Thursday, 27 October 2016

Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dan bertuah - Liow Tiong Lai #MCA #Deepavali2016

BERSAMA MENGHAYATI KEGEMBIRAAN DAN KEBERSAMAAN DI HARI DEEPAVALI INI- LIOW TIONG LAI

Sempena dengan sambutan Hari Deepavali yang diraikan oleh seluruh kaum India yang beragama Hindu, bersama-sama kita untuk meraikannya bagi mengukuhkan ikatan perpaduan sebagai tunjang kepada indentiti negara Malaysia ini. 

Menurut Liow Tiong Lai selaku Presiden MCA, sesungguhnya kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dan bertuah kerana mewarisi pelbagai budaya dari setiap kaum untuk dikongsi bersama segenap lapisan masyarakat Malaysia

Ujar Liow lagi dalam kenyataannya ketika menyampaikan ucapan “Happy Deepavali” agar rakyat Malaysia “berusaha untuk memupuk dan melindungi hubungan baik dan harmoni ini yang akan menjadikan kita sebagai satu rakyat dan bersama-sama memastikan bahawa generasi akan datang akan terus menikmati tradisi berkongsi dan perayaan dengan orang yang tersayang”.

‘Deepavali’ atau ‘Pesta Cahaya” adalah satu perayaan yang mengingatkan kita bahawa akan sentiasa ada kemenangan ke atas kegelapan. Dalam konteks kemenangan ini, Liow menyeru kepada rakyat Malaysia agar berdiri teguh dalam usaha menolak ekstremisme dan sikap tidak bertolak ansur.

“Tidak kira apa jua cabaran yang berada di hadapan, Kita yakin bahawa jika ada perpaduan dan penerimaan (tolak ansur), terdapat banyak perkara yang boleh kita capai”.

“Kepelbagaian budaya dan agama ini telah lama menjadi aset penting dalam memupuk dan melindungi keharmonian kaum di negara ini’


Mengambil kesempatan daripada ucapannya, Liow berpesan agar pengguna jalan raya memulakan perjalanan dengan berhemah dan selamat dan mendoakan agar setiap mereka yang meraikan hari Depavali ini akan selamat pulang ke kampung untuk bertemu sanak saudara dan meraikannya.
Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dan bertuah - Liow Tiong Lai #MCA #Deepavali2016 Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 27 October 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!