Wednesday, 19 October 2016

MCA Dan UMNO Johor Tetap Dengan Agenda Rakyat #MCA

Kemuafakatan parti parti Barisan Nasional tetap utuh diantara komponennya, Meskipun dilanda dengan pelbagai spekulasi dan persepsi buruk yang mengasak komponen didalam Barisan Nasional.


Hakikatnya tidak ini kerana didalam Barisan Nasional dibawah kepimpinan YB DS Najib Razak semua boleh dibawa berdiskusi dan diselesaikan secara bijak.

Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin merangkap Pengerusi Barisan Nasional Johor menghadiri perjumpaan bersama pemimpin-pemimpin MCA Johor. 

Perjumpaan itu turut dihadiri Timbalan Presiden MCA, yang juga Pengerusi MCA Johor, Dato’ Seri Wee Ka Siong dan Timbalan Pengerusi MCA negeri, Datuk Tee Siew Kiong. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Usahawan dan Koperasi Negeri, yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Md Jais Sarday serta barisan kepimpinan MCA negera. 

Ini menunjukkan hubungan baik sesama komponen di Johor masih terjalin utuh.


Sebelum itu Pengerusi MCA Johor, Dato’ Seri Wee Ka Siong menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada rakyat kawasan beliau memandangkan menjelang hari perayaan Deepavali tidak lama lagi.

Beliau juga turut mengumumkan tambahan bantuan kepada ibu-ibu tunggal dan bantuan sebanyak RM16 ribu kepada Kuil Sri Mariamman Taman Kota Yong Peng untuk persediaan sambutan perayaan itu.



MCA Dan UMNO Johor Tetap Dengan Agenda Rakyat #MCA Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 19 October 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!