Friday, 7 October 2016

Banyak Rumah Di Penang Disewa "Pendatang"?! #SEMUT #TeamHuan #PCM

Semua sudah maklum mengenai hakikat Kerajaan DAP Pulau Pinang yang tidak berminat membina rumah mampu milik untuk golongan rakyat kurang berkemampuan. Kerana ia tidak menguntungkan pihak kerajaan negeri (pocket first)


DItambah pula lalok Kerajaan DAP Pulau Pinang turut menyukarkan usaha Kerajaan Pusat membina rumah jenis yang sama, perkara itu pastinya tidak boleh diterima.

Sejak "rampasan" pentadbiran kerajaan negeri daripada Barisan Nasional (BN) pada 2008, keluhan utama penduduk negeri ini adalah keghairahan Kerajaan DAP Pulau Pinang membina rumah-rumah mewah secara langsung ia mengurangkan jumlah keluasan tanah yang boleh diusahakan untuk pembinaan rumah kos mampu milik (sederhana).

Tidak hairanlah setiap projek perumahan baru yang diluluskan kerajaan negeri, majoritinya adalah untuk golongan atasan dan bertaraf mewah seperti cita citanya Keluarga Dinasti LIM yang mahu mencontohi Singapura.



Amat mendukacitakan semalam Datuk Huan Cheng Guan, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM)  berkata, Kerajaan Pulau Pinang tidak telus terhadap beberapa pemilik rumah yang menjual dan menyewa rumah kos sederhana mereka.

Menurutnya, tindakan menjual dan menyewa kepada pihak lain nyata menyalahkan undang-undang yang pernah dinyatakan Exco Perumahan Negeri jajahan DAP hari ini.

"Dari tinjauan dan siasatan yang kita lakukan, jelas ada pemilik rumah di Centrio Avenue Apartment, Gelugor yang menyewa dan menjual unit rumah mereka kepada pihak ketiga. Merujuk kepada sebuah portal pembelian dalam talian, beberapa pemilik rumah menawarkan kadar sewa rumah mereka sehingga RM850 sebulan. Ada juga yang mengiklankan untuk menjual rumah mereka sehingga RM348,000.

"Selain itu, dari tinjauan PCM di tempat meletak kenderaan pangsapuri berkenaan mendapati, terdapat banyak kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi diletakkan di sana. Ia jelas menunjukkan, pemilik rumah berkenaan bukan dikalangan mereka yang tidak berkemampuan," katanya kepada media.




Datuk Huan juga berkata, menurut laporan akhbar dua tahun lalu, DAP sendiri pernah memberi amaran kepada pembeli agar tidak menyewa atau menjual rumah yang dimiliki kepada pihak lain.

"Jika semua kenderaan disitu bukan milik pemilik rumah sekalipun, adakah ia milik penyewa? Persoalannya, adakah rumah yang disediakan Kerajaan Pulau Pinang dibenarkan untuk disewa? Mengapa kerajaan negeri tidak siasat perkara ini? Atau mereka tahu tetapi tidak mengambil tindakan? Jika benar kesemua kenderaan disitu milik pemilik, jelas mereka adalah dikalangan yang berkemampuan kerana kereta dan motosikal disitu berharga ratusan ribu ringgit.

"Setahu saya, pemilik tidak boleh menjual atau menyewa rumah ini sebelum 10 tahun ia dibeli. Namun pangsapuri ini baharu berusia dua tahun, mengapa sudah diiklankan? Kita mahu kerajaan negeri jelaskan kepada pemohon yang tidak dapat rumah tentang perkara ini. Kita juga mahu kerajaan negeri jelaskan mengapa mereka yang betul-betul layak tidak dapat rumah ini. Kita juga mahu tahu kelayakan untuk membeli rumah yang disediakan Kerajaan Pulau Pinang ini," katanya.

"Saya percaya dengan kredibiliti SPRM untuk menyiasat isu ini dengan lebih mendalam sama ada wujud unsur rasuah atau sebaliknya. Biar SPRM siasat kerana saya merasakan, ia tidak adil untuk golongan tidak berkemampuan yang benar-benar mahu memiliki rumah itu.

"Tidak adil kerana mereka yang mampu diberi peluang untuk memiliki rumah kos sederhana rendah. Kerajaan Pulau Pinang sering melaungkan amalan CAT (cekap, akauntabiliti dan telus), tetapi dalam kes ini, saya tidak nampak ketelusan mereka. Mereka cakap tak serupa bikin," katanya kepada pemberita semalam.

Jelas apa yang Datuk Huan cuba sampaikan disini, banyak pemilik rumah mampu milik ini adalah dikalangan penyokong DAP sendiri (atau dari Singapura) yang hidup jauh lebih mewah dan secara terang terangan menafikan hak untuk rakyat Pulau Pinang yang perih terpaksa melutut untuk membeli rumah sekangkang kera ini.

Sebelum ini admin sendiri pernah menerima rugutan dari beberapa individu semasa admin berada di Pulau Pinang.

Antara rungutannya yang disampaikan kepada admin bagaimana tindakkan segelintir taukey syarikat dari kalangan yang kaya raya ini membeli rumah dan flat yang ada di Pulau Pinang untuk dijadikan asrama kepada para pekerjanya majoriti pendatang atau (mungkin pendatang tanpa izin). 

Jika dilihat dari apa yang terjadi ini menunjukkan laungan DAP kononnya memperjuangkan rakyat ianya cuma "sembang deraih" sahaja akhirnya rumah orang kampung juga disodoknya.

"Ketua Menteri Pulau Pinang WAJIB letak jawatan! Sebab kuat RASUAH DAN BODOH!"




Banyak Rumah Di Penang Disewa "Pendatang"?! #SEMUT #TeamHuan #PCM Daeng Selili Rating: 5 Friday, 7 October 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!