Friday, 9 September 2016

"Saya Ada 72 jam Semasa Menerima Arahan" - Wee Ka Siong #Rio2016 #MCA

Bersempena mengenangkan jasa dan kejayaan para atlet Malaysia yang baru pulang dari festival Olimpik Rio, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengarahkan Timbalan Presidennya , Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong untuk mengadakan Majlis Malam Penghargaan Hero Malaysia Rio 2016 di Wisma MCA, pada Rabu malam kemarin bagi meraikan semua pihak yang terlibat dengan sukan berprestij itu.


Cekap, bertindak mengikut arahan dan komitmen dalam kerja yang ditunjukkan oleh Ka Siong haruslah diberikan pujian oleh semua pihak. Lantaran berjayanya majlis ini berlansung seperti yang diharapkan.

"Saya ada masa 72 jam semasa menerima arahan daripada tuan presiden (Datuk Seri Liow Tiong Lai) untuk menganjurkan majlis malam penghargaan ini. Sebab itu jemputan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dibuat semalam (Selasa) dan jemputan kepada ketua kontinjen ke Olimpik Tan Sri Dr. Ir. Mohamed Al Amin Abdul Majid hanya dibuat melalui panggilan telefon sahaja.

"Tuan presiden pesan, malam ini bukan hanya penghargaan untuk atlet yang telah berjaya meraih pingat di Rio, tetapi kita juga meraikan atlet yang terlibat tetapi gagal meraih pingat serta jurulatih-jurulatih yang bertanggungjawab memastikan kejayaan atlet negara di sana," katanya ketika berucap di majlis malam perhargaan itu.

Katanya lagi, dalam pada itu satu penghargaan perlu diberikan kepada wartawan Astro Arena, Ahmad Shahrazad Sani kerana telah menyuntik semangat rakyat Malaysia untuk bersatu-padu menyokong atlet negara yang berjuang di Rio itu pesan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Tuan presiden pesan lagi, rakamkan penghargaan kepada Ahmad Shahrazad sebagai Pengulas Sukan Paling Patriotik di atas semangat yang ditunjukkan semasa menyampaikan berita kepada rakyat Malaysia sepanjang Sukan Olimpik 2016 berlangsung.


"Tidak lupa, ucapan tahniah dan terima kasih harus diberikan kepada YB Khairy Jamaluddin kerana memberi dorongan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada atlet negara sehingga berjaya meraih empat pingat emas dan satu pingat gangsa.

"Ini merupakan kejayaan terbaik yang dicapai oleh atlet negara kita setakat ini," katanya lagi.

Pada majlis tersebut lapan atlet negara yang meraih pingat di Olimpik Rio kali ini iaitu Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran), beregu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong, Azizulhasni Awang (berbasikal), Pandelela-Cheong Jun Hoong (terjun) dan Datuk Lee Chong Wei (badminton) menerima trofi dan cenderahati wang tunai bernilai RM20,000 setiap orang.

Malah tidak ketinggalan juga, atlet-atlet yang tidak berjaya meraih pingat turut diberi penghargaan dalam majlis tersebut.


"Saya Ada 72 jam Semasa Menerima Arahan" - Wee Ka Siong #Rio2016 #MCA Daeng Selili Rating: 5 Friday, 9 September 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!