Wednesday, 12 October 2016

Ingin Sertai Peluang Berkerja Dalam Industri Pengangkutan Awam Darat Malaysia?! #SPAD #LPT2016 #TransformingtheNation


Kepada anda yang mencari peluang pekerjaan dalam industri pengangkutan awam darat Malaysia, jangan lupa untuk membawa bersama-sama resume anda ke Pameran Transformasi Pengangkutan Awam Darat 2016. Pihak penganjur amat menghargai kehadiran anda untuk turut sama dalam pameran yang ianya menjadi acara tahunan! 

Klik sini untuk laman info rasmi #LPT2016 http://bit.ly/5TahunLPTSPAD

Bila Pameran Transformasi Pengangkutan Awam Darat ini ?

LPT Simposium 2016 ini juga akan mengadakan sebuah pameran interaktif mengenai perkembangan industri pengangkutan awam darat yang dibuka secara percuma kepada orang awam pada jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang pada tanggal 17 Oktober 2016 (Ahad) di aras 3 Kuala Lumpur Convention Center (KLCC). Pameran ini akan mengilustrasikan sedikit sebanyak sejarah serta kesalinghubungan masa kini dan perancangan masa depan di Malaysia. 

Peluang Kerjaya?

Selain itu, sebuah pameran kerjaya akan turut diadakan untuk mempamerkan pelbagai peluang pekerjaan di dalam industri pengangkutan awam darat. Hadiah-hadiah menarik seperti tiket bas dan tren, kad Touch ‘n Go dan barang-barang elektronik bernilai sehingga RM 100,000 juga menanti para pengunjung di pameran percuma ini.


Ingin Sertai Peluang Berkerja Dalam Industri Pengangkutan Awam Darat Malaysia?! #SPAD #LPT2016 #TransformingtheNation Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 12 October 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!