Thursday, 10 November 2016

Apa itu Projek KVDT? #SPAD #KTMB #KVDT

Projek Naik Taraf Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) atau Projek KVDT yang merupakan projek menaik taraf yang bakal dilaksanakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) selaku pengawal selia, perancanga dan penguatkuasa bagi sistem pengankutan awam darat di Malaysia, terlibat secara langsung dalam perbincangan dengan KTMB untuk memastikan dan mengesahkan laluan yang bakal terganggu dan penyelarasan jadual kerja bagi meningkatkan mutu perkhidmatan ini kepada para pengguna.

KTMB Perlu melaksankan kerja kerja naik taraf ini sebagai langkah untuk masa depan demi memastikan semua perkhidmatan rel dapat berjalan dengan lancar dan dapat mengurangkan segala kemungkinan yang tidak baik belaku seperti kegagalan sistem, pergelinciran, pembatalan ataupun kelewatan perkhidmatan.


Projek ini telah dioperasikan pada tahun 2016 dan bakal siap pada 2019. Projek ini juga meliputi kerja membaik pulih landasan dengan jarak 42 kilometer (Dari Rawang ke Salak Selatan dan Sentul ke Simpang Batu). Penaiktarafan ini secara langsung akan menaik taraf 16 stesen di sepanjang laluan ini termasuk sistem persemboyanan dan sistem eletrifikasi sedia ada.


KTMB memohon untuk menutup sebahagian daripada landasannya untuk kerja naik taraf sistem bagi Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) dan ia telah diluluskan setelah pihak KTMB memberi jaminan keselamatan pengguna dan perkhidmatannya tidak akan terganggu. Aspek Keselamatan sepanjang pelaksanaan kerja naik taraf ini adalah amat diberi perhatian.

OBJEKTIF DAN MANFAAT PROJEK KVDT :
Menaik taraf infrastruktur landasan agar perkhidmatan tren lebih selesa dan selamat
Menambahbaik kualiti perkhidmatan tren KTM Komuter
Keselamatan penumpang dan operasi tren lebih terjamin
Sistem kereta api yang lebih efisien, selesa dan berdaya maju bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat di Lembah Klang
Menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan tren dan seterusnya mengurangkan kesesakan jalan raya


KAWASAN YANG TERLIBAT :
FASA 1A [Rawang – Simpang Batu] Rawang – Kuang – Sungai Buloh – Kepong Sentral – Kepong – Segambut
FASA1B [Kuala Lumpur – Simpang Pelabuhan Klang] Kuala Lumpur – KL Sentral
FASA 2 [Simpang Batu – Kuala Lumpur] Segambut – Putra – Bank Negara – Kuala Lumpur
FASA 3 [Sentul – Simpang Batu] Sentul – Putra – Segambut
FASA 4 [Simpang Pelabuhan Klang – Salak Selatan] KL Sentral – Mid Valley – Seputeh – Salak Selatan 

Untuk maklumat lanjut, klik DI SINI
Apa itu Projek KVDT? #SPAD #KTMB #KVDT Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 10 November 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!