Tuesday, 18 October 2016

Purata Penguna Rel Dan Bas Mencapai 1.5 Juta Pengguna - Syed Hamid Albar #SPAD #RapidKL

KERAJAAN TERUS KOMITED DI DALAM MEMPERTINGKATKAN PENGANGKUTAN AWAM DARAT UNTUK RAKYAT

Mod perkongsian pengangkutan awam meningkat hampir dua kali ganda kepada 21% pada 2015 berbanding 11% pada 2009

Kuala Lumpur, 17 Oktober 2016 – Inisiatif Kerajaan yang mengutamakan penambahbaikan pengangkutan awam darat di bawah agenda transformasi negara, telah menunjukkan peningkatan di dalam penggunaan pengangkutan awam seperti yang dirakamkan dengan peningkatan nisbah mod pengangkutan awam kepada 21% pada tahun 2015 berbanding 11% pada tahun 2009.

Dengan kenaikan ini bersama pelbagai penambahbaikan pengangkutan awam darat yang masih di dalam perancangan, Kerajaan berada di landasan yang betul untuk mencapai perkongsian mod 40% untuk pengangkutan awam di kawasan bandar pada tahun 2030, seperti mana yang dinyatakan di bawah Pelan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara SPAD.

“Kerajaan telah melaburkan lebih daripada RM70 bilion bagi projek-projek yang infrastruktur berimpak tinggi bagi meningkatkan penambahbaikan pengangkutan awam darat secara ketara,” kata Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak di dalam ucaptamanya di Simposium Pengangkutan Awam Darat 2016. Perdana Menteri juga telah melancarkan buku 5 Tahun Perjalan Transformasi Pengangkutan Awam Darat, yang bertajuk ‘Menyentuh dan Mengubah Kehidupan, Menghubungkan Komuniti, 2010-2015.’

“Pelaburan dalam projek-projek infrastruktur LPT seperti LRT, MRT, HSR, memberikan kesan pemangkin yang besar ke atas ekonomi kita dan akan membawa banyak faedah kepada masyarakat, dari segi jangkamasa terdekat dan panjang," kata Perdana Menteri.


Sementara itu, Pengerusi SPAD, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Albar berkata “Peningkatan perkongsian mod ini adalah hasil awalan yang berpunca daripada perancangan komprehensif dan pelaksanaan pelbagai inisiatif termasuk pembaharuan dasar, projek-projek infrastruktur baru, inisiatif-inisiatif penambahbaikkan serta tindakan pengawalseliaan yang bertujuan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan.”

"Terdapat beberapa segmen industri yang masih memberikan banyak cabaran dan memerlukan usaha berterusan, seperti memperkemaskan perkhidmatan rel, bas dan teksi, serta meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan semua mod. Ini adalah satu proses yang berterusan yang dijalankan melalui syarat-syarat pelesenan dan keperluan kawal selia terhadap pengendali," kata Tan Sri Dato' Seri Dr Syed Hamid.

"SPAD juga memantau kepuasan penumpang pengangkutan awam secara teliti bagi mengenal pasti sama ada Suruhanjaya mengambil pendekatan yang sesuai bagi mencapai matlamat jangka masa panjang untuk menjadikan pengangkutan awam darat mod pilihan bagi rakyat Malaysia,” tambahnya lagi.

Di dalam kaji selidik Indeks Kepuasan Pelanggan 2015 (CSI) kami bagi Greater Kuala Lumpur, SPAD telah mengumpul maklum balas daripada orang ramai mengenai pengangkutan awam darat untuk mengesahkan bahawa kita berada di landasan yang betul. Ini disokong oleh peningkatan CSI daripada 48% pada tahun 2010 kepada 74% pada 2015," kata Tan Sri Dato’ Seri Dr Syed Hamid Albar.

Data yang dihimpunkan oleh SPAD menunjukkan bahawa jumlah penumpang ketika waktu puncak pagi bagi kedua-dua mod bas dan rel telah bertambah dua kali ganda kepada 447,195 pada 2015, daripada 236,412 pada 2010. Sementara jumlah purata penumpang harian bagi rel dan bas telah mencapai 1.5 juta penumpang pada akhir 2015.
Purata Penguna Rel Dan Bas Mencapai 1.5 Juta Pengguna - Syed Hamid Albar #SPAD #RapidKL Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 18 October 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!