memberitahu perkara sebenar iaitu rejim yang korup sedang memerintah Malaysia dan ia mengundang ketidakstabilan yang merosakkan rantau ini.

“Hanya rakyat Malaysia boleh `membersihkan’ Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak),” dakwanya. - sumber



Pada 2013 Xenophone telah ditahan dan dihalang masuk ke Malaysia. Realitinya, Dia adalah 'backbone' dalam membantu pemimpin pembangkang yang mendapat sokongan Wall Street dan London untuk kembali berkuasa serta strategi geo-politik secara meluas di rantau Asia Tenggara bagi menyekat kebangkitan dan pengaruh negara China.


#BERSIH5 Senator Australia Nak Jadi Perdana Menteri Malaysia?! Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 20 November 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!