Saturday, 29 October 2016

SPAD Gesa Proses Alih Gerabak Tergelincir #SPAD #KTMB

KTMB DIGESA MEMPERCEPATKAN PROSES PENGALIHAN GERABAK TERGELINCIR

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengarahkan KTMB untuk melakukan kerja-kerja membaik pulih landasan kereta api secepat mungkin. Hal ini berikutan dari kemalangan tren kargo yang tergelincir di kawasan berhampiran Stesen Batu Gajah baru-baru ini.

Usaha alternative yang disediakan KTMB masih belum memadai dengan menyediakan bas perantara antara stesen Kampar- Ipoh – Kampar kepada pengguna tren untuk ke destinasi pilihan mereka, memandangkan sekarang adalah masih dalam musim sambutan Deepavali.

Dalam pada itu, bagi membolehkan perkhidmatan ETS kembali beroperasi seperti biasa, KTMB telah menerima arahan dari SPAD untuk menyegerakan pengalihan gerabak yang tergelincir dan juga mempercepatkan pemulihan bekalan elektrik dalam kadar yang segera.

Kejadian yang berlaku di berhampiran Stesen Kereta Api Batu beberapa hari lepas telah mengakibatkan lebih kurang 12,000 pengguna ETS tergendala bersama dengan 40 jadual perjalanan laluan Padang Besar- KL Sentral-Gemas. Perkara ini juga menyebabkan perjalanan laluan ETS sejauh 35km tergendala.
Dalam menghadapi situasi ini, KTMB juga sedang berusaha untuk menyiapkan laporan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian dan bertindak sewajarnya sekiranya terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini.

Selain itu, KTMB juga digesa untuk mempertingkatkan kualiti penyelenggaran operasi tren untuk mencegah daripada berlakunya sebarang insideng yang mendatangkan malapetaka kepada pengguna. Admin berharap agar membaik pulih gerabak dapat dilakukan sebaik mungkin kerana waktu ini adalah waktu puncak kerana sekarang adalah masih dalam perayaan Deepavali.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat mengenai status pembukaan perkhidmatan, anda boleh layari laman sesawang www.ktmb.com.my atau mengubungi KTMB di talian 03-22671200


Perkhidmatan tren di laluan utara dan selatan mengalami gangguan akibat tren kargo di tergelincir di KM200.332 antara Kota Bharu-Lahat di Stesen Batu
SPAD Gesa Proses Alih Gerabak Tergelincir #SPAD #KTMB Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 29 October 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!