Sunday, 30 October 2016

Banjir Pulau Pinang Selesai Dalam 9 Bulan - Ng Wei Aik

Sambutan Deepavali tahun ini di Pulau Pinang bertukar mimpi ngeri dan suram apabila beberapa kawasan di negeri ini dinaiki air ditahap merbahaya.



Hujan lebat sejak jam 3 petang semalam, menenggelamkan beberapa kawasan antaranya Jalan P. Ramlee, Jalan Masjid Negeri, Bukit Bendera, Farlim dan Bayan Lepas.



Paras air dipercayai mulai naik sehingga kira-kira 0.7 meter, selain ada beberapa kawasan dilanda banjir lumpur. Bagaimanapun, belum ada arahan mengaktifkan pusat pemindahan dikeluarkan setakat ini bagi menempatkan mangsa yang terjejas.


Ketua Menteri Pulau Pinang masih boleh bersenang senang tanpa mengisahkan apa yang sedang dideritai oleh rakyat Pulau Pinang yang mana ramai terperdaya janji pilihraya yang kononnya dapat menyelesaikan masalah banjir ini meskipun sudah beberapa penggal memegang tampuk pemerintahan negeri itu.


Senario ini turut dialami oleh beberapa kawasan di negeri Selangor yang mana janji manis kononnya boleh menyelesaikan masalah ini. Hal ini jelas dalam rencana menipu rakyat secara terancang akhirnya memakan diri apabila gagal dalam menyelesaikan perkara ini. Malah ada yang mendabik dada mengatakan masalah banjir Pulau Pinang ini dalam diselesaikan dalam masa 9 bulan. Hal ini disahkan dengan memetik status facebook Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan yang bertulis : 



"Hahahaha. Itu YB Ng Wei Aik cakap 40 years of flood sloved in 9 months. Hari ini banjir di Farlim banyak yang jadi mangsa. Kereta tukar jadi Kapal Selam. Banyak kawasan jadi Free Swimming Pool. Tapi lu punya boss Tokong lagi pandai , dia cakap kalau tidak ada hujan , maka tidak banjir lo. Tiap tiap hari korek sini dan sana , bukit di gondol. Mass destroy of enviroment , apa tak banjir."

Disertakan bersama beberapa gambar ini :



Banjir Pulau Pinang Selesai Dalam 9 Bulan - Ng Wei Aik Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 30 October 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!