Wednesday, 9 November 2016

2,520 kilogram Minyak Masak KPDNKK rampas Di Perlis #KPDNKK #CaringMinistry

KANGAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri merampas sejumlah 2,520 kilogram (kg) minyak masak bernilai RM33,000 dari sebuah pasar raya di sini semalam, kerana memiliki simpanan melebihi had dibenarkan.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Jamal Nor Ahmad Haron berkata, rampasan pukul 7.10 malam itu melibatkan sebanyak 1,500 kg minyak masak botol muatan lima kg jenama Alif dan 1,020 kg jenis peket satu kg jenama Bagus.

Beliau menjelaskan, berdasarkan siasatan, pemilik pasar raya berkenaan hanya mempunyai lesen untuk kebenaran menyimpan 1,000 kg minyak masak sahaja.

“Kes ini akan disiasat mengikut Perkara 10 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 1974 Akta Bekalan 1961 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM1 juta atau dua tahun penjara atau kedua-duannya sekali bagi kesalahan pertama jika disabitkan kesalahan. Kesemua minyak masak yang dirampas itu pula akan disita,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.

Jamal Nor Ahmad berkata, ini merupakan kes kedua di negeri ini yang melibatkan premis menyimpan stok melebihi had dibenarkan.

Beliau berkata, pihaknya akan melakukan siasatan lanjut terhadap pemilik pasar raya berkenaan berhubung kes itu.

“Kita akan mendapatkan maklumat lanjut untuk mengesan sama ada lebihan stok ini untuk dijual kepada penyeludup atau bertujuan menyeleweng subsidi yang diberikan kerajaan kepada rakyat,” katanya.

Katanya, pihaknya akan terus giat melaksanakan operasi untuk mengesan kegiatan premis yang didapati sengaja menyimpan stok melebihi yang dibenarkan. – UTUSAN


2,520 kilogram Minyak Masak KPDNKK rampas Di Perlis #KPDNKK #CaringMinistry Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 9 November 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!