Monday, 19 September 2016

Nama Rosmah Hanya Untuk Cetus Kebencian

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata parti pembangkang di negara ini apabila membangkitkan isu, bukannya untuk mencari kebenaran sebaliknya cuma mahu memecahbelahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Katanya isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sebagai contoh, walaupun siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang ahlinya turut terdiri daripada anggota Parlimen, parti pembangkang dan Jabatan Audit Negara, mendapati tiada bukti penyalahgunaan kuasa, namun pembangkang tetap enggan menerima kebenaran.

"Diakui sendiri oleh Rafizi (Ramli)(Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat) dalam klip video, dia kata tugas dia ialah untuk menghasut supaya orang ramai membenci UMNO.

"Sekarang ini, bersama dengan parti lain yang menjadi proksi mereka, yang mereka peralatkan...untuk menghasut orang ramai membenci UMNO," katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak Mesyuarat Perwakilan UMNO Pensiangan, Tenom dan Keningau di sini hari ini.

Justeru kata Ismail Sabri kepimpinan serta anggota UMNO dan BN perlu membalas semua tohmahan dan dakyah pembangkang bagi mengelak anggota UMNO dan orang ramai terpengaruh dengan hasutan parti pembangkang seperti PKR dan DAP.

Menyentuh isu sama dalam ucapannya, Ismail Sabri mengingatkan semua anggota dan kepimpinan UMNO agar tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang sebaliknya terus memberi sokongan dan kepercayaan penuh kepada kepimpinan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya kesetiaan kepada pucuk pimpinan merupakan tradisi UMNO yang perlu dipertahankan kerana perkara itulah yang menjadi sumber kekuatan parti dalam menghadapi cabaran serta mempertahankan kekuatannya sehingga terus berkuasa memerintah negara untuk membela nasib bangsa Melayu dan Bumiputera. - sumber Bernama


Nama Rosmah Hanya Untuk Cetus Kebencian Daeng Selili Rating: 5 Monday, 19 September 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!