Thursday, 27 October 2016

SUNGAI TERCEMAR : Bukti Pembangkang Abai Tanggungjawab Kepada Rakyat #MCA #AirSelangor

Didalam bulan ini beberapa kawasan di Selangor mengalami gangguan bekalan air lantaran belaku pencemaran bau (penyedap bahasa oleh kerajaan negeri) bila mana hanya mengambil jalan memberhentikan operasi sebuah kilang (pengetahuan admin) yang dilaporkan menjadi punca kepada insiden tersebut.

Bagi memastikan bekalan air yang berterusan kepada pengguna, kita memerlukan sumber air mentah yang mencukupi serta keupayaan loji yang cukup untuk merawat air.

Empangan semenyih khususnya ia berfungsi untuk menakung air mentah dan melepaskannya ke dalam sungai apabila paras air di dalam sungai tidak mencukupi untuk membekalkan air mentah kepada loji-loji rawatan air serta untuk kegunaan lain seperti pertanian.

Proses pembekalan air terawat kepada pengguna bermula dengan pengambilan air mentah dari sungai atau sumber-sumber air mentah yang lain untuk dirawat di loji-loji rawatan air. Di negeri Selangor, semua loji rawatan air mendapat sumber air mentah dari sungai.

Selepas melalui proses rawatan di loji-loji rawatan air bagi memastikan air yang dibekalkan kepada pengguna adalah selamat untuk diminum serta mematuhi Piawaian Air Minum Kebangsaaan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, air yang telah dirawat akan disalurkan melalui sistem pengagihan yang terdiri daripada tangki imbangan, paip utama, tangki perkhidmatan dan paip agihan sebelum sampai kepada premis-premis pengguna.

Kecuaian pihak kerajaan pembangkang memantau aktiviti yang boleh menjejaskan sungai sungai ini akhirnya membawa padah. Dan admin bersetuju dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Senator Datuk Chong Sin Woon dibawah :


Kenyataan Media Senator Datuk Chong Sin Woon

Pencemaran Sungai Semenyih buktikan pembangkang sekali lagi mengabaikan tanggungjawab

Kerajaan negeri Selangor telah menuduh kawasan perindustrian Nilai sebagai punca pencemaran Sungai Semenyih tanpa bukti, dan tuduhan ini telah disangkal oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Mohamed Hasan. Ini membuktikan bahawa pakatan pembangkang cuba mengabaikan tanggungjawab dan asyik main politik tanpa mengambil kira kebajikan rakyat.

Menteri Besar Negeri Sembilan telah menjawab tuduhan Menteri Besar Selangor Azmin Ali dengan mengarahkan Jabatan Alam Sekitar untuk membuat siasatan segera, dan hasil siasatan awal telah menunjukkan bahawa punca pencemaran Sungai Semenyih tidak berasal dari Nilai.

Keputusan ujian tersebut telah membuktikan bahawa Menteri Besar Selangor hanya cakap kosong, dan kerajaan Selangor tidak cekap mengendalikan isu tersebut. Ia jelas bahawa Azmin hanya menggunakan isu ini sebagai senjata politik untuk menyalahkan BN dan mengalih perhatian rakyat daripada masalah-masalah dalaman kerajaan negeri.

Ia amat menghairankan bahawa tindakan pertama kerajaan Selangor adalah untuk mempolitikkan isu pencemaran Sungai Semenyih, dan bukan untuk memikirkan cara-cara membantu rakyat.

Sebagai seorang Menteri Besar, beliau tidak mempunyai etika. Beliau langsung tidak memikirkan cara-cara penyelesaian, tetapi lebih berminat memainkan isu kebajikan rakyat untuk menyerang BN demi kepentingan diri sendiri.

Masalah-masalah hanya boleh diselesaikan melalui pemikiran dan kerja secara pragmatik, dan seseorang ahli politik yang bijak akan tahu melaksanakan tanggungjawabnya untuk menyelesaikan masalah rakyat. Sebaliknya, ahli-ahli politik yang mementingkan diri sendiri hanya tahu menuding jari dan menyalahkan lawannya.

Senator Datuk Chong Sin Woon
Ketua Pemuda MCA
Timbalan Menteri Pendidikan

27 Okt 2016


SUNGAI TERCEMAR : Bukti Pembangkang Abai Tanggungjawab Kepada Rakyat #MCA #AirSelangor Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 27 October 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!