Monday, 28 November 2016

137,609 Peminjam PTPTN Dapat Diskaun! #PTPTN

Kerajaan melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memberi diskaun kepada 137,609 peminjam mengikut katogeri melibatkan RM12 juta bagi 22 Oktober hingga 31 Oktober 2016.

Pengerusinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, mengikut statistik, diskaun 10 peratus layak dinikmati 131,582 peminjam, manakala bagi kategori diskaun 10 peratus bayaran minimum 50 peratus membabitkan 1,025, manakala diskaun 15 peratus ke atas bayaran penuh dinikmati 5,002 peminjam.

Insentif berkuatkuasa sejak 22 Oktober lalu itu membabitkan tiga kategori sebagai langkah mengurangkan beban ditanggung peminjam.


“Melalui insentif itu, tidak sampai sebulan, jumlah bayaran balik telah mencecah RM84.7 juta,” katanya selepas menyampaikan hadiah cabutan bertuah Wow! dan Anugerah ejen online suku tahun siri pertama 2016/2017 dan Hari Mesra Pelanggan PTPTN.

Pada majlis itu, seramai empat pemenang diraikan membabitkan cabutan Wow!, yang menawarkan hadiah utama kereta Honda Jazz 1.5 serta saguhati wang tunai RM2,000. Tan Yee Wai diumumkan pemenang hadiah utama.

Bagi Anugerah Ejen Online pula, dua pemenang memperoleh pelanggan terbanyak dan menerima wang tunai RM1,000 setiap seorang.

Shamsul Anuar berkata, PTPTN menyasarkan 4,000 akaun SSPN-i Plus dibuka sehingga hujung 2016 sejak dilancarkan Jun tahun lalu.

“Setakat ini, sebanyak 33,574 akaun SSPN-I Plus dibuka dengan jumlah deposit terkumpul hampir RM11.9 juta dan manfaat perlindungan takaful RM1.6 bilion.

“Bagi menggalakkan penabungan, Cabutan Wow! SSPN-I Plus akan terus dilaksanakan dengan lebih 300 hadiah menarik bernilai RM1.5 juta untuk dimenangi,” katanya. - sumber
137,609 Peminjam PTPTN Dapat Diskaun! #PTPTN Daeng Selili Rating: 5 Monday, 28 November 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!