Friday, 14 October 2016

#SPAD Ambil Serius Dan Siasat Insiden Bas RapidKL Terbakar!

Kejadian kebakaran Bas Rapid KL yang belaku semalam dan menjadi viral dimedia sosial mendapat perhatian serius dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Insiden itu berlaku sekitar pukul 4 petang semalam walaubagaimanapun tidak melibatkan kecederaan serius ataupun kehilangan nyawa.


Malah Rapid Bus Sdn.Bhd. sebagai operator perkhidmatan bus ini juga telah memberi kenyataan mengesahkan kejadian dan turut akan menyiasat apa punca yang menyebabkan ianya belaku.


Pihak SPAD dengan komitednya mengeluarkan kenyataan media nya berkaitan insiden itu .

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandang serius insiden kebakaran sebuah bas berhenti-henti Rapid KL (laluan T521 LRT Sri Rampai – Seksyen 10 Wangsa Maju) yang dikendalikan oleh Rapid Bus Sdn Bhd. Kejadian tersebut telah berlaku sekitar jam 4 petang pada hari ini, berhampiran pusat membeli belah Aeon Big Wangsa Maju. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk lampiran kenyataan media yang dilampirkan.

KENYATAAN MEDIA 

SPAD MEMANDANG SERIUS INSIDEN KEBAKARAN BAS RAPID KL DI WANGSA MAJU DAN AKAN MENJALANKAN SIASATAN SERTA MERTA 

Kuala Lumpur, 13 September Oktober 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandang serius insiden kebakaran sebuah bas berhenti-henti Rapid KL (laluan T521 LRT Sri Rampai – Seksyen 10 Wangsa Maju) yang dikendalikan oleh Rapid Bus Sdn Bhd. Kejadian tersebut telah berlaku sekitar jam 4 petang pada hari ini, berhampiran pusat membeli belah Aeon Big Wangsa Maju. 

Tindakan pantas kapten bas yang terbabit yang berjaya menurunkan kesemua 6 penumpang telah mengelakkan sebarang kejadian kehilangan nyawa dan kecederaan, namun SPAD tetap mengambil berat insiden tersebut kerana ia melibatkan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya. 

Sehubungan dengan itu SPAD akan menjalankan siasatan bersama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) untuk mengenal pasti punca insiden tersebut dan sekali gus menjalankan audit terperinci di atas pematuhan Kod Amalan Keselamatan Industri SPAD (ICOP) oleh Rapid KL. 

Dalam pada itu Prasarana juga akan diarahkan untuk menyerahkan satu laporan terperinci mengenai insiden tersebut kepada Suruhanjaya.


#SPAD Ambil Serius Dan Siasat Insiden Bas RapidKL Terbakar! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 14 October 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!