Monday, 10 October 2016

Muhyiddin Bercakap Macam Mat Rempit Hisap Gam!

Datuk Seri Salleh Said Keruak menyifatkan Muhyiddin berimaginasi ibarat 'belum beranak sudah ditimang' atau lebih mudah difahami seperti mat rempit hisap gam yang khayal sepanjang masa kerana mengumumkan akan memerintah jika menang 10 Kerusi negeri di Johor.

"Ia samalah seperti 'belum beranak sudah ditimang." Pertama sekali Muhyiddin perlu meyakinkan pengundi bahawa ia mempunyai sesuatu yang lebih baik untuk ditawarkan daripada kerajaan yang sedia ada sekarang.

"Pada masa ini, nampaknya seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semata-mata ditubuhkan untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti juga PKR (Parti Keadilan Rakyat) ditubuhkan untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara," ujar DS Salleh dalam posting terbaru beliau dalam blognya.

Portal media pembangkang memetik ucapan bekas timbalan perdana menteri itu berkata pembangkang hanya memerlukan 10 lagi kerusi negeri untuk mengambil alih kerajaan Johor pimpinan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

BN menguasai 37 kerusi dan pembangkang 19 kerusi dari jumlah keseluruhanya 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Ini harus dibuktikan dahulu kerana jika mereka tidak dapat mewujudkan kesepakatan sebelum pilihan raya, bagaimana mereka hendak mencapai kata sepakat biarpun jika mereka menawan Johor?", tambahnya.


"Pakatan Harapan mahu Anwar sebagai perdana menteri. Adakah ini bermakna Mahathir tidak mahu Anwar? Dalam kes ini, siapakah yang Dr Mahathir mahu?" tanya beliau lagi.


Muhyiddin Bercakap Macam Mat Rempit Hisap Gam! Daeng Selili Rating: 5 Monday, 10 October 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!