Wednesday, 5 October 2016

Pertandingan #5TahunLPT Instagram "Jam Tangan TimeTraveller" Jadi Antara Hadiah Menarik #SPAD

caption : " Perubahan pengangkutan awam darat sepanjang 5 tahun ini memudahkan perjalanan yang tidak memenatkan ketika hadapi situasi jem lalu lintas jalan raya kerana saya tidak perlu memandu sendiri untuk kemana- mana". @spadmalaysia #5TahunLPT #SPAD  

Anda mempunyai bakat terpendam dalam seni photografi dan mempunyai akaun instagram? 

Bersempena dengan Pameran Transformasi Pengangkutan Awam Darat yang akan berlangsung pada 17 Oktober 2016 bermula jam 9 pagi hingga 6 petang di KL Convention Centre (KLCC). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) http://www.spad.gov.my/ms/lpt-simposium dengan berbesar hati membuka kepada para pengguna media sosial khususnya instragram menyertai pertandingan #5TahunLPT Instagram yang dianjurkan pihaknya.



Para peserta hanya perlu memuatnaik gambar atau video menarik melalui akaun Instagram peribadi yang berkaitan diri sendiri dengan sebarang pengangkutan awam dan menghantar nya kepada Penganjur (SPAD) dengan mengunakan mention @spadmalaysia dan hashtag #5TahunLPT #SPAD berserta caption yang bersuaian dan menarik digambar tersebut. (seperti contoh gambar dan caption diatas sekali post ini)

Pelbagai hadiah menarik disediakan untuk pemenang bertuah antaranya Jam tangan “TimeTraveller” berserta cip Touch 'n Go utk dimenangi! 

Contoh : Jam Tangan TimeTraveller

Peraduan ini akan tamat pada 10 Oktober , tetapi SPAD pada waktu yang sama mengadakan pameran percuma pada 17 Oktober , maka sudi sudi lah datang memeriahkan acara ini.

Peserta boleh juga LIKE & tag rakan kenalan atau penguna lain yang selalu mengunakan pengangkutan awam darat. Agar mereka juga turut dapat sama menyertainya.

Boleh juga dapatkan maklumat mengenai pertandingan ini di sini : https://www.facebook.com/SPAD.my/

Pertandingan #5TahunLPT Instagram "Jam Tangan TimeTraveller" Jadi Antara Hadiah Menarik #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 5 October 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!