Monday, 24 October 2016

Ahli Wajar Manfaat Media Sosial - MCA #MCA

Ahli MCA terutama golongan beliaa diharapkan dapat memanfaatkan media alternative yang kini dapat melangkau batas perhubungan dikalangan rakyat Malaysia iaitu media sosial untuk memberikan penerangan terperinci berkaitan segala isu membabitkan komuniti Cina yang sering digunakan pembangkang alat menghasut, memesongkan fakta dan menyalahgunakan medium ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Ahli MCA wajar mempunyai keupayaan menangkis segala tuduhan liar pembangkang itu dengan berkesan menerusi teknologi multimedia yang segalanya kini dihujung jari

Beliau turut memberitahu bahawa ahli MCA sendiri perlu bangkit menerangkan kepada rakyat tentang isu isu yang dihadapi oleh komuniti Cina agar menemui jalan penyelesaian demi mengelakan DAP menggunakan ia sebagai alat untuk mendapat sokongan dari komuniti tetapi tidak berusaha menyelesaikan sesuatu isu.

"Ahli MCA boleh menggunakan telefon (pintar) yang masing-masing ada, dan telefon ini sekarang sudah ada teknologi multimedia serta ruang siber untuk sampaikan mesej-mesej benar kepada komuniti Cina.

"Kita tahu masyarakat Cina pun sudah kecewa dengan pembangkang yang menggunakan pelbagai usaha untuk menanam hasad dengki antara kaum tetapi tidak ada apa-apa manfaat diberikan kepada kaum Cina, sentiasa gunakan isu, tetapi tidak bantu komuniti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan MCA Pahang di sini, hari ini.

Presiden MCA juga berkata, anggota MCA perlu mengembeling tenaga dalam menyampaikan maklumat yang tepat kepada komuniti Kaum Cina mengenai perangcangan, pembangunan dan kesediaan kerajaan Barisan Nasional dalam meneruskan agenda demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

"(Hanya) BN boleh beri khidmat baik kepada rakyat, bukan pembangkang yang sering omong kosong dan bergaduh sesama sendiri.


"Kita (kerajaan BN) akan cari pelbagai cara untuk meningkatkan ekonomi negara, apabila ekonomi negara semakin meningkat, semua kaum akan mendapat manfaat," katanya.

Beliau turut meminta ahli MCA melaksanakan program program bersama masyarakat untuk mendapatkan sokongan dari Kaum Cina pada PRU 14.



Ahli Wajar Manfaat Media Sosial - MCA #MCA Daeng Selili Rating: 5 Monday, 24 October 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!