Wednesday, 21 September 2016

Mass Rapid Transit Tawar 30 Minit laluan Sungai Buloh - Putrajaya #MRT #SPAD #Prasarana

Selepas ini perjalanan Sg. Buloh ke Putrajaya akan mengambil masa selama 30 minit apabila projek Mass Rapid Transit (MRT) Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP) siap pembinaannya sepenuhnya.

Hal ini dimaklumkan oleh YB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sendiri diperasmian Majlis Pecah Tanah bagi fasa dua (2) Laluan SSP di Putrajaya, minggu lepas.


Menurut laporan akhbar, PM Najib menekankan dasar pentadbiran lampau kerana memberi tumpuan kepada pengankutan awam sehinggakan menyumbang kepada kesesakan jalan raya yang terpaksa dihadapi setiap hari oleh rakyat terutama dikawasan pusat Bandar.

“Pada dekad-dekad lalu, kita tidak fokus kepada pembangunan pengangkutan awam.

“Kini kita berhadapan dengan kesannya dengan masalah trafik bukan sahaja di Lembah Klang, tetapi di bandar lain,” kata beliau.

Diingatkan lagi oleh PM, Masalah ini berpunca dari pemerintahan yang terdahulu yang gagal memberi focus dalam menyediakan sistem pengangkutan awam yang berkesan meskipun ada yang memerintah lebih 22 tahun dan sering bercakap tentang masa depan tanpa berfikir untuk menghadapinya.

Oleh yang demikian PM Najib berkata beliau mesti terus komited untuk meneruskan transformasi besar-besaran pengangkutan awam di negara ini dan tidak hanya bercita cita tanpa usaha berterusan.

Kerajaan akan meneruskan langkah untuk memulihkan masalah pengangkutan awam di Kuala Lumpur khususnya agar ia standing dengan ibukota negara maju yang lain.

Majlis pecah tanah tersebut adalah satu lambang bertapa komitednya pihak kerajaan dalam meneruskan tranfomasi besar kepada sistem pengangkutan awam di Malaysia terutamanya di kawasan Lembah Klang.

"Pada mulanya kita tidak cukup fokus pada pembangunan pengangkutan awam. Hal ini menyebabkan kita menanggung akibatnya pada hari ini, dengan kesesakan lalu lintas bukan sahaja di Lembah Klang, tetapi juga di kebanyakan bandar dan lebuhraya yang berada luar dari kawasan ini.

"Kebolehpercayaan dan kepuasan pengguna mesti diutamakan dalam soal pengangkutan awam. Kita tidak boleh ketinggalan.

"Yakinlah, sebagai Perdana Menteri saya akan terus memberikan perhatian penuh untuk membangunkan satu sistem pengangkutan awam yang moden, cekap, boleh dipercayai dan selamat untuk rakyat. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan," katanya.

Majlis untuk projek pembinaan ini yang menelan belanja bernilai RM32 bilion diadakan berhampiran Stesen Putrajaya Sentral dan bakal memberi manfaat kepada kira-kira dua juta penduduk apabila laluannya siap sepenuhnya menjelang 2022.

Laluan SSP sejauh 52.2km itu mempunyai 37 stesen, di mana 11 stesen adalah stesen bawah tanah sejauh 14.5km. Ia akan beroperasi dari Sungai Buloh ke Putrajaya melalui Kepong, Batu, Jalan Ipoh, Titiwangsa, KLCC, Tun Razak Exhange, Bandar Malaysia, Sungai Besi, Serdang, UPM dan Cyberjaya.

Laluan SSP juga akan dilengkapi dengan 9,200 kemudahan parkir di 15 stesen. Sebaik beroperasi ia dijangka boleh membawa sejumlah 529 ribu penumpang setiap hari.

Fasa pertama Laluan SSP antara stesen Sungai Buloh dan Kampung Batu akan mula beroperasi pada Julai 2021, sementara keseluruhan laluan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2022.

Laluan SSP juga akan mempunyai 13 stesen bersepadu dengan Transit Aliran Ringan (LRT), KL Monorel dan Express Rail Link. Selain itu akan diwujudkan stesen pertukaran di Bandar Malaysia Selatan untuk Rel Keretapi Laju (HSR) pada masa hadapan.

Turut hadir pada majlis pelancaran berkenaan ialah Ketua Setiausaha Negara yang juga pengerusi MRT Corp, Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Seri Shahril Mokhtar, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan beberapa menteri kabinet Malaysia.

Semoga usaha ini membuahkan hasil demi keselesaan rakyat Malaysia yang semakin hari bertambah bilangannya dan jalan terbaik adalah menyediakan fasilitis yang baik untuk rakyat secara tidak langsung mengangkat nama negara dimata dunia sebuah negara yang pesat membangun dan mempunyai sistem pengangkutan awam yang mengikut pengaliran zaman.


Projek ini secara tidak langsung menaikkan taraf sosio ekonomi dihampir keseluruhan stesyennya , ini kerana dalam masa pendek ia bakal membuka peluang peniagaan dan secara tidak langsung ia melahirkan banyak peluang peluang pekerjaan untuk warganya.
Mass Rapid Transit Tawar 30 Minit laluan Sungai Buloh - Putrajaya #MRT #SPAD #Prasarana Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 21 September 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!