Saturday, 29 October 2016

1 November Kadar Baru Kutipan Caj Kenderaan Asing #MCA

Lantaran kadar rendah caj kemasukan kereta no pendaftaran asing dari Negara jiran yang memasuki Malaysia pernah menjadi perdebatan satu masa dahulu akhirnya diputuskan dengan kadar baru iaitu setiap kenderaan persendiri­an bernombor pendaftaran asing yang memasuki Malay­sia melalui Johor akan dikenakan caj jalan (RC) sebanyak RM20 berkuat kuasa 1 November ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kutipan caj itu akan dikenakan melalui sistem pembayaran elektronik, Touch ‘n Go dan dikuatkuasakan di pintu masuk negara di Tambak Johor dan Lebuh Raya Linkedua (Linkedua).

“Kutipan RC akan dikenakan terhadap semua kenderaan bernombor pendaftaran asing kecua­li­ motosikal,” 

Menurut beliau lagi, kesemua kenderaan bernombor pendaftaran asing digalakkan untuk mendaftarkan maklumat kenderaan me­reka di bawah sistem Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) bagi memudahkan kemasukan ke negara ini apabila sistem VEP dilaksanakan sepenuhnya kelak.


“Agar tidak keliru dengan RC, VEP adalah sistem pendaftaran kenderaan automatik yang merupakan sebahagian daripada pembaharuan berterusan kerajaan untuk meningkatkan pemantau­an dan kawalan sempadan.

“VEP juga bertujuan untuk pengumpulan maklumat secara komprehensif mengenai kemasukan kenderaan asing yang dapat digunakan untuk perancangan strategik, pengurusan serta penguatkuasaan secara efisien,” kata beliau.

Ini bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk mengekang aktiviti penyeludupan yang banyak merugikan Negara contohnya baru baru ini juga turut dihebahkan belaku kebocoran (aktiviti penyeludupan) dipintu pintu masuk ke Negara ini.

RC dan VEP akan dilak­sa­­na­kan di dua pintu masuk ne­gara di Johor dan bakal diperlu­askan ke seluruh 12 pintu masuk Ma­laysia secara berperingkat-peringkat.


1 November Kadar Baru Kutipan Caj Kenderaan Asing #MCA Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 29 October 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!