Thursday, 1 September 2016

Perbaharui Pasport Secara Online #MyONLINEPASPORT

Nampaknya pihak imigresen memudahkan proses untuk memperbaharui pasport anda. Kini anda boleh memohon untuk memperbaharui passport anda secara atas talian. (Tapi kalau ada masa boleh pergi kaunter/UTC 2 jam siap) 


Sistem MyOnline Passport ini dijangka sudah boleh beroperasi hari ini (1 September 2016). Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata empat negeri iaitu Pahang, Sarawak, Pulau Pinang dan Putrajaya dan dua UTC (Pudu Sentral dan Galleria@Kotaraya Johor) dipilih menjadi perintis. Ianya akan diperluaskan ke seluruh negara jika proses tersebut berjalan lancar.

“Pemohon kini boleh memperbaharui pasport mereka secara atas talian di mana-mana sahaja termasuk melalui telefon pintar pada bila-bila masa. Pemohon hanya perlu memberitahu ingin mengambil passport itu di mana. Sebagai contoh anda di Johor dan ingin mengambilnya di Pejabat Imigresen Pulau Pinang,” kata Mustafar.

Sistem MyOnline Passport ini bakal memberi anda pilihan untuk memperbaharui passport anda secara online dengan anda mengisi butiran yang diminta dan membuat bayaran melalui kad debit atau kad kredit anda.


Setakat ini kami sudah cuba akses sistem ini dan ianya berfungsi dengan baik. Jika anda mahu renew passport anda, boleh klik di sini. Dinasihatkan anda perbaharui pasport anda awal kerana kemungkinan pasport anda akan mengambil masa beberapa hari untuk siap. Janganlah esok nak travel, hari ini baru nak apply. Jawapannya mereput la anda kat KLIA tu..

Moga info ini memberi manfaat!
Perbaharui Pasport Secara Online #MyONLINEPASPORT Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 1 September 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!