Wednesday, 12 October 2016

Tambah #Bajet2017 Untuk Sektor Pengangkutan - Liow Tiong Lai #MCA

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengulas soalan pemberita tentang bajet 2017 yang akan dibentangkan oleh yang YB PM, beliau berkata, pihaknya akan menggunakan peruntukan yang diberikan untuk menambah baik infrastruktur kereta api, lapa­ngan terbang serta pelabuhan dan per­khidmatan laut.


Beliau berharap kementeriannya akan ditambah dalam bajet 2017 agar infrasturktur pengangkutan awam di negara akan terus ditambah baik demi melestarikan agenda menyediakan kemudahan pengangkutan yang terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya para penggunanya

“Selain untuk kemudahan rakyat, kita ingin menambah baik sektor pengangkutan kerana sektor ini sangat penting sebagai salah satu faktor perkembangan ekonomi yang menjadi penghu­bung antara satu tempat de­ngan tempat yang lain.

Kecekapan upaya rangkaian pengangkutan ini banyak memberi manfaat yang berguna kepada rakyat terutama laluan dikawasan dalam Bandar, antara bandar dan luar bandar

“Antara projek utama yang akan dilaksanakan adalah projek meningkatkan rangkaian lan­­dasan berkembar elektrik di seluruh negara yang akan memudahkan rakyat sekali gus mengurangkan kenderaan di lebuh raya pada waktu puncak atau musim perayaan,” katanya dalam sidang akhbar semalam.



Tambah #Bajet2017 Untuk Sektor Pengangkutan - Liow Tiong Lai #MCA Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 12 October 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!