Friday, 16 September 2016

Low Tiong Lai Seru Agar Rakyat Malaysia Bersatu Padu #HariMalaysia2016 #MCA #HariMalaysia

Datuk Seri Low Tiong Lai melalui kenyataan di blog nya ketika sambutan Hari Malaysia menggesa supaya rakyat Malaysia memacu pencapaian baru. Ini adalah bagi menghrgai usaha gigih para pemimpin dan bapa pengasas negara Malaysia.

Dalam pada itu, Liow berpendapat agar apa yang dimulakan oleh bapa pengasas kita dahulu perlu dibangunkan atas sikap hormat-menghormati dan saling bertoleransi. 

Mengambil contoh kejayaan para atlet Paralimpik di Rio baru-baru ini, Liow turut berpesan supaya rakyat Malaysia menajdikan kecekalan dan keazaman mereka demi mencipta kecemerlangan baru untuk negara sama ada dalam bidang pendidikan, perdagangan dan pengangkutan.

Hal ini adalah untuk negara terus memacu kearah tahap yang lebih tinggi melalui perkembangan dan kemajuan yang sedang dikecapi oleh negara selama ini. 

Walaubagaimanapun, pada hari ini masih terdapat individu yang sering cuba mewujudkan dan menimbulkan sentiment kebencian dengan usaha untuk merosakkan perpaduan dalam kalangan rakyat. 

Sehubungan itu, sebagai rakyat Malaysia kita haruslah mempunyai pemikiran yang rasional dalam hendak menilai sesuatu perkara supaya ia tidak merebak dan seterusnya menjadi virus kepada perpaduan masyarakat kita pada hari ini.

Low amat berharap supaya kita semua terus memperkukuhkan perpaduan dengan semangat Sehati Sejiwa agar ia berkekalan demi membentuk masa depan yang lebih cerah untuk generasi akan datang. 

Amatlah sedih sekiranya masih wujud pihak yang gigih untuk melihat kita bercakaran supaya hajat politiknya tercapai. Tidak perlulah untuk diketengahkan akan siapakah mereka ini kerana kita sendiri sudahpun mengetahui dari pihak manakah datangnya mereka.

Seruan oleh Liow Tiong Lai perlulah diambil berat kerana perpaduan lah merupakan kunci kepada pembangunan dan kemajuan sesebuah masyarakat.

Intipati ucapan Low Tiong Lai sempena Hari Malaysia 2016 :


Liow: Memacu Pencapaian Baru sebagai Rakyat Yang Bersatu Padu

Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia.

Sambil kita menyambut pengasasan tanah air tercinta, ia adalah penting untuk kita menghargai usaha gigih para pemimpin dan bapa pengasas negara kita. Visi, wawasan dan kepimpinan mereka yang menyerlah telah menyumbang kepada kemajuan negara dan Malaysia kini diiktiraf sebagai peneraju utama di rantau ASEAN malah juga di peringkat antarabangsa.

Bapa-bapa pengasas kita telah memastikan bahawa negara Malaysia dibangunkan diatas nilai-nilai saling menghormati dan toleransi. Ini seterusnya telah membuka laluan bagi kejayaan berterusan negara. Kini, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk terus menerajui kemajuan dan perkembangan negara dan seterusnya memacu negara kita ke tahap yang lebih tinggi.

Bak kata pepatah, ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’. Atlet-atlet Paralimpik kita di Rio benar-benar telah menghidupkan pepatah ini apabila mereka menjadi kebanggaan negara dan berjaya memecah rekod baru dengan memenangi tiga pingat Emas. Kecekalan, keberanian dan keazaman wira-wira negara kita menjadi contoh yang patut kita ikuti demi mencapai kemenangan-kemenangan baru bagi Malaysia dalam bidang lain, sama ada dalam pendidikan, perdagangan ataupun pengangkutan.

Tidak dapat dinafikan bahawa sentiasa terdapat individu-individu yang ingin menyemai benih kebencian serta bersuara dengan tujuan memecahbelahkan rakyat. Oleh itu, saya menggesa rakyat Malaysia untuk berganding bahu bagi menentang unsur-unsur yang boleh melemahkan perpaduan antara masyarakat kita. Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita memperkukuhkan perpaduan dengan semangat Sehati Sejiwa. Kita perlu mengatasi unsur-unsur negatif sebegini demi membentuk masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak muda kita serta generasi-generasi akan datang.

Sekali lagi, Selamat Hari Malaysia saya ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Kepada mereka yang akan bercuti pada hujung minggu ini, semoga selamat dalam perjalanan dan berhati-hati di jalan raya.

[TAMAT]
Low Tiong Lai Seru Agar Rakyat Malaysia Bersatu Padu #HariMalaysia2016 #MCA #HariMalaysia Daeng Selili Rating: 5 Friday, 16 September 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!