Thursday, 29 September 2016

Lori Dan Trak Catat Kesalahan Jalanraya Tertinggi! #SPAD

Statistik kesalahan trafik pada 2016 menunjukkan kenderaan berat seperti lori dan trak menduduki tangga paling tinggi dalam kes melanggar undang undan dan kesalahan lalu lintas. Hal ini amat membimbangkan kerana ia melibatkan peratusan tinggi kemalangan jiwa jika tidak diberi perhatian. 


Hal ini merujuk kepada rekod yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menunjukkan sebanyak 2,326 kes melibatkan kenderaan kelas tersebut, sementara bas (1,267 kes) dan teksi (1,133 kes). Jumlah keseluruhan kesalahan termasuk kenderaan lain bagi tempoh Januari - Ogos 2016 di seluruh Semenanjung ialah sebanyak 4,876 kes.

Kata Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad, kebanyakkan kesalahan membabitkan lori ialah atas faktor keselamatan seperti panel, tayar botak dan muatan tidak diikat dengan kemas.

Bagi teksi pula, mereka banyak melakukan kesalahan seperti tidak memiliki kad pemandu (472 kes) dan gagal menggunakan meter (290 kes). Manakala bas pula ialah kesalahan mengambil dan menurun penumpang di kawasan yang tidak dibenarkan (369 kes).

SPAD dalam kenyataan yang sama juga melahirkan komitmen terhadap tindakan membanteras kegiatan penjualan tiket haram (ulat tiket).

Banteras dan menanganinya dalam masa 24 jam. Erti kata lain SPAD tidak akan berkompromi dengan sebarang kes melibatkan ulat tiket. Jika operasi waktu malam suspek ditangkap dan ditahan, maka keesokkan harinya suspek sudah dihadapkan ke mahkamah untuk menjalani proses perundangan dan bakal dikenakan tindakan jika didapati bersalah.

Syabas kepada SPAD untuk segala usaha ini, Kepada pengguna bas ekpress elakkan membeli tiket bas dan sebagainya dari individu yang tidak sepatutnya sebaliknya terus ke kaunter atau beli melalui atas talian.
Lori Dan Trak Catat Kesalahan Jalanraya Tertinggi! #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 29 September 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!