Wednesday, 9 November 2016

26,000 kilogram Minyak Masak KPDNKK rampas Di Negeri Sembilan #KPDNKK #CaringMinistry

SEREMBAN, 8 Nov (Bernama) : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan merampas 26,000 kilogram (kg) minyak masak yang dianggarkan bernilai RM59,000 dalam serbuan di sebuah premis di Kawasan Industri Tuanku Jaafar di sini, hari ini.

Timbalan Pengarahnya Saifulbahri Abdul Kadir berkata pihaknya membuat serbuan pada kira-kira pukul 12 tengah hari selepas memperoleh maklumat hasil risikan terhadap premis terbabit.

"Pemeriksaan terhadap premis itu mendapati ia menjalankan perniagaan barang kawalan tanpa lesen. Kita siasat mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya 15 pegawai KPDNKK terlibat dalam operasi itu dan terdapat lima petugas di premis itu ketika serbuan dijalankan.

Sementara itu, katanya tiada sebarang masalah minyak masak di Negeri Sembilan setakat ini kerana bekalan adalah mencukupi.

Katanya di Negeri Sembilan terdapat tujuh pembungkus, 41 pemborong dan 41 'peruncit khusus(DDR)'.

"Kita telah menjalankan 864 pemeriksaan di semua peringkat dan bekalan minyak masak di negeri ini adalah mencukupi. Semasa pemeriksaan itu dijalankan mendapati jumlah bekalan minyak masak di pasaran iaitu di peringkat pembungkus adalah sebanyak 118,086 kg, pemborong (30,574 kg), pasar raya/pasar raya besar (15,390 kg), DDR (26,000 kg) dan pasar mini/kedai runcit (14,000 kg).

"Cuma di peringkat awam (pengguna) kemungkinan kekeliruan yang timbul apabila menampakkan minyak masak yang berjenama nasional seperti Saji, Vesawit dan Seri Murni tiada di pasaran menyebabkan secara keseluruhan pengguna menganggap bekalan minyak masak tiada dipasaran," katanya.

Saifulbahri berkata minyak masak berjenama nasional ini dikeluarkan oleh 'kilang penapis' yang diluar kawalan KPDNKK Negeri Sembilan.

"Daripada pemborong yang kami kenal pasti hanya sejumlah 14 daripada 41 pemborong di Negeri Sembilan yang terlibat dengan pengedaran minyak masak berjenama nasional. Oleh itu, kita telah meminta pemborong ini supaya meningkatkan pengedaran minyak masak berjenama nasional ke pasaran bagi memastikan bekalan itu terterusan.

Saya harap kekeliruan ini tidak timbul lagi dan kami akan cuba membantu peniaga di negeri ini yang ketiadaan bekalan minyak masak dengan mengarahkan pemborong untuk membekalkan minyak masak ke premis yang 'kehabisan stok'," katanya.

Katanya setakat ini pihaknya telah menerima 25 pelbagai aduan mengenai bekalan minyak masak dan 20 daripadanya berjaya diselesaikan. - BERNAMA

Saiful Bahri (kiri) menunjukkan sebahagian minyak masak yang dirampas.

Untuk pengetahuan pembaca, Pihak kilang tidak berhenti mengeluarkan produknya tetapi kes kekurangan bekalan ini belaku diperingkat pembekal dan peruncit  yang ambil peluang menyimpan stock untuk menaikkan harga dengan alasan "stock terhad" pengguna tidak ada pilihan selain dari membeli dengan harga yang sedikit tinggi sambil memaki kerajaan kononnya gagal menyediakan segalanya untuk rakyat.

Kemarin sahabat admin mendakwa terpaksa membeli minyak memasak 1kg dengan harga lebih RM0.10 dari harga jualan RM2.50. Jelas disini mereka mereka sedang menyuruk dengan slogan "Kerajaan GAGAL" sedangkan mereka sendiri kianat terhadap negara dan rakyat Malaysia. Peniaga seperti ini wajar diambil tindakkan. Harap ada laporan dibuat terhadap kedai sebegini.

26,000 kilogram Minyak Masak KPDNKK rampas Di Negeri Sembilan #KPDNKK #CaringMinistry Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 9 November 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!